Posted in EMAS BERITA TERKINI

SYARIKAT PELABURAN TIDAK SAH 77 DISENARAIKAN BANK NEGARA MALAYSIA

syarikat pelaburan tidak sah

Senarai  77 syarikat pelaburan tidak sah atau syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan dari bank Negara Malaysia telah disenaraikan oleh bank negara malaysia. Syarikat pelaburan ini melibatkan skim kewangan termasuklah pelaburan emas, pelaburan mata wang asing atau pelaburan logam berharga yang lain. Jadi berhati-hati sebelum melabur dalam sesuatu pelaburan,untuk mengenali pelaburan yang tidak sah atau berbentuk skim cepat kaya ini adalah senang kerana  modus operandi atau cirinya adalah sama iaitu mengambil wang dahulu daripada pelabur ,tanpa barangan dan menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat. Syarikat-syarikat pelaburan emas dan barangan logam bernilai kini melakukan pelbagai taktik bertujuan menarik pelaburan daripada orang ramai dengan menjanjikan pulangan lumayan .Biasanya pelabur terpedaya kerana janji keuntungan lumayan dalam masa singkat. Jadi bagi saya adalah lebih baik mendapat keuntungan sedikit daripada mendapat kerugian…

Ini adalah petikan akhbar utusan online pada 31/7/2012 tentang 77 syarikat pelaburan tidak sah..

77 syarikat pelaburan tidak sah

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Julai – Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini. Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Bank pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual dengan BNM untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan pelaburan daripada orang ramai. BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu tidak mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, pembangunan kewangan atau pembangunan kredit..

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada bahagian ‘Peringatan kepada Semua Penggguna Kewangan’ yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk membaca berita penuh mengenai syarikat pelaburan tidak sah, KLIK LINK DBAWAH

http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120801/ek_02/77-syarikat-pelaburan-tidak-sah

Untuk melihat senarai syarikat pelaburan tidak sah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) KLIK LINK DBAWAH

http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Financial_Consumer_Alert_listBM.pdf

Cara mengenalpasti skim pelaburan tidak sah :
Orang ramai dinasihati untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang berikut:

  • Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
  • Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
  • Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
  • Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
  • Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
  • Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.

Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.

Syarikat public gold marketing sdn.bhd atau Syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd atau public gold TIDAK termasuk dalam syarikat pelaburan yang tidak sah.

Public Gold adalah syarikat pengeluar,pengilang dan pedagang (menjual dan membeli emas fizikal) tempatan yang telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama yang mengeluarkan gold bullion bar atau jongkong emas dan jongkong perak. Public gold juga mendapat pengiktirafan dari pemimpin-pemimpin Negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan telah mendapat banyak anugerah dari dalam Negara atau luar Negara.Lihat Surat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk Syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd atau Public gold untuk mengeluarkan menjual dan membeli jongkong emas fizikal dan syiling emas dinar. Klik MENGENAI PUBLIC GOLD KELULUSAN BNM PENGIKTIRAFAN ANUGERAH SYARIKAT EMAS FIZIKAL MALAYSIA.

Public gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal iaitu melibatkan jual beli emas fizikal seperti kita membeli emas di kedai emas,bezanya public gold mengeluarkan barang kemas dan emas untuk pelaburan iaitu berbentuk jongkong emas, syiling dinar serta dirham dan public gold memberikan perkhidmatan jual beli emas secara online atau  internet 24 jam mengikut harga emas dunia.Jadi mari sama-sama melabur dalam pelaburan yang sah dan halal seperti pelaburan emas public gold Malaysia.