APAKAH BEZA HTTP DENGAN HTTPS DAN KELEBIHAN HTTPS

Apakah beza http dengan https dan kelebihan https
Apakah beza http dengan https dan kelebihan https

Apa http dan https dan apakah beza http dengan https serta apakah kelebihan menggunakan protokol pelayar url https

Http dan https merupakan dua protokol pelayar internet yang mempunyai perbezaan dan pengguna internet mesti mengetahui perbezaan di antara dua protokol http dan https serta kelebihannya.

APAKAH HTTP ?

HTTP adalah Hyper Text Transfer Protocol iaitu merujuk kepada protokol yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dan data internet. Saluran http menggunakan sambungan http:// seperti contoh website pelaburan emas public gold iaitu https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com

APAKAH HTTPS ?

HTTPS adalah Hyper Text Transfer Protocol Secure iatu satu protokol pelayar web yang digunakan secara meluas yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dan data internet secara selamat. Saluran https menggunakan sambungan https:// yang secure atau selamat dimana saluran https disulitkan bagi memastikan pertukaran data website kekal sulit dan selamat seperti contoh url website public gold baru iaitu https://publicgold.com.my.

HTTPS menggunakan Secure Socket Layer (SSL) atau Transport Layer Security (TLS) sebagai sublayer di bawah lapisan aplikasi HTTP normal yang menyebabkan semua komunikasi di antara browser Chrome, Firefox dan sebagainya dengan website disulitkan, encrypted untuk keselamatan.

TLS adalah peraturan atau protokol pada jaringan komputer yang dapat menjaga kerahsiaan data yang dikirim oleh client ke server ataupun sebaliknya supaya pihak ketiga tidak dapat mencuri data yang dikirim ke server atau ke client. SSL adalah sebuah teknologi enkripsi untuk keselamatan HTTP sehingga terjaga pengiriman data antara server dengan client. Penggunaan SSL biasanya dapat dilihat pada address bar browser yang digunakan iaitu menjadi https://namadomain.com. Protokol SSL biasanya digunakan oleh web yang melakukan urusniaga kewangan seperti perbankan internet, paypal dan sebagainya.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA HTTP DENGAN HTTPS

1.KEPERLUAN SSL ATAU TLS

Https mesti memiliki SSL atau TLS sedangkan http tidak perlu memiliki SSL atau TLS. SSL atau TLS ini hendaklah disewa dari syarikat tertentu. Secure Socket Layers (SSL) adalah teknologi keselamatan data serta urusniaga antara client dan server. Kebanyakan komunikasi yang dihantar melalui sambungan HTTP adalah dalam ‘plain text’ dan boleh dibaca oleh penggodam iaitu dengan pecah masuk sambungan diantara browser dengan laman web yang merbahaya apabila melibatkan transaksi online, kad kredit, alamat persendirian dan sebagainya. Dengan menggunakan sambungan HTTPS, semua komunikasi disulitkan dengan private key melalui lapisan SSL atau TLS.

2.KESELAMATAN DATA

HTTP tidak menjamin keselamatan data yang dikirim antara client dengan server, sementara HTTPS menjamin keselamatan data yang dikirimkan. Jaminan keselamatan data bagi HTTPS ialah :

  • Kerahsiaan data apabila data yang dikirim tidak di fahami oleh pihak lain kerana data telah dienkripsi (dikaburkan maklumat)
  • Autentikasi Server iaitu pengesahan berkomunikasi dengan server yang tepat
  • Integritasi data iaitu data yang dikirim tidak boleh di ubah oleh pihak lain kerana disahkan atau divalidasi oleh message authentication code (MAC).

3. PENGGUNAAN PORT

Port yang di guna untuk komunikasi bagi http secara normal ialah port 80, sementara port yang digunakan oleh HTTPS adalah port 443.

4. GOOGLE SEO

Penggunaan protokol https lebih seo berbanding http kerana menggunakan pelayar protokol yang lebih selamat.

APA KELEBIHAN HTTPS

Kebaikan atau kelebihan menngunakan protokol Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) kepada Pengguna ialah :

  1. Keselamatan dan kesulitan maklumat data pengguna. Maklumat peribadipengguna seperti nombor akaun bank, nombor telefon, nombor kad kredit, alamat rumah, alamat email dan sebagainya dihantar secara selamat di antara browser dan laman web.
  2. Website yang sah. Website yang menggunakan protokol https adalah sah dan bukan scam kerana sesetengah pendaftaranSSL certificate perlukan butiran syarikatperniagaan.
  3. Pelayar selamat. Website yang menggunakan https diyakini boleh di layari dengan selamat.
  4. Google SEO. Google mengeluarkankenyataan dimanawebsite yang menggunakan protokol HTTPS yang lebih selamat lebih diutamakan pada halaman hasil pencarian.

Penggunaan HTTPS kini semakin meluas kerana pengiriman data yang lebih selamat dan terjamin. Protokol https ini digunakan oleh laman web yang melibatkan urusniaga online yang melibatkan pembayaran online, perbankan online dan sebagainya seperti perbankan internet public bank, maybank dan sebagainya. Kini laman website yang melibatkan database keselamatan pengguna juga menggunakan https ini seperti facebook, google, twitter dan sebagainya. Jadi sekiranya mahu melakukan urusniaga online atau mendaftar dalam mana-mana laman web, adalah lebih baik memilih laman web yang menggunakan HTTPS ini berbanding dengan hanya HTTP.

alamat url website public gold
alamat url website public gold

Syarikat pelaburan emas fizikal terbesar Malaysia iaitu Public Gold telah menukar protokol pelayar http://www.publicgold.com.my kepada https://publicgold.com.my sebagai langkah keselamatan data pengguna atau ahli Public Gold yang kini telah melebihi 106,000 ahli dan langkah keselamatan urusniaga jual beli emas secara online. Penukaran protokol pelayar http kepada https akan menjamin keselamatan data maklumat pengguna ahli Public Gold, memastikan keselamatan ususniaga jual beli emas secara online melibatkan perbankan internet, memudahkan urusan jual beli emas dan meningkatkan SEO website Public Gold.

Pengguna website Public Gold yang menjalankan urusniaga jual beli emas secara online melebihi 106 ribu orang kini pastinya akan dapat menjalankan urusniaga dengan lebih yakin dan selamat. Maklumat data ahli public Gold, urusniaga jual beli emas online, maklumat data emas GAP dan sebagainya akan lebih selamat melalui protokol pelayar https. Website Public Gold juga menggunakan database Oracle, powered by Oracle akan lagi menunjukkan jaminan keselamatan backup data pengguna dan kelajuan laman web Public Gold. Klik APA KELEBIHAN DATABASE ORACLE untuk maklumat kelebihan database oracle yang digunakan oleh website Public Gold.

Peningkatan pesat ahli Public Gold kini amat ketara apabila semakin ramai membeli dan menyimpan emas fizikal sebagai perlindungan dari kejatuhan nilai wang dan kemelesetan ekonomi malaysia. Prof. Dr. Hoo Ke Ping yang meramalkan Malaysia dijangka akan menghadapi kemelesetan ekonomi tahun hadapan, katanya “Ini termasuk isu isu yang berkaitan dengan tahap keyakinan pengguna yang semakin menurun, juga pemberhentian pekerja daripada sektorsektor tertentu seperti minyak dan gas, perbankan, peruncitan dan sektor elektronik” melalui artikelnya bertarikh 17 mei 2017 yang bertajuk “EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA MELESET 2018”.

Pelaburan Emas Patuh Syariah
Pelaburan Emas Patuh Syariah

Emas adalah kalis inflasi dan berkadar songsang dengan nilai wang, dimana jika nilai wang jatuh, harga emas akan naik menjadikan emas sebagai pelindung dan pelaburan terbaik waktu kejatuhan nilai wang dan kemelesetan ekonomi. Pelaburan emas hanya perlukan modal yang rendah iaitu boleh mula membeli emas 1g iaitu beli gold bar 1g 24karat lbma bebas gst patuh syariah. Public Gold satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang menjual emas secara online dengan harga termurah, tanpa cukai gst dan di akui patuh syariah. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli gold bar serendah 0.5g 24 Karat atau emas 999.9 diiktiraf dunia LBMA bebas cukai gst, termurah dan patuh syariah