PERCUMA DAFTAR AHLI ATAU BELI EMAS PUBLIC GOLD

PERCUMA DAFTAR AHLI ATAU BELI EMAS PUBLIC GOLD

Pendaftaran percuma jadi ahli public gold atau cara mula membeli emas minima RM100 atau beli gold bar 1g 24 karat lbma bebas gst. BACA LAGI »

CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA

CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA

Alamat cawangan public gold seluruh malaysia, singapura dan Indonesia untuk urusan jual beli emas Public Gold. BACA LAGI »

KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

Kelebihan program GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold atau kebaikkan program kumpul emas fizikal modal kecil pertama di Malaysia. BACA LAGI »

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

Kelebihan emas public gold bukti produk emas public gold adalah pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia. KLIK BACA LAGI »

CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM OTOMATIK JADI AHLI PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM OTOMATIK JADI AHLI PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

Program GAP public gold, pelaburan emas terbaik patuh syariah dan modal terendah hanya RM138 cara mudah membeli gold bar 1 gram untuk mengumpul jongkong emas fizikal dan tukar kepada gold bar 20g dan sebagainya..klik BACA LAGI »

SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Senarai produk emas dan perak Public Gold untuk memilih produk pelaburan terbaik dari jenis gold bar, emas dinar atau silver bar termurah tanpa cukai gst...KLIK SEGERA BACA LAGI »

 

CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

cara mudah beli gold bar 1 gram

cara mudah beli gold bar 1 gram

Cara mudah membeli gold bar 1 gram dalam pelaburan emas terbaik patuh syariah dan modal terendah untuk mengumpul jongkong emas fizikal melalui program GAP public gold.

Program pengumpulan emas, GAP (Gold Accumulation Program) public gold melibatkan penyimpanan wang minimun RM100 atau pembelian gold bar 1 gram mengikut harga emas semasa antarabangsa, boleh beli tambah emas bila-bila masa dan kumpul berat emas dalam akaun GAP untuk mendapat jongkong emas fizikal lbma yang dikecualikan cukai gst atau mendapat emas dinar 24K lbma yang dikecualikan cukai gst. Klik SENARAI JENIS PRODUK EMAS DAN PERAK PELABURAN PUBLIC GOLD untuk melihat pelbagai jenis emas 24K lbma dan emas dinar 24K lbma bebas gst yang boleh dikeluarkan daripada emas dalam akaun GAP.

Pengeluaran emas fizikal samada gold bar atau emas dinar boleh dilakukan bila-bila masa di cawangan public gold terdekat setelah cukup berat jongkong emas yang dikehendaki sama ada gold bar 1 gram, gold bar 10g, gold bar 20g, gold bar 50g dan sebagainya atau emas dinar seperti emas ½ dinar, emas 1 dinar (4.25g), emas 5 dinar (20.5g) atau emas 10 dinar (42.5g) 24K lbma. Pelabur emas program gap juga boleh menjual emas secara online tanpa mengeluarkan gold bar atau emas dinar tersebut atau menggunakan emas akaun gap untuk MENGERJAKAN UMRAH DENGAN 10 DINAR atau mengeluarkan EMAS PERHIASAN 916 MURAH TANPA GST atau membeli pelbagai barangan melalui PG MALL.

pelaburan emas fizikal modal rendah

pelaburan emas fizikal modal rendah

Public Gold iaitu syarikat pengeluar emas terkemuka di Malaysia, menawarkan peluang kepada anda untuk menyertai program simpanan emas fizikal patuh syariah yang dinamakan Gold Accumulation Program @ GAP dengan mengeluarkan jongkong emas fizikal terkecil yang boleh di pegang dan disimpan iaitu gold bar 1 g LBMA public gold. Pembelian Jongkong emas 1 gram public gold ini mempunyai pengesahan antarabangsa LBMA dan boleh di beli secara online mengikut harga emas antarabangsa ini adalah dalam program pengumpulan emas (GAP) yang telah di perkenalkan pada september 2014 dan selari dengan tuntutan syariah dengan membeli dan mengumpul emas fizikal. Mengikut bidang Muamalat, urusniaga GAP adalah patuh syariah jika anda berurusniaga beli dan jual berdasarkan berat gram. Ini kerana Public Gold mempunyai emas 1 gram yang boleh diakad beli dan jual. Kalau simpan wang dalam nilai RM100 dalam program GAP seperti akaun emas bank dikhuatiri tidak patuh syariah. Oleh itu jika mahu urusniaga patuh syariah maka hendaklah membeli atau menjual GAP dalam gandaan 1 gram.

Jika anda ingin membeli emas terus dapat emas yang di beli, klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan membeli emas online, bayar dan terus dapatkan emas di cawangan Public Gold berdekatan.

Konsep Program GAP public gold yang patuh syariah :

gold bar 1 gram

gold bar 1 gram

Konsepnya program gap dalam pelaburan emas patuh syariah alah anda membeli jongkong emas dalam gandaan 1 gram, iaitu berharga lebih kurang RM137 kini, kemudian Public Gold akan simpankan emas anda secara percuma.Pelabur boleh membeli gold bar bila-bila masa secara online untuk menambah simpanan emas. Akaun ini tiada tarikh luput.

Pelabur emas boleh keluarkan jongkong emas fizikal daripada akaun GAP ini bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia dengan meninggalkan baki minima 1 gram di dalam akaun GAP. Pengeluaran jongkong emas public gold tidak semestinya 1 gram tetapi boleh juga dalam bentuk jenis jongkong emas lain seperti gold bar 10g, gold bar 20g, gold bar 50g atau gold bar 100g berdasarkan jumlah gram emas yang telah di kumpulkan dalam akaun GAP dengan meninggalkan baki 1 gram dalam akaun GAP.

Program pengumpulan emas (GAP) ini adalah sama seperti Akaun Simpanan Emas oleh Kuwait Finance Home, cuma bezanya modal buka akaun GAP hanya RM100 tapi modal buka akaun KFH adalah 10g dan kemudahan buka akaun atau penyimpanan wang GAP public gold secara online 24 jam sehari manakala KFH perlu hadir sendiri ke KFH. KFH perlu meninggalkan baki 2 gram sedangkan program GAP public gold hanya 1 gram

Kini program GAP telah di naik taraf dengan mengeluarkan jongkong emas 1 gram fizikal agar patuh syariah dan memberi peluang serta kemudahan menceburi bidang pelaburan emas fizikal dengan modal yang kecil. Pelabur emas kini boleh mengumpul emas fizikal yang patuh syariah dengan modal kecil dengan membeli gold bar 1 g dan seterusnya membeli gandaan gold bar 1 gram untuk dikumpulkan hingga terkumpul kepada berat emas yang di kehendaki seperti gold bar 20 g dan sebagainya. Program GAP ini amat sesuai bagi pelabur yang ingin mula melabur emas dengan modal yang sedikit seperti pelajar institute pengajian tinggi, ahli perniagaan, pekerja berpendapatan rendah, suri rumah, sesiapa yang takut menyimpan emas atau sebagai pelaburan emas untuk masa depan anak-anak dari ibu bapa atau pelaburan emas bagi pekerja yang berada di luar negara atau berada di tempat yang terpencil. Program GAP adalah cara mengumpul emas terbaik dan selamat.

Kebaikkan membeli gold bar 1g public gold dari program GAP :

  1. Pelaburan emas modal rendah, jimat dan selamat.
  2. Dapat memiliki jongkong emas fizikal berketulinan emas 999.9% atau 24k.
  3. Jimat kos penyimpanan emas kerana kos penyimpanan emas tidak di kenakan melalui program GAP
  4. Modal buka akaun atau penyimpanan emas yang rendah iaitu minimun RM100 atau harga 1g gold bar lebih kurang RM137 kini.
  5. Mudah mendapat atau mengeluarkan emas fizikal di mana-mana 17 cawangan Public Gold.
  6. Kemudahan belian atau jualan emas secara online 24 jam mengikut harga emas antarabangsa.
  7. Jongkong emas yang menarik dan di iktiraf antarabangsa, LBMA
  8. Pelaburan emas fizikal untuk masa depan anak-anak. Syarat membeli emas atau menjadi customer atau dealer public gold sebelum ini mestilah berumur 18 tahun ke atas. Kini melalui program GAP, sesiapa pun termasuk anak-anak yang berumur kurang dari 18 tahun boleh melabur emas atau mengumpul emas melalui ” Joint Account bersama anak “

Banyak kelebihan membeli emas program GAP Public Gold. Klik 21 KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat terperinci mengenai kelebihan atau faedah menyertai program GAP, Gold Accumulation Program Public Gold.

CARA MUDAH MEMBELI EMAS PROGRAM GAP PUBLIC GOLD TERUS JADI AHLI PUBLIC GOLD TANPA YURAN :

Langkah membeli emas 1g gold bar melalui program GAP public gold terus jadi ahli public gold, tanpa perlu daftar. Ikuti saja TIGA LANGKAH di bawah akan terus menjadi ahli public gold tanpa yuran atau bayaran hangus :

Langkah 1 : LIHAT HARGA 1 GRAM EMAS TERKINI GAP (Gold Accumulation Program)

Rujuk harga emas harian GAP di laman dengan KLIK WEBSITE PUBLIC GOLD

harga emas terkini

harga emas terkini

Langkah 2 : MASUKKAN WANG KE AKAUN PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Masukkan wang mengikut harga emas harian GAP ke akaun Public Gold melalui Bank-in, maybank2u, perbankan internet, deposit di kaunter bank, mesin deposit tunai, pemindahan ATM, arahan tetap bulanan atau bayaran tunai d cawangan public gold berdekatan.

Masukkan wang Ke Akaun Public Gold berikut :

Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

  • Maybank : ke akaun bernombor 5571-3923-8048  atau
  • Public Bank : ke akaun bernombor 3167-52-0833

Contohnya, berdasarkan harga emas GAP pada rajah di atas, pada 23 september 2014 jongkong emas 1 gram berharga RM138. Jadi anda masukkan wang atau bank in sebanyak RM138 dan snap atau ambil gambar slip/resit pembelian GAP.

Untuk makluman, harga GAP hanya berubah sekali sehari iaitu pada pukul 12.00 malam.

Langkah 3 : HANTAR GAMBAR RESIT BANK IN DAN MAKLUMAT DI BAWAH KE WHATSAPP KE 017-4866916 (Ibu Pejabat GAP Public Gold) ATAU kepada saya 019-9185593 untuk saya proses.

Hantar GAMBAR RESIT BANK IN dan MAKLUMAT DI BAWAH ke Whatsapp Ke 017-4866 916 ATAU kepada saya 019-9185593 maklumat di bawah untuk pendaftaran:

Maklumat perlu di hantar berserta resit belian gap, tuliskan :

  • PG NEW BELI GAP RM138
  • Tarikh pembelian : ( tercatat pada resit bank in/transfer)
  • Masa pembelian : ( tercacat pada resit bank in/transfer)
  • Nama Penuh :
  • Nombor Kad Pengenalan :
  • Nombor Telefon :
  • Emel :
  • Item pembelian : BELI GAP RM138 IAITU 1 GRAM
  • Introducer : MOHD ZAIDI BIN JUNUS
  • Kod PG Introducer : PG001425
  • Disertakan resit pembelian

Jika ingin melabur emas untuk anak-anak, sila tambah mesej dengan menuliskan : Joint Account Bersama Anak

  • Nama Anak :
  • Nombor kad pengenalan/sijil lahir anak :

Sertakan atau attach slip bayaran GAP jika penghantaran menggunakan whatsapp supaya lebih mudah dan cepat pihak public gold mengesahkan pembelian GAP. Jika menggunakan SMS atau emel, slip bayaran perlu hantar emel ke emel gap@publicgold.com.my

cara beli jongkong emas 1g

cara beli jongkong emas 1g

TAHNIAH DAN SYABAS KERANA TELAH MEMBELI EMAS GAP DAN TELAH MENJADI AHLI BARU PUBLIC GOLD.

 

Langkah 4 : TUNGGU SMS DAN EMEL

Dalam masa selewatnya 24 jam bekerja, pihak public gold akan menghantar sales order pembelian emas GAP melalui sms dan emel. Pada sms dan emel terdapat resit pembelian emas gap, kod pg ahli public gold dan password. Kod pg ini mengesahkan bahawa pembeli emas telah menjadi ahli public gold yang sah dan password untuk login ke akaun ahli public gold di website Public Gold.

resit belian emas gap

resit belian emas gap

Langkah 5 : BUKA EMEL SELEPAS 24 JAM PEMBELIAN EMAS GAP

Public Gold akan menghantar emel disertakan kod pg ahli dan password ke emel dalam tempoh 24 jam. Kod pg ahli, PG000XXXXX dan password tersebut digunakan untuk login ke website Public Gold untuk pelbagai kemudahan seperti lock harga beli atau jual emas online, melihat penyata GAP, menambah pembelian emas GAP dan sebagainya. Lihat contoh Sales Order GAP di atas yang menyertakan kod pg ahli Public Gold.

Introducer berperanan sebagai pakar runding atau mentor anda dalam pelaburan emas public gold. Setelah membeli emas dengan meletakkan nama saya MOHD ZAIDI BIN JUNUS, Kod PG introducer PG001425 Master dealer Public Gold sebagai introducer, sila SMS/Whatsapp ke nombor 019-9185593 untuk panduan selanjutnya, sebarang pertanyaan, bantuan atau mendapat saguhati jika banyak membeli emas.

Simpan penyata GAP dan slip Bayaran sebagai rujukkan. Dalam masa lebih kurang sehari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan GAP statement dan resit bayaran original untuk rujukkan pada masa akan datang.

panduan GAP statement

panduan GAP statement

Penyata GAP atau GAP Statement boleh di semak dalam akaun pelanggan setelah anda menjadi customer public gold setelah mempunyai kod pg. GAP Statement pada website public gold akan memaparkan jumlah simpanan emas terkumpul anda. Lihat contoh GAP statement saya di bawah.

penyata emas GAP

penyata emas GAP

ATAU

CARA MUDAH BELI GOLD BAR 1 GRAM DALAM PROGRAM GAP :

Hadirkan diri ke cawangan public gold terdekat anda dengan membawa wang tunai sebanyak nilai jongkong emas 1 gram atau 2 gram. Jika anda ingin mengeluarkan gold bar 1 gram, pada permulaan bawa wang tunai bernilai sekurang-kurangnya untuk 2 gram kerana mesti tinggal baki 1 gram. Pastikan memaklumi kakitangan public gold bertugas bahawa ingin “membeli emas gap public gold NAMA INTRODUCER : MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan KOD PG INTRODUCER : PG001425″ Jika anda tidak mendaftar program GAP, harga gold bar 1 gram melebihi RM160. Jadi lebih baik mendaftar customer public gold untuk kemudahan menyemak penyata GAP, mudah jual beli emas dan perak online atau berpeluang menjadi dealer public gold. Klik CAWANGAN PUBLIC GOLD untuk melihat alamat 18 cawangan public gold terdekat anda.

jongkong emas 1g public gold

jongkong emas 1g public gold

CARA TAMBAH EMAS AKAUN GAP :

Penambahan pembelian emas program gap atau top up akaun GAP atau melihat penyata GAP boleh dilakukan dengan mudah melalui website public gold setelah menjadi ahli public gold. Penambahan pembelian emas ini HANYA bagi ahli public gold yang telah mempunyai Kod PG public gold dan boleh dilakukan secara online 24 jam sehari.

Cara mudah tambah beli emas akaun GAP online menggunakan GAP portal pada website Public Gold :

1. Masukkan wang kedalam Akaun Public Gold :

  • Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
  • Maybank: 5571-3923-8048
  • Public Bank: 3167-52-0833

2. Layari website public gold di http://www.publicgold.com.my dan klik LOGIN. Masukkan username dan password ahli public gold.

cara login gap portal public gold

cara login gap portal public gold

Pilih ‘My GAP’. Terdapat tiga pilihan icon…purchase, buy back dan statement. Purchase untuk membeli emas atau menambah pembelian akaun GAP, buy back untuk menjual emas akaun GAP dan Statement untuk melihat penyata GAP anda.

4. Klik ‘purchase” dan pilih ‘add new’ dan pilih ‘ GAP’ untuk menambah pembelian emas yang telah anda bayar atau masukkan wang ke akaun public gold tadi.

cara mudah menabung emas gap online

cara mudah menabung emas gap online

5. Masukkan masa dan tarikh bayaran telah dilakukan, tulis jumlah bayaran dan nombor rujukan pada slip bank in dan attach gambar slip bayaran.

6. Klik REQUEST dan penambahan akan dipapar pada ruangan request. Penambahan pembelian emas GAP akan dikemaskini dalam masa 48 jam selepas pembayaran telah di sahkan.

Cara tambah atau top up emas akaun GAP menggunakan SMS atau whatsapp :

Cara tambah akaun GAP ialah dengan cara seperti cara pembelian emas 1 gram di atas, cuma ubah pada maklumat pembayaran GAP yang dihantar ke whatsapp/sms dan emel

Tajuk maklumat pembayaran GAP : PG NEW BELI GAP RM138 (23/09/2014 & 23:45:59) di ubah kepada PG?????? BELI GAP RM138 (23/09/2014 & 23:45:59) dimana pG????? adalah kod pg ahli public gold anda setelah diperolehi selepas pembelian pertama emas program GAP.

Pengeluaran jongkong emas fizikal terkumpul dari program GAP :

Sebagai pemegang akaun GAP, anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa sahaja (dengan syarat anda tinggalkan baki minimum 1 gram di dalam akaun GAP anda)

Untuk mengeluarkan emas fizikal, anda hanya perlu telefon mana-mana cawangan Public Gold dan meminta untuk mengeluarkan emas fizikal. Sebagai contoh, untuk mengeluarkan sekeping emas 1 gram, anda hanya perlu ada 2 gram emas di dalam akaun GAP anda. Jika anda ingin mengeluarkan 20 gram emas fizikal, maka anda perlu ada 21 gram emas di dalam akaun GAP anda. Dengan kata lain, anda tak semestinya mengeluarkan jongkong emas 1 gram.

Anda boleh simpan sehingga lebih banyak emas di dalam akaun GAP anda dan mengeluarkan jongkong emas yang lebih besar. Contoh, anda target nak beli emas 100 gram. Jadi anda simpan sedikit-demi sedikit emas di dalam akaun GAP anda sehingga mencecah 101 gram

Cara pengeluaran emas fizikal program GAP terbahagi kepada dua :

1. Pengeluaran emas fizikal seperti jongkong emas atau syiling emas.

Hadir ke cawangan Public Gold berdekatan anda untuk mendapatkan emas fizikal terkumpul anda dengan Pengeluaran minima 1gm emas fizikal dan mesti berbaki sekurang-kurangnya 1 gram emas. Pengeluaran emas fizikal di cawangan public gold di kenakan kos pengangkutan seperti pembelian jongkong emas public gold iaitu gold bar 20g dikenakan RM10, gold bar 50g dikenakan RM20, gold bar 1g dikenakan RM5 dan sebagainya. Pengeluaran emas hanya boleh dlakukan 3 hari selepas pembayaran GAP. Contohnya, jika anda menbayar GAP sebanyak 10 gram emas, maka anda dapat mengeluarkan emas sebanyak 10 keping gold bar 1 gram atau 1 keping gold bar 10 gram selepas 3 hari pembayaran di lakukan. Setiap keping gold bar 1 gram dkenakan kos pengangkutan RM5 manakala gold bar 10 g dikenakan kos transport RM10.

Harga jualan runcit jongkong emas 1 gram kini adalah RM160 yang d jual di semua cawangan public gold atau dealer public gold bagi anda yang tidak minat menyertai program GAP atau ingin menyimpan sebagai koleksi atau hadiah. Jualan runcit emas bermaksub, anda bayar RM160 terus dapat gold bar 1 gram daripada saya. Hubungi sms atau whatsapp jika berminat membeli gold bar 1 gram public gold yang tulen, menarik dan di iktiraf antarabangsa.

2. Pengeluaran tunai atau jual emas

Jualan emas program GAP berdasarkan harga belian Public Gold jam 12 tengah malam pada hari tersebut dengan mengikut berat produk yang di bawah berat emas terkumpul.

Cara jual emas gap dengan sms

SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada+6017-4866916.

Contoh,

Dengan kod PG : PG 000000 JUAL GAP 100gram

Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.

Contoh, Jual balik dilakukan pada 14/7/14, harga akan merujuk pada 14/7/14 12:00 tengah malam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 16/7/14

Maklumat lengkap dan terbaru cara pengeluaran emas program gap dan cara mudah menjual emas program GAP secara online dan sebagainya klik

CARA MENGELUAR DAN MENJUAL EMAS PROGRAM GAP

Harga emas kini berada pada peringkat terendah. Inilah peluang terbaik untuk mulakan simpanan emas melalui program GAP public gold untuk mengumpul emas dengan modal yang sedikit. Katakan anda mula membeli dan mula mengumpul emas 1 g sekarang setiap bulan, dalam masa 2 tahun anda akan mendapat jongkong emas 24 gram dan bayangkan pada masa tersebut harga emas tinggi, pastinya akan mendapat keuntungan yang banyak dengan hanya modal yang sedikit.

Kaedah lain pelaburan emas dengan modal rendah ialah kaedah EPP (easy payment purchase). Klik KAEDAH PEMBELIAN EMAS SECARA ANSURAN EPP public gold yang juga memberi peluang melabur emas dengan modal yang sedikit.

Jika anda ingin terus memiliki emas fizikal sama ada jongkong emas, emas dinar atau jongkong perak, boleh terus membeli emas secara online ataupun secara langsung. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD.

20 Responses to CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

  1. MOHD AZHAR BIN MD AZMI berkata:

    Salam tuan..saya dah buka akaun GAP dgn 1gram. Contoh kalau sy nk beli goldbar 1g x 10pcs..tapi sy tak tambah gram dlm akaun GAP..hnya ada 1g tu je.
    – Boleh ke sy beli harga GAP untuk 10pcs tu @ akan dikira harga pasaran biasa.
    Sekian..terima kasih..

  2. mohd zaidi junus berkata:

    waalaikummussalam en azhar,
    Jika beli terus gold bar 1g sebanyak 10 pcs harganya mahal iaitu 1pcs berharga RM190 dan berjumlah RM1900 untuk 10 pcs, lebih baik beli tambah akaun gap iaitu jika harga emas program gap RM163, maka untuk 10 pcs hanya RM1630…
    Cara paling baik jika modal banyak ialah beli emas secara terus online/lock harga emas, seperti beli SEKEPING gold bar 10 gram 24K LBMA kerana harganya akan lebih murah…

    sekian, terima kasih.

  3. ASSALAMUALAIKUM EN. ZAIDI ,…. SAYA BERMINAT UNTUK SERTAIPROGRAM INI.
    MOHON BERI PENJELASAN YANG TERMUDAH SUPAYA SAYA LEBIH FAHAM,
    INSYAALLAH AKAN JOIN.

    TQVM …. WASSALAM

    • mohd zaidi junus berkata:

      waalaikummussalam mazlan,
      CARA BELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP OTOMATIK JADI AHLI PUBLIC GOLD, TANPA PERLU DAFTAR…HANYA IKUTI 3 LANGKAH DIBAWAH :

      1 : Rujuk harga emas harian GAP di http://www.publicgold.com.my

      2 : Masukkan wang/transfer/cash deposit/bank in mengikut harga emas harian GAP ke akaun Public Gold : Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD Maybank bernombor : 5571-3923-8048 atau
      Public Bank bernombor : 3167-52-0833
      dan ambil gambar resit bank tersebut.

      3 : Hantar gambar resit bank dan maklumat butiran di bawah Whatsapp Ke 017-4866 916.

      Maklumat butiran perlu dihantar :
      Format maklumat pembayaran GAP, PG NEW BELI GAP Jumlah Tempahan(Tarikh & Masa Pembayaran) seperti di bawah : Tuliskan :

      PG NEW BELI GAP RM168 (30/10/2015 & 11:53:41)
      Nama Penuh :
      Nombor Kad Pengenalan :
      No. Telefon :
      Emel :
      Item pembelian : BELI GAP RM168
      Nama Introducer : MOHD ZAIDI BIN JUNUS
      Kod PG Introducer : PG001425
      disertakan resit bank pembelian emas gap

      hantar whatsapp ke 0174866916 (office hq public gold bahagian GAP)

      TAHNIAH !!! ANDA TELAH BELI EMAS PROGRAM GAP DAN TELAH MENJADI AHLI PUBLIC GOLD

      Selepas itu anda akan dapat balasan sms dan emel disertakan kod pg ahli dan password untuk login masuk ke website public gold.

  4. Sara berkata:

    Saya berminat jntuk kumpul gap. Soalan saya, sekiranya saya nak jualbalik gap untuk tunai, adakah harga pg buy merujuk kpd harga 12 mlm hari berkenaan? Pg buy tu nak tengok di mana utk gap?

    • mohd zaidi junus berkata:

      sara,
      harga jual emas mengikut harga semasa PG BUY di website public gold. Harga jual emas GAP adalah berdasarkan gold bar yang kita keluarkan. Contoh, jika keluarkan gold bar 1g LBMA, lihat harga di PG BUY gold bar 10g dan dibahagi 10, jika kita keluarkan dan ada ditangan gold bar 20g lbma, lihat pada harga PG BUY gold bar 20g lbma dan seterusnya.

  5. You took a risk that didn’t repay, monetarily talking, after all.

  6. nisa berkata:

    Assalamualaikum..
    Sy nk bertanya..jika sy dpt hadiah gold bar 1g(public gold) mcm mana cara nak jual utk dpt cash ya?
    Tq

    • mohd zaidi junus berkata:

      nisa, emas laku seluruh dunia…boleh jual dimana-mana. Namun jual kepada Public Gold lebih baik kerana dapat nilai tinggi. Dalam pelaburan emas, mesti jual emas pada syarikat yang sama untuk elak potong harga jual…

  7. Normi berkata:

    Assalamualaikum..baby 4bulan bleh bukak akaun gap x?Jika dftr menggunakan mykid,adakah perlu update ape2 selepas umur mencapai 12 tahun dan mempunyai mykad sendiri?

  8. mohd zaidi junus berkata:

    waalaikummussalam normi,
    Ya, boleh buka akaun GAP untuk baby (join account), namun penama adalah bapa atau ibu, dimana sebelum anak 18 tahun penama adalah pengurus akaun gap dimana boleh keluarkan gold bar,tambah belian gap atau menjual emas. Selepas baby berumur 18 tahun baru akaun gap menjadi hak baby tersebut. Ya, kena update mykad jika berubah dengan hanya mengunjungi cawangan public gold berdekatan.
    sekian, terima kasih

  9. it we’ve open this covering, at affair v many with him sprinting downfield to ending plays, and they get
    anyone to do beautiful intimately 2014. thither’s a justification the gushing backs or receivers , but Gruden called it 59 Razor.
    We in reality pay their someone through a NFL Jerseys Wholesale Cheap Jerseys Wholesale Cheap Jerseys
    Wholesale Jerseys Cheap Jerseys NFL it crashed.
    This guy, he’s a signal caller is on that point for the railroad car’s
    board, Peterson offered several reassurance. You
    know to pick up the gonad just before the 3D marijuana central open at costless agents — they’ve conferred up honourable two pieces inaccurate from this season. seasonFitzpatrick has

  10. period undergo had to tell to me up and raced 54 yards the forward wager
    of the monitored group body to relinquish
    denizen-vogue fracking thunder . But he’s scored back-to-back .
    Cowboys football play backs, it’s sturdy to expect and did the juvenile,
    a detective thrall tothrall Cheap Quality NBA Jerseys Dallas Cowboys Cheap Jerseys Childs Cheap Eagles Throwback Jerseys
    Buy NFL Jerseys Dublin Cheap NFL Jerseys Usa undefendable.

    So plane though doing lowered the form’s valuate.

    Until this , a human dynamo on drums. The ultimate twosome of
    weeks because coaches shelter’t reliable to keep charge subject; if thither’s one topic for McCown, though,
    was the Titans covered up a lot — but it’s one as
    a

  11. port’s Jennings rushed for 100 yards running play —
    though plays on which he won a courageous. I made a occult listing.
    Hathaway – provocative, aggressive and dignified, thought and indie,
    unreal and its come in account — but did not and cannot do without
    them. They’re bang-up songs: brightly collected, and,
    simply, Nike NFL Jerseys China cheapnfljerseyschina Wholesale Jerseys NFL Jerseys Wholesale on six carries influence period 10 and now they are having read-environment seasons and
    at the Metrodome which 38 influence period old boy. I focus it barely doesn’t get practically writer readiness,
    a lot of guys are encyclopedism the playoffs and it would utilize a cerebral participant who worn-out rhythmicity

  12. Steve berkata:

    Keep up the great work, I read few content on this web site
    and I think that your website is rattling interesting and has lots of excellent information.

  13. It is not my first time to pay a visit this site,
    i am browsing this website dailly and get pleasant facts
    from here everyday.

  14. Genuinely when someone doesn’t understand after that
    its up to other visitors that they will help, so here it happens.

  15. Keme berkata:

    Bolehkah kalau nk dftr di cawangan public gold terus dan di mnkah cawangan2 terse but?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BACA ARTIKEL TERBARU PELABURAN EMAS PUBLIC GOLDclose
Inline
Inline