CARA BUAT FANS PAGE FACEBOOK PERNIAGAAN

cara-buat-facebook-fan-page
cara-buat-facebook-fan-page

Cara membuat dan membina fan pages facebook dengan teknik berkesan untuk promosikan perniagaan secara online

Fanpage facebook adalah medium pemasaran terbaik untuk memasarkan produk perniagaan secara online yang berkesan kerana  facebook adalah media sosial paling popular di Malaysia dan pengunaannya yang percuma.

Facebook Page atau Fanpage adalah seperti kedai jualan di tangan yang mudah yang digunakan untuk menjual pelbagai produk pernigaan di facebook secara online. Fanpage adalah pusat rujukan perniagaan kepada pelanggan untuk sebarang urusan perniagaan dengan pelbagai fungsi pemasaran dan bilangan pelanggan tanpa had. Fanpage sememangnya di reka sesuai untuk perniagaan online di facebook secara percuma atau boleh secara berbayar melalui facebook ads.

KELEBIHAN FANPAGE UNTUK PROMOSIKAN PERNIAGAAN :

  1. Jumlah fans atau pelanggan tiada had. Tiada had friendlist bagi fanpage berbanding facebook profile yang terhad kepada 5000 orang sahaja. Ini membolehkan kita membina fans yang ramai untuk perniagaan untuk kemudahan memasarkan barangan atau maklumat.
  2. Penjenamaan perniagaan profesional. Fanpage membolehkan perniagaan lebih profesional dan menyakinkan pelanggan dengan pelbagai maklumat dan khusus hanya kepada pelanggan yang mempunyai minat barangan yang sama.
  3. Pengiklanan Facebook ads. Fanpage membolehkan perniagaan diiklankan secara berbayar melalui facebook ads untuk semua pengguna facebook.
  4. Pembinaan jenama perniagaan. Fanpage membolehkan pembinaan jenama perniagaan walau admin facebook berlainan atau ramai admin. Kita boleh melantik admin lain menguruskan fanpage perniagaan melalui fanpage.
  5. Percuma. Fanpage adalah percuma dan boleh membuat banyak fanpage untuk perniagaan yang berbeza.

Fanpage adalah untuk perniagaan jangka panjang dengan membina ramai fans atau pelanggan. Perniagaan terbaik untuk seumur hidup adalah perniagaan emas Public Gold untuk menjual atau mempromosikan emas dan perak pelaburan termurah bebas gst bagi menjana pendapatan seumur hidup. Klik PROMOSI BINA EMPAYAR EMAS UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PELAJAR untuk memulakan perniagaan emas dengan modal kecil.

CARA BINA FANPAGE PERNIAGAAN BERKESAN

Cara dan teknik membina fanpage facebook untuk perniagaan bagi mempromosikan perniagaan secara online di sertakan tips serta teknik membuat fanpage yang berkesan untuk promosikan produk kedai perniagaan.

Perkara utama bagi membuat fanpage mestilah mempunyai akaun facebook, jadi hendaklah menjadi pengguna facebook atau mempunyai facebook profile terlebih dahulu dengan daftar di https://www.facebook.com. Setelah mempunyai akaun facebook profile barulah dapat membina facebook fanpage seperti tutorial di bawah :

TUTORIAL BINA FANPAGE FACEBOOK

Membina Fanpage sangat mudah tetapi pelu tahu teknik bina fanpage yang berkesan untuk perniagaan dan kunci utama adalah jenis Fanpage yang paling sesuai.

1)Untuk membina fanpage, Log masuk ke fb personal anda. Klik pada ‘Create Page‘ atau klik link https://www.facebook.com/pages/create/

cara-bina-fanpage-facebook
cara-bina-fanpage-facebook

2) Pilih kategori perniagaan atau bisnes dengan memberikan nama fanpage yang sesuai dengan produk atau servis yang ditawarkan.

kategori-bisnes-fanpage
kategori-bisnes-fanpage

Pilih kategori perniagaan penting untuk penjenamaan perniagaan sebagai kata kunci perniagaan. Dalam artikel ini, saya membina fanpage untuk kategori jenama atau produk (Brand or Product).

mula-bina-page-facebook
mula-bina-page-facebook

TIPS PILIH KATEGORI PERNIAGAAN : Pilih kategori perniagaan yang bersesuaian dan masukkan nama produk perniagaan dengan keyword yang bersesuaian. Contoh, perniagaan jual beli emas dan perak Public Gold, saya pilih nama fanpage saya berdasarkan website saya PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD MALAYSIA.

Setelah memlih Brand or Product dan memasukkan nama untuk Kedai Facebook, tandakan “I agree to Facebook Pages Terms”

3) Menulis maklumat deskripsi dan alamat facebook fanpage.

cara-buat-fanpage-facebook
cara-buat-fanpage-facebook

Tuliskan maklumat atau ‘description’ kedai perniagaan supaya muncul dalam hasil carian dengan memasukkan kata kunci yang bersesuaian dengan perniagaan serta tulis alamat website jika ada dan pilih nama bagi fanpage dan klik ‘simpan maklumat’ atau ‘Save Info’

TIPS MENULIS MAKLUMAT FANPAGE PERNIAGAAN : Maklumat perniagaan hendaklah ditulis dengan tepat, menarik dan ringkas yang merangkumi kelebihan perkhidmatan atau produk perniagaan. Tuliskan blog atau website jika ada dan nama fanpage sebaiknya ditulis seperti nama website atau blog. Membuat website bukannya susah dan boleh di buat sendiri dengan mudah tanpa perlu ilmu pengaturcaraan komputer. Klik CARA BUAT WEBSITE SENDIRI untuk membuat website sendiri tanpa perlu upah membina website. Contohnya, nama fanpage baru saya PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD dan saya mempunyai website PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD maka nama fanpage saya http://www.facebook.com/wwwpelaburanemaspublicgoldmalaysiadotcom

4) Masukkan gambar profil fans page facebook yang bersesuaian dengan perniagaan.

cara-buat-fanpage-facebook
cara-buat-fanpage-facebook

Masukkan gambar profil kedai perniagaan atau produk perniagaan dengan klik Upload dan pilih gambar dari komputer atau website dan klik ‘simpan foto’

PANDUAN GAMBAR PROFIL : Gambar profi fanpage sebaiknya adalah saiz 180 x 180.

5) Tambah halaman facebook pada kegemaran atau add to favourites

tambah-halaman-fanpage-ke-kegemaran
tambah-halaman-fanpage-ke-kegemaran

Klik “add to favourites” untuk memudahkan anda melihat  facebook page pada masa akan datang.

6) Pilih halaman penonton

halaman-facebook
halaman-facebook

Pilih penonton fanpage dengan memilih lokasi negara Malaysia jika produk untuk negara Malaysia dan sebagainya, umur, jantina minat yang berkaitan dengan produk perniagaan dan klik ‘save’ atau ‘simpan’.

PANDUAN PILIH PENONTON FANPAGE PERNIAGAAN : Pilih negara atau negeri untuk mempromosikan produk perniagaan dengan minat yang berkaitan perniagaan.

7) Tambah muka depan halaman facebook

tambah-gambar-muka-depan-fanpage
tambah-gambar-muka-depan-fanpage

Masukkan gambar cover atau muka depan fanpage untuk menunjukkan produk atau penjenamaan perniagaan.

gambar-cover-fanpage
gambar-cover-fanpage

TIPS GAMBAR MUKA DEPAN : Cover page terbaik adalah bersaiz 851 x 315 pixels.

8) Tambah butang pada halaman fanpage

tambah-butang-fanpage-facebook
tambah-butang-fanpage-facebook

Tambah butang pada halaman fanpage agar mudah pelanggan menghubungi perniagaan dengan pelbagai cara seperti emel, telefon atau website, dan klik ‘cipta’

fanpage-pelaburan-emas-public-gold-malaysia
fanpage-pelaburan-emas-public-gold-malaysia

9) Siap membina fanpage facebook untuk promosikan perniagaan online.

pelaburan-emas-public-gold-malaysia
pelaburan-emas-public-gold-malaysia

10) Lengkapkan maklumat halaman Facebook page

emas-dan-perak-public-gold
emas-dan-perak-public-gold

Akhir sekali sebelum membuat posting halaman fanpage pagebook lengapkan Facebook Page dibahagian “ABOUT”  fanpage dengan meletakkan maklumat penting seperti cara order, nota, alamat atau cara pelanggan hubungi, maklumat akaun bank di bahagian description, gambar-gambar produk perniagaan dan sebagainya. Fanpage facebook lengkap saya EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD seperti di atas kini baru mempunyai 1,093 ‘likers’. Sila klik rajah facebook fanpage saya dan tekan ‘LIKE’ untuk mendapat maklumat dan berita terkini mengenai pelaburan jongkong emas untuk pelaburan Public Gold. Selepas itu jemput atau invite kawan-kawan untuk LIKE fanpage dan seterusnya boleh mula post di facebook page.

TIPS POSTING DI FANPAGE : Sentiasa membuat posting dengan maklumat atau berita dengan post bergambar seperti testimonial, gambar aktiviti dan sebagainya. Galakkan fans supaya like, share atau komen untuk meningkatkan fans serta menyebarkan posting.

Setelah membuat posting di halaman fanpage, akan keluar icon boost post. Boost post atau galakkan post adalah iklan facebook ads yang boleh dilakukan di halaman facebook atau di facebook profile. Cara membuat facebook ads atau boost post akan di ceritakan pada artikel seterusnya. Untuk mendapat berita atau artikel terbaru, sila klik LIKE pada halaman fanpage facebook saya iaitu klik EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD.

Perniagaan terbaik tanpa di telan zaman atau ekonomi, iaitu perniagaan untuk sepanjang hidup adalah perniagaan emas. Public Gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal terbesar Malaysia memberi peluang berniaga emas iaitu dengan menjadi dealer atau agen public gold untuk menjana pendapatan aktif dan pasif untuk sepanjang hayat. Perniagaan emas fizikal bersama Public Gold amat mudah tanpa membuka kedai emas dan hanya memerlukan modal yang rendah. Maklumat untuk berniaga emas public gold dengan menjadi dealer public gold, sila whatsapp 019-9185593 (Mohd zaidi Junus) Master Dealer Public Gold semenjak tahun 2010 untuk panduan, tawaran atau promosi terbaik atau klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD.