CARA MAKSIMAKAN KEUNTUNGAN SPREAD HARGA JENIS EMAS TERBAIK

public gold spread

Apabila kita melabur emas kita pasti ingin memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Salah satu faktor atau cara memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas adalah spread harga emas. Apabila kita mengetahui spread harga emas kita akan dapat pilih jenis emas atau produk emas yang paling menguntungkan dalam pelaburan emas.

Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi membeli semula emas daripada kita. Jadi anda perlulah memilih syarikat emas yang memberikan spread yang paling rendah, teguh,kemudahan untuk kita membeli dan menjual emas kita.Syarikat emas yang berlainan mempunyai spread yang berlainan. Untuk melihat perbandingan spread syarikat emas di Malaysia KLIK DISINI.

Formula atau cara mengira spread harga emas dan perak adalah :

% SPREAD =HARGA JUAL – HARGA BELI / HARGA JUAL x 100

Bagi syarikat emas public gold marketing sdn.bhd atau public gold, Harga jualan iaitu harga emas semasa adalah PG SELL dan harga belian atau harga public gold membeli emas daripada kita adalah PG BUY. Spread harga emas public gold secara umum bagi syiling dinar dan gold bar adalah antara 4% hingga 6%.Sila lihat rajah di atas untuk melihat spread harga emas bagi setiap jenis atau produk emas secara terperinci.

KESIMPULANNYA :

Untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas adalah pemilihan jenis emas yang mempunyai spread harga yang lebih rendah. Semakin besar produk emas atau semakin berat emas, semakin rendah spread harga emas. Semakin kecil spread harga emas, semakin tinggi keuntungan  dan tempoh menunggu keuntungan lebih cepat. Jadi jika anda mempunyai modal lebih kurang RM4000 pada pendapat saya adalah lebih baik membeli 5 dinar daripada membeli emas gold bar 20g kerana spread harga 5 dinar adalah 5.5% sahaja berbanding spread 20g gold bar iaitu 6.0%. Selain itu produk emas 20g gold bar dikenakan kos transport sedangkan syiling dinar 5 dinar tidak dikenakan kos transport.

Lihat contoh jangkamasa keuntungan pelaburan emas dalam keadaan kenaikkan harga emas yang tidak stabil kerana krisis ekonomi euro.

gold bar public gold

Lihat S.O atau sales order pembelian emas public gold saya pada 31/05/2012 iaitu saya membeli emas 20g dengan harga PG SELL RM3393 dan gold bar 100g berharga RM16806. Pada hari ini 5/07/2012 iaitu SATU BULAN LIMA HARI lihat harga emas diatas, harga emas 20g gold bar PG SELL ialah RM3526 dan PG BUY ialah RM3315 dan gold bar 100g berharga PG SELL RM17467 dan harga PG BUY RM16594. Jika saya jual emas gold bar 100g yang saya beli pada 31/5/2012 berharga RM16806 pada hari ini 5/07/2012 iaitu jangkamasa  SATU BULAN 5 HARI pada harga PG BUY RM16594, saya sudahpun UNTUNG kerana saya adalah master dealer public gold yang sudah memperolehi komisen RM336 semasa membeli emas. Keuntungan  jika saya menjual emas saya pada hari ini dalam masa SATU BULAN LIMA HARI hari dalam keadaan ekonomi yang kurang baik adalah RM16806 – RM16594 + RM336 (komisen beli emas) + RM83 (komisen jual emas) iaitu RM207. Satu lagi cara memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas public gold adalah menjadi dealer public gold. Mari maksimakan pelaburan emas fizikal sekarang semasa harga emas masih rendah dengan MENJADI DEALER PUBLIC GOLD. Harga emas dijangkakan akan menaik disebabkan ekonomi Negara eropah semakin pulih.

Satu lagi faktor bagi memaksimakan keuntungan dalam pelaburan emas adalah kebolehan membeli emas pada harga rendah. Satu kesilapan pelabur emas atau bagi yang ingin memulai pelaburan emas ialah membeli emas semasa harga emas tengah menaik atau apabila ekonomi stabil di sebabkan iklan atau berita kenaikkan emas. Satu nasihat saya, jangan tunggu beli emas sekarang kerana harga emas sekarang adalah rendah dan masa terbaik untuk memulai pelaburan emas. Cara untuk memulai pelaburan emas KLIK DISINI