Category Archives: TEKNIK PELABURAN EMAS

PETUA JUAL EMAS DENGAN NILAI HARGA TERTINGGI

petua dan rahsia menjual emasPETUA JUAL EMAS DENGAN NILAI HARGA TERTINGGI

petua dan rahsia menjual emas

Petua atau rahsia menjual emas atau barangan kemas dengan nilai harga emas tertinggi atau mendapat keuntungan yang maksima dalam pelaburan emas fizikal

Orang melayu zaman dulu menyimpan emas untuk untuk perhiasan dan sebagai harta peninggalan untuk anak cucu. Pada zaman dahulu belum ada lagi emas pelaburan iaitu jongkong emas atau emas dinar, jadi orang zaman dahulu membeli emas perhiasan sebagai simpanan dan pelaburan masa depan.

Menjual emas tidak sama seperti menjual produk-produk yang lain, produk lain biasanya harga nya akan rendah selepas beli dan semakin lama semakin tidak bernilai, tetapi nilai emas setiap hari semakin naik dalam jangkamasa panjang. Emas sebenarnya adalah wang tunai kerana mudah di tunaikan kerana laku seluruh dunia. Jadi lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan duit di bank atau barangan lain yang susah ditunaikan. Walaupun emas amat mudah di jual dan laku seluruh dunia, pastinya kita mahukan harga jualan emas yang kita miliki dapat di jual dengan harga tertinggi. Setiap syarikat emas atau kedai emas meletakkan harga jual emas dan harga beli emas yang berbeza.
Bagaimana cara untuk mendapatkan nilai tertinggi untuk emas perhiasan atau jongkong emas yang mahu di jual?.

Petua, cara, panduan, tips dan rahsia supaya dapat harga emas tinggi apabila menjual emas adalah :

1. Perbandingan Harga Jual Emas.
Harga emas bukan harga kawalan jadi harga beli emas, harga jual emas dan peratus spread harga emas adalah berbeza bagi setiap syarikat emas atau kedai emas, jadi sebelum menjual emas hendaklah menyemak harga jual emas terlebih dahulu supaya nilai harga jual emas mendapat harga yang tertinggi. Harga jual (buyback) emas adalah lebih rendah daripada harga semasa emas. Biasanya harga jual emas di kedai emas kurang 20% hingga 30% daripada harga semasa emas. Harga jual emas yang berkurang ini dikenali peratus susut nilai emas atau peratus spread emas yang dikenakan oleh semua syarikat emas atau kedai emas. Untuk mendapatkan harga tertinggi bagi nilai emas, hendaklah membuat perbandingan harga jual emas untuk beberapa syarikat atau kedai emas. Dizaman internat dan online, anda boleh membuat perbandingan harga jual emas dengan mudah iaitu menyemak harga jual emas pada website syarikat pelaburan emas dan Tanya harga jual emas syarikat emas terbabit. Cari Kedai emas dengan Harga Buyback Terbaik. Sebelum bersetuju menjual emas, pastikan mendapatkan dua atau tiga penawaran harga dari kedai atau syarikat emas yang berbeza. Klik HARGA EMAS TERKINI DI MALAYSIA untuk rujukan harga emas pelaburan dan harga emas perhiasan Malaysia sebagai panduan menjual emas.
2. Tukar Emas Dan Jual Emas.

trade in emasPETUA JUAL EMAS DENGAN NILAI HARGA TERTINGGI

trade in emas

Rahsia menjual emas dan memperolehi nilai tertinggi adalah melalui program X-PLAN public gold. Program xplan public gold adalah program tukar emas, barangan kemas atau jongkong emas jenama lain kepada emas public gold dan seterusnya setelah mendapat emas public gold, anda boleh jualkan atau gadai emas di arrahnu untuk mendapat wang tunai. Harga jual emas yang di tawarkan oleh public gold adalah tinggi iaitu hanya 8% susut nilai iaitu berdasarkan harga jual PG BUY 10 gram. Kelebihan program XPLAN ialah anda akan otomatik jadi customer public gold, boleh jual beli emas online 24 jam apabila menukar emas lain kepada emas public gold. Cara tukar emas lama kepada emas public gold, kunjungi cawangan public gold terdekat dengan membawa emas anda untuk di periksa ketulinan dan di nilai, pilih produk emas yang dikehendaki seperti jongkong emas, emas dinar atau barangan kemas yang bersamaan nilai emas anda dan daftar jadi pelanggan public gold dengan menulis nama introducer MOHD ZAIDI JUNUS dan kod introducer PG001425, bawa balik emas public gold anda atau boleh di jual atau di pajakkan di arrahnu dimasa memerlukan wang tunai. Klik TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU PUBLIC GOLD X PLAN untuk penerangan lanjut mengenai X-PLAN public gold.

3. Menjual Emas Kepada Syarikat Atau Kedai Emas Asal.
Petua menjual emas dapat harga emas tinggi adalah menjual emas di kedai emas atau syarikat emas asal membeli dahulu. Dimana anda beli, di situlah lah anda jual semula. Ini adalah untuk mengelak daripada potongan harga jual atau susut nilai emas yang tinggi. Disinilah pentingnya membeli emas di syarikat emas yang besar, kukuh, mempunyai banyak cawangan agar mudah menjual emas dengan harga tinggi di saat kita memerlukan wang. Jika menjual emas di syarikat yang berlainan, harga emas akan di potong lebih rendah. Contohnya, spread atau susut nilai harga emas public gold bagi 1 dinar emas ialah 6% dan emas 1 dinar syarikat X di jual kepada public gold, Public gold akan membeli balik (buyback) emas jenama X dengan harga susut nilai lebih kurang 12%. Jadi di sini penyimpan emas akan rugi jika menjual emas di syarikat yang berlainan. Adalah penting membeli emas daripada syarikat emas yang kukuh dan mempunyai banyak cawangan untuk memudahkan urusan jual beli emas. Adalah tiada guna jika membeli emas yang murah daripada syarikat emas asing atau syarikat tertentu, sedangkan dapat nilai yang rendah apabila di jual kerana potongan susut nilai harga emas 20% hingga 30%. Kenapa harga emas di potong atau susut nilai tinggi dari syarikat emas berlainan ? Ini adalah kerana kos melebur semula emas dan kos memproses semula emas yang perlu di tanggung oleh syarikat emas terbabit. Bagi syarikat emas yang besar seperti Public Gold yang mempunyai kilang sendiri, kos yang perlu di tanggung adalah sedikit, sebab itulah public gold tidak memotong harga jual spread dalam program X-plan atau mengenakan potongan harga yang sedikit bagi produk emas lama atau jenama lain yang di jual di Public Gold.
4. Jual Emas Kepada Pelanggan Atau Pengguna Atau Dealer.
Bagi mendapat hasil jualan emas dengan harga tertinggi adalah melalui usaha promosi jualan kepada pelanggan/pengguna atau dealer emas. Teknik jualan ini memerlukan usaha promosikan emas anda secara terus kepada pelanggan atau penyimpan emas melalui media social, kumpulan facebook, iklan dan sebagainya. Melalui cara ini emas jualan anda akan bernilai tinggi dari harga susut nilai emas atau daripada di jual kepada kedai emas dan sebagainya. Pengedar emas atau dealer syarikat emas biasanya mempunyai ramai pelanggan atau kumpulannya sendiri. Menjual emas kepada Dealer emas mombolehkan harga emas anda bernilai lebih tinggi dari harga jual semasa (we buy), tapi rendah dari harga emas semasa (we sell). Ini adalah kerana dealer emas boleh menjual emas tersebut secara terus kepada pelanggannya.

5. Menjual Emas Dengan Berilmu.
Sebelum menjual emas, mestilah menpunyai sedikit ilmu jenis emas atau ketulenanya kerana setiap jenis emas mempunyai harga yang berlainan. Ketulenan emas adalah berdasarkan jenis emas atau nilai karat emas. Contohnya emas 916 mempunyai 22K karat bernilai lebih rendah daripada emas 999.9 yang mempunyai 24K karat. Ketulenan emas biasanya di cop pada emas tersebut atau pada resit belian emas. Kita mestilah mempunyai sedikit ilmu emas untuk mengelak daripada di tipu semasa menjual emas atau barangan kemas.

6. Jual Kepada Syarikat Emas Lain.
Syarikat emas yang berjenama biasanya akan menjaga nama syarikatnya dan membeli emas dengan harga yang lebih tinggi daripada kedai emas atau pembeli emas di kaki lima. Menjual emas kepada syarikat emas besar berjenama lain adalah cara terakhir untuk mendapat nilai harga emas tinggi bagi emas dan mengelak daripada di tipu.

7. Teliti Semasa Membeli Emas, Spread Dan Syarikat Emas.
Faktor penting untuk mendapat nilai harga jual yang tinggi bagi emas yang di jual adalah harga emas semasa membeli emas. Teliti dan semak harga emas sebelum membeli emas dan mengambil peluang membeli emas di saat harga emas rendah. Rebut peluang membeli emas di waktu harga emas murah atau harga emas jatuh kerana masa harga emas murah adalah sekejap sahaja dan guna teknik pemurataan harga bagi mendapat harga beli emas yang rendah. Semak sejarah harga emas dunia di www.kitco.com sebagai panduan membeli harga emas di waktu harga emas rendah. Teliti juga syarikat emas terbaik untuk membeli emas iaitu syarikat emas yang besar, kukuh, kemudahan jual beli emas dan sebagainya untuk mendapat harga jual emas yang tinggi dengan mengelak kerugian semasa menjual emas atau potongan harga jual emas kerana jualan emas kepada syarikat emas yang lain. Teliti juga susut nilai emas dengan membeli produk emas yang mempunyai peratus spread atau susut nilai emas yang rendah. Emas fizikal adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang, penelitian membeli emas akan dapat memberikan nilai yang lebih tinggi ke atas harga jual emas atau mendapat keuntungan yang maksima.

Petua membeli atau menjual emas ini penting supaya dapat menjual emas pada harga yang tertinggi dan mendapat lebih nilai ke atas emas anda. Harga emas kini berada di tahap terendah dalam tempoh 2 tahun, merupakan waktu terbaik membeli emas supaya memperolehi nilai harga jual emas yang tinggi. Anda boleh mula membeli,menyimpan dan mengumpul emas dengan modal terendah kini iaitu dengan membeli jongkong emas 1 gram yang berharga lebih kurang RM134 melalui program GAP ( Gold Accumulation Programme ) atau program pengumpulan emas public gold yang patuh syariah. Klik CARA MEMBELI JONGKONG EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk mula membeli gold bar 1 gram, secara otomatik menjadi pelanggan public gold dan mengumpul jongkong emas 999.9 daripada syarikat pelaburan emas fizikal terbesar di Malaysia dengan kemudahan urusniaga jual beli emas online serta kemudahan menjual dan membeli produk emas di 18 CAWANGAN PUBLIC GOLD dengan menawarkan pelaburan emas fizikal dengan spread atau susut nilai emas terendah.

CARA PELABURAN EMAS MODAL KECIL KUMPUL GOLD BAR 1 GRAM

cara pelaburan emas modal kecil gold bar 1 gramCARA PELABURAN EMAS MODAL KECIL KUMPUL GOLD BAR 1 GRAM

cara pelaburan emas modal kecil gold bar 1 gram

Cara pelaburan emas fizikal modal kecil dengan membeli gold bar 1 gram public gold melalui program GAP untuk mengumpul jongkong emas fizikal yang patuh syariah.

Public gold kini mengeluarkan jongkong emas fizikal terkecil yang boleh di pegang dan disimpan iaitu gold bar 1 g LBMA public gold. Jongkong emas 1 gram public gold ini mempunyai pengesahan antarabangsa LBMA dan boleh di beli secara online mengikut harga emas antarabangsa. Jongkong emas 1g ini adalah selari dengan program pengumpulan emas (GAP) yang telah di perkenalkan pada september 2014 dan selari dengan tuntutan syariah dengan membeli dan mengumpul emas fizikal.
Program pengumpulan emas,GAP ( Gold Accumulation Program) public gold melibatkan penyimpanan wang minimun RM100 dan ditukarkan kepada emas fizikal mengikut harga emas pada hari penyimpanan wang dan jongkong emas boleh dikeluarkan atau di ambil di cawangan public gold setelah cukup berat jongkong emas yang dikehendaki sama ada gold bar 10g, gold bar 20g dan sebagainya. Program pengumpulan emas (GAP) ini adalah sama seperti Akaun Simpanan Emas oleh Kuwait Finance Home, cuma bezanya modal buka akaun GAP hanya RM100 tapi modal buka akaun KFH adalah 10g dan kemudahan buka akaun atau penyimpanan wang GAP public gold secara online 24 jam sehari manakala KFH perlu hadir sendiri ke KFH.

Kini program GAP telah di naik taraf dengan mengeluarkan jongkong emas 1 gram fizikal agar patuh syariah dan memberi peluang serta kemudahan menceburi bidang pelaburan emas fizikal dengan modal yang kecil. Pelabur emas kini boleh mengumpul emas fizikal yang patuh syariah dengan modal kecil dengan membeli gold bar 1 g dan seterusnya membeli gandaan gold bar 1 gram untuk dikumpulkan hingga terkumpul kepada berat emas yang di kehendaki seperti gold bar 20 g dan sebagainya. Program GAP ini amat sesuai bagi pelabur yang ingin mula melabur emas dengan modal yang sedikit seperti pelajar dan susah menyimpan emas atau pelaburan emas untuk masa depan anak-anak dari ibu bapa atau pelaburan emas bagi pekerja yang berada di luar Negara atau di tempat yang jauh.

Ciri-ciri jongkong emas 1g keluaran public gold :

  • Jongkong emas fizikal berketulenan 999.9%
  • Bentuk atau design yang menarik
  • Gold bar yang diiktiraf antarabangsa, LBMA
  • Kemudahan membeli emas secara online mengikut harga emas antarabangsa di mana sahaja berada.
  • Mudah di jual beli secara online 24 jam atau mengeluarkan jongkong emas di 17 cawangan public gold.

Kelebihan membeli gold bar 1g public gold dari program GAP :

  • Dapat memiliki jongkong emas fizikal berketulinan 999.9%
  • Jimat kos penyimpanan emas kerana kos penyimpanan emas tidak di kenakan melalui program GAP
  • Modal buka akaun atau penyimpanan emas yang rendah iaitu minimun RM100 atau harga 1g gold bar.
  • Mudah mendapat atau mengeluarkan emas fizikal di mana-mana 17 cawangan Public Gold.
  • Kemudahan belian atau jualan emas secara online 24 jam mengikut harga emas antarabangsa.
  • Pelaburan emas fizikal untuk masa depan anak-anak. Syarat membeli emas atau menjadi customer atau dealer public gold sebelum ini mestilah berumur 18 tahun ke atas. Kini melalui program GAP, sesiapa pun termasuk anak-anak yang berumur kurang dari 18 tahun boleh melabur emas atau mengumpul emas melalui ” Joint Account bersama anak “

Cara mudah membeli emas 1g gold bar melalui program GAP public gold :

Langkah 1 :
Rujuk harga emas harian GAP di laman web www.publicgold.com.my

harga semasa gold bar 1 gramCARA PELABURAN EMAS MODAL KECIL KUMPUL GOLD BAR 1 GRAM

harga semasa gold bar 1 gram

Langkah 2 :
Masukkan wang mengikut harga emas harian GAP ke akaun Public Gold melalui Bank-in, maybank2u, perbankan internet, deposit di kaunter bank, mesin deposit tunai, pemindahan ATM, arahan tetap bulanan atau bayaran tunai di CAWANGAN PUBLIC GOLD.
Masukkan wang Ke Akaun Public Gold berikut :
Nama Akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Maybank : ke akaun bernombor 5071-3410-4563 atau
Public Bank : ke akaun bernombor 3167-52-0833
Contohnya, berdasarkan harga emas GAP pada rajah di atas, pada 23 september 2014 jongkong emas 1 gram berharga RM138. Jadi anda masukkan wang atau bank in sebanyak RM138 dan simpan slip bayaran GAP.
Untuk makluman, harga GAP hanya berubah sekali sehari iaitu pada pukul 12.00 malam.

Langkah 3 :
Hantar emel slip bayaran dan maklumat anda serta introducer ke gap@publicgold.com.my.

Contohnya, Hantar emel ke gap@publicgold.com.my
Tajuk emel : Bayaran pembelian 1 gram GAP
Tuliskan maklumat diri anda seperti berikut :
                   Nama Penuh :
                   Nombor Kad Pengenalan :
                   No. Telefon :
                   Emel :
                   Item pembelian :GAP 1 gram
                   Nama Introducer : MOHD ZAIDI BIN JUNUS
                   Kod PG Introducer : PG001425
Introducer berperanan sebaga pakar runding atau mentor anda dalam pelaburan emas public gold. Setelah membeli emas dengan meletakkan nama saya MOHD ZAIDI BIN JUNUS, Kod PG introducer PG001425 Master dealer Public Gold sebagai introducer, sila SMS/Whatsapp ke nombor 019-9185593 untuk sebarang pertanyaan bantuan atau mendapat saguhati.

Langkah 4 :
Hantar mesej SMS atau Whatsapp Ke 017-4866 916 dengan menyertakan
1. Maklumat pembayaran GAP,
Format maklumat pembayaran GAP :
Kod PG<jarak>BELI GAP<jarak>Jumlah Tempahan<jarak>(Tarikh & MasaPembayaran)
Contohnya,
Jika pelanggan baru yang belum ada kod pg :
Tuliskan : PG NEW BELI GAP RM138 (23/09/2014 & 23:45:59)
Jika pelanggan public gold yang telah ada kod pg :
Tuliskan : PG 000000 BELI GAP RM138 (23/09/2014 & 12:34:56)
2. Maklumat diri berserta nama dan kod introducer
Tuliskan :
               Nama Penuh :
               Nombor Kad Pengenalan :
               No. Telefon :
               Emel :
               Item pembelian : GAP 1 gram
               Nama Introducer : MOHD ZAIDI BIN JUNUS
               Kod PG Introducer : PG001425
Jika ingin melabur emas untuk anak-anak, sila tambah mesej dengan menuliskan :
Joint Account Bersama Anak
Nama Anak :
Nombor kad pengenalan/sijil lahir anak :

cara beli gold bar 1g public goldCARA PELABURAN EMAS MODAL KECIL KUMPUL GOLD BAR 1 GRAM

cara beli gold bar 1g public gold

3. Slip pembayaran GAP ( jika menggunakan whatsapp)
Sertakan atau attach slip bayaran GAP jika penghantaran menggunakan whatsapp supaya lebih mudah dan cepat pihak public gold mengesahkan pembelian GAP. Jika menggunakan SMS slip bayaran tidak perlu dihantar.
Selepas mesej SMS atau Whatsapp di hantar, pihak public gold akan menghantar penyata pembelian GAP.

Langkah 5 :
Simpan penyata GAP dan Slip Bayaran sebagai rujukkan. Dalam masa lebih kurang sehari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP ni. Simpan GAP statement dan resit bayaran original untuk rujukkan pada masa akan datang.

GAP statement public goldCARA PELABURAN EMAS MODAL KECIL KUMPUL GOLD BAR 1 GRAM

GAP statement public gold

Penyata GAP atau GAP Statement boleh di semak dalam akaun pelanggan ( seperti rajah di atas) setelah anda menjadi customer public gold setelah mempunyai kod pg. GAP Statement pada website public gold akan memaparkan jumlah simpanan emas terkumpul anda. Lihat contoh GAP statement saya di bawah.

penyata GAP emas terkumpulCARA PELABURAN EMAS MODAL KECIL KUMPUL GOLD BAR 1 GRAM

penyata GAP emas terkumpul

ATAU
CARA MUDAH BELI GOLD BAR 1 GRAM DALAM PROGRAM GAP :

Hadirkan diri ke cawangan public gold terdekat anda dengan membawa wang tunai sebanyak nilai jongkong emas 1 gram atau 2 gram. Jika anda ingin mengeluarkan gold bar 1 gram, pada permulaan bawa wang tunai bernilai sekurang-kurangnya untuk 2 gram kerana mesti tinggal baki 1 gram. Pastikan memaklumi kakitangan public gold bertugas bahawa ingin “daftar customer program GAP public gold” dan sertakan NAMA INTRODUCER : MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan KOD PG INTRODUCER : PG001425. Jika anda tidak mendaftar program GAP, harga gold bar 1 gram melebihi RM160. Jadi lebih baik mendaftar customer public gold untuk kemudahan menyemak penyata GAP, mudah jual beli emas dan perak online atau berpeluang menjadi dealer public gold. Klik CAWANGAN PUBLIC GOLD untuk melihat alamat 18 cawangan public gold terdekat anda.

Cara pengeluaran jongkong emas fizikal terkumpul dari program GAP :

I. Pengeluaran emas fizikal seperti jongkong emas atau syiling emas.
Hadir ke cawangan Public Gold berdekatan anda untuk mendapatkan emas fizikal terkumpul anda dengan Pengeluaran minima 1gm emas fizikal. Pengeluaran emas fizikal di cawangan public gold di kenakan kos pengangkutan seperti pembelian jongkong emas public gold iaitu gold bar 20g dikenakan RM10, gold bar 50g dikenakan RM20, gold bar 1g dikenakan RM5 dan sebagainya.

Pengeluaran emas hanya boleh dlakukan 3 hari selepas pembayaran GAP. Contohnya, jika anda menbayar GAP sebanyak 11 gram emas, maka anda dapat mengeluarkan emas sebanyak 10 keping gold bar 1 gram atau 1 keping gold bar 10 gram selepas 3 hari pembayaran di lakukan. Setiap keping gold bar 1 gram dkenakan kos pengangkutan RM5 manakala gold bar 10 g dikenakan kos transport RM10.

gold bar 1 gram public goldCARA PELABURAN EMAS MODAL KECIL KUMPUL GOLD BAR 1 GRAM

gold bar 1 gram public gold

Harga jualan runcit jongkong emas 1 gram kini adalah RM160 yang d jual di semua cawangan public gold atau dealer public gold bagi anda yang tidak minat menyertai program GAP atau ingin menyimpan sebagai koleksi atau hadiah. Jualan runcit emas bermaksub, anda bayar RM160 terus dapat gold bar 1 gram daripada saya. Hubungi sms atau whatsapp jika berminat membeli gold bar 1 gram public gold yang tulen, menarik dan di iktiraf antarabangsa.

II. Pengeluaran tunai atau jual emas
Jualan emas program GAP berdasarkan harga belian Public Gold jam 12 tengah malam pada hari tersebut dengan mengikut berat produk yang di bawah berat emas terkumpul.
SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada+6017-4866916.
Contoh,
Dengan kod PG : PG 000000 JUAL GAP 100gram
Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.
Contoh, Jual balik dilakukan pada 14/7/14, harga akan merujuk pada 14/7/14 12:00 tengah malam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 16/7/14
Maklumat lanjut mengenai program pengumpulan emas dalam pelaburan emas melalui program GAP (Gold Accumulaton Program) klik PROGRAM GAP GOLD ACCUMULATON PROGRAM

Harga emas kini berada pada peringkat terendah. Inilah peluang terbaik untuk mulakan simpanan emas melalui program GAP public gold untuk mengumpul emas dengan modal yang sedikit. Katakan anda mula membeli dan mula mengumpul emas 1 g sekarang setiap bulan, dalam masa 2 tahun anda akan mendapat jongkong emas 24 gram dan bayangkan pada masa tersebut harga emas tinggi, pastinya akan mendapat keuntungan yang banyak dengan hanya modal yang sedikit. Kaedah lain pelaburan emas dengan modal rendah ialah kaedah EPP (easy payment purchase).Klik KAEDAH PEMBELIAN EMAS SECARA ANSURAN EPP public gold yang juga memberi peluang melabur emas dengan modal yang sedikit.

Jika anda ingin terus memiliki emas fizikal, boleh terus membeli emas atau perak secara online ataupun tidak online. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD

BACA LAGI CARA MELABUR EMAS DAN BINA WEB SENDIRIclose