HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA

Hubungan Harga Emas Dan Nilai Ringgit Malaysia
Hubungan Harga Emas Dan Nilai Ringgit Malaysia

Hubungan dan kaitan harga emas dengan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia dan faktor yang memberi kesan kepada kenaikkan dan penurunan harga emas

Harga emas mempunyai hubungan dengan nilai wang ringgit Malaysia kerana harga emas dunia dalam matawang USD dolar Amerika dan objek perdagangan utama dalam matawang dolar Amerika, usd. Apakah hubungan harga emas dengan nilai matawang ringgit Malaysia?. Hubungan antara harga emas dengan nilai ringgit Malaysia dapat difahami apabila mengetahui perkaitan harga emas dengan matawang dolar Amerika.

HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN WANG DOLAR

Kebiasaannya hubungan harga emas dengan wang dolar AS adalah hubungan songsang iaitu jika wang dolar jatuh, maka harga emas naik dan apabila dolar meningkat maka harga emas akan menurun. Perkaitan songsang harga emas dengan matawang dolar sebenarnya di sebabkan bekalan dan permintaan, supply and demand. Jumlah permintaan tinggi akan menyebabkan harga meningkat tinggi dan sebaliknya. Jika bekalan banyak dan permintaan sedikit akan menyebabkan harga akan turun. Kalau supply sedikit dan permintaan banyak maka harga akan naik. Bekalan atau supply emas adalah tetap dan semakin berkurang. Matawang dolar Amerika merupakan mata wang antarabangsa sehingga dollar amerika diminati dan dijadikan bahan pelaburan mata wang.

Hubungan harga emas dengan dolar berlaku apabila permintaan dolar AS jatuh menyebabkan pelabur di seluruh dunia beralih kepada pelaburan emas yang lebih selamat untuk melindungi kejatuhan nilai wang. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menyebabkan harga emas meningkat. Begitu juga sebaliknya apabila matawang dolar AS mengukuh, peningkatan jumlah pelabur mengalihkan pelaburan mereka dari emas kepada dolar AS yang menyebabkan nilai emas menyusut. Hubungan songsang antara emas dan dolar AS sebenarnya adalah tingkah laku pelabur dan tidak sesuai membuat kesimpulan bahawa harga emas dan dolar AS sentiasa bergerak dalam arah yang bertentangan kerana faktor-faktor luaran yang lain juga memberi kesan kepada harga emas.

Faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada harga emas adalah :

  1. Situasi ekonomi dan politik dunia. Situasi ekonomi dan politik dunia mempengaruhi harga emas seperti peperangan, krisis ekonomi Amerika, brexit, frexit termasuklah nilai matawang utama lain seperti mata wang Euro, Pounds Sterling, Yen Jepun dan sebagainya.
  2. Permintaan emas. Permintaan emas yang tinggi untuk pembuatan sesuatu produk atau teknologi menyebabkan emas banyak dibeli dan memberi kesan kepada harga emas. Negara Cina dan India adalah pembeli emas terbesar di Dunia yang boleh mempengaruhi harga emas dunia.
  3. Federal Reserve Amerika. Bank Pusat Amerika atau US Central Bank atau dikenali dengan Federal Reserve adalah sistem Rizab Persekutuan yang merupakan tonggak utama yang paling berkuasa dalam ekonomi AS dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia. Sistem Perbankan Rizab Persekutuan ini juga dikenali FED adalah pihak berkuasa kebangsaan yang bebas dan paling berpengaruh terhadap kesihatan ekonomi, mengawal bank-bank serta kestabilan sistem kewangan AS yang mempengaruhi ekonomi global.
  1. Inflasi. Semasa inflasi atau ekonomi meleset atau kejatuhan nilai wang, permintaan terhadap emas tinggi dan akan menyebabkan harga emas meningkat.
  2. Harga minyak. Kenaikan harga minyak biasanyamemberi kesan kenaikan harga emas atau sebaliknya. Namun kesannya tidak terjadi secara langsung kerana semasa harga minyak naik boleh menyebabkan terjadi inflasi sehingga menyebabkan harga emas juga turut naik.

Harga emas amat susah untuk di ramal kerana mempunyai banyak faktor luaran yang dapat memberi kesan ke atas harga emas. Namun yang jelas, pelaburan emas paling selamat terutama sewaktu ekonomi tidak menentu, inflasi atau kejatuhan nilai wang.

HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN NILAI RINGGIT MALAYSIA

Harga emas dunia diniagakan dalam dolar amerika iaitu us/oz. Maka harga emas dalam sesuatu negara berubah apabila nilai matawang berubah kerana perubahan nilai matawang berbanding matawang dolar. Ini bermaksub, kejatuhan nilai wang akan menaikkan harga emas dalam ringgit malaysia. Harga emas dalam dolar Amerika us/oz atau harga emas dalam ringgit Malaysia boleh dirujuk di http://www.gold-eagle.com/rate/price-of-gold/Malaysia.

Harga Emas Semasa Ringgit Malaysia
Harga Emas Semasa Ringgit Malaysia

Contoh pengiraan harga emas dalam ringgit malaysia dengan membanding dua nilai wang yang berbeza.

Cara menukar harga emas dunia dalam dolar us/oz kepada harga emas dalam Ringgit Malaysia per gram RM/g adalah seperti berikut :

  1. Tukar unit harga emasoz kepada gramiaitu 1 oz = 31.10 gram
  2. Nilai wang ringgit Malaysia berbanding dolar semasa boleh dirujuk di www.xe.com
  3. Penambahan harga Premium sebanyak 8% dari harga mentah kepada harga emas fizikal.

Contoh pengiraan penukaran harga emas dari us/oz kepada RM/g iaitu dengan merujuk harga emas yang sama bagi 2 nilai wang ringgit yang berbeza.

HARGA EMAS DUNIA 1200 us/oz PADA NILAI RINGGIT MALAYSIA 4.5 SEDOLAR SEMASA

  • Tukar harga dari unit oz kepada gram, Harga emas semasa $1200 us/oz di bahagi 31.1 = $38.6 us/g
  • Kira kadar tukaran wang harga 1 gram emas dalam matawang dollar kepada Ringgit Malaysia RM boleh di lihat di www.xe.com dimana kadar tukaran wang kini adalah RM4.5 sedolar us $38.6 x RM 4.5 (1 Us = RM 4.5 ) = RM173.7 per gram iaitu harga 1 gram emas mentah dipasaran antarabangsa
  • Tambah kos premium 8% kerana kos pemprosesan pembuatan kepada emas fizikal ; RM173.7X 8% = RM13.9. MakaHarga emas dalam Ringgit Malaysia RM bagi setiap gram emas fizikal ialah : RM173.7 + RM13.9 = RM187.6 per gram.

HARGA EMAS DUNIA 1200 us/oz PADA NILAI RINGGIT MALAYSIA 2.5 SEDOLAR TAHUN 2011

  • Tukar harga dari unit oz kepada gram, Harga emas semasa $1200 us/oz di bahagi 31.1 = $38.6us/g
  • Kira kadar tukaran wang harga 1 gram emas dalam matawang dollar kepada Ringgit Malaysia RM boleh di lihat di www.xe.com dimanakadar tukaran wangTAHUN 2011 adalah RM2.7 sedolar us $38.6 x RM 2.7 (1 Us = RM 2.7 ) = RM104.2 per gram iaitu harga 1 gram emas mentah dipasaran antarabangsa
  • Tambah kos premium 8% kerana kos pemprosesan pembuatan kepada emas fizikal ; RM104.2X 8% = RM8.3. MakaHarga emas dalam Ringgit Malaysia RM bagi setiap gram emas fizikal ialah : RM104.2 + RM8.3 = RM112.5 per gram.

Kaitan antara harga emas dengan nilai ringgit malaysia boleh dibuat perbandingan pada harga emas dunia yang sama iaitu 1200 us/oz dan memperolehi harga emas dalam ringgit malaysia yang berbeza iaitu :

  • Harga emas RM187.6 segram pada nilai wang RM rendah RM4.5 sedolar
  • Harga emas RM112.5 segram pada nilai wang RM tinggi RM2.7 sedolar.

Ini membuktikan bahawa kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia menyebabkan harga emas dalam Malaysia meningkat dan menunjukkan bahawa emas kalis inflasi dan pelindung kejatuhan nilai wang.

Harga Emas Ringgit Malaysia
Harga Emas Ringgit Malaysia

Perbandingan harga emas dunia dengan harga emas dalam ringgit Malaysia seperti graf di atas juga menunjukkan peningkatan harga emas dalam Malaysia yang tinggi bermula tahun 2014 akibat kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia.

Kesimpulan kaitan antara harga emas dengan kejatuhan nilai matawang ringgit malaysia :

  • Kejatuhan nilai wang ringgit menyebabkan harga emas dalam negara Malaysia meningkat tinggi
  • Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kejatuhan nilai wang
  • Kini harga emas dunia pada paras terendah iaitu 1200 us/oz berbanding harga tertinggi tahun 2011 iaitu 1900 us/oz dimana harga emas 1g kini lebih kurang RM190 sedangkan harga emas tertinggi tahun 2011 hanya RM220 segram.
  • Kini masa paling sesuai memulakan pelaburan emas untuk keuntungan berganda bila harga emas naik dan sebagai pelindung nilai kejatuhan wang
  • Mesti bertindak tukar sebahagian simpanan wang kepada simpanan emas sebagai insurans dan  bekalan dana kecemasan
public gold margin spread
public gold margin spread

Kejatuhan wang ringgit malaysia menyebabkan harga barangan yang di import dari luar negara menjadi lebih mahal kerana kadar pertukaran wang ringgit kepada dolar yang tinggi. Jongkong emas dan perak Public Gold di akui antarabangsa bersijil LBMA yang dikeluarkan di Turki juga mengalami peningkatan kos akibat kejatuhan nilai wang ringgit yang menyebabkan Public Gold terpaksa menaikkan margin spread emas bermula tahun 2017 seperti gambar di atas. Namun, harga jongkong emas dan perak LBMA public gold tidak berubah TERMURAH, SPREAD TERENDAH kerana SATU-SATUNYA EMAS BEBAS CUKAI GST dimana jika beli emas kena gst bermaksub harga dan spread telah bertambah 6% kerana cukai gst.

Urusniaga Emas Patuh Syariah
Urusniaga Emas Patuh Syariah

Berita terkini, pelaburan emas dan perak fizikal Public Gold telah mendapat pengesahan patuh syariahPublic Gold SATU-SATUNYA syarikat pelaburan jongkong emas dan perak mendapat pengesahan patuh syariah di Malaysia. Kini, urusniaga jual beli emas dan perak Public Gold telah diiktiraf sebagai urusniaga patuh syariah kerana telah disahkan oleh penasihat syariah yang dilantik oleh Public Gold iaitu Amanie Advisors – Global Islamic Finance Advisors http://www.amanieadvisors.com. Sijil pengiktirafan telah dikeluarkan bagi mengesahkan perkara ini seperti gambar di atas. Penasihat syariah, Amanie Advisors diketuai oleh seorang pakar dalam bidang syariah iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pengiktirafan patuh syariah akan memberi keyakinan dalam urusan jual beli emas berlandaskan syariah yang di tuntut dalam islam. Bertindak sekarang membeli emas pelaburan Public Gold yang patuh syariah, termurah dan bebas gst. Whatsapp 019-9185593, master dealer Public Gold berpengalaman untuk sebarang pertanyaan serta panduan atau free daftar percuma untuk mulai pelaburan jongkong emas dan perak Public Gold dengan KLIK PANDUAN DAFTAR PERCUMA ATAU BELI EMAS TERUS MENJADI AHLI PUBLIC GOLD