PERCUMA DAFTAR AHLI ATAU BELI EMAS PUBLIC GOLD

PERCUMA DAFTAR AHLI ATAU BELI EMAS PUBLIC GOLD

Pendaftaran percuma jadi ahli public gold atau cara mula membeli emas minima RM100 atau beli gold bar 1g 24 karat lbma bebas gst. BACA LAGI »

CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA

CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA

Alamat cawangan public gold seluruh malaysia, singapura dan Indonesia untuk urusan jual beli emas Public Gold. BACA LAGI »

KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

Kelebihan program GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold atau kebaikkan program kumpul emas fizikal modal kecil pertama di Malaysia. BACA LAGI »

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

Kelebihan emas public gold bukti produk emas public gold adalah pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia. KLIK BACA LAGI »

CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM OTOMATIK JADI AHLI PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM OTOMATIK JADI AHLI PROGRAM GAP PUBLIC GOLD

Program GAP public gold, pelaburan emas terbaik patuh syariah dan modal terendah hanya RM138 cara mudah membeli gold bar 1 gram untuk mengumpul jongkong emas fizikal dan tukar kepada gold bar 20g dan sebagainya..klik BACA LAGI »

SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

SENARAI PRODUK EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Senarai produk emas dan perak Public Gold untuk memilih produk pelaburan terbaik dari jenis gold bar, emas dinar atau silver bar termurah tanpa cukai gst...KLIK SEGERA BACA LAGI »

 

CARA MENGELUAR DAN MENJUAL EMAS PROGRAM GAP

cara jual emas program gap

cara jual emas program gap

Panduan mengeluarkan emas fizikal program GAP sama ada jongkong emas atau emas dinar 24k dan cara menjual emas akaun gap public gold.

Program GAP adalah program membeli emas 24k atau emas 999.9 modal rendah sedikit demi sedikit untuk menabung emas dalam akaun GAP public gold tanpa tarikh luput. Setelah membeli dan menyimpan emas yang banyak dalam akaun GAP public Gold, pastinya mahu mengeluarkan atau menjual emas dalam akaun GAP tersebut. Panduan cara mengeluarkan atau mengambil emas fizikal daripada tabungan emas yang terkumpul di cawangan public gold terdekat dan cara menjual emas dalam akaun program GAP adalah seperti berikut.

PANDUAN MENGELUARKAN EMAS FIZIKAL PROGRAM GAP :

Program GAP membolehkan penyimpan emas mengeluarkan emas 24 karat atau emas berketulenan 999.9 yang terdiri daripada gold bar 24k lbma tanpa cukai gst atau emas dinar 24k lbma tanpa cukai gst.

Perkara asas perlu diketahui sebelum mengeluarkan emas fizikal program GAP :

1. Caj Gold premium dikenakan dan perlu membayar sebelum mengeluarkan emas fizikal. Jadi kena bawa wang untuk mengeluarkan emas fizikal berdasarkan caj gold premium yang dikenakan. Caj gold premium ini sebenarnya dikenakan kepada semua pembeli atau ahli public gold sama ada melalui program GAP atau pembelian emas secara langsung.

Caj gold premium bagi setiap unit pengeluaran emas GAP adalah seperti di bawah :

Produk Emas FizikalGold Premium SemenanjungGold Premium Sabah dan Serawak
Gold bar 1 gram510
Gold bar 5 gram510
Gold bar 10 gram1020
Gold bar 20 gram1530
Gold bar 50 gram3060
Gold bar 100 gram50100
Gold bar 250 gram80160
Emas  1/2 Dinar510
Emas  1 Dinar510
Emas  5 Dinar1530
Emas  10 Dinar3060

Tips penjimatan pengeluaran emas program gap : Keluarkan emas fizikal yang besar untuk menjimatkan pembayaran caj gold premium. Contoh, tabungan dalam akaun GAP anda berjumlah 101 gram emas, maka caj gold premium jika mengeluarkan seratus keping gold bar 1 gram ialah RM5 X 100 iaitu RM500, tapi jika mengeluarkan emas sekeping gold bar 100gram hanya RM60 sahaja caj gold premium dikenakan.

2. Kena tinggal baki 1 gram dalam baki akaun GAP kecuali anda ingin menutup akaun GAP boleh mengeluarkan semua emas dalam akaun GAP.

Contoh, jika akaun GAP anda mempunyai emas terkumpul 11 gram, maka anda boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram sama ada :

  1. Keluarkan sekeping gold bar 10 gram 24k lbma bebas gst, caj gold premium dikenakan sebanyak RM10.
  2. Keluarkan sepuluh keping gold bar 1 gram lbma bebas gst, caj gold premium dikenakan sebanyak RM5 x 10 = RM50
  3. Keluarkan 2 keping emas 1 dinar 24k LBMA, caj gold premium dikenakan sebanyak RM5 x 2 = RM20

Tips penjimatan akaun program GAP : Jika pemilik akaun GAP telah menutup akaun GAP dan ingin membuka semula akaun GAP, caj RM50 pembukaan semula akaun GAP dikenakan. Jadi fikirkan dulu jika mahu menutup akaun GAP.

3. Penama akaun GAP atau ahli public gold hendaklah datang sendiri mengambil emas fizikal di cawangan public gold. Public Gold tidak menyediakan perkhidmatan pos emas untuk diposkan kepada ahli atas sebab keselamatan. Jadi tidak boleh wakil mengambil emas kecuali mempunyai surat authority yang boleh diambil di cawangan public gold, ditanda tangani oleh kedua pihak berserta salinan kad pengenalan kedua-dua belah pihak dan pengesahan panggilan dari staff public gold.

4. Pemilik akaun GAP boleh mengeluarkan emas 24 Karat atau emas 999.9 sama ada gold bar 24k lbma bebas gst atau emas dinar 24k lbma bebas gst.

gold bar public gold tanpa cukai gst

gold bar public gold tanpa cukai gst

Pilihan mengeluarkan jongkong emas 24k LBMA tanpa cukai gst adalah seperti dibawah berdasarkan jumlah emas dalam tabungan akaun GAP seperti boleh mengeluarkan Gold bar 1 gram 24k lbma, Gold bar 5 gram 24k lbma, Gold bar 10 gram 24k lbma, Gold bar 20 gram 24k lbma, Gold bar 50 gram 24k lbma, Gold bar 100 gram 24k lbma, Gold bar 250 gram 24k lbma.

dinar emas termurah bebas gst

dinar emas termurah bebas gst

Pilihan pengeluaran Dinar Emas Public Gold 24K emas berketulinan 999.9 iaitu satu-satunya emas dinar yang dikecuali dari cukai gst di Malaysia adalah seperti Emas 1/2 dinar (2.125 gram), Emas 1 dinar (4.25 gram), Emas 5 dinar (21.25 gram), Emas 10 dinar (42.50 gram).

CARA MENGELUARKAN EMAS FIZIKAL PROGRAM GAP :   

Proses Mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP anda tersangat mudah iaitu :

Langkah 1 : Hubungi cawangan public gold terdekat.

Hubungi dahulu cawangan public gold berhampiran atau cawangan public gold untuk mengambil emas untuk memaklumkan tentang jenis emas untuk dikeluarkan bagi tempahan stok emas dengan menyertakan  nama penuh, nombor ic, PGcode anda dan kuantiti emas yang ingin dikeluarkan daripada akaun GAP.  Klik CAWANGAN PUBLIC GOLD SELURUH MALAYSIA untuk mendapat alamat lokasi, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.

Langkah 2 : Kunjungi cawangan public gold berdekatan.

Kunjungi sendiri ke cawangan public gold berhampiran dengan membawa kad pengenalan dan dokumen berkaitan untuk mengambil emas.

CARA MENJUAL EMAS PROGRAM GAP PUBLIC GOLD :

Penjualan emas fizikal program GAP boleh dilakukan dengan menjual emas fizikal yang telah dikeluarkan atau disimpan atau boleh menjual terus emas dalam akaun GAP.

1. Cara Menjual emas fizikal di tangan setelah dikeluarkan dari akaun GAP.

Emas fizikal seperti jongkong emas atau emas dinar boleh dijual secara online atau offline. Jika anda mahu menjual emas public gold secara online boleh lock harga jual emas. Klik CARA MENJUAL EMAS PUBLIC GOLD.

Emas fizikal public gold juga boleh dijual secara offline atau secara langsung dengan menjualnya di cawangan public gold berhampiran, menjual kepada dealer atau menjual kepada orang ramai.

2. Cara jual emas dalam akaun GAP.

Jika anda belum mengeluarkan emas fizikal, anda boleh terus menjual emas GAP dan mendapatkan tunai. Public Gold akan membeli balik emas GAP anda mengikut harga emas semasa. (berdasarkan kepada harga belian Public Gold jam 12 tengah malam pada hari tersebut dengan mengikut berat produk yang di bawah berat emas terkumpul).

3 cara mudah menjual emas akaun gap :

i) Cara mudah jual emas akaun GAP secara online di portal GAP pada website public gold.

akaun emas gap public gold

akaun emas gap public gold

1. Layari website public gold di www.publicgold.com.my dan klik LOGIN. Masukkan username dan password ahli public gold serta tick i am human dan klik LOGIN.
2. Pilih ‘My GAP’. Terdapat tiga pilihan icon…purchase, buy back dan statement. Purchase untuk membeli emas atau menambah pembelian akaun GAP, buy back untuk menjual emas akaun GAP dan Statement untuk melihat penyata GAP anda.

cara jual emas gap online

cara jual emas gap online

3. Klik ‘buy back” dan pilih ‘add new’ dan pilih ‘ GAP’ untuk menjual emas dalam akaun gap.
4. Tuliskan kuantiti emas yang mahu dijual atau gram emas yang hendak dijual.
5. Klik REQUEST dan penjualan emas gap akan dipapar pada ruangan request. Penjualan emas akaun GAP akan dikemaskini dalam masa 48 jam selepas pembayaran telah di sahkan.

ii) Menelefon cawangan Public Gold.

Anda telefon cawangan yang berhampiran dengan anda. Beritahu staff yang anda nak menjual emas dalam akaun GAP. Beritahu nama penuh, nombor ic, PG kod anda dan kuantiti emas yang ingin dijual daripada akaun GAP anda.

iii) Menggunakan SMS/Whatsapp/Wechat

SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada +6017-486 6916.

Contoh:

Dengan kod PG –>: PG 000xxx JUAL GAP xxxgram

-Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.

-Contoh, Jual balik dilakukan pada 3 ogos 2015, harga akan merujuk pada 3 ogos 2015 pada pukul 12:00 tengah malam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 5 ogos 2015.

Program GAP public gold adalah program mengumpul emas terbaik kerana hanya memerlukan modal yang rendah dan sesuai untuk semua golongan termasuklah pelaburan untuk masa depan anak-anak. Program gap adalah pelaburan modal rendah terbaik. Sertai Gold Accumulation Program, GAP Public Gold untuk pelaburan masa depan. Klik CARA MEMBELI EMAS PROGRAM GAP untuk membeli emas serendah RM100 atau 1 gram emas untuk menyertai program GAP dan otomatik menjadi ahli public gold.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

BACA ARTIKEL TERBARU PELABURAN EMAS PUBLIC GOLDclose