KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

dealer public gold kelebihan

Kelebihan menjadi dealer public gold iaitu faedah, kebaikan, keuntungan atau keistimewaan sebagai pengedar emas dengan berniaga emas pelaburan Public Gold

Public gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal Malaysia yang mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas dan jongkong perak bertaraf antarabangsa yang mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified Assayer” tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan Malaysia book of record serta mengeluarkan menjual dan membeli pelbagai jenis emas syiling dinar, syiling dirham perak, barangan kemas perhiasan, berlian Louis Carat dan pelbagai produk koleksi emas baru seperti jongkong emas bungamas, gold bar Tai Fook, emas diraja dan sebagainya yang sah dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM). Pada tahun 2014, negara Malaysia telah menguatkuasakan cukai dan perkhidmatan GST menyebabkan Public Gold telah mengambil langkah bijak dengan mengeluarkan emas pelaburan LBMA (London Bullion Market Association) yang di iktiraf dunia untuk mendapat pengecualian cukai gst. Pengeluaran jongkong emas LBMA menyebabkan Public Gold merupakan SATU-SATUnya syarikat emas di Malaysia yang menjual dan membeli emas bebas gst dan termurah. Pada tahun 2016, Public Gold telah di akui dan disahkan jual beli emas patuh syariah. Jadi Public Gold adalah satu-satunya syarikat emas yang menjual emas pelaburan bebas gst, termurah dan patuh syariah di Malaysia.

Pengedar emas public gold atau dealer akan mendapat pelbagai kelebihan atau faedah daripada syarikat emas yang kukuh dengan peluang perniagaan yang luas bukan sahaja Malaysia tetapi juga ke Singapura, Brunai dan Indonesia.

Pengedar emas public gold akan memperolehi keutamaan yang dikehendaki dalam kehidupan seharian dan akan mengubah kehidupan seperti memenuhi penambahan pendapatan, kebebasan kewangan,lebih banyak masa untuk keluarga,percutian di seluruh dunia, mempunyai perniagaan anda sendiri, membantu orang mencapai kejayaan, bertemu dengan orang baru dan mendapat rakan, peningkatan peribadi dan kesenangan apabila persaraan.

Untuk menjadi pengedar public gold adalah amat mudah dan tidak dikenakan apa-apa yuran atau kos-kos tersembunyi iaitu hanya perlu beli emas public gold sekaligus sebanyak RM30,000 dan terus mendapat kelebihan atau faedah yang banyak sebagai dealer Public Gold. Namun begitu, Public Gold sentiasa mengadakan promosi modal rendah untuk menjadi dealer Public Gold. Klik WHATSAPP 019-9185593 Mohd Zaidi Junus, Star Master Dealer Public Gold untuk panduan atau maklumat promosi modal rendah untuk menjadi dealer Public Gold. Ramai diantara dealer atau pengedar emas yang menjadikan perniagaan emas public gold  ini sebagai pekerjaan sepenuh masa dan mendapat pendapatan berlipat kali ganda dan ada antaranya  yang telah bergelar jutawan.

Apa kelebihan menjadi dealer public gold ?

faedah dealer public gold
faedah jadi dealer public gold

KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD :

1.BELI EMAS HARGA MURAH

Pengedar emas Public Gold akan dapat membeli emas Public Gold dengan harga lebih murah kerana setiap belian emas oleh dealer atau ahli, Public Gold akan memberikan komisen. Pengedar emas Public Gold, tidak perlu maintain atau dikenakan apa-apa syarat, mengikut kemahuan diri sama ada mahu menjadi Dealer Tak Aktif yang hanya mahu beli emas termurah untuk diri sendiri dan dapat komisen atau menjadi Dealer Aktif untuk beli emas, berniaga emas dan seterusnya menjana pendapatan pasif

KEUNTUNGAN KOMISEN JUAL BELI EMAS

Mendapat Komisen 1.0% hingga 2.0% dari setiap belian emas. Komisen terus dimasukkan kedalam akaun pada 20 haribulan setiap bulan.

Bila membeli emas untuk diri sendiri atau ahli akan diberi komisen mengikut pangkat :
a) Master dealer public gold – dapat 2%
b) Priority dealer – dapat 1.5%
c) New dealer dapat 1.0%

Mendapat komisen 0.3% dari setiap jualan emas. Dealer atau pengedar public gold dapat ‘lock harga’ jual apabila harga emas tinggi 24 jam sehari. Lihat SYARAT PANGKAT DEALER DAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD untuk maklumat dan cara kenaikan pangkat dealer atau pengedar emas public gold.

Contohnya, new dealer atau pengedar emas baru membeli emas dan perak untuk diri sendiri atau untuk rakan-rakan atau pembeli emas yang meletakkan nama introducer sebagai dealer tersebut, maka new dealer akan mendapat komisen 1% daripada belian emas dan mendapat komisen 0.3% apabila menjual balik emas atau perak kepada public gold.

2. Dapat Menjana Pendapatan Pasif

Perniagaan bersama Public Gold adalah peluang keemasan untuk menjana pendapatan pasif tanpa bekerja untuk sepanjang hayat. Perniagaan jongkong emas dan perak public gold adalah perniagaan sendiri yang paling mudah, tanpa kos, tanpa risiko dan tanpa modal atau tanpa perlu menjual emas secara langsung. Peniaga atau dealer public gold hanya perlu menjual atau mempromosikan emas public gold tanpa sempadan kerana pelanggan atau ahli mengurus sendiri jual beli emas di 19 cawangan Public Gold yang telah tersedia. Setiap pembelian ahli atau downline, dealer akan dapat komisen selamanya atau sepanjang hidup yang akan menghasilkan pendapatan pasif sepanjang hayat kepada dealer Public Gold. Maka, lagi ramai ahli atau downline, maka lebih banyak pendapatan pasif yang akan diperolehi

DAPAT KOMISEN DENGAN MEMPROMOSIKAN EMAS PUBLIC GOLD

Kelebihan menjadi pengedar emas public gold adalah dapat menjadi INTRODUCER kepada pembeli emas Public Gold. Pengedar emas hanya perlu promosikan emas public gold supaya pembeli emas membeli emas public gold dengan meletakkan nama dealer sebagai introducer. Contoh, promosikan kawan atau saudara supaya membeli emas serta menjadi ahli public gold dimana-mana sahaja di 18 CAWANGAN PUBLIC GOLD SELURUH MALAYSIA DAN SINGAPURA dengan menyuruh meletakkan nama dan kod pg dealer sebagai introducer, maka dealer public gold akan mendapat komisen sepanjang hayat apabila ahli tersebut membeli emas. Dealer emas public gold juga boleh mempromosikan pembelian emas program GAP (Gold Accumulation Program) atau promosikan link referral dealer public gold di laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.

3. PERNIAGAAN TANPA SEMPADAN UNTUK SEPANJANG HAYAT DAN BOLEH DI WARISI.

Cawangan Public Gold Jakarta Indonesia
Cawangan Public Gold Jakarta Indonesia

Perniagaan emas Public Gold adalah perniagaan tanpa sempadan untuk sepanjang hayat dan boleh diwarisi oleh anak-anak. Kekukuhan syarikat pelaburan emas public gold serta perniagaan emas yang sentiasa berkembang walau dalam apa jua ekonomi membuktikan perniagaan emas adalah perniagaan terbaik dan kekal untuk sepanjang hayat. Perniagaan emas Public Gold tanpa sempadan kerana pengedar emas boleh promosikan emas Public Gold secara online seluruh dunia. Pertambahan cawangan Public Gold memberi peluang untuk dealer Public Gold kembangkan perniagaan seperti ke negara Brunai, Singapura atau Indonesia. Klik PENGALAMAN KE JAKARTA MENGUNJUNGI CAWANGAN PUBLIC GOLD INDONESIA untuk maklumat cawangan Public Gold Indonesia.

4. KEUNTUNGAN BERNIAGA EMAS TANPA KOS SEWA KEDAI

Dealer public gold dapat lesen jual beli emas Public Gold, iaitu menjadi tokey emas tanpa kos sewa kedai emas. Anda akan dapat menjadi peniaga emas tanpa kedai emas, tanpa risiko, tak perlukan modal untuk membuka kedai emas atau menyewa lot kedai emas iaitu dapat jual beli emas public gold dan dapat keuntungan dari kenaikkan harga emas dan komisen dari public gold.

5. KEUNTUNGAN KENAIKKAN HARGA EMAS DAN PENURUNAN HARGA EMAS

Pengedar emas pg mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas atau penurunan harga emas. Apabila harga emas naik, pengedar emas boleh menjual emas kepada Public Gold dan jika harga emas rendah dealer dapat untung menjual emas kepada pelanggan dan biasanya bila harga emas rendah akan dapat ramai pelanggan. Mendapat keuntungan hasil jual beli emas (berniaga emas).Berniaga emas akan mendapat keuntungan sama ada emas dijual atau tidak dijual. Sebab itu tidak ada Kedai Emas yang bangkrap. Dealer public gold dapat menjual emas kepada kawan-kawan dan mendapat 2 keuntungan iaitu keuntungan komisen dan dapat keuntungan dari kenaikkan harga emas.

6. KEBEBASAN KESEMPITAN KEWANGAN TERUTAMA MASA KECEMASAN

Dealer public gold dapat keuntungan dimasa kesusahan,kecemasan atau kesempitan wang, kerana emas mudah dijual atau di gadai mengikut keperluan kewangan seperti 1 dinar atau 20g atau 50g dan cepat mendapat wang. Apabila kita menjual emas,kita akan dapat wang dalam masa 24 jam. Berbeza dengan melabur hartanah,susah dan lambat di pecahkan.Komisen akan bertambah mengikut belian emas.

7. MENDAPAT PENDAPATAN SAMPINGAN TANPA BEKERJA

Memperolehi wang tanpa bekerja jika anda rajin mempromosikan pelaburan dan dapat bina rangkaian dealer anda.Wang komisen akan masuk kedalam akaun bank anda setiap bulan walaupun anda tidak membeli emas tetapi dealer atau pelanggan anda membeli emas. Contohnya,jika kita berpangkat Master dealer, kita akan mendapat komisen 0.5 daripada Prioriti dealer dibawah kita dan 1.0% daripada new dealer.Jika kita berpangkat priority dealer,kita akan mendapat 0.5% apabila new dealer dibawah kita membeli emas. Public gold bukan skim cepat kaya atau system MLM tapi system yang adil yang member komisen kepada dealer yang mempromosikan emas public gold kepada orang ramai. Maksubnya,anda kerja,anda dapat komisen tertentu

8. TAMBAH PENDAPATAN DENGAN PROMOSIKAN PG MALL

PG MALL adalah platform pengiklanan perniagaan online percuma terbaru yang di kelolakan oleh Public Gold yang menawarkan pembelian dan tempahan barang dan perkhidmatan secara online yang mudah dan selamat. Pengedar emas atau dealer Public Gold akan dapat menambah pendapatan seumur hidup dengan promosikan PG MALL iaitu mengajak peniaga mendaftar di pg mall. Setiap kali urusan jual beli barang dan perkhidmatan berlaku, dealer akan dapat komisen. Klik IKLAN PERNIAGAAN ONLINE PERCUMA DI PG MALL untuk panduan mempromosikan pg mall.

9. PERNIAGAAN SENDIRI DAN MENGURUS PELABURAN SENDIRI

Pengedar emas public gold adalah peniaga sendiri tanpa bos iaitu dealer berniaga atau mempromosikan emas public gold sendiri untuk mendapatkan pelanggan secara online atau internet samada  melalui website, facebook,media sosial, telefon dan sebagainya atau jualan secara langsung. Pengedar emas dan perak public gold juga mengurus sendiri pelaburan emas dengan lock price harga beli emas atau kunci harga jual emas sendiri dengan mudah pada website public gold atau manipulasikan emas dengan gadai emas di arrahnu, menyimpan emas sendiri atau menyimpan emas GAP.

10. GANJARAN CENDERAHATI PROMOSI BULANAN

Public gold sentiasa membuat promosi setiap bulan dan memberikan cenderahati atau ganjaran berbentuk wang tunai, kupon atau syiling dirham atau emas kepada pengedar emas yang bertuah. Contohnya promosi DRD dealer recruitment drive iaitu promosi emas atau perak public gold yang memberi ganjaran syiling 10 dirham kepada dealer yang dapat mngrekrut dealer untuk 200 syiling dirham pertama setiap bulan. Jadi ganjaran ini bergantung kepada kerajinan dan tuah dealer.

11. GANJARAN PERCUTIAN SELURUH DUNIA

ganjaran insentif percutian
ganjaran insentif percutian

Public gold sentiasa memberi insentif atau ganjaran percutian percuma seluruh dunia setiap tahun, sales incentive program kepada dealer yang berpotensi dan rajin dan memenuhi syarat jualan emas pada tempoh tertentu. Klik KISAH DAN PENGALAMAN PERCUTIAN DI SEPANYOL iaitu kisah dan pengalaman percutian percuma tajaan penuh Public Gold saya bersama dealer Public Gold ke Sepanyol melalui Sales Incentive Program Spain 2017.

12. GANJARAN KERETA IDAMAN

ganjaran insentif kereta
ganjaran insentif kereta

Sales incentive program a golden ride with public gold adalah bonus kepada dealer public gold untuk mendapat kereta idaman anda apabila memenuhi syarat tanpa tempoh waktu seperti pakej dan syarat di bawah.

Kereta Idaman Saya – Pakej I
Terma & Syarat:Pemohon yang memegang status Master Dealer sekurang-kurang 2 tahun dan mempunyai 30 orang Master Dealer sebagai downline. Pemohon perlu mempunyai minimum RM200,000.00 jualan peribadi setiap bulan. Pemohon perlu mempunyai rekod perniagaan yang baik dan mematuhi Public Gold Dealer Code of Conduct
Ganjaran Insentif:
Public Gold akan membayar RM50,000.00 sebagai bayaran pendahuluan
Public Gold akan membayar RM1,000.00 sebagai subsidi selama 60 bulan jika pencapai mencapai jualan peribadi bulanan sebanyak RM200,000.00 sebulan
Kereta Idaman Saya – Pakej II
Terma & Syarat:Pemohon yang memegang status Master Dealer sekurang-kurangnya 1 tahun dan mempunyai 3 orang Master Dealer dan 30 orang Priority Dealer sebagai downline
Pemohon perlu mempunyai minimum RM100,000.00 jualan peribadi setiap bulan
Pemohon perlu mempunyai rekod perniagaan yang baik dan mematuhi Public Gold Dealer Code of Conduct
Ganjaran Insentif:
Public Gold akan membayar RM20,000.00 sebagai bayaran pendahuluan
Public Gold akan membayar RM500.00 sebagai subsidi selama 60 bulan jika pencapai mencapai jualan peribadi bulanan sebanyak RM100,000.00 sebulan

13. BONUS INSENTIF JUALAN

bonus insentif jualan
bonus insentif jualan

Bonus insentif jualan adalah bonus prestasi jualan dan mendapat ganjaran tunai jika pengedar emas dapat mencapat target jualan tertentu setiap bulan.

14. SUBSIDI PEMASARAN TEMPATAN

bantuan pengiklanan pemasaran
bantuan pengiklanan pemasaran

Subsidi Pemasaran Tempatan
Terma & Syarat
Pemohon perlu mempunyai minimum RM20,000.00  tiga bulan berturut-turut sebelum memohon subsidi tersebut
Proaktif dan inisiatif untuk mempromosikan bisnes emas sendiri melalui pelbagai saluran media
Artwork pemasaran dikehendaki diluluskan oleh pihak pengurusan Public Gold sebelum penerbitan
Cara Memohon
Pemohon dikehendaki menyerahkan borang permohonan dengan melampirkan resit/invois yang dikeluarkan oleh media atau vendor yang berkenaan kepada pihak pengurusan Public Gold sebelum 7hb pada setiap bulan untuk tindakan selanjutnya.

* Pihak pengurusan Public Gold berhak untuk menolak sebarang permohonan dengan mempertimbangkan pelbagai faktor

Kelebihan menjadi dealer atau pengedar emas public gold akan lebih menjamin kewangan masa hadapan kerana emas adalah pelindung kekayaan yang bernilai selama-lamanya bukan sahaja didunia tetapi juga di akhirat. Rebut peluang 2 dalam 1 iaitu menyertai pelaburan emas dan menjadi dealer public gold bersama saya untuk kita sama-sama bekerjasama,tolong menolong,bertukar fikiran dan membina rangkaian perniagaan emas public gold. Klik CARA JADI DEALER PUBLIC GOLD untuk panduan cara menjadi dealer atau pengedar emas dan perak public gold. Jika anda sudah menjadi pelangan atau dealer public gold tanpa introducer sebelum ini, boleh isi borang pertukaran introducer di cawangan public gold terdekat anda untuk bersama saya MOHD ZAIDI BIN JUNUS sebagai introducer dan  no kod introducer PG001425 bawah rangkaian www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com

Public gold juga mmberi peluamg bagi pembeli emas kecil kecilan iaitu dengan membeli emas sedikit demi sedikit untuk menjadi dealer public gold bagi peminat emas yang mempunyai modal yang sedikit. Inilah keistimewaan public gold yang mmberi peluang kepada semua golongan untuk berjaya dengannya. Klik CARA BELI EMAS PUBLC GOLD untuk mula membeli emas termurah bebas gst dan patuh syariah serendah gold bar 0.5g LBMA  atau 1 dinar emas terus menjadi ahli public gold dan seterusnya dapat upgrade menjadi dealer public gold bila-bila masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *