PUBLIC GOLD TERSENARAI BNM DIKELUARKAN DARI SENARAI BNM

syarikat pelaburan disenaraikan bnmPUBLIC GOLD TERSENARAI BNM DIKELUARKAN DARI SENARAI BNM

Public gold disenaraikan BNM dan telah dikeluarkan dari senarai “alert list” bank Negara Malaysia mengukuhkan lagi bukti bahawa public gold adalah syarikat pelaburan emas yang sah dan mendapat kelulusan BNM iaitu bukan syarikat pelaburan emas yang berbentuk Skim pelaburan emas atau skim cepat kaya.

Berita tentang public gold disenaraikan BNM adalah isu telah diketahui 28/9/2012 lagi iaitu dari komentar yang memberi komen dalam website ini.Lihat komen tersbut,link senarai BNM dan jawapan dari saya klik BELAJAR MERAMAL HARGA EMAS.

Berita Harian mengeluarkan berita pada isu 17 Oktober 2012 dan menyebabkan isu ini jadi hangat dan saya dihubungi untuk maklumat lanjut dan penjelasan apakah benar public gold disenaraikan BNM,status public gold dan kenapa public gold disenaraikan

Artikel berita harian tentang public gold disenaraikan Bank Negara Malaysia dikeluarkan oleh berita harian pada 17 Oktober 2012 bertajuk Sembilan lagi firma dikenal pasti. Ini adalah sebahagian dari artikel tersebut :

SEMBILAN LAGI FIRMA DIKENALPASTI

2012/10/17 – 07:24:39 AM Oleh ahmad Fiesal Othman Cetak Emel Kawan

Urus pelaburan, termasuk emas tanpa kebenaran Bank Negara
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti sembilan lagi syarikat, termasuk lima yang terbabit dalam pelaburan emas, menjalankan kegiatan tanpa mengikut peraturan kewangan.

Syarikat berkenaan ialah Azea Property Sdn Bhd, CGF Fine Metal Sdn Bhd, Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution Enterprise, Public Gold Sdn Bhd, Royal Gold Sdn Bhd, SGFM Trading Sdn Bhd dan Urustabil Sdn Bhd.CGF Fine Metal, Future Trade Indojaya, Public Gold, Royal Gold, dan SGFM Trading terbabit dalam pelaburan emas, manakala Azea Property, Eagle Aeronautics, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution, dan Urustabil aktiviti lain tanpa berlesen.CGF Fine Metal, Future Trade Indojaya, Public Gold, Royal Gold, dan SGFM Trading terbabit dalam pelaburan emas, manakala Azea Property, Eagle Aeronautics, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution, dan Urustabil aktiviti lain tanpa berlesen.

Baca artikel penuh klik… http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sembilanlagifirmadikenalpasti/Article/

Sebenarnya isu public gold disenaraikan BNM telah diketahui pada 28 september 2012.Saya terus  menghubungi public gold dan pihak public gold menerangkan bahawa semua syarikat pelaburan disenaraikan oleh BNM dan dikehendaki menghantar laporan operasi dalam masa seminggu. Sebenarnya seperti yang telah diketahui Public Gold adalah syarikat pelaburan emas yang menjalankan aktiviti jual beli emas seperti kedai emas iatu beli emas, dapat emas yang murah dan tulen.Public gold tidak menjalankan aktiviti skim pelaburan emas seperti beli emas dapat sijil atau kontrak sahaja atau berbentuk nombor.

public gold disenaraikan bnmPUBLIC GOLD TERSENARAI BNM DIKELUARKAN DARI SENARAI BNM

Semasa Gala Dinner public gold, pihak pengurusan public gold menerangkan bahawa pihak pengurusan public gold sudah menghantar semua dokumen yang diperlukan oleh BNM dan telahpun hentikan beberapa urusan dalaman yang mungkin bermasalah dari sudut peraturan BNM seperti skim pembelian secara EPP, dan pajakkan emas untuk dealer yang mana telah diwujudkan sebagai jalan keluar apabila kebanyakkan Ar-Rahnu tidak terima lagi pajakan gold bar dan syiling dinar pada pertengahan tahun 2011.

Seperti yang telah diketahui bahawa public gold adalah syarikat pelaburan yang sah dan mendapat kelulusan bank Negara Malaysia untuk jual beli emas. Lihat MENGENAI PUBLIC GOLD MENDAPAT KELULUSAN BNM DAN ANUGERAH.

pg dikeluarkan dari senarai bnmPUBLIC GOLD TERSENARAI BNM DIKELUARKAN DARI SENARAI BNM

Berita terkini pada 18 oktober 2012 dari facebook pengerusi public gold, Dato’Louis Ng telah mengesahkan bahawa public gold dikeluarkan dari senarai ‘alert list’ BNM. Bagi mendapat kepastian anda boleh hubungi Bank Negara Malaysia BNM, 1300-88-5465.

Sebenarnya pelabur emas public gold tidak perlu bimbang jika melabur dalam pelaburan emas public gold kerana pelabur emas public gold membeli emas dan memperolehi emas yang murah dan tulen yang boleh dijual dan laku seluruh dunia. Maksubnya jika public gold mati pun atau bangkrap (tapi belum dengar lagi kedai emas atau syarikat emas bangkrap), pelabur emas public gold tidak akan rugi kerana mempunyai emas yang murah dan tulen yang boleh dijual di mana-mana kedai emas atau seluruh dunia, Cuma harga emas akan lebih murah atau dipotong harga dalam 15% jika djual di kedai emas atau syarikat emas lain.

Namun begitu berita terkini public gold dikeluarkan dari senarai Bank Negara Malaysia adalah berita yang amat mengembirakan pelabur emas public gold dan mengukuhkan lagi bukti dan keyakinan bahawa syarikat pelaburan emas public gold adalah sah dan mendapat kelulusan BNM.

Bagi pelabur yang belum melabur emas, cuba mulai pelaburan emas fizikal public gold yang sah dan semakin berkembang di Malaysia. Pelaburan emas public Gold adalah pelaburan untuk masa depan yang gemilang.Lihat ARRAHNU PUBLIC GOLD CAWANGAN PG AKAN DISENARAIKAN SAHAM

Terima kasih kepada pihak pengurusan public gold yang telah menyelesaikan isu penyenaraian public gold oleh Bank Negara Malaysia.

TINGGALKAN PESANAN, PERTANYAAN ATAU KOMEN...

BACA LAGI CARA MELABUR EMAS DAN BINA WEB SENDIRIclose