Tag Archives: belajar analisis teknikal

BELAJAR ANALISIS TEKNIKAL CARA MUDAH

belajar analisis teknikal forex

belajar analisis teknikal forex

Cara mudah belajar analisis teknikal untuk meramal harga emas atau ramalan arah pasaran market forex atau komoditi seperti emas dan perak.

Analisa teknikal urusniaga mata wang asing (forex) atau komoditi seperti emas dan perak perlu dipelajari dalam pelaburan emas fizikal untuk mendapat mendapat keuntungan maksimun atau apabila menggunakan kaedah pelaburan jangka pendek kerana ilmu analisis teknikal dapat meramal harga emas agar dapat membeli emas pada harga rendah dan menjual emas pada harga tinggi.

Analisa teknikal pasaran bertujuan untuk membeli atau menjual emas pada masa terbaik dari signal analisis teknikal pasaran market.

Dalam pelaburan emas dan perak fizikal pengetahuan asas dalam menganalisa graf daripada indicator dan oscillator sudah memadai kerana dalam pelaburan emas fizikal, kita tidak akan rugi walaupun kesilapan membeli emas pada sesuatu harga dan selepas itu harga turun, berbeza dengan pelaburan pasaran matawang asing (forex), kesilapan membeli (buy) pada sesuatu harga dan harga turun akan menyebabkan kita mengalami kerugian setiap masa. Analisis teknikal pasaran (market) emas atau komoditi boleh dilakukan menggunakan metatrader4 atau tradeinterceptor dan sebagainya.Cara mudah menganalisa graf ialah menggunakan signal atau indicator yang telah tersedia pada flatform metatrader4 atau tradeinterceptor.Indikator dan oscilator terbaik paling sesuai untuk barangan komoditi seperti emas dan perak untuk ramalan jangkamasa sederhana atau panjang ialah Moving Average (MA), Moving Average Convengence Divergence (MACD),Bollinger Bands (BA), Relative Strength Index (RSI), Commodity Channel Index (CCI),Stochastic dan Gold Elliot Wave. Saya hanya memilih 2  signal indicator dan 1 oscilator bagi teknikal menganalisa graf emas fizikal.  Terdapat tiga peringkat analisis teknikal forex iaitu :

Peringkat 1. Analisis menggunakan indikator
Peringkat 2. Menganalisa melalui candlestick
Peringkat 3. Analisa dengan pola grafik

Artikel kali ini adalah belajar analisa teknikal menggunakan indikator iaitu indikator klasik dan indicator moden. Belajar analisa pasaran peringkat 1 iaitu analisis menggunakan penunjuk indikator sudah memadai untuk meramal pasaran harga emas. Berikut ini kita akan belajar cara menganalisa teknikal harga emas atau forex pada platform metatrader atau tradeinterceptor supaya mudah menjangka harga emas dengan menggunakan indukator dan oscilator yang tersedia.

Cara mudah belajar analisis teknikal menggunakan isyarat signal indikator :

1. Pasang atau Install program tradeinterceptor di www.interceptor.com atau metatrader4 di www.instaforex.com dan download platform metatrader4 demo.

Jika anda menggunakan telefon iphone search pada playstore, tradeinterceptor atau metatrader4 dan sebagainya. Contohnya saya menggunakan tradeinterceptor seperti rajah diatas kerana grafiknya lebih menarik.

2.Pasang indikator dan oscillator yang tersedia pada platform tradeinterceptor. Penunjuk atau indicator terbaik untuk menganalisis pergerakkan pasaran komoditi seperti emas dan perak ialah :

a) Moving Average (MA)
b) Moving Average Convergen Divergen (MACD)
c) Commodity Channel Index (CCI)

Saya menggunakan isyarat indicator moving average (MA), Moving Average Convergen Divergen (MACD) dan Commodity Channel Index (CCI) kerana ia mudah dan paling sesuai untuk analisa teknikal emas untuk ramalan harga pasaran emas dalam jangkamasa sederhana seperti rajah diatas. Moving average (MA) adalah indicator klasik sementara Moving Average Convergen Divergen (MACD) dan Commodity Channel Index (CCI) adalah indicator moden.

Indikator klasik adalah indikator sederhana yang penggunaannya secara manual  semntara indikator modern atau oscilator adalah indikator yang menggunakan perhitungan yang lebih kompleks yang dilakukan oleh computer.

 3. Belajar analisa teknikal menggunakan penunjuk indikator dan oscilator.

Panduan mudah analisis teknikal arah pasaran untuk meramal arah pasaran market emas atau perak menggunakan signal indikator :

a) Cara menggunakan indikator moving average (MA) untuk analisa teknikal dan ramalan pasaran.
Cara meramal harga guna Moving average (MA) :

Analisa teknikal dengan indicator Moving Average (MA)

Analisa teknikal dengan indicator Moving Average (MA)

  • Ramalan harga pasaran emas akan naik atau trend naik apabila harga pasaran berada di atas garisan Moving average (MA).
  • Ramalan harga pasaran emas akan turun atau trend turun apabila harga pasaran berada di bawah garisan Moving average (MA).
  • Entry point atau titik tempat membeli (buy) atau menjual (sell) adalah pada persilangan garis.

Anda juga boleh memasang lebih indicator Moving average (MA) atau Simple Moving Average (SMA) untuk mendapatkan keputusan ramalan yang lebih tepat. Seperti rajah di atas saya memasang dua indikator Moving average (MA) pada periode berlainan iaitu period 9 dan 20.

  • Entry point atau titik tempat membeli (buy) atau menjual (sell) adalah pada persilangan garis.

b) Cara analisa teknikal untuk meramal harga emas menggunakan indikator Moving Average Convergen Divergen (MACD). Belajar meramal harga dari penunjuk indikator Moving Average Convergen Divergen (MACD):

cara analisa teknikal harga emas

cara analisa teknikal harga emas

  • Ramalan harga pasaran emas akan naik atau trend naik apabila garis isyarat indikator Moving Average Convergen Divergen (MACD) berada di bawah histogram atau bernilai negative dan entry point atau titik masuk beli apabila terjadi pemotongan antara dua garis signal indikator Moving Average Convergen Divergen (MACD).
  • Ramalan harga pasaran emas akan turun atau trend market menurun apabila garis signal indikator Moving Average Convergen Divergen (MACD) berada di atas histogram atau bernilai positif dan entry point atau masa jual emas ialah pada persilangan antara dua garis signal indikator Moving Average Convergen Divergen (MACD).

c) Panduan analisa teknikal untuk meramal harga emas menggunakan indikator Commodity Channel Index (CCI).

Tips meramal harga dari penunjuk indikator Commodity Channel Index (CCI) :

  • Masa terbaik membeli emas (buy) kerana jangkaan harga pasaran emas akan naik atau trend naik apabila signal Commodity Channel Index (CCI) memotong atau dibawah paras level -100 dari bawah , dengan alasan bahawa harga berada pada zon oversold (terlebih jual).
  • Masa terbaik membeli emas (buy) kerana jangkaan harga pasaran emas akan turun atau trend market turun kerana terlebih beli (oversell) apabila signal Commodity Channel Index (CCI) berada di atas paras 100 ke atas.

Berdasarkan analisa teknikal dari graf harga emas terbaru diatas, kita dapat meramal masa terdekat berdasarkan :

  • indikator moving average (MA), harga emas akan naik minggu hadapan.
  • indikator Moving Average Convergen Divergen (MACD), harga emas akan naik minggu hadapan.
  • indikator Commodity Channel Index (CCI), harga emas masih berada dibawah level 100 dan berkemungkinan harga emas akan naik.

Analisa harga emas harian (Day) dan mingguan (week, lihat graf di atas W1) menunjukkan harga emas akan naik. Jika harga emas naik, harga emas akan naik hingga garis resistance iaitu mencecah harga emas 1351 us/oz dan jika harga emas turun ia akan mencecah garis support iaitu 1252 us/oz.

Harga emas kini sudah stabil dan semakin mengukuh, rebut peluang membeli atau melabur emas fizikal public gold. Klik CARA BELI EMAS untuk mula membeli emas fizikal 24 jam sehari dengan sistem kunci harga emas dan mulai menjana keuntungan keuntungan dengan emas serta melindungi harta dan kebocoran wang.

Selalulah berkunjung ke laman web ini untuk belajar analisa teknikal secara percuma dan seterusnya tutorial cara menganalisa dengan candlestick, cara analisa dengan pola grafik dan sebagainya untuk di aplikasi pada pelaburan emas fizikal atau pelaburan matawang asing (forex).

Inline
Inline