Tag Archives: beli emas modal rendah

BELI EMAS ANSURAN EPP TIPS MUDAH KUMPUL EMAS JADI DEALER

beli emas secara ansuran epp

beli emas secara ansuran epp public gold

Cara mudah membeli emas tips melabur emas mengumpul koleksi emas atau menjadi pengedar emas public gold dengan belian emas secara ansuran EPP

EPP ialah Easy Payment Purchase iaitu pembelian produk emas atau silver Public Gold boleh dibayar secara ansuran dengan 4 kali bayaran dalam masa maksimum 4 bulan dengan kadar ‘caj pengurusan’ atau ‘admin fee’ hanya sebanyak 0.5 % daripada nilai pembelian emas.

Public gold merupakan syarikat pelaburan emas dan perak fizikal pertama yang mengeluarkan cara pembelian emas secara ansuran agar pembeli emas dapat mengumpul koleksi emas atau memberi peluang menjadi dealer public gold dengan modal permulaan yang rendah. Lihat contoh pembelian emas 10 dinar secara ansuran EPP saya pada 16 mei 2913. Harga emas semasa pada waktu tersebut adalah RM5942 dan dikenakan admin fee RM30. Jumlah belian emas 10 dinar adalah RM5972 dengan maksimun 4 kali atau 4 bulan bayaran. Bayaran bulan pertama adalah RM1516 dan 2 bulan berikutnya adalah RM1486 dan bulan terakhir RM1482. Melalui pembelian emas secara ansuran ini member peluang untuk membeli emas pada harga terendah pada modal yang sedikit,peluang mngumpul emas dan cara mudah menjadi pengedar emas public gold.

Syarat pembelian emas secara ansuran EPP :

1. Pelanggan public gold atau dealer public gold atau baru hendak menjadi pelanggan public gold. Lihat PANDUAN LENGKAP PELABURAN EMAS DAN PERAK bagi anda yang baru mula membeli emas atau baru mula ingin menjadi dealer public gold.

2. Minumun pembelian secara ansuran EPP adalah RM500. Jadi anda boleh membeli emas 1 dinar yang berharga lebih kurang RM600 dengan bayaran permulaan lebih kurang RM150 sahaja.

3. Dikenakan kos pengurusan atau admin fee 0.5% darpada jumlah belian emas dan dibayar pada bulan pertama. Contoh,jika harga emas 1 dinar adalah RM600,admin fee hanyalah RM3 ringgit sahaja.

4. Bayaran ansuran maksimun adalah 4 kali atau 4 bulan. Contohnya jika pembelian ansuran mudah EPP bagi 1 dinar yang berharga RM600, pada bulan pertama anda perlu bayar RM150 + RM3 (admin fee) = RM153 dan tiga bulan berikutnya RM150.

5. Dapat mengambil produk emas yang dibeli setelah kesemua bayaran telah dijelaskan. Maksubnya setelah semua bayaran emas telah dijelaskan akan dapat mengambil emas sama ada dalam jangkamasa 4 bulan atau kurang dari 4 bulan. Contohnya jika anda membeli emas scara ansuran EPP 1 dinar berharga RM603 termasuk kos pengurusan dan didapati selepas 2 bulan harga emas PG BUY telah naik kepada RM620, anda boleh jelaskan kesemua bayaran emas 1 dinar dalam masa 2 bulan, dapat emas dan jualkan emas tersebut. Lihat CARA JUAL EMAS PUBLIC GOLD

Kebaikkan membeli emas secara ansuran EPP public gold :

1. Memberi peluang membeli emas pada harga terendah dimana anda kurang modal. Rebut peluang membeli emas terendah seperti sekarang dengan cara membeli secara ansuran.

2.Cara mudah menjadi dealer public gold dengan modal minimum. Anda boleh membeli emas secara ansuran dan cepat menjadi pengedar emas dengan modal permulaan minimum lebih kurang RM4000 iaitu dari syarat minimum menjadi pengedar emas public gold perlu beli emas RM20,000 dibahagi jangkamasa 4 bulan. Lihat CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD.

3. Cara terbaik mengumpul emas dengan cara ansuran. Peluang mengumpul kekayaan dengan emas atau kaedah untuk melindungi harta ataupun sebagai asset harta untuk masa depan bagi yang bergaji kecil seperti saya adalah dengan membeli emas secara ansuran. Cara ini adalah untuk mengelakkan kebocoran wang gaji ketempat yang tidak sepatutnya. Daripada pendapatan gaji atau wang habis begitu sahaja tiap-tiap bulan atau membeli barangan yang menurun harganya, adalah lebih baik membeli emas yang diketahui umum semenjak turun temurun bahawa emas akan meningkat harganya.

4. Boleh membeli kesemua produk emas atau produk perak public gold dengan pembelian minimum Rm500 ke atas.

5. Caj pembelian ansuran yang rendah. Kos pengurusan atau admin fee hanya 0.5% adalah rendah.


6. Selamat. Emas yang anda beli adalah selamat berada di public gold. Jika harga emas naik dalam jangkamasa kurang 4 bulan anda tidak perlu menyimpan emas, iaitu boleh menjelaskan bayaran pembelian ansuran EPP dan terus jual emas anda.

Caranya beli emas atau jadi pengedar emas secara ansuran EPP :

1. Hubungi saya, zaidi 019-9185593 untuk menempah harga emas secara ansuran EPP untuk saya daftarkan menjadi pelanggan public gold atau pengedar emas public gold atau bagi yang sudah menjadi customer atau dealer public gold boleh tempah sendiri melalui website public gold dengan klik Easy Payment Purchase semasa order pembelian emas seperti rajah di atas.

2. Buat bayaran pertama sebanyak 25% dari harga total harga belian emas dan admin fee selepas mendapat sales order dari Public Gold. Jika anda tiada masa untuk ke cawangan public gold, anda hanya perlu emelkan saja resit bayaran atau resit bank in dengan menulis nombor sales order anda dan nombor kod pg anda pada resit tersebut.

3. Bayar ansur-ansur selama 4 bulan dengan menghantar resit bayaran yang telah dibuat dengan cara emelkan atau hantar resit bayaran ke cawangan public gold terdekat.

4. Dapat mengambil produk emas setelah habis membuat bayaran di cawangan public gold berdekatan anda.

5. Setelah mengambil produk emas, anda boleh simpan emas tersebut, gadaikan atau jual emas tersebut apabila harga emas meningkat.

Cara terbaik mengumpul emas dan cara cepat menjadi dealer public gold dengan modal rendah adalah dengan pembelian emas secara ansuran. EPP sesuai bagi anda yang tidak dapat menyimpan wang atau mengelak kebocoran wang setiap bulan. Cara ini adalah untuk melindungi kebocoran wang gaji setiap bulan dan sebagai penjana harta atau pelindung harta untuk masa depan. Menurut islam, cara belian emas secara ansuran adalah tidak salah, rujuk atau klik ceramah Ustaz Azhar tentang pembelian emas secara ansuran. Klik http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8j7yY6B5Nec

Inline
Inline