Tag Archives: berapakah kenaikkan harga emas

TREND HARGA EMAS DAN POTENSI KENAIKKAN EMAS 2013

trend harga emas

Trend harga emas dan potensi kenaikkan harga emas 2013 untuk meramal,menjangka mengagak arah tuju  aliran  perkembangan dan kemungkinan harga emas tahun 2013.

Majoriti pelabur emas mengetahui emas adalah penyimpan nilai,insuran atau penjana kekayaan masa hadapan.Tujuan utama melabur emas adalah untuk simpanan emas dan pelaburan dalam jangkamasa panjang,namun begitu pelabur emas akan mendapat keuntungan yang berganda apabila harga emas meningkat dengan cepat. Harga emas berada dalam keadaan turun naik semenjak september 2011 menyebabkan kerisauan kepada pelabur emas dan pelbagai persoalan dan ramalan harga emas telah dibuat.Apakah trend harga emas pada tahun 2013?. Berapakah kenaikkan harga emas tahun 2013?.Ramalan harga emas tidak akan tepat kerana banyak faktor yang mempengaruhi kenaikkan atau penurunan harga emas.

Harga emas adalah harga komoditi yang bergantung kepada permintaan dan bekalan emas.Permintaan emas adalah dari 4 sektor utama iaitu bank pusat (central banks),barangan kemas (jewellery),teknologi (kegunaan emas dalam perindustrian) dan pelaburan emas. Bekalan emas pula adalah daripada perlombongan dan kitar semula emas.Jika difikir secara logik,mungkinkah harga tanah akan turun?Mungkinkah harga minyak akan turun?Mungkinkah harga getah atau komoditi lain akan turun?.Saya rasa tidak akan turun,jadi harga emas juga tidak akan turun dalam jangkamasa panjang kerana bekalan dari hasil bumi semakin berkurang sedangkan permintaan akan semakin bertambah dengan pertambahan populasi manusia dan nilai wang yang cepat merosot.Untuk mengetahui trend atau aliran harga emas dan potensi kenaikkan harga emas 2013 saya telah kumpulkan ramalan dari pakar emas dari luar Negara dan dalam negara.

Ramalan harga emas dari luar Negara :

Gold price forecasts 2013

  • Credit Suisse expects a gold price of US$ 1,840.- in 2013
  • In November 2012, members of the London Bullion Market Association forecast a gold price of US dollars 1,843.- by September 2013.
  • The global bank HSBC predicts a very similar gold price of 1,850 US dollars per ounce of gold in 2013.
  • The French Bank BNP Paribas estimated in November 2012 gold to reach US dollars 1,675 per ounce in 2012 and US dollars 1,865 per ounce in 2013.
  • For the fourth quarter of 2013 analysts surveyed by Bloomberg in November 2012 forecasted a level of US dollars 1,925.- per ounce of gold.
  • In November 2012, Deutsche Bank updated its forecast on the gold price to US$ 2,000.- by next year, i.e. 2013.
  • In October 2012 private bank Coutts predicted gold prices to reach US$ 2,000.- in the coming months.
  • The bullion bank ScotiaMocatta forecasts a rising gold price in 2013 and would not be surprised to see a gold price above US$ 2,200.- per troy ounce of gold.
  • The CEO of the largest US gold mining company Newmont Mining estimates that the price of gold in 2013 may increase to US dollars 2,550.

Lihat analisis dan ramalan dari peramal emas dunia 2013  klik ANALISIS HARGA EMAS DAN PERGERAKAN HARGA EMAS 2013

Jangkaan harga emas oleh pakar emas dalam negara :

Pakar emas tempatan dalam Negara juga membuat jangkaan harga emas.Dua berita terbaru dan menarik yang menjadi pilihan saya adalah daripada pakar emas tempatan yang meramal trend dan potensi harga emas 2013.

Berita jangkaan emas pertama :

Berita harian telah menerbitkan artikel bertajuk Harga emas dijangka cecah AS1,800 seaun pada 28 januari 2013. Petikan berita Harga emas dijangka cecah AS1,800 seaun tahun 2013

2013/01/28 – 06:02:41 AM Shahrizan Salian | shahrizan@bharian.com.my
Harga emas dijangka meningkat mencecah AS$1,800 seaun tahun ini, naik lapan peratus daripada harga semasanya selepas berlegar dalam paras AS$1,600 hingga AS$1,700 sejak 2011, kata ahli urus niaga emas tempatan.
Unjuran peningkatan itu, kata mereka bersandarkan permintaan kukuh emas sebagai alat pelaburan jangka panjang dan pelindung inflasi, khususnya dari pasaran pengguna terbesar logam berharga itu iaitu di China dan India. Harga emas meningkat kira-kira tujuh peratus tahun lalu, iaitu kenaikan untuk tahun ke-12 berturut-turut. Aliran kenaikan itu antara yang paling lama berlaku bagi harga komoditi.Emas mencecah rekod tertinggi sekitar AS$1,920 pada September 2011, apabila krisis hutang Eropah yang semakin buruk ketika itu mencetuskan belian besar-besaran.Pengurus Pemasaran Poh Kong Holdings Bhd, Elizabeth Choon (gambar), berkata emas tetap menjadi antara alat pelaburan diminati dalam kalangan pelabur yang mahukan pulangan jangka panjang.
Pelabur termasuk di Malaysia, katanya, dijangka terus membeli jongkong dan siling emas sebagai satu bentuk opsyen pelaburan di samping membeli barang kemas untuk mendapatkan pulangan simpanan nilai akan datang.
“Pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Memandangkan permintaan pasaran global terhadap emas lebih tinggi daripada bekalan, harganya dijangka menjadi lebih tinggi pada masa akan datang, termasuk tahun ini,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini. Beliau menjelaskan, pelaburan emas adalah sesuai kepada pelabur yang kurang agresif dan tidak terlalu berisiko. Katanya, emas juga terus kekal menjadi alat pelaburan lindung nilai kepada inflasi.
“Malah, emas yang dijadikan alat pelaburan itu boleh dipindahkan kepada generasi akan datang,” katanya sambil menambah 70 peratus permintaan emas dunia tahun ini dijangka masih lagi datang dari dua pasaran terbesarnya, China dan India.
Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How, berkata harga emas dunia dijangka melepasi paras AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh dua tahun lagi disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan pembeli dari Asia. Beliau berkata, corak kenaikan harga emas dijangka terus positif untuk jangka masa panjang berdasarkan prestasi konsisten sepanjang dekad ini.
“Saya menjangkakan purata harga emas akan melebihi AS$1,800 (RM5,542) seaun dalam tempoh setahun dan melebihi AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh 24 bulan,” katanya. Bank pelaburan, HSBC Holdings Plc dalam nota penyelidikannya pula berkata, pasaran emas dijangka mencatat aliran lebih tinggi tahun ini berikutan asas bekalan/permintaan yang lebih positif.

Link ke berita harian http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasdijangkacecahAS1_800seaun/Article

Berita jangkaan emas kedua :

Petikan berita dari Kosmo pada 21 januari 2013 brjudul Harga Emas Naik Akhir Bulan Februari 2013

harga emas

Kuala Lumpur – Spekulasi bahawa kerajaan India mungkin meningkatkan duti import ke atas emas kepada enam peratus pada tahun ini dijangka mendorong permintaan untuk komoditi itu. Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, Ermin D.M. Siow berkata, harga emas semasa ialah di antara AS$1,650 (RM4,971.45) satu auns dan boleh mencecah AS$1,800 (RM5423.40) satu auns pada tahun ini.“Sesungguhnya ia sedikit rendah daripada harga pada 2011 yang mana harga emas mencecah AS$1,920 (RM5784.96) satu auns, ia masih stabil dan dijangka meningkat lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Siow menjangkakan harga emas akan mula meningkat menjelang akhir Februari atau awal Mac.

“Terdapat pelbagai punca kepada trend ini. Salah satunya ialah pelabur akan meningkatkan simpanan mereka untuk mengambil peluang daripada harga rendah, sebelum kerajaan India membuat apa-apa pengumuman mengenai duti import. “Memandangkan Tahun Baru Cina akan disambut pada Februari, banyak peniaga akan mula membeli untuk meningkatkan inventori mereka yang akan mendorong permintaan fizikal untuk emas,” katanya. Tambah beliau, selain barangan kemas, pembeli juga membeli komoditi itu sebagai alat pelaburan.“Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan langkah oleh Bank Pusat untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah, orang ramai tidak lagi menyimpan duit mereka di bank,” tambahnya beliau. – petikan akhbar KOSMO

Berdasarkan ramalan harga emas dari peramal emas dunia luar Negara dan dalam Negara,saya juga berpendapat harga emas akan mulai naik pada akhir februari iaitu selepas hari raya cina.Daripada pengalaman,penelitian dan analisis mengenai ramalan harga emas Zaidiemas, saya menjangka harga emas boleh mencecah 1930 us/oz akhir tahun 2013.Lihat graf trend harga emas di atas.Kini harga emas berharga 1675 us/oz dan merupakan  harga emas rendah sesuai untuk mulai pelaburan emas.Tahun 2013 adalah trend harga emas sama seperti trend harga emas 2008 dimana harga emas tidak turun walaupun perayaan tahun baru cina.Rebut peluang pada waktu terbaik membeli emas pada harga rendah sekarang atau pada perayaan tahun baru cina. Klik DISINI  untuk mulai daftar percuma,klik login,register pada web public gold untuk menjadi customer public gold atau pengedar emas public gold dan seterusnya dapat kunci harga beli emas sendiri.Selepas daftar,klik login,placed order,pilih jenis emas dan tulis bilangan emas dikehendaki pada website public gold online 24 jam…Beli emas atau kunci harga beli emas sekarang,bayaran selewatnya 3 hari, bila sudah bayar terus dapat ambil emas yang dibeli di CAWANGAN PUBLIC GOLD berdekatan anda atau hantar nama penuh, nombor kad pengenalan,nombor telefon,alamat emel,jenis emas mahu dibeli dan cawangan public gold terdekat anda untuk saya kunci harga emas kepada anda ke 019-9185593 ( Zaidi ).

Pelaburan emas adalah satu cara mahu kaya dan menjamin masa depan kerana pelaburan emas public gold adalah ‘ultimate worth protector’ iaitu penjana kekayaan yang sebenar.

Inline
Inline