Posted in DEALER PENGEDAR EMAS

RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES PUBLIC GOLD AWARD RECOGNITION

Rahsia Berjaya Dalam Bisnes Public Gold Award Recognition Night
Rahsia Berjaya Dalam Bisnes Public Gold Award Recognition Night

Rahsia berjaya dalam bisnes Public Gold Award Recognition Night iaitu majlis dinner anugerah dealer yang berjaya dan rahsia kejayaan dalam perniagaan

Majis dinner tahunan Public Gold yang dikenali Award Recognition Night (ARN) Public Gold di adakan setiap tahun bagi memberi pengiktirafan dan anugerah kepada dealer atau pengedar emas yang berjaya bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2017. Pada tahun 2018 majis dinner Award Recognition Night (ARN) Public Gold di adakan di hotel terkemuka iaitu Royale Chulan Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2018. Dealer serta keluarga atau ahli Public Gold seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia hadir untuk meraikan kejayaan sendiri atau rakan-rakan dalam suatu majlis yang hanya di adakan sekali setahun. Anugerah kecemerangan public Gold diberikan kepada pasangan suami isteri atau keluarga yang menunjukkan bahawa bisnes Public Gold adalah bisnes keluarga yang boleh di warisi. Bisnes Public Gold adalah adil dan kekal yang berbentuk one level iaitu bukan MLM atau multi level di mana kejayaan dari “siapa usaha, dia berjaya” bukan “siapa buat dulu, dia berjaya dulu”.

Makan Malam Anugerah Public Gold
Makan Malam Anugerah Public Gold

Kami bertolak dari Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 4 petang merentasi kesibukan lalulintas dalam Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Kami sampai lewat di hotel Royale Chulan Bukit Bintang, dan staf beritahu “tiada majlis dinner Public Gold”. Rupa-rupanya kami tersilap hotel yang diadakan di Hotel Royale Chulan Jalan Conlay. Kami tiba di Hotel yang betul hampir pukul 7 malam di mana majlis Award Recognition Night telah bermula. Nasib baik berjumpa dengan sahabat Jack Tan yang sama-sama lewat kerana bas yang dinaikinya pancit. Rakan semejaku merupakan dealer Public Gold Kelantan sudah lama menunggu. Belum sempat duduk di meja, staf Public Gold telah menjemputku berbaris untuk mengambil anugerah pertama iaitu anugerah Founder master Dealer Public Gold.

Di majlis tersebut saya telah menerima 4 anugerah iaitu :

  1. Founder Master Dealer Public Gold iaitu Master Dealer aktif yang telah memiliki ribuan ahli Public Gold.
  2. Percutian percuma ke Iceland melalui Sales Incentive Program setelah dapat membuat jualan emas minima 3.3 juta dalam tempoh setahun.
  3. Million Dollar Dealer iaitu dealer yang dapat membuat sales atau jualan emas minima sejuta dalam masa setahun.
  4. Club 100 iaitu dealer yang dapat mengrekrut minima 100 orang rekrut baru menjadi ahli atau dealer Public Gold.
Award Recognition Night Public Gold
Award Recognition Night Public Gold

Semasa mengambil anugerah, saya bawa anak kecil menaiki pentas. Selepas ambil anugerah dan berada di meja makan, anak berkata “kena sapu nama suriani dan tulis nama yin”, Uminya kata “bakpo?”. Dia kata “yin yang ambik anugerah nih”. Kami ketawa…betul juga kerana ia yang mengambil anugerah tersebut.

Percutian Percuma Ke Iceland
Percutian Percuma Ke Iceland

Anugerah yang paling hebat dan bermakna bagiku adalah apabila telah berjaya mendapat percutian percuma ke Iceland. Dari dulu, saya meminati nasional geografik dan cerita hindustan. Salah satu sebab minat filem hindi kerana pelakonnya yang cantik dan pemandangan indah luar negara dengan gunung ganang, padang pasir atau air terjun semasa nyanyian. Dari dulu, impian dihati untuk mengunjungi salah satu negara di kutub utara atau selatan yang berbeza dengan iklim, cuaca dan pemandangan di Malaysia. Alhamdulilah, impian menjadi kenyataan apabila mendapat percutian percuma ke ICELAND tajaan penuh Public Gold yang diumumkan semasa annual dinner Public Gold 2018. Percutian istimewa tajaan penuh ke Iceland sangat bermakna kerana saya tidak mampu ke Iceland disebabkan kosnya mencecah puluhan ribu ringgit. Perniagaan Emas bersama Public Gold sememangnya platform yang dapat memberi jaminan memenuhi impian dan menjamin pendapatan “unlimited” atau pendapatan tanpa sempadan sepanjang hayat seperti kata sifu saya Tuan Syukor Hashim yang mendapat anugerah tertinggi pada malam itu.

Public Gold 10 Tahun PG10
Public Gold 10 Tahun PG10

Majlis kemuncak adalah majlis pemotongan kek bagi sambutan penubuhan Public Gold yang ke 10 tahun, pg10. PG 10 adalah Public Gold 10 Tahun beroperasi semenjak 2008 dari satu kedai jongkong emas untuk pelaburan di Penang Pertama Di Malaysia kini telah memiliki 20 cawangan Seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia, 4 cawangan Arrahnu Koperasi Dagang Emas, Public Safe peti simpanan emas terbesar Malaysia, PG Gold Museum muzium emas pertama Malaysia, PG Mall online shoping terbesar Malaysia dan Aurora Italia yang kini telah bertapak di serata Shopping Mall. Jadi, kepercayaan terjamin dalam pelaburan emas Public Gold “a decade of integrity, trust and unity”

Sahabat Dealer Pelaburan Emas Public Gold
Sahabat Dealer Pelaburan Emas Public Gold

Turut bersama saya pada di majlis makan malam ARN adalah dealer termuda saya yang turut menerima anugerah Club 100 setelah berjaya mengrekrut lebih dari 100 orang dalam masa setahun. Mereka adalah anak emas kebanggaan saya Azam Amiri dan Azim Aliif yang baru masuk UPSI. Anak muda ini baru berusia 19 tahun, baru masuk universiti tetapi telah berjaya membina empayer perniagaan emas sendiri dan telah berjaya mendapat pendapatan pasif. Walaupun masih muda, mereka telah mempunyai banyak ilmu emas kerana sentiasa hadiri seminar emas, pg one system, pg golden tour dan kursus Jutawanemas Leadership Training JLT anjuran Public Gold. Ini membuktikan Perniagaan Emas Public Gold amat mudah dilakukan secara offline atau online tanpa perlu jumpa customer, tanpa kos pengangkutan, tanpa membuang masa yang boleh dilakukan di mana sahaja di hujung jari. Turut bersama adalah Tuan Mawi iaitu dealer saya dari Brunai. Warga brunai yang ingin membeli emas atau ingin mendapat maklumat tentang emas boleh whatsapp Mawi www.wasap.my/60148772507. Sebenarnya Dinner Public Gold bertaraf antarabangsa kerana hadirin terdiri dari luar negara seperti singapura, Indonesia dan Brunai.

Dinner Anugerah Public Gold 2018
Dinner Anugerah Public Gold 2018

Majlis makan malam anugerah Public Gold sebenarnya memberi menjadi kenangan manis, pembakar semangat dan mengeratkan silaturrahim dalam keluarga besar Public Gold. Award atau anugerah tidaklah penting, tetapi pendapatan dan suntikan semangat yang terbina lebih utama yang akan memberi inspirasi supaya lebih fokus dan berusaha dengan lebih gigih.

RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES

Rahsia Berjaya Dalam Bisnes
Rahsia Berjaya Dalam Bisnes

Bagaimana untuk berjaya dalam bisnes ? Faktor utama rahsia kejayaan dalam bisnes atau dalam kehidupan adalah IBU, iaitu Ilmu, Buat dan Usaha. Faktor kejayaan dalam bisnes atau kejayaan  dalam hidup seperti di bawah :

  1. ILMU

Kunci kejayaan dalam bisnes atau berjaya dalam hidup adalah ilmu. Ilmu akan diperolehi apabila kita belajar. Sentisa belajar dari sesiapa sahaja sama ada daripada mentor atau belajar sendiri melalui internet, buku dan sebagainya. Belajar daripada guru akan lebih cepat, kembang dan banyakkan lagi ilmu. Ilmu tidak akan datang bergolek, ia mesti di cari dan belajar. Saya belajar sendiri membuat website dan belajar melalui seminar dan internet untuk mendapat ilmu. Zaman berubah dengan pantas, gunakan teknologi terkini untuk mengembangkan lagi bisnes. Secara tidak langsung dengan belajar akan dapat banyak ilmu-ilmu yang dapat pertingkatkan kemahiran dan pengalaman yang akan menjadikan bisnes lebih mantap dan cemerlang.

  1. BUAT

Buat adalah perkara penting berjaya dalam bisnes atau kehidupan. Buat dahulu, jangan tunggu masa sesuai atau tunggu cukup bersedia. Buat dahulu dan secara spontan masalah dihadapan akan dapat di atasi dengan belajar dari pengalaman. Semua bisnes besar bermula dari kecil. Tak ada bisnes yang terus besar. Jangan takut dan sangsi, apabila nampak peluang “Just Do It”. Peluang bisnes terbaik yang kekal untuk sepanjang hidup bagi menjana pendapatan yang boleh diwarisi ialah Perniagaan Emas Bersama Public Gold yang boleh dimulakan dengan modal serendah RM100, KLIK CARA JADI DEALER PUBLIC GOLDuntuk panduan dan cara mulakan bisnes emas Public Gold.

  1. USAHA

Setelah buat bisnes, hendaklah berusaha untuk menjayakan bisnes. Benarlah pepatah “Usaha Tangga Kejayaan”. Usaha hendaklah dilakukan secara berterusan sepanjang masa dengan merempuh atau menyelesaikan segala masalah atau halangan. Tiada bisnes yang terus besar atau tiada profesor yang terus menjadi profesor, ia bermula dari bisnes kecil kepada besar atau dari pelajar biasa menjadi seorang professor.

  1. FOKUS

Fokus dengan hanya satu atau dua pekerjaan atau satu bisnes sahaja kerana banyak bisnes akan menyebabkan kita tidak fokus. Contohnya saya cuba banyak bisnes seperti menjadi agen Public mutual, bisnes sendiri, jadi agen redone dan sebagainya, namun saya hanya fokus kepada bisnes terbaik iaitu pelaburan emas public gold dengan meninggalkan bisnes lain. Ini akan membentuk jenama yang akan mengukuh dan mengembangkan bisnes seperti saya dikenali sebagai Cikgu Zaidi Emas atau Mamat Hardware dan sebagainya.

  1. IMPIAN

Motivasi kejayaan dalam bisnes adalah membina impian atau hala tuju bisnes. Tetapkan matlamat dengan jelas, yakin dan halatuju bisnes untuk kejayaan dunia dan akhirat. Impian yang dibina akan memberi suntikan semangat dan usaha untuk mencapai impian tersebut. Contohnya, impian saya untuk melancong ke negara luar telah tercapai apabila berjaya melancong percuma ke beberapa negara seperti Iceland, Sepanyol, Turki, Indonesia dan sebagainya.

  1. POSITIF

Bersikap positif terhadap semua perkara atau kejadian dengan menganggap sebagai cabaran dan pengalaman adalah faktor kejayaan dalam bisnes. Jangan mudah putus asa atau bersedih dengan pelbagai halangan, tetapi hendaklah bersikap positif dengan teruskan perjalanan bisnes.

  1. MURNI

Peniaga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah dan istiqamah dalam bisnes agar bisnes lebih berdaya maju, berkualiti dan berkembang. Akhlak yang mulia dengan pakaian yang sopan, tutur kata yang sopan merupakan cara membina jenama perniagaan walaupun dengan cara bisnes online.

  1. DOA

Setelah semua usaha dalam bisnes dilakukan, usaha terakhir adalah berserah kepada Allah dengan berdoa kerana tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT.

Kejayaan dalam bisnes perlukan usaha berterusan dan bukan diperolehi dalam masa singkat. Misalnya, dalam bisnes Public Gold, saya bermula pada tahun 2010 dan mengambil masa 5 tahun untuk bina perniagaan yang berjaya kerana melakukan bisnes secara sambilan dan baru 3 tahun kebelakangan mendapat hasil dan anugerah seperti resam “pokok buluh cina” yang lambat berkembang pada awal tanaman, dan berkembang dengan cepat setelah pokok matang. Perkara paling penting dalam bisnes adalah income yang kekal selamanya, bukan income yang banyak tetapi hanya sementara kerana kita semakin tua dan semakin tiada tenaga. Perniagaan bersama Public Gold paling mudah dan menjamin pendapatan pasif sepanjang hayat dan boleh di warisi. Jutaan Terima Kasih kepada semua pihak Public Gold, keluarga dan semua rangkaian sahabat emas seluruh malaysia, Singapura, Brunai dan Indonesia atas segala sokongan, bantuan dan pertolongan yang menyebabkan impian saya tercapai dan semoga usaha dan kerjasama bersama akan dapat memenuhi impian kalian semua suatu masa nanti. Klik BERITA BAIK DALAM PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD untuk maklumat berita baik terkini dan promosi hebat menjadi peniaga emas Public Gold.

“Selamat hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin”