Tag Archives: cara bijak melabur emas

STRATEGI PELABURAN EMAS JANGKA PENDEK

strategi pelaburan emas

strategi pelaburan emas jangka pendek

Strategi pelaburan emas jangka pendek adalah teknik pelaburan emas fizikal terbaik untuk mendapat keuntungan cepat dan menambah pendapatan setiap bulan.

Strategi pelaburan emas public gold dalam jangkamasa pendek adalah kaedah mendapat keuntungan dengan cepat dan selamat melalui teknik formula one melibatkan penjualan emas segera apabila telah mendapat keuntungan. Strategi penjualan emas dan pembelian emas dengan berulangkali akan membolehkan pelabur emas mendapat pendapatan setiap bulan melalui komisen yang diperolehi oleh pengedar emas public gold.

Ramai berpandangan pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Sebenarnya pelaburan emas fizikal boleh dilakukan dalam jangkamasa panjang dan jangkamasa pendek. Pelabur emas yang bijak melakukan semua teknik pelaburan emas seperti menyimpan emas untuk jangkamasa panjang,teknik arrahnu,teknik pemurataan harga hingga kepada teknik pelaburan emas jangka masa pendek.

Teknik pelaburan emas jangka pendek ini adalah sama seperti perlumbaan formula one dimana dalam suatu perlumbaan F1 yang berkelajuan tinggi mempunyai pit stop atau tempat menukar tayar.Jadi teknik formula one dalam pelaburan jongkong emas dinar public gold adalah seperti perlumbaan f1 dimana proses menjual atau membeli emas dengan cepat walaupun keuntungan sedikit bertujuan untuk mendapat keuntungan dan menambah pendapatan setiap bulan melalui dapatan komisen hasil jual beli emas public gold.

Strategi pelaburan jongkong emas dinar public gold ini akan membolehkan pelabur emas mendapat keuntungan yang cepat dari sehari hingga kepada beberapa minggu bergantung kepada modal iaitu jenis emas yang digunakan.Platform terbaik untuk menggunakan teknik jangkamasa pendek ini adalah syarikat emas public gold yang menjual dan membeli emas dengan spread yang rendah. Contohnya, jika anda mempunyai modal yang besar boleh membeli jenis emas yang mempunyai spread yang rendah seperti jongkong emas 500g atau 250g.

Saya adalah pelabur emas kecil-kecilan kerana mempunyai modal yang sedikit, jadi saya hanya menggunakan modal lebih kurang RM6000 atau harga emas bagi 10 dinar emas sebagai modal pusingan untuk pelaburan emas jangka pendek.

zaidiemas jual emas dinar public gold

zaidiemas jual emas dinar public gold

Strategi pelaburan emas jangka pendek :

Pada 2 hb julai 2013 saya booking beli emas 10 dinar berharga RM5653 dan telah dapat emas 10 dinar,rujuk harga emas semasa public gold di atas. Pada 6 julai 2013 harga emas turun lagi kepada RM5500, jadi saya beli lagi dengan keadah ansuran bulanan epp. Pada 11 julai 2013 harga emas 10 dinar naik kepada harga PG BUY RM5515 saya terus jualkan emas 10 dinar walaupun mendapat keuntungan yang sedikit yang mengambil masa 11 hari. Lihat artikel RAMALAN HARGA EMAS 2013 DAN 2014 dimana saya menjual emas 10 dinar tersebut dan dapat keuntungan dalam masa 11 hari.

resit jual emas public gold

resit jual emas public gold

Pada 24 julai 2013 harga emas naik lagi, jadi saya menjual emas 10 dinar yang saya ambil apabila menjelaskan kesemua bayaran pembelian ansuran epp pada 6 julai 2013 dari wang jualan 10 dinar sebelum ini dengan harga RM5719.Walaupun Nampak pembelian dan penjualan emas yang banyak,tetapi saya hanya menggunakan modal yang sama iaitu lebih kurang RM6000.

Pengiraan keuntungan pelaburan emas jangka pendek ke dua :

Harga belian emas 10 dinar = RM5653
Harga jualan emas 10 dinar = RM5719
Keuntungan kenaikkan harga emas = RM66
Dapatan komisen dari belian emas 10 dinar 2% x 5653 = RM113
Dapatan komisen dari jualan emas 10 dinar 0.5% x 5719 = RM28
Jumlah keuntungan pelaburan emas jangka pendek = RM207

Pelaburan emas fizikal public gold melalui strategi pelaburan jangka pendek dalam masa tidak sampai sebulan dengan menggunakan modal pusingan RM6000 dengan dapatan 2 transaksi jualan iaitu jualan pertama mendapat keuntungan RM124 dan keuntungan jualan kedua RM207 iaitu berjumlah RM331 adalah berbaloi bagi saya untuk menambah pendapatan bulanan tanpa bekerja.

Wang modal RM6000 ini jika anda simpan dalam ASB akan dapat dividen RM6000 x 7% = RM420 dalam masa setahun, tapi dalam pelaburan emas, kita mungkin akan perolehi keuntungan tersebut dalam masa sebulan.

Tindakan bijak dalam melabur emas ialah menggunakan semua teknik pelaburan untuk mendapat keuntungan, dimana jika harga emas naik saya akan jual lagi emas dan jika harga emas turun saya akan beli emas lagi melalui wang modal pusingan ini.

Sebenarnya dalam pelaburan emas fizikal, pelabur tidak akan mendapat keuntungan walaupun harga emas tinggi atau harga emas rendah selagi tidak menjual emas tersebut. Walaupun pelabur emas mempunyai emas berkilo-kilo dan harga emas tinggi, tidak akan dapat keuntungan jika tidak menjual emas tersebut.

Emas adalah pelindung nilai harta dan sebagai pelaburan jangka panjang kerana harganya akan meningkat dalam jangkamasa panjang.Pelaburan emas jangka pendek amat sesuai sewaktu harga emas yang rendah atau tidak stabil dan ditambah penggunaan teknik pemurataan harga, pembelian secara ansuran atau teknik arrahnu.

Bagi yang belum membeli emas, saya amat menyarankan untuk cuba membeli emas sebagai pelindung nilai semasa harga emas kini di paras terendah. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli emas 1 dinar yang berharga RM500 lebih, sedangkan harga emas 1 dinar pada September 2011 berharga hamper RM800.

Bagi yang berkemampuan meminjam atau mempunyai wang lebihan seperti wang dalam ASB, sekaranglah waktu yang sesuai menceburi pelaburan emas diwaktu harga emas rendah dengan menjadi dealer atau pengedar emas public gold sebagai pelaburan jangka panjang, pelaburan jangka pendek dan pelindung nilai harta dikala mata wang yang semakin meningkat harganya. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk menjadi dealer emas atau pengedar emas public gold untuk mendapat keuntungan jangka panjang, keuntungan jangka pendek dan pelbagai kelebihan apabila menjadi dealer public gold. Klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui keistimewaan apabila menjadi dealer atau pengedar emas public gold.

Inline
Inline