Posted in BINA WEBSITE

CARA PERCEPATKAN LOADING WEBSITE WORDPRESS

cara percepatkan loading website wordpress
cara percepatkan loading website wordpress

Cara mempercepatkan loading website wordpress untuk meningkatkan google pagerank dan menambah pengunjung ke blog
Kelajuan laman web telah menjadi satu faktor penting untuk tujuan SEO ( search engine optimizer ) supaya website berada di halaman depan carian, meningkatkan ranking google dan meningkatkan pengunjung ke website.
Pertama sekali ialah menguji kecepatan website dengan melayari GTMetrix, Pingdom Tool, dan Google Pagespeed. Tiga sumber ini boleh dipercayai untuk menguji kecepatan loading website, juga memberikan cadangan untuk memperbaiki kecepatan website wordpress atau platform website lain.
Website yang berjaya yang menjadi tarikan pengujung yang ramai dan berulang adalah website yang laju ketika loading. Jika website perlahan, akan menyebabkan pengunjung terus klik butang close kerana malas nak menunggu. Jadi loading atau kecepatan website amat penting untuk meningkatkan trafik pengunjung untuk mengunjungi sesebuah website.

Bagaimana cara mempercepatkan laman web WordPress ?
Cara Mempercepat Loading WordPress :
A. Setting pada blog wordpress.
i) Gunakan ukuran dan kualiti gambar yang bersesuaian.
Website kita sememangnya mempunyai gambar, jadi optimakan ukuran yang sedarhana saiz dan ubah format gambar kepada saiz yang kecil seperti penggunaan format gif. Ubah gambar kepada format gif atau jpeg untuk meminimakan kualitinya.
ii) Gunakan plugin wordpress yang minima.
Penggunaan plugin yang banyak akan memberatkan loading website wordpress terutama plugin yang menggunakan banyak data. Gunakan plugin P3 Profiler yang percuma untuk memeriksa penggunaan plugin wordpress. Pilih dan uninstall plugin yang menyebabkan loading lambat. Pilih plugin wordpress yang penting sahaja dan hapuskan plugin yang tidak penting atau kurang berguna. Langkah selanjutnya dengan menghapuskan semua plugin yang tidak aktif pada senarai plugin pada website wordpress anda.
iii) Setting home page secara optima.
Blog wordpress hendaklah di setting secara manual untuk tujuan cepatkan loading wordpress iaitu dengan menampilkan post artikel yang sedikit iaitu menampilkan 5 hingga lapan artikel jika ringkasan artikel (summary) dan jika artikel penuh (full) cukup hanya 1 atau 2 artikel sahaja. Widget, iklan atau banner hendaklah dikurangkan seminima mungkin pada header, footer, sidebar, dan sebagainya untuk meningkatkan loading wordpress.
iv) Optimakan pangkalan data SQL WordPress.
Pangkalan data wordpress hendaklah di optimakan pada cPanel wordpress atau boleh juga memasang plugin seperti plugin WP-DB atau plugin WP Engine.
B. Gunakan plugin wordpress untuk menambah kecepatan.
Plugin wordpress terbaik untuk menambah kecepatan loading website wordpress iaitu :
1) Pasang plugin w3 Total Cache atau plugin WP super cache.
Plugin w3 Total cache adalah plugin terbaik serta plugin wordpress percuma yang paling sesuai menambah kecepatan loading wordpress. Plugin W3 Total Cache membantu pengunjung website supaya tidak membuka kembali skrip yang pernah dibuka pengunjung (returning visitors) yang membantu kecepatan loading wordpress. Plugin lain untuk mempercepatkan loading wordpress adalah seperti plugin WP Super Cache atau plugin Hyper Cache.
2) Gunakan plugin WP-Smush It.
Plugin WP Smush.it untuk mengoptimakan kualiti, ukuran gambar secara otomatik tanpa menganggu resolusi gambar yang terdapat dalam website wordpress. Plugin ini adalah percuma yang dapat mengurangkan bait gambar tanpa menjejaskan kualiti imej tersebut.
3) Install plugin WP Optimize
Plugin WP-Optimize bertujuan untuk membersihkan dan mengatur database website dengan mudah dengan mengurangkan beban server tambahan yang akan memperlambat website WordPress.
C. Setting pada .htaccess bagi menambah kecepatan website wordpress
Penggunaan .htaccess pada wordpress akan dapat melakukan cache kandungan wordpress untuk mempercepat loading halaman website. Cara percepatkan loading website dengan menggunakan file .htaccsess adalah cara mudah dan terbaik tanpa diberatkan dengan menginstall pelbagai plugin. Kecepatan loading halaman web menjadi salah satu faktor penting dalam SEO bagi Google. Klik CARA MENINGKATKAN GOOGLE PAGE RANK WEBSITE untuk meningkatkan page rank google.
Cara selamat menggunakan .htaccess untuk melakukan cache kandungan blog bagi mempercepat loading halaman website wordpress ialah :
1. Login ke halaman Dashboard Admin blog WordPress dan buka halaman plugin klik Plugins >> Add New.
2. Search atau cari plugin dengan menulis plugin “WP Htaccess Editor” .Install dan aktifkan plugin tersebut. Cara install atau pasang plugin lebih selamat dibandingkan dengan menambah file pada .htaccess cpanel website.
3. Klik ke halaman setting plugin htaccess editor yang baru saja diinstall dan klik tombol Backup untuk membuat file backup htaccess terlebih dahulu.
4. Salin dan tampal atau copy-paste kode berikut ini di bahagian paling bawah :

# BEGIN Expire headers
<ifModule mod_expires.c>
ExpiresActive On
ExpiresDefault “access plus 5 seconds”
ExpiresByType image/x-icon “access plus 2592000 seconds”
ExpiresByType image/jpeg “access plus 2592000 seconds”
ExpiresByType image/png “access plus 2592000 seconds”
ExpiresByType image/gif “access plus 2592000 seconds”
ExpiresByType application/x-shockwave-flash “access plus 2592000 seconds”
ExpiresByType text/css “access plus 604800 seconds”
ExpiresByType text/javascript “access plus 216000 seconds”
ExpiresByType application/javascript “access plus 216000 seconds”
ExpiresByType application/x-javascript “access plus 216000 seconds”
ExpiresByType text/html “access plus 600 seconds”
ExpiresByType application/xhtml+xml “access plus 600 seconds”
</ifModule>
# END Expire headers

# BEGIN Cache-Control Headers
<ifModule mod_headers.c>
<filesMatch “\.(ico|jpe?g|png|gif|swf)$”>
Header set Cache-Control “public”
</filesMatch>
<filesMatch “\.(css)$”>
Header set Cache-Control “public”
</filesMatch>
<filesMatch “\.(js)$”>
Header set Cache-Control “private”
</filesMatch>
<filesMatch “\.(x?html?|php)$”>
Header set Cache-Control “private, must-revalidate”
</filesMatch>
</ifModule>
# END Cache-Control Headers

5. Akhir sekali klik SAVE untuk menyimpan kod pada file .htaccess.

Panduan percepatkan loading website wordpress berbeza mengikut server yang digunakan dan hasilnya berbeza berdasarkan plugin yang telah di pasang. Kecepatan loading website amat dititikberatkan oleh google bagi menentukan ranking website.

cara menambah pendapatan dengan blog
cara menambah pendapatan dengan blog

Blogger Malaysia atau pemilik website boleh menggunakan website atau blog untuk menambah pendapatan sambil melabur emas dengan menjadi pengedar emas fizikal atau dealer public gold. Dealer public gold tidak seharusnya menjual emas untuk menjana pendapatan, tapi hanya perlu promosikan produk emas public gold untuk mendapat wang komisen jualan emas. Cara menambah pendapatan melalui website atau blog adalah dengan menjadi dealer emas public gold dengan mempromosikan produk emas fizikal public gold sambil melabur emas. Kita seharusnya menyimpan emas sebagai perlindungan, harta, insurans dan bekalan untuk masa depan terutamanya waktu nilai matawang Malaysia yang semakin rendah. Pelaburan emas fizikal juga dapat mengelak kebocoran wang daripada perbelanjaan yang kurang berfaedah. Kini nilai wang ringgit Malaysia terendah dalam tempoh 16 tahun dimana telah mencecah 4.1 berbanding 1 dolar Amerika. Inilah masa paling sesuai membeli emas fizikal sebagai simpanan pada harga emas yang rendah dalam tempoh 5 tahun dan nilai matawang ringgit yang tinggi berbanding dolar amerika. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk maklumat cara menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold