Tag Archives: cara

BAGAIMANA URUSNIAGA EMAS DAN PERAK PATUH SYARIAH

Bagaimana Urusniaga Emas Patuh Syariah

Bagaimana Urusniaga Emas Patuh Syariah

Bagaimana cara dan syarat urusniaga jual beli emas dan perak patuh syariah untuk melabur dalam pelaburan jongkong emas dan perak

Pelaburan jongkong emas atau pelaburan jongkong perak melibatkan proses jual beli jongkong emas dan perak untuk pelaburan masa depan, menjana pendapatan, penyelamat kejatuhan nilai wang, bekalan dana kecemasan dan pelindung dari inflasi atau ekonomi yang tidak stabil. Emas dan perak telah diguna sebelum kedatangan Islam lagi di Rom dan Parsi sebagai matawang. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW menetapkan penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang dimana 1 dinar nilainya setara dengan 4.25 gram emas dan 1 dirham nilainya setara dengan 2.975 gram perak.

Emas dan perak wajib dijadikan sebagai standard dalam menilai barang dan perkhidmatan serta sebagai dasar urusniaga namun wang kertas, wang polimer atau bahan-bahan lainnya masih boleh diguna pakai dalam sesuatu urusniaga dengan syarat wang tersebut mestilah dicetak oleh negara dengan nilainya diback up setara dengan nilai nominal emas atau perak yang ada dalam simpanan negara. Jadi berdasarkan nas atau hukum adanya back-up emas dan perak adalah wajib untuk mengelak berlakunya inflasi dalam ekonomi sesebuah negara.

Kini, wang yang diguna pakai dalam transaksi seharian adalah berbentuk wang kertas yang dicetak oleh pemerintah dengan nilai nominal tertentu tanpa ada jaminan atau back-up emas dan perak telah membawa bencana, kezaliman dan malapetaka kepada seisi dunia kerana penggunaan wang kertas yang amat tidak stabil, mudah terdedah pada kejatuhan nilai dan permainan spekulator, yang menjadi penyumbang utama kepada ketidakstabilan ekonomi dunia . Wang kertas kini hanyalah kertas biasa yang tidak bernilai dan ianya menjadi bernilai kerana pemerintah menetapkan nilai dengan menulis di atasnya “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai” untuk memberi nilai tertentu kepada kertas yang tidak bernilai, mudah jatuh nilai atau mudah musnah.

Jadi penyimpanan emas dan perak amat penting sebagai jaminan atau pelindung terhadap kejatuhan nilai wang yang mudah terdedah dari permainan spekulator dan ketidakstabilan ekonomi sesuatu negara. Kini emas dan perak digunakan sebagai emas pelaburan bagi mengelak inflasi atau kejatuhan nilai wang seperti yang dikehendaki dalam islam. Islam itu mudah, bersederhana dan sentiasa sesuai untuk sepanjang zaman yang membolehkan urusniaga emas dan perak patuh syariah dengan kemajuan, inovasi dan peredaran masa kini. Urusniaga patuh syariah adalah untuk mengelak daripada riba disebabkan emas tertangguh ataupun penipuan dalam jual beli emas.

Pelaburan Emas Patuh Syariah

Pelaburan Emas Patuh Syariah

Syarikat pelaburan emas dan perak Public Gold adalah SATU-SATUNYA syarikat pelaburan emas Malaysia yang telah mendapat pengesahan urusniaga yang patuh syariah kerana telah disahkan oleh penasihat syariah yang dilantik oleh Public Gold iaitu Amanie Advisors iaitu Global Islamic Finance Advisors http://www.amanieadvisors.com/. Sijil pengiktirafan telah dikeluarkan bagi mengesahkan perkara ini seperti gambar di atas. Penasihat syariah, Amanie Advisors diketuai oleh seorang pakar dalam bidang syariah iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang merupakan PENGERUSI SHARIAH ADVISORY COUNCIL (SAC) UNTUK BANK NEGARA MALAYSIA (BNM). Urusniaga atau transaksi emas dan perak patuh syariah melibatkan 3 syarat dimana urusniaga pelaburan emas Public Gold telah memenuhi syarat-syarat patuh syariah tersebut.

Syarat urusniaga emas dan perak patuh syariah dan hubungan urusniaga jual beli emas dan perak Public Gold adalah seperti di bawah :

Syarat 1 : Kewujudan Emas dan Perak Fizikal

Stok emas dan perak fizikal yang hendak di jual ada atau wujud untuk menjalankan urusniaga. Penjual tidak boleh menjual barang yang tidak wujud atau pun belum dimiliki oleh penjual. Barang jualan mesti sesuatu yang boleh diserahkan. Penjual juga tidak boleh menjual sesuatu yang mustahil untuk diserahkan kepada pembeli.

Penjual tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emas tertangguh, perjanjian kontrak atau emas yang masih dalam pajakan atau gadaian (ar-rahnu). Janji sebelah pihak (wa’ad / promise) dibenarkan untuk membeli atau menjual emas dan bukan transaksi jual beli iaitu aplikasi wa’ad atau mekanisma ‘lock’ harga adalah patuh Syariah.

Public Gold mempunyai kilang emas sendiri berserta usahasama dengan syarikat emas terbesar Turki kepunyaan orang islam, iaitu NADER METAL RAFINERI TURKI YANG MENGELUARKAN EMAS LBMA untuk dapat pengecualian cukai gst sememangnya stok emas dan perak Public Gold sentiasa ada, wujud dan mencukupi. Pembelian emas Public Gold boleh dilakukan secara belian biasa, COD Cash On delivery iaitu terus ke cawangan Public Gold untuk membeli emas dan terus dapat emas atau boleh juga tempah “lock” harga emas secara online. Semasa “lock” atau kunci harga emas, akad jual beli belum berlaku ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu

Syarat 2 : Pembayaran Secara Tunai

Pembayaran secara tunai bermaksub wang mesti cukup untuk membeli emas, tidak semestinya bayar dengan wang tunai, tetapi boleh juga bayar melalui bank, cek, Cash deposit, ATM transfer, debit card transfer ataupun perbankan internet.

Pembayaran pembelian emas Public Gold boleh dilakukan secara tunai atau melalui bank dimana ketika ini juga akad jual beli emas belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

Syarat 3 – Penyerahan Emas Perak Secara Tunai

Penyerahan emas atau perak secara tunai adalah dapatkan emas atau perak yang dibeli dimana tidak semestinya emas dan perak fizikal berubah tangan. Penjual juga dapat memberikan resit atau sijil yang membuktikan kewujudan emas dan perak dan paling penting sijil yang dikeluarkan berdasarkan emas dan perak yang memang ada dalam simpanan penjual.

Penyerahan emas Public Gold adalah secara lani (spot) ketika pengambilan emas dan pada masa ini berlaku akad jual beli tanpa sebarang penangguhan yang dapat mencetuskan aktiviti riba yang tidak patuh syariah. Pada masa ini berlaku akad jual beli dimana emas telah sedia dan slip bayaran pembelian emas sebagai bukti pembayaran juga telah tersedia. Maka akad jual beli berlaku antara pembeli dengan staf Public Gold di cawangan. Emas dan harga pada ketika itu akan bertukar secara lani atau spot. Pemilikan emas pula bertukar secara sebenar (actual possession) daripada Public Gold kepada pembeli. Bukti akad diterjemahkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangani oleh pembeli dan juga staf Public Gold. Maka berlaku akad jual beli emas melalui urusniaga emas dan perak yang patuh Syariah.

Akad jual beli ialah gabungan ijab (offer) dan qabul (acceptance). Akad yang kita faham biasa dalam bahasa ialah “aku jual” dan “aku beli”. Akad sebenarnya simbol kerelaan hati pembeli dan penjual bertukar barang dan harga dalam bentuk duit. Oleh itu ia boleh berlaku dalam apa saja aksi dan gerak badan yang difahami oleh penjual dan pembeli. Sebab itu kita boleh melakukan jual beli dengan mesin air mineral, secara atas talian (online), secara tulisan email dan whatsapp dan macam-macam cara lagi tanpa ada lafaz “aku jual” dan “aku beli”. Yang lebih penting, akad juga boleh berlaku dan sah walaupun dengan orang yang bukan Islam. Jadi jangan bimbang berakad jual beli dengan Public Gold walaupun pemiliknya beragama bukan Islam, namun hakikat sebenarnya emas dan perak LBMA Public Gold keluaran orang islam melalui syarikat Nadir Metal Rafinari Turki.

Pelaburan emas kini dicemari oleh skim pelaburan emas tipu, pelaburan emas haram atau skim cepat kaya yang antaranya mengakui patuh syariah atau menggunakan istilah islam untuk mengkaburi mata pelabur yang menjanjikan pendapatan lumayan tanpa kewujudan emas fizikal atau emas tertangguh. Akad jual beli emas mesti wujud emas untuk jual dan beli. Jika serahkan sejumlah wang dengan mengharapkan keuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu dipanggil akad pelaburan (mudharabah). Dalam akad mudharabah, jika untung dibahagi mengikut persetujuan. Jika rugi, ia mesti ditanggung oleh pemodal. Akad pelaburan, modal dan keuntungan tidak boleh dijamin. Kalau dijamin, maka tidak sah dan haram. Jadi melabur dalam skim cepat kaya emas dengan jadual keuntungan bulanan adalah pelaburan haram, tidak sah dan riba. Rujuk CARA MENGENALI SKIM CEPAT KAYA untuk mengelak daripada pelaburan yang tidak sah, riba atau pelaburan haram yang boleh menyebabkan kerugian wang atau nama tercemar.

Ustaz Khairul Anuar Basri

Ustaz Khairul Anuar Basri

Terima kasih kepada sahabat-sahabat serta pihak pengurusan Public Gold yang telah berusaha selama 8 tahun untuk memenuhi serta mendapatkan urusniaga emas dan perak Public Gold yang patuh syariah, terutama Ustaz Khairul Anuar Basri yang pakar dan berpengalaman dalam syariah. Maklumat lanjut mengenai pelaburan emas patuh syariah boleh lihat video youtube atau follow Facebook beliau Ustaz Emas dan Dinar.

Maklumat terkini dan berita baik bagi penduduk Bandar Baru Bangi kerana cawangan Public Gold Kajang telah berpindah ke bangunan Public Gold sendiri di Bandar Baru Bangi bermula 23 Januari 2017 beralamat di No. 27, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kekukuhan dan kemajuan Public Gold tidak boleh disangkal lagi dengan pertambahan aset kekal dengan memiliki bangunan sendiri, muzium emas sendiri, arrahnu sendiri, bangunan simpanan emas sendiri dan sebagainya dimana cawangan Public Gold Bangi adalah cawangan Public Gold ke empat berada pada bangunan sendiri.

cawangan public gold bangi

cawangan public gold bangi

Pengiktirafan pelaburan emas Public Gold yang patuh syariah akan memberi keyakinan dalam urusan jual beli yang berlandaskan syariah yang di tuntut dalam islam. Bertindak sekarang menyimpan emas pelaburan Public Gold yang patuh syariah, termurah dan bebas gst untuk perlindungan kejatuhan nilai wang kertas yang mudah termusnah kerana kejatuhan nilai atau bencana. Whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Junus iaitu master dealer Public Gold berpengalaman untuk sebarang pertanyaan serta panduan atau mula pelaburan emas Public Gold dengan membeli minima gold bar 0.5g 24karat LBMA bebas gst dan patuh syariah klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD TERUS JADI AHLI PUBLIC GOLD.