Posted in EMAS BERITA TERKINI

ARRAHNU PUBLIC GOLD CAWANGAN BARU PUBLIC GOLD DI PASARAN SAHAM

arrahnu public gold dan cawangan baru public gold

Arrahnu public gold, cawangan baru public gold yang akan beroperasi dan public gold akan disenaraikan dalam pasaran saham adalah berita terkini mengenai public gold yang dimaklumkan oleh pengerusi public gold iaitu dato’ Louis Ng Chun Hau.

Berita ini adalah berita terkini dari chairman public gold Dato’ Louis Ng hasil pertemuan dan perbincangan di antara pihak public gold dengan master dealer public gold Kelantan.

Pada 25 september 2012 kami master dealer public gold Kelantan dapat bertemu kali kedua dengan pengerusi public gold iaitu Dato’ Louis Ng di Hotel Renaissence Kota Bharu. Pertemuan pertama diantara pengerusi public gold dengan master dealer public gold adalah pada disember 2010 dimana pada masa itu Dato’ Louis Ng belum lagi mendapat gelaran Dato’.Tahniah kepada Dato’ Louis Ng yang memperolehi gelaran dato’ dalam masa yang singkat,ini mungkin kerana banyak anugerah yang diperolehi oleh public gold dalam Malaysia atau diluar Negara.Klik untuk lihat MENGENAI PUBLIC GOLD KELULUSAN BNM DAN ANUGERAH YANG DIPEROLEHI OLEH PUBLIC GOLD.Walaupun Dato’ Louis Ng sekarang bergelar dato’ tapi sikap dan tingkahlakunya sama seperti dahulu  peramah,mudah mesra dan bersifat rendah diri.

Kedatangan Datuk Louis Ng ke Kota Bharu Kelantan adalah bertujuan untuk meninjau dan ingin membeli bangunan untuk cawangan public gold kedua di Kelantan.

pengerusi public gold dato' louis Ng dan master dealer pg kelantan

Pada pertemuan tersebut kami berborak sambil berbincang secara tidak formal. Dalam perbincangan itu datuk memahami tentang masalah untuk gadai jongkong emas dan syiling dinar yang tidak diterima oleh kebanyakkan arrahnu.

Datuk Louis Ng memaklumkan akan membina Arrahnu sendiri. Arrahnu public gold ini akan mulai di bina di Pulau Pinang akhir tahun ini dan seterusnya akan menyusur ke cawangan public gold di negeri-negeri lain. Arrahnu public gold ini akan di buka kepada semua pelanggan public gold. Kini hanya dealer public gold sahaja yang dapat gadai emas di cawangan public gold. Dengan terbinanya arrahnu public gold, semua pelanggan public gold akan dapat mengadai emas gold bar, syiling dinar atau emas public gold dengan mudah.

Dato’ juga menyatakan bahawa Public Gold cawangan Sabah iaitu di Kota Kinabalu dan cawangan Public Gold Kelang akan beroperasi pada bulan oktober 2012.Pembukaan cawangan public Gold yang baru ini pastinya akan memudahkan pembelian dan penjualan emas yang berada di negeri sabah dan kawasan Kelang.Jadi kepada penduduk Sabah dan Kelang, bolehlah  mula DAFTAR PERCUMA AHLI dan mula pelaburan emas fizikal public gold.

Chairman public gold juga memberitahu berita terbaru public gold akan disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2013 atau 2014. Syarikat public gold kini dalam usaha untuk permohonan disenaraikan dipasaran saham. Apa yang saya tahu saham biasanya merujuk kepada perkongsian hak milik dalam syarikat.. Saham biasanya diperdagangkan di bursa saham, di mana orang dan organisasi boleh menjual dan membeli saham pelbagai jenis syarikat. Ini menyebabkan syarikat-syarikat yang disenaraikan di pasaran saham boleh dan mesti melebarkan sayap ke luar negara untuk ia terus berkembang dan berdaya saing. Inilah sebabnya dewasa ini kita dapat lihat syarikat-syarikat yang diperbadankan di negara ini mula melangkah maju membuka cawangan, mengambil alih syarikat-syarikat di luar negara. Bank CIMB contohnya melangkah ke Indonesia, Thailand, Singapura dan sebagainya. Syarikat telekomunikasi AXIATA milik Telekom juga mengembangkan sayapnya ke negara India dan kebanyakan negara Asia Pasifik yang lainnya.

Dengan prestasi dan perkembangan public gold yang memberangsangkan dengan kini mempunyai 17 cawangan, tidak mustahil untuk public gold disenaraikan dipasaran saham.

Tahniah dan syabas kepada public gold.