Tag Archives: cina

RAHSIA BISNES ORANG CINA DARI KISAH POKOK BULUH

Rahsia Bisnes Orang Cina

Rahsia Bisnes Orang Cina

Rahsia bisnes orang cina dari kisah pokok buluh cina iaitu cara orang cina berniaga membina tapak perniagaan yang kukuh untuk berjaya dalam bisnes.

Kisah pelik tapi benar iaitu rahsia pada pokok buluh cina yang di tanam oleh orang cina atau tumbuh di hutan menjadi inspirasi cara orang cina berniaga membina perniagaan yang kukuh dan berjaya dalam perniagaan hingga mendapat hasil ke anak cucu.

Pohon buluh cina ditanam di halaman rumah sebagai perhiasan, pagar atau dimana sahaja setelah tanah digemburkan, disiram dan dibubuh baja namun pokok buluh cina tidak membesar sehingga empat tahun. Kemudian selepas empat tahun, pokok buluh cina masih tiada tanda-tanda pokok bercambah. Apa yang boleh dilihat hanyalah sedikit anak pokok. Namun, dalam diam akarnya bercambah di dalam tanah dengan membina rangkaian untuk dijadikan tapak yang kuat lagi teguh.

Selepas lima tahun barulah buluh cina itu mulai naik tinggi dan mengatasi pesaing-pesaingnya yang lain yang dulunya cepat meninggi. Pada waktu pokok-pokok lain mula mengguning di musim kemarau akibat kekurangan air, pokok buluh cina terus tumbuh meninggi kerana akarnya yang dibina bertahun-tahun sudah kukuh. Pokok buluh cina adalah antara pokok yang paling cepat tumbuh di dunia ini. Tunasnya boleh tumbuh setinggi 90 sentimeter dalam masa 24 jam. Ini menjadikan pokok buluh cina terus meninggi mengatasi pokok-pokok lain.

Dari kisah pokok buluh cina ini, peniaga cina mengambil iktibar dan pengajaran bahawa pentingnya membina rangkaian yang kukuh terlebih dahulu walaupun lambat atau tidak mendapat hasil di permulaan perniagaan, namun mereka percaya hasil perniaggan lumayan akan di perolehi setelah perniagaan telah kukuh.

Begitu juga dengan diri kita sendiri, untuk berjaya bukan mengambil masa yang singkat. Jika berniaga, mesti bina dahulu tapak perniagaan yang kukuh dengan membina rangkaian yang luas, setelah membina perniagaan barulah mendapat hasil yang lebih mudah tanpa bekerja untuk selamanya.

Public Gold 10th Anniversary Dinner 2018

Public Gold 10th Anniversary Dinner 2018

Kisah pokok buluh cina telah diceritakan oleh Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng semasa majlis makam malam sempena sambutan ulangtahun penubuhan Public Gold ke 10 tahun. Public Gold kini adalah seperti kisah pokok buluh matang yang telah membina rangkaian bisnes selama 10 tahun dan kini rangkaian perniagaan Public Gold telah kukuh dan berkembang maju dengan memiliki emas dan perak LBMA termurah bebas gst dan patuh syariah, rangkaian kerjasama dengan arrahnu Pos Malaysia dan Pos Laju, cawangan public gold kini berjumlah 20 di Malaysia singapura dan Indonesia, rangkaian kedai emas Aurora Italia di Mall, rangkaian peniaga-peniaga di PG mall, muzium pertama Malaysia PG Gold Museum, Koperasi Dagang Emas iaitu Arrahnu Public Gold di cawangan Public Gold, polis bantuan Public Gold dan sebagainya. Rangkaian Public Gold yang berkembang seperti akar pokok buluh menunjukkan kekukuhan dan kemajuan syarikat emas Public Gold.

Pengeluar emas LBMA bebas gst

Pengeluar emas LBMA bebas gst

Majlis makan malam Royal Ascott Night Public Gold 10th Anniversary Dinner 2018 diserikan lagi dengan kehadiran tetamu khas, billionair islam Turki iaitu Mr Abdullah Tutuncu bersama keluarga iaitu owner Nadir Metal Rafinery dari Turki. Nadir Metal Rafinery Turki adalah rakan kongsi Public Gold dalam pengeluaran jongkong emas LBMA yang dapat pengecualian cukai gst di Malaysia dan Public Gold satu-satunya pengeluar jongkong emas dan perak fizikal yang mendapat pengecualian cukai gst di Malaysia.

Melawat Kilang Nadir Metal Rafineri Turki

Melawat Kilang Nadir Metal Rafineri Turki

Saya sudah mengenali Mr Abdullah Tutuncu, founder Nadir Metal Rafineri dan Mr Firat Sekerci semasa melawat kilang Nadir Metal Rafinery di Turki dua tahun lepas. Pengalaman melihat sendiri cara pembuatan jongkong emas LBMA di kilang emas Nadir Metal Rafineri, NMR Instanbul Turki memberi keyakinan tentang standard kualiti emas LBMA yang di hasilkan dengan standard piawaian yang ketat dengan peralatan yang moden yang canggih dan mesin cop laser. Semasa di Instanbul, kami di sambut dengan meriah dan penuh mesra oleh pengasas NMR sendiri pada waktu itu iaitu Mr Nadir Tutuncu dan semua staff Nadir Metal Rafineri.

Allahyarham Mr Nadir Tutuncu pengasas Nadir Metal Rafineri Turki

Allahyarham Mr Nadir Tutuncu pengasas Nadir Metal Rafineri Turki

Pada masa itu pemilik Nadir Metal Rafineri adalah Mr Nadir Tutuncu yang berumur 79 tahun. Walaupun beliau uzur dan telah tidak keluar makan di luar, namun kerana menyambut kedatangan tetamu Public Gold, beliau sanggup keluar makan malam di restoran terkemuka di Instanbul. Pertemuan dan pelukan Mr Nadir Tutuncu pada masa itu masih terasa dan menjadi kenangan yang tidak akan di lupakan. Mr Nadir Tutuncu telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan lepas, semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah. Mengenai emas dan perak LBMA dan pengalaman saya melawat kilang Nadir Metal Rafineri di Instanbul Turki Klik APAKAH LBMA DAN KENAPA BELI EMAS DAN PERAK LBMA.

Pelaburan Emas Public Gold Malaysia 10 tahun

Pelaburan Emas Public Gold Malaysia 10 tahun

Majlis makam malam Public Gold untuk merayakan ulangtahun 10 tahun Public Gold di adakan di Hotel Equatorial Pulau Pinang amat meriah dengan pemotongan kek hari jadi Public Gold serta persembahan dari staf Public Gold dari 20 cawangan Public Gold Malaysia, Singapura dan Indonesia. Acara kemuncak majlis dinner tersebut adalah cabutan bertuah emas dan perak dimana saya juga bertuah apabila memperolehi sekeping silver bar 500g lbma yang berharga lebih kurang RM1300. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Public Gold.

Peluang Bisnes Bersama Public Gold

Peluang Bisnes Bersama Public Gold

Public Gold berkembang pesat dan teguh seperti kisah pokok buluh cina adalah kerana kerjasama semua pihak iaitu seperti akar pokok buluh yang bertaut antara satu sama lain yang menjadikan pokok buluh matang dan kini telah kukuh dan berkembang pesat untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Cawangan Public Gold terbaru iaitu cawangan public gold ke 20 yang baru dibuka adalah cawangan Public Gold Miri yang akan perluaskan lagi pasaran emas dan perak Public Gold yang murah bebas gst dan patuh syariah ke negara Brunai. Public Gold satu-satunya syarikat emas yang mempunyai polis bantuan sendiri yang bertugas di semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Ini akan memberi jaminan keselamatan kepada pelanggan, kakitangan dan produk Public Gold.

Promosi Mula Bisnes Emas Public Gold

Promosi Mula Bisnes Emas Public Gold

Public Gold juga SATU-SATUnya syarikat emas yang memberi peluang bisnes bersama Public Gold yang kukuh untuk sepanjang hayat dengan menjadi dealer public Gold dengan hanya membeli produk emas public gold tanpa yuran. Promosi Public Gold bulan Februari 2018, February Dealer Recruitment Drive (DRD) Built Golden Empire With Public Gold adalah peluang terbaik menjadi normal dealer Public Gold dengan membeli emas 100 gram GAP patuh syariah dan dapat percuma FREE RM200 untuk beli belah online di PG MALL atau menjadi Priority Dealer dengan membeli 250 gram GAP patuh syariah dan dapat percuma FREE RM500 untuk beli belah online di PG MALL. Maklumat mengenai PG MALL Public Gold iaitu pusat beli belah online Malaysia klik PG MALL PUSAT BELI BELAH ONLINE MALAYSIA

Rebut peluang berniaga emas fizikal Public Gold yang sah, kukuh dan patuh syariah dengan menjadi dealer Public Gold dengan hanya membeli emas GAP Patuh Syariah yang terhad hanya kepada 100 dealer baru terawal sahaja dalam tempoh 1 februari 2018 hingga 28 februari 2018. Syarat biasa menjadi normal dealer Public Gold ialah membeli emas minima RM30k dan untuk menjadi priority dealer ialah membeli emas minima RM200k. Perniagaan emas bersama Public Gold adalah di ibaratkan seperti kisah buluh cina, bermula dari bawah secara senyap dan apabila matang ia akan berkembang maju dengan cepat.

CARA BELI EMAS GAP 100 GRAM TERUS JADI DEALER PUBLIC GOLD

Cara mudah membeli emas GAP sebanyak 100g terus menjadi normal dealer Public Gold tanpa yuran dan boleh terus keluarkan pelbagai gold bar atau emas dinar 999.9 (24 karat) lbma bebas gst patuh syariah bila-bila masa di mana-mana 20 cawangan Public Gold iaitu lihat harga emas gap 1g harian semasa di https://publicgold.com.my dan darabkan dengan 100 untuk membeli 100 gram emas GAP.

Public Gold price

Public Gold price

Contoh, jika harga emas 1g GOLD ACCUMULATION PROGRAM pada 9 Februari 2018 RM182 segram, maka 100 gram ialah RM18,200.

DUA KAEDAH JADI DEALER PUBLIC GOLD DENGAN BELI EMAS GAP 100 GRAM :

1.BELI EMAS GAP TANPA KUNJUNGI CAWANGAN PUBLIC GOLD

Masukkan wang/bank in/transfer ke Akaun Bank Public Gold dan menghantar gambar resit bank in/transfer berserta maklumat pembeli ke Whatsapp 019-9185593 (Star Master Dealer Public Gold, PG001425) seperti cara di bawah :

Bank in / transfer RM18,200 ke akaun PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD bernombor 5571-3923-8048 (maybank) ATAU bernombor 3167-52-0833 (public bank)

Snap atau ambil gambar resit bank in/transfer dan hantar gambar resit bank in/transfer DAN maklumat dibawah ke whatsapp saya 019-9185593 untuk saya proses pembelian dan pendaftaran menjadi dealer Public Gold.

  • PG NEW BELI GAP RM18,200
  • Tarikh belian : (tercatat pada resit bank in)
  • Masa belian : (tercatat pada resit bank in)
  • Nama penuh :
  • Nombor IC :
  • Nombor Tel :
  • Email :
  • Item pembelian : Beli Gap RM18,200
  • Nama introducer : Mohd Zaidi Junus
  • Kod pg introducer : PG001425
  • Catatan : Promosi bulan Februari DRD beli emas 100 gram GAP terus jadi normal dealer Public Gold.
  • Disertakan gambar resit pembelian bank in/transfer

Selepas diproses, anda akan terus mendapat emel dari Public Gold yang disertakan sales order, kod pg dan password untuk login ke website Public Gold dan saya akan beri panduan serta bimbingan selanjutnya.

2. BELI EMAS GAP DI CAWANGAN PUBLIC GOLD

Pembelian emas GAP juga boleh di lakukan di cawangan Public Gold berdekatan dengan membawa wang tunai RM18,800 atau resit bank in/transfer ke akaun Public Gold seperti di atas dan kad pengenalan. Klik 20 PUBLIC GOLD BRANCH MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA untuk melihat alamat 20 cawangan public gold berdekatan anda. Semasa membeli emas GAP, beritahu staff public gold bertugas :

“Mahu beli 100g emas gap untuk menjadi dealer Public Gold melalui promosi bulan februari drd dimana NAMA INTRODUCER ialah MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan KOD PG INTRODUCER ialah PG001425”

Selepas menjadi dealer Public Gold, akan mendapat komisen setiap belian emas dan mula bina perniagaan emas dengan jual beli atau promosikan emas Public Gold.

Bagi pelabur emas modal rendah boleh mula membeli emas gap minima RM100 terus menjadi ahli Public Gold sebagai cara mulakan tapak bisnes dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit dan seterusnya boleh upgrade menjadi dealer Public Gold apabila emas yang di kumpul telah banyak. Rebut peluang terbaik membeli emas harga termurah, bebas gst dan patuh syariah sebagai pelindung kejatuhan wang, bekalan dana kecemasan, pengelak kebocoran wang, menjana harta kekayaan dan menjana pendapatan aktif dan pasif untuk sepanjang hayat. Mula bina tapak dengan beli emas Public Gold minima RM100 untuk kumpul emas seterusnya menjadi peniaga/dealer Public Gold. Maklumat pelaburan emas fizikal Public Gold whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Junus Master Dealer Public Gold semenjak 2010 atau klik CARA BELI EMAS 1 GRAM GAP PUBLIC GOLD.

“Selamat menyambut ulangtahun Public Gold ke 10 tahun”

%d bloggers like this: