Notice: Undefined variable: galink_author_id in /home/pelabur1/public_html/wp-content/plugins/google-author-link/google-author-link.php on line 148

Tag Archives: emas 21k

INFO TENTANG EMAS JENIS KETULENAN DAN KEGUNAANNYA

Info Tentang Emas

Info Tentang Emas

Info tentang emas iaitu jenis, ketulenan, kegunaan, kelebihan dan kekurangan setiap jenis emas sebagai panduan membeli emas dan promosi emas sempena raya

Emas mempunyai pelbagai jenis kualiti dan ketulenan yang berbeza berdasarkan kandungan emas, iaitu logam Aurum (Au) dalam sesuatu produk emas dan mempunyai kegunaan, kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Kualiti atau mutu emas berdasarkan karat atau nombor yang menunjukkan peratus kandungan emas. Semakin tinggi nombor karat, semakin tinggi peratus kandungan emas. Karat adalah perkataan Latin iaitu kerátion atau carato yang bermaksud Biji Kacang Carob yang mempunyai bijinya yang sama berat. Pengiraan standard, emas 24K atau emas 999.9 adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99% , iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. 24 Karat adalah ketulenan emas terbesar. Contoh pengiraan, emas 22 karat iaitu mengandungi 22/24 iaitu 0.916667 emas atau dikenali emas 916 atau emas 917 dimana emas 22K, emas 916 atau emas 917 adalah sama saja.

Emas adalah logam lengai yang paling selamat kerana ia tidak bertindakbalas dengan unsur lain yang menyebabkan emas sangat sesuai di gunakan sebagai emas perhiasan wanita. Setiap mutu emas mempunyai fungsi atau kegunaannya yang berbeza kerana sifat emas yang berbeza. Contohnya, emas 24K atau emas 999.9 yang mempunyai ketulenan 99.99% adalah emas yang sangat lembut kerana tiada campuran logam lain, jadi emas 24K ini digunakan sebagai jongkong emas sebagai pelaburan.  Karat emas lagi rendah adalah lagi kukuh kerana bercampur dengan logam lain yang membentuk aloi yang lebih kuat ikatan logamnya. Emas dijadikan perhiasan wanita sejak zaman berzaman untuk kelihatan cantik dan menawan serta melambangkan status kehidupan.

Setiap kualiti emas berbeza warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas yang bercampur dengan logam lain akan kelihatan lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan emas. Jadi, warna emas bukan kuning sahaja, emas juga boleh menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan kepadanya.

Emas boleh dibentuk dengan pelbagai bentuk dan pelbagai campuran logam oleh tukang emas bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas seberat 1 gram dapat ditempa untuk menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi. Oleh sebab itu emas juga digunakan dalam pembuatan barangan elektronik. Emas sebagai logam lengai yang tidak bertindakbalas dengan unsur atau logam lain adalah selamat kepada pemakai terutama tubuh manusia yang sentiasa mengeluarkan peluh atau orang yang mempunyai alergi kulit atau alahan terhadap logam. Jadi, pemilihan kualiti emas untuk perhiasan adalah penting dan perlu mengenali jenis emas, kualiti dan kegunaan emas.

JENIS, KUALITI, KEGUNAAN, KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EMAS

jenis emas

jenis emas

1.Emas 24K atau emas 999 atau 999.9 atau emas sepuluh

  • Ketulenan emas 24K : Kandungan emas adalah 99.9%
  • Kegunaan emas 24K : Digunakan untuk pelaburan , barang perhiasan, barangan elektronik, dan peralatan perubatan.
  • Kelebihan emas 24K : Emas tulen dengan harga paling mahal dan sesuai untuk pelaburan
  • Kekurangan emas 24K  : Lembut tidak sesuai untuk perhiasan

2.Emas 22K atau emas 916 atau 917

  • Ketulenan emas 22K : Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas.
  • Kegunaan emas 22K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
  • Kelebihan emas 22K : Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
  • Kekurangan emas 22K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

3.Emas 21K atau emas 875

  • Ketulenan emas 21K : Kandungan emas adalah 87.5%
  • Kegunaan emas 21K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
  • Kelebihan emas 21K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
  • Kekurangan emas 21K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

4.Emas 20K atau emas 833

  • Ketulenan emas 20K : Kandungan emas adalah 83.3%
  • Kegunaan emas 20K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas
  • Kelebihan emas 20K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
  • Kekurangan emas 20K :Barang kemas yang lembut jadi tidak sesuai dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

5.Emas 18K atau emas 750

Aurora Italia Terbaru

Aurora Italia Terbaru

  • Ketulenan emas 18K : Kandungan emas adalah 75.0%
  • Kegunaan emas 18K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
  • Kelebihan emas 18K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. Klik KELEBIHAN EMAS 18K AURORA ITALIA untuk maklumat kelebihan memiliki rantai emas 750 Aurora Italia.
  • Kekurangan emas 18K : Emas lebih lembut dimana kurang tahan lama, tercalar dan kurang tahan lasak berbanding emas 14K dan tidak sesuai untuk pelaburan.

6.Emas 14K atau emas 585

  • Ketulenan emas 14K : Kandungan emas adalah 58.5%
  • Kegunaan emas 14K :  Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
  • Kelebihan emas 14K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
  • Kekurangan emas : Emas perhiasan yang boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas dan tidak sesuai untuk pelaburan.  

7.Emas 10K atau emas 417

  • Ketulenan emas 10K : Kandungan emas adalah 41.7%
  • Kegunaan emas 10K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
  • Kelebihan emas 10K : Emas perhiasan yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama, tidak calar atau bengkok dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
  • Kekurangan emas : Emas perhiasan yang boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas. Standarad minima di namakan emas bagi Amerika adalah emas berketulenan 10K dan tidak sesuai untuk pelaburan.

8.Emas 9K atau emas 375 atau suasa

  • Ketulenan emas 9K : Kandungan emas adalah 37.5%
  • Kegunaan emas 9K : Dibuat cincin suasa untuk lelaki

Perubahan zaman dan cara hidup moden kini menyebabkan berlaku perubahan minat emas perhiasan wanita daripada barang kemas 22K atau 916 kekuningan tanpa permata kepada emas perhiasan yang lebih cantik, warna warni, mempunyai permata dan bentuk terkini iaitu emas 18K atau emas 10K. Emas 18K dan emas 10K adalah piawaian barang kemas antarabangsa iaitu emas perhiasan popular di negara-negara eropah yang mementingkan kecantikan dan keanggunan.

Promosi Aurora Italia

Promosi Aurora Italia

Sempena hari raya 2017, Public Gold melancarkan promosi berganda iaitu membeli emas Aurora Italia minima RM5k terus dapat menjadi dealer Public Gold. Rebut peluang terbaik memiliki rantai tangan emas Aurora Italia atau memberi hadiah kepada yang tersayang untuk kegembiraan dihari raya dan dapat peluang menjana pendapatan pasif seumur hidup dengan menjadi dealer Public Gold seterusnya mencapai kebebasan kewangan. Klik CARA MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN untuk panduan kebebasan kewangan Robert Kiyosaki. Syarat biasa untuk menjadi dealer Public Gold adalah membeli emas minima RM30,000. Jika tidak berminat membeli barang kemas Aurora Italia, namun berminat menjadi dealer Public Gold sila whatsapp saya 019-9185593 untuk saya rekomenkan bagi membeli emas pelaburan terus menjadi dealer Public Gold.

SYARAT PROMOSI HARI RAYA DRD BULAN JUN 2017 :

Syarat Promosi Raya Public Gold

Syarat Promosi Raya Public Gold

  1. Membeli rantai emas dan charm minima RM5,000 dapat menjadi normal dealer Public Gold tanpa yuran. Dealer baru perlu menyertai PG Golden Tour atau Jutawanemas Leadership Training (JLT). Klik KURSUS PERNIAGAAN EMAS PUBLIC GOLD untuk kemahiran dan kursus bagi dealer Public Gold membina empayer perniagaan emas.
  2. Promosi sah HANYA dari 1 Jun2017 hingga 30 Jun 2017 sahaja dan terhad untuk 100 transaksi pertama.

CARA BELI AURORA ITALIA UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD :

Pembelian gelang emas (bangle) Aurora Italia dan anak emas (charm) minima RM5 ribu akan dapat jadi normal dealer Public Gold tanpa yuran.

  1. DAFTAR PERCUMA DAN BELI EMAS AURORA ITALIA ONLINE

Cara mudah beli emas dan perak Public Gold termasuk rantai tangan Aurora Italia dan charm adalah dengan daftar percuma terlebih dahulu dan terus beli emas secara online 24 jam dan kunjungi cawangan Public Gold untuk membuat bayaran dan terus dapat emas yang di beli dalam tempoh 3 hari.. Klik panduan video youtube CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD ONLINE untuk beli emas Aurora Italia Public Gold minima RM5000 terus jadi dealer Public Gold tanpa yuran.

Pada ruangan REMARKS, tuliskan “Beli emas Aurora Italia Untuk Jadi Dealer Public Gold Promosi Hari Raya, Nama introducer Mohd Zaidi junus, PG001425”.

Barang kemas Public Gold

Barang kemas Public Gold

Selepas membuat pembelian online, kunjungi cawangan Public Gold berdekatan untuk bayar tunai atau bank in dan mengambil emas tersebut dalam tempoh 3 hari…

  1. BELIAN TERUS DI CAWANGAN PUBLIC GOLD

Pembelian Aurora Italia Public Gold juga boleh dilakukan secara terus atau belian runcit (Cash On Delivery) dengan mengunjungi cawangan Public Gold berdekatan dengan membawa wang tunai dan kad pengenalan. Klik ALAMAT 19 CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA untuk maklumat alamat serta nombor telefon cawangan Public Gold berdekatan anda. Semasa beli gelang emas Aurora Italia, beritahu staff Public Gold

“Mahu beli emas Aurora Italia untuk menjadi dealer Public Gold dimana NAMA INTRODUCER IALAH MOHD ZAIDI JUNUS DAN KOD PG INTRODUCER PG001425.

Selepas membuat pembelian, sila whatsapp saya 019-9185593 untuk mendapat panduan dan bimbingan selanjutnya.

Pelaburan Emas Public Gold adalah pelaburan terbaik masa kini sebagai pelindung kejatuhan nilai wang, ekonomi tidak stabil, peningkatan kos sara hidup untuk mengelak kebocoran wang. Emas dan perak pelaburan Public Gold SATU-SATUNYA emas termurah, diiktiraf dunia, LBMA (London Bullion Market Association), bebas cukai gst dan patuh syariah.

Bertindak sekarang, mulakan langkah pertama untuk menjana pendapatan pasif untuk kebebasan kewangan masa depan dengan menjadi dealer Public Gold. Banyak KEISTIMEWAAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk membina perniagaan emas yang sememangnya diketahui sebagai perniagaan yang tidak lapuk dan diguna sepanjang zaman. Sila LIKE page EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD atau whatsapp 019-9185593, Mohd Zaidi Bin Junus (PG001425) Master Dealer Public Gold semenjak 2010 untuk panduan, bimbingan serta maklumat terkini mengenai Pelaburan Emas Public Gold