Posted in ILMU EMAS

EMAS JENIS EMAS DAN SIFAT EMAS

emasEmas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (Aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan (trivalen dan univalen), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.

Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Sifat utama

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki².Ini menyebabkan emas sesuai untuk penyaduran komponen yang kecil seperti mikrocip, alatan computer dan sebagainya. Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras dan berbagai warna.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling,barangan kemas,penyadur komponen ektronik dan sebagainya.

JENIS EMAS DAN SIFATNYA

Jenis emas dan sifat emas bergantung kepada kandungan atom Au (emas) dalam sebatiannya..

  • Emas 999.9 emas 24K mengandungi 99.9% kandungan atom Au(emas) dalam sebatiannya. Sifanya lembut dan biasanya dalam bentuk gold bar atau jongkong emas.
  • Emas 916, emas 22 K mengandungi 91.6% kandungan Au (emas) dalam sebatiannya. Sifatnya sederhana keras biasanya dalam bentuk syiling dinar atau barang kemas dan kadang-kadang digunakan untuk diikat dengan permata.
  • Emas 585,emas 14K mengandungi 58.5% kandungan atom Au (emas) dalam sebatiannya. Sifatnya keras, digunakan untuk meletakkan batu permata. Jadi, jangan tertipu/berhati-hati, emas yang mengandungi permata mungkin bukan emas 916. Jadi elakkan membeli emas yang mengandungi permata kerana nilai jualannya akan merosot…
  • Emas 835 (20K), emas 750 (18K) dan emas 375 (9K)