Posted in ILMU EMAS

FAKTA MENARIK MENGENAI EMAS DINAR

Fakta Menarik Mengenai Emas Dinar
Fakta Menarik Mengenai Emas Dinar

Fakta menarik mengenai emas dinar yang dahulunya merupakan mata wang dan kini digunakan untuk simpanan pelaburan pelindung kejatuhan nilai wang.

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Rassulullah Nabi Muhammad lagi iaitu dikenali Dinar. Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana  Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 dengan menyasarkan negara-negara Islam dalam OIC untuk dijadikan mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham.

Emas dinar dan dirham perak merupakan penyimpan nilai paling stabil dan terunggul sepanjang zaman, sehinggakan tercatat tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).”

Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

FAKTA MENGENAI EMAS DINAR

  1. BENTUK EMAS DINAR

Bentuk emas dinar adalah bulat berbentuk syiling emas atau dikenali juga gold wafer. Jika jongkong emas berbentuk empat segi yang juga dikenali gold bar.

  1. BERAT EMAS DINAR

Berat emas dinar iaitu syiling emas yang juga matawang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Emas dinar diperbuat daripada emas 24 karat (999.9) serta mempunyai berat 4.25 gram untuk 1 dinar. Berat emas dinar ditetapkan seluruh dunia iaitu :

  • 0.5 dinar emas beratnya 2.125 gram
  • 1 dinar emas beratnya 4.25 gram
  • 5 dinar emas beratnya 21.25 gram
  • 10 dinar emas beratnya 42.5 gram
  1. NILAI EMAS DINAR

Nilai emas dinar adalah stabil sejak zaman dahulu hingga kini tanpa dipengaruhi oleh kejatuhan nilai wang yang menunjukkan inflasi sifar atau pelindung kejatuhan nilai wang.

Nilai Emas 1 Dinar Seekor Kambing
Nilai Emas 1 Dinar Seekor Kambing

Contohnya, Seekor kambing berharga 1 dinar pada zaman nabi Muhammad SAW dimana hingga kini harga seekor kambing adalah 1 dinar. Pada tahun 2000 harga seekor kambing adalah lebih kurang RM150 seekor iaitu 1 dinar, pada tahun 2010 harga seekor kambing juga 1 dinar iaitu lebih kurang RM500 seekor dan pada tahun 2020 kini seekor kambing juga berharga 1 dinar iaitu lebih kurang RM1000 seekor. Ini menunjukkan simpanan emas dinar kalis inflasi, simpanan terunggul dan pelindung kejatuhan nilai wang.

  1. SIMPANAN EMAS DINAR UNTUK UMRAH DAN HAJI

Simpanan emas dinar boleh dijadikan sebagai simpanan untuk menunaikan umrah dan haji. Contohnya, bakal jemaah haji Indonesia terlibat dengan aktiviti menyimpan dan melaburkan dinar emas melalui Gold Accumulation Plans Scheme (GAPs) iaitu aktiviti pelaburan emas dinar bermula tahun 2000. Urusan ini diselenggara oleh ONH (Ongkos naik haji). Jemaah haji yang menyertai ONH melalui skim ini akan memperolehi beberapa keuntungan seperti pelindung kejatuhan nilai wang dan keuntungan daripada harga emas yang sentiasa meningkat. Jemaah haji di Malaysia menggunakan simpanan wang dalam Tabung Haji. Public Gold telah melancarkan program kumpul emas, GAP (Gold Accumulation Program) bagi mengumpul emas modal kecil serendah RM100 untuk kumpul emas pelaburan sedikit demi sedikit untuk dapat pelbagai jongkong emas atau emas dinar. Klik CARA BELI EMAS GAP SERENDAH RM100 UNTUK KUMPUL EMAS PELABURAN DAN EMAS DI NAR.

Simpanan Emas Untuk Umrah Dan Haji
Simpanan Emas Untuk Umrah Dan Haji

Perbandingan simpanan emas dan simpanan wang, jika pada tahun 2000 seorang bakal haji A menyimpan wang dalam tabung haji RM8500 untuk menunaikan haji pada tahun 2020 dan seorang lagi bakal haji B membeli emas dinar RM8500 pada harga RM38/g ia memperolehi 223 gram emas. Pada tahun 2020 bakal haji A yang menyimpan dalam tabung haji rasa gembira kerana dapati wang dalam tabung hajinya bertambah menjadi Rm15,300 kerana dividen 4% setahun dimana ia gembira dapat menunaikan haji seorang diri, manakla bakal haji B yang membeli emas pula menjualkan emas pada tahun 2020 dan didapati ia mendapat 223 g X RM 255 iaitu RM52,400 iaitu bakal haji B dapat menunaikan haji 3 orang membawa keluarga bersama atau untuk pergi seorang diri hanya perlu menjual 39 gram emas sahaja. Kesimpulannya, simpanan emas dinar lebih baik dan menguntungkan untuk menunaikan umrah atau haji berbanding simpanan wang.

  1. EMAS DINAR SEBAGAI PELABURAN

Simpanan dinar emas sebagai aset merupakan satu pelaburan terbaik yang memberi jaminan nilai dan lebih selamat dan menguntungkan.

Kelebihan emas dinar sebagai pelaburan :
  • Tiada risiko kredit dan merupakan aset yang selamat dan nilai terjamin.
  • Emas aset yang sangat cair yang mudah dipajak waktu kecemasan wang.
  • Tidak boleh dimusnahkan kerana sentiasa bernilai terkena bencana, banjir atau terbakar.
  • Hak milik mutlak yang boleh diwarisi dan dipecahkan dengan mudah berbanding tanah yang susah dipecahkan.
  • Pelindung kejatuhan nilai wang dan inflasi.
  1. DINAR EMAS SEBAGAI SIMPANAN ASET HARTA

Dinar Emas sebagai simpanan aset harta yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mas kahwin, simpanan harta, pemberian hadiah, sedekah, harta cagaran di Arrahnu, pelaburan, pembayaran zakat, cenderamata, upah perkhidmatan, aktiviti jual beli, hantaran perkahwinan dan sebagainya.

JENIS EMAS DINAR

Public Gold satu-satunya syarikat emas di dunia yang mengeluar 2 jenis emas dinar iaitu emas dinar lbma dan emas dinar tempatan (NON LBMA).

Emas Dinar LBMA Public Gold
Emas Dinar LBMA Public Gold

Emas dinar LBMA adalah emas dinar diiktiraf antarabangsa LBMA (London Bullion Market Association) yang bersampul. Emas dinar LBMA dikeluarkan untuk mendapat pengecualian cukai gst kerana syarat pengecualian cukai gst adalah jongkong emas pelaburan LBMA.

Emas Dinar Baru Public Gold Non LBMA
Emas Dinar Baru Public Gold Non LBMA

Public Gold telah mengeluarkan emas dinar baru (non lbma) setelah kerajaan Malaysia menghapuskan cukai gst tahun 2020. Ketulenan emas dinar LBMA dan emas dinar tempatan adalah sama iaitu 999.9 dan harganya adalah sama pada waktu pengecualian cukai gst. Jika kerjaan Malaaysia mengenakan cukai gst, emas tempatan non lbma akan lebih mahal kerana kena bayar cukai gst sedangkan emas dinar lbma bebas gst.

PERBEZAAN EMAS LBMA DENGAN EMAS TEMPATAN (NON LBMA)

  1. Emas LBMA bersarung sedangkan emas tempatan (NON LBMA) tidak bersarung.
  2. Emas LBMA diakui seluruh dunia iaitu mudah dijual diluar negara tanpa diuji ketulenannya sedangkan emas tempatan NON LBMA perlu proses pengujian ketulenan
  3. Emas LBMA hanya boleh dipajak di Arrahnu tertentu sedangakan emas tempatan NON LBMA boleh dipajak di semua arrahnu
  4. Emas LBMA bersarung tidak dapat merasa emas sedangkan emas NON LBMA boleh rasa dan pegang emas sebenar
  5. Emas LBMA cerewet iaitu mudah rosak sarungnya serta dipotong harga jika rosak sarung sedangkan emas NON LBMA lasak iaitu tidak menjejaskan harga walau calar, kemek atau rosak

Fakta penting mengenai emas dinar adalah penyimpan nilai terunggul dan merupakan mata wang sunnah nabi. Kuasa beli emas kekal walaupun kejatuhan nilai wang. Emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.

Emas Pelaburan Public Gold
Emas Pelaburan Public Gold

Orang tua zaman dahulu menyimpan barang kemas 916 sebagai pelindung nilai dan dana kecemasan hasil daripada pengalaman zaman perang jepun apabila wang kertas jepun tidak bernilai. Pada zaman dahulu, belum ada emas dinar atau jongkong emas khas untuk pelaburan, jadi orang tua zaman dahulu menyimpan barang kemas. Barang kemas sebenarnya bukan emas pelaburan kerana ia dibuat khusus untuk perhiasan di mana harganya mahal oleh upah tukangnya yang tinggi bergantung kepada design emas dengan peratus susut nilai atau pertus spreadnya sangat tinggi antara 20% hingga 30%. jadi, kini simpanan emas untuk pelaburan yang paling baik adalah simpanan emas dinar atau jongkong emas yang dibuat khusus untuk pelaburan tanpa kos upah tukang dengan peratus spread rendah antara 5% hingga 9% sahaja. Klik CARA BELI EMAS PELABURAN PUBLIC GOLD untuk mula simpan emas dinar atau gold bar untuk pelaburan.

“Jangan tunggu beli emas, selepas beli hanya tunggu…kerana…nilai emas semakin meningkat, nilai wang semakin menyusut”