Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

KEPENTINGAN SERTA KEBAIKAN MENYIMPAN EMAS

kepentingan simpan emas
kepentingan simpan emas

Kepentingan, kelebihan serta kebaikan menyimpan emas fizikal waktu kemerosotan nilai wang, kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup Malaysia.

Kenapa perlu simpan emas?

Emas adalah logam berharga, dikenali dan laku seluruh dunia. Pada zaman dahulu pemakaian barang perhiasan emas adalah suatu kemestian bagi wanita sebagai simbol kecantikan serta kekayaan kerana nilainya yang berharga dan boleh diwarisi. Kini pemakaian barang perhiasan emas yang berlebihan tidak sesuai kerana faktor keselaamatan disebabkan kadar jenayah yang tinggi. Emas kini digunakan sebagai pelaburan, pelindung harta dan pengelak kebocoran wang. Sifat emas yang unik seperti sentiasa berharga, dikenali dan laku seluruh dunia, kalis inflasi, tidak dapat dibinasa walau terbakar atau bencana alam menjadikan emas adalah penyimpan nilai kekayaan yang unggul.

kejatuhan wang ringgit malaysia
kejatuhan wang ringgit malaysia

Tahun 2016 adalah tahun kemerosotan ekonomi Malaysia dengan kejatuhan harga minyak yang menyebabkan kemerosotan nilai ringgit Malaysia, kenaikkan harga barang dan peningkatan kos hidup. Kemerosotan nilai matawang ringgit Malaysia bukanlah suatu perkara yang pelik dan mengejutkan kerana sememangnya diketahui nilai wang akan sentiasa berkurang. Namun kejatuhan wang ringgit malaysia sekarang amat merosot disebabkan ekonomi Malaysia yang tidak menentu. Jadi, simpanan duit kertas pada masa sekarang kurang sesuai kerana kejatuhan nilainya yang teruk. Simpanan terbaik waktu ekonomi yang tidak stabil dengan kejatuhan nilai wang adalah emas fizikal yang lebih stabil dan kukuh terutama diwaktu harga emas terendah kini. Banyak kepentingan, kebaikan atau kelebihan menyimpan emas dan kenapa perlu simpan emas sekarang.

KEPENTINGAN MENYIMPAN EMAS FIZIKAL MASA KINI :

  1. EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI TERUNGGUL.

Emas adalah penyimpan nilai terbaik dan terunggul sebagai aset simpanan persediaan menghadapi kejatuhan nilai wang, keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil. Nilai matawang ringgit Malaysia kini mencecah 4.32 berbanding 1 dolar amerika sudah mencecah paras terendah sejak 1998 yang menunjukkan kejatuhan nilai matawang ringgit malaysia terburuk dalam tempoh lebih 18 tahun dan prestasi matawang paling buruk di Asia. Ramalan nilai matawang ringgit malaysia dalam tempoh 3 bulan akan datang boloh mencecah 4.8 berbanding 1 dolar us. Klik RAMALAN NILAI MATAWANG RINGGIT MALAYSIA untuk maklumat serta ramalan mengenai kejatuhan ringgit Malaysia.

kemerosotan nilai wang ringgit malaysia
kemerosotan nilai wang ringgit malaysia

Kemerosotan wang ringgit malaysia dan peningkatan harga barangan menyebabkan kos sara hidup meningkat. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggarkan berlaku peningkatan kos sara hidup sekurang-kurangnya 33 peratus dalam kalangan masyarakat berdasarkan aduan yang diterima sejak awal Januari hingga September 2015. Maklumat lanjut klik http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kos-sara-hidup-meningkat-33-1.143803.

Ini menunjukkan kuasa beli berkurang ataupun nilai wang semakin merosot dengan cepat yang membuktikan pentingnya menyimpan emas sebagai pelindung dan bekalan harta dimasa depan. Emas adalah wang yang sebenarnya. Penyimpanan aset terbaik adalah dalam bentuk emas. Sejarah juga telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Wang kertas pula gagal berfungsi sebagai wang yang baik. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia juga gagal menyimpan nilai untuk jangka masa panjang dan akan merugikan penyimpannya.

Harga emas kini terendah dalam tempoh 5 tahun, masa terbaik membeli dan menyimpan emas untuk bekalan harta dimana nilainya akan semakin meningkat dan boleh diwarisi untuk anak cucu. Maklumat lanjut mengenai harga emas serta analisa harga emas klik HARGA EMAS TERENDAH 6 TAHUN DAN ANALISA EMAS.

  1. EMAS SENTIASA BERNILAI DAN LAKU SELURUH DUNIA.

Emas adalah logam berharga berwarna kuning keemasan yang menarik, dikenali dan laku seluruh dunia. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh dibinasakan. Emas tetap bernilai tinggi walaupun terbakar, tenggelam dalam air, kemek dan sebagainya. Simpanan emas adalah aset yang mudah dicairkan, mudah dibawa dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa. Simpanan emas penting sebagai persediaan ekonomi yang tidak menentu kerana emas kalis inflasi, kegagalan wang kertas dan bekalan sewaktu kecemasan atau bencana alam.

  1. EMAS SEBAGAI PELABURAN TERBAIK.

Emas adalah salah satu pelaburan terbaik yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Walaupun harga emas kini terendah, namun sejarah membuktikan harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Pelaburan emas adalah pelaburan yang selamat kerana tidak melibatkan pihak ketiga. Pelabur emas fizikal adalah pengurus pelaburan dimana ia sendiri mengurus pelaburan untuk menjual atau membeli emas sendiri pada bila-bila masa. Pelaburan emas tidak akan rugi walaupun harga emas turun, selagi tidak menjual emas tersebut. Pelaburan emas adalah kalis inflasi iaitu tidak dipengaruhi oleh sebarang bentuk naik turun ekonomi.

jongkong emas termurah tanpa gst
jongkong emas termurah tanpa gst

Emas kini berfungsi sebagai pelaburan komoditi dimana harga emas boleh turun naik mengikut permintaan dan penawaran pasaran emas antarabangsa. Oleh itu pelabur emas boleh mendapat keuntungan dengan cara membeli emas ketika harganya rendah dan menjualnya semula apabila harganya meningkat. Tindakan terbaik waktu kini ialah menukar wang kertas kepada emas pelaburan atau aset berharga lain seperti tanah kerana ia lebih stabil dan kukuh. Namun pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar. Pelaburan emas fizikal hanya memerlukan modal yang kecil iaitu minima RM100 untuk mula membeli emas fizikal 24 karat bebas GST dalam program GAP ( Gold Accumulation Program) Public Gold. Klik CARA BELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD bagi memulakan pelaburan emas fizikal.

  1. EMAS SEBAGAI INSURAN HARTA DAN HIDUP.

Emas adalah aset simpanan yang paling selamat dan sebagai insuran harta, insuran waktu kecemasan dan insuran hidup. Emas sebagai insurans harta kerana nilainya yang stabil, mudah dipecahkan dan mudah di warisi tanpa perlu dokumen atau campurtangan pihak ke tiga. Emas adalah insuran waktu kecemasan atau kesempitan wang kerana ianya mudah di bawa, dijual atau di pajakkan untuk mendapat wang ringgit. Emas adalah insuran hidup bagi memulakan perniagaan, pusingan modal perniagaan melalui penjualan atau pajakkan simpanan emas, aset simpanan bekalan hidup menghadapi krisis ekonomi atau bencana  yang menyebabkan wang kurang bernilai atau bank di tutup.

  1. EMAS PENGELAK KEBOCORAN WANG.

Sememangnya sikap manusia susah untuk menyimpan wang ringgit. Pendapatan bulanan akan habis begitu sahaja biarpun berapa duit yang ada di tangan terutama di waktu kos sara hidup yang meningkat kini. Pembelian emas akan dapat mengelak kebocoran wang ringgit dan amalan berjimat cermat. Penyimpanan emas sebenarnya adalah salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah. Adalah penting untuk menukar sebahagian wang kepada emas fizikal atau menggantikan nilai matawang kertas yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi. Klik LANGKAH PERTAMA MELABUR EMAS JADI AHLI PUBLIC GOLD untuk daftar percuma menjadi ahli public gold untuk mula menyimpan emas fizikal.

  1. EMAS PELINDUNG HARTA TERUNGGUL ( Ultimeath Wealth Protector)

Emas merupakaan pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan dan sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu lagi. Emas adalah logam berharga, tahan lasak, menarik dan cantik untuk perhiasan wanita dan pelaburan terbaik yang mudah diwarisi kerana mudah dibahagikan kepada unit yang kecil dan paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Pada bulan disember tahun lepas 2014 berlaku bencana kecil iaitu banjir besar di pantai timur terutama di negeri kelantan yang menyebabkan perpindahan dan kerosakkan harta benda. Klik INFO TERKINI PELABURAN EMAS FIZIKAL untuk maklumat mengenai info tentang pelaburan emas fizikal dan banjir besar di Kelantan.

pelarian syria
pelarian syria

Bencana alam atau peperangan boleh merosakkan harta benda serta perpindahan pelarian pendatang Syria, Iraq, Rohingya kekawasan selamat seperti yang berpindah ke negara jiran dan akibat peperangan. Pada waktu ini hanya emas yang berharga, kecil yang mudah di bawa dan laku seluruh dunia.

  1. HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT.

Sejarah telah membuktikan harga emas akan meningkat dalam jangkamasa panjang kerana emas kalis inflasi. Kini harga emas dunia terendah dalam tempoh 6 tahun, namun harga emas ringgit malaysia stabil kerana inflasi dan kejatuhan nilai ringgit malaysia. Harga emas kini terendah dan pemilik emas lama sepatutnya mengambil peluang menambah simpanan emas pada waktu harga emas terendah kini. Sebenarnya tanpa di sedari penyimpan wang telah mengalami kerugian kerana nilainya yang merosot dan caj dikenakan bank semasa pengeluaran wang. Urusniaga emas adalah bersih dimana ianya halal dengan akad jual beli emas mengikut syariah islam dan tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang islam. Pengeluaran zakat adalah membantu ekonomi islam sebagai tanda kesyukuran dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur.

Penyimpanan emas pada masa kini akan mendapat keuntungan berganda apabila harga emas dunia meningkat kerana harga yang tinggi berganda dengan kejatuhan nilai mata wang malaysia. Bertindak segera memiliki emas dengan membeli emas sebagai pelindung harta, insuran dan mengelak kebocoran wang. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula membeli emas public gold termurah tanpa cukai gst.

Sabda Nabi :

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)” – HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL.