Posted in RAMALAN HARGA EMAS

HARGA EMAS TERMURAH SERTA RAMALAN EMAS 2015

harga emas termurah dan ramalan emas
harga emas termurah dan ramalan emas

Harga emas termurah kini dalam tempoh 5 tahun iaitu masa terbaik beli emas dari analisis dan ramalan harga emas 2015.

Harga emas semasa dunia kini telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima tahun. Harga emas kini berada di paras terendah iaitu 1088 us/oz dan merupakan kejatuhan emas terburuk semenjak 5 tahun. Harga emas kini adalah harga emas termurah semenjak lima tahun apabila harga emas satu auns boleh dibeli dengan harga $ 1,088. Inilah kali pertama emas telah diniagakan di bawah $ 1100 sejak Mac 2010.

Kenapa harga emas jatuh ?

Harga emas jatuh menjunam kerana banyak faktor. Faktor kejatuhan harga emas kerana kenaikkan dolar amerika syarikat atau peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat selain negara China yang mengurangkan pegangan rizab logam. Harga emas mula mengalami kejatuhan apabila pelabur mula memilih dolar selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen bersedia untuk menaikkan kadar matawang itu pada tahun ini. Kenaikkan mata wang dolar Amerika Syarikat menyebabkan kejatuhan pada harga emas dan juga beberapa logam lain seperti perak dan polladium. Menurut John Stoltzfus, ketua strategi pelaburan di Oppenheimer, berkata gabungan faktor-faktor seperti kadar inflasi yang rendah, pertumbuhan gaji yang sederhana, kadar faedah yang rendah dan dolar yang kukuh tidak memihak kepada emas pada masa ini,”.

“A combination of factors that include low inflation, modest wage growth, low interest rates and a strong dollar don’t favor gold at this time,” John Stoltzfus, chief investment strategist at Oppenheimer.
Penurunan terkini dalam harga emas juga dipengaruhi oleh pelabur China menjual emas dalam jumlah yang banyak. Pada hari isnin 20 julai 2015, kira-kira 33 tan emas telah dijual dalam masa 2 minit di bursa Shanghai dan New York menyebabkan harga emas jatuh menjunam hampir $ 50 us/oz.

Krisis greece yang belum pulih sepenuhnya juga mempengaruhi penurunan harga emas. Krisis ekonomi greece menyebabkan pelabur-pelabur takut melabur dalam pelaburan komoditi seperti emas. Banyak lagi fakor lain yang menyebabkan kejatuhan harga emas.

Kenapa harga emas dunia turun tapi harga emas Malaysia tinggi ?

Pelik tapi benar, harga emas dunia telah turun terendah dalam tempoh 5 tahun, tetapi harga emas dalam ringgit Malaysia tetap tinggi. Contohnya harga emas pada 23.9.2014, harga emas 24 k pada masa tu RM138 per gram, tapi kini pada masa harga emas terendah harga emas 24 karat ialah lebih kurang RM145 se gram. Harga emas dunia yang rendah kini, tetapi harga emas dalam ringgit Malaysia tetap tinggi kerana harga emas malaysia bergantung kepada nilai tukaran ringgit Malaysia berbanding matawang dolar. Nilai matawang ringgit Malaysia rendah sekarang iaitu tukarang nilai matawang ringgit Malaysia kini tinggi iaitu lebih kurang 3.8 sedangkan pada bulan september 2014 dulu lebih kurang 3.3 menyebakan harga emas Malaysia tinggi walaupun harga emas dunia turun. Untuk memahami cara menukar harga emas dalam dolar amerika kepada ringgit Malaysia klik CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS DARI DOLAR KE RM

Bila Harga Emas Naik ?

Emas adalah aset komoditi yang dianggap kalis inflasi juga pelindung nilai kini telah tercemar dengan penurunan harga yang terburuk. Namun begitu menyimpan emas tidak akan rugi selagi tidak menjualnya, namun nilainya akan makin bertambah. Nilai emas akan berkurang sedikit jika berlaku penurunan harga, berbeza dengan barangan lain seperti kenderaan yang nilainya sangat berkurang. Tujuan utama menyimpan emas sebenarnya adalah sebagai pelindung harta serta insuran masa depan kerana emas sentiasa bernilai dan laku seluruh dunia. Bila kah harga emas akan naik ?. Persoalan bila emas naik sebenarnya tiada siapa yang boleh menjawab dengan tepat kerana banyak faktor penurunan dan kenaikkan harga emas. Namun begitu, ada juga pakar emas berpengalaman yang dapat menjangka kenaikkan atau penurunan harga emas dari analisis teknikal serta pengalaman. Contohnya peramal emas telah membuat analisa dan telah meramalkan harga emas turun pada masa ini.

Analisa dan ramalan emas 2015

Ramalan harga emas 2015
Ramalan harga emas 2015

Pada 31 disember 2014 pakar pelaburan emas, Nadeem Walayat telah menganalisa dan meramalkan harga emas turun pada peringkat terendah pada bulan ogos 2015. Penurunan terendah yang diramalkan adalah $1050 us/oz dan selepas itu harga akan menaik sehingga $1350 pada bula November 2015. Lihat graf trend ramalan emas di atas.

analisa harga emas 2015
analisa harga emas 2015

Artikel bertajuk “Gold Price Forecast to Become Priceless” pada Apr 23, 2015 telah membuat teori daripada analisa teknikal emas dan perak. Analisa teknikal graf dari laporan SRS Rocco menyatakan teori “gold bubble” seperti rajah di atas. Gold bubble ini telah berlaku pada tahun 1970 hingga 1980 dan meramalkan gold bubble akan berlaku pula pada tahun 2001 hingga 2020. Jadi peringkat kenaikkan gold bubble ini akan bermula pada tahun 2015 hingga 2020. Teori ini menyasarkan harga emas akan mencecah $5000 us/oz pada tahun 2020. Ia telah mencipta 3 model peramalan emas yang berbeza dimana sasaran harga emas boleh naik minima $5000 oz hingga harga emas tertinggi $12000 oz. There are three different forecasting models for gold I have created. Depending how things play out in the next couple years the low target is $5,000 oz, and highest is $12,000 oz. Bagi melihat model peramalan harga emas sila klik

http://www.marketoracle.co.uk/Article50372.html

Pengasas Lombong McEwen iaitu Robert McEwen pula yakin dan meramal harga emas jangka panjang iaitu harga emas akan mencecah $5000 us/oz dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Dalam artikel bertajuk “Gold going to $5,000 per ounce: Mining executive”. Petikan dari artikel tersebut :

While the exchange-traded fund covering gold miners is outperforming the precious metal itself, McEwen Mining founder and chief owner Robert McEwen said Wednesday that he remains bullish on gold. “I’m a long term believer in gold and I see it ultimately getting to $5,000 an ounce,” McEwen said on CNBC’s “Fast Money.” “Anything short of that, I wouldn’t be hedging.” McEwen, who owns 25 percent of his company and receives no salary, said that he expects gold to hit his price target of $5,000 in the next three to four years.

McEwen, iaitu pemilik lombong emas yang memiliki 25 peratus saham syarikat yang tidak bergaji berkata beliau menjangka harga emas akan naik sehingga $ 5,000 dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Berdasarkan analisa teknikal emas, bekalan lombong emas serta ramalan emas, saya rasa harga emas akan mulai naik bermula ogos 2015 setelah harga emas mencecah paras terbawah. Harga emas telah mengalami penurunan dan tidak stabil semenjak september tahun 2011 dan ini menyebabkan bekalan emas akan berkurang ditambah dengan penjualan emas oleh China akan menyebabkan harga emas melonjak naik.

public gold marketing sdn bhd
public gold marketing sdn bhd

Sekarang masa paling sesuai untuk mula menceburi bidang pelaburan emas fizikal. Syarikat pelaburan emas terbaik dan terbesar di Malaysia yang menjual serta membeli emas dengan harga murah serta bebas gst adalah Public Gold.

Public Gold menyediakan 2 cara belian emas yang berbeza iaitu :

  1. Beli emas terus dapat emas mengikut harga emas semasa dunia yang berubah setiap 20 minit. Pembelian emas secara terus ini melibatkan pembelian emas ikut harga semasa dan terus dapat emas yang dibeli. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk belajar cara membeli emas secara online atau membeli emas secara offline.
  2. Beli emas melalui Program GAP iaitu membeli emas dengan modal kecil serendah RM100 dan mengumpul emas dengan membeli emas sedikit demi sedikit. Pembelian emas melalui Program GAP ini melibatkan penyimpanan emas oleh Public Gold secara percuma dan boleh mengambil emas yang dibeli bila-bila masa berdasarkan jumlah emas yang terkumpul. Klik CARA BELI EMAS PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk menyertai program GAP public gold iaitu pelaburan emas modal rendah.