Notice: Undefined variable: galink_author_id in /home/pelabur1/public_html/wp-content/plugins/google-author-link/google-author-link.php on line 148

Tag Archives: epp10 public gold

10 KELEBIHAN BELI EMAS ANSURAN EPP PUBLIC GOLD

Kelebihan Beli Emas Ansuran

Kelebihan Beli Emas Ansuran

10 Kelebihan beli emas ansuran EPP Public Gold Patuh Syariah iaitu teknik terbaik dalam pelaburan emas fizikal modal rendah untuk keuntungan maksima

Pembelian emas secara ansuran, EPP atau Easy Payment Purchase Public Gold yang disahkan patuh syariah mempunyai banyak kelebihan dalam pelaburan emas fizikal Public Gold. Peluang pembelian emas secara ansuran untuk membeli pelbagai emas dan perak seperti gold bar atau emas dinar 999.9 lbma bebas gst hanya boleh dilakukan melalui syarikat emas Public Gold dengan jaminan mendapat emas yang dibeli dan patuh syariah. Pembelian emas secara ansuran epp Public Gold bukan kontrak tetapi pembelian emas yang mesra dan fleksibal di mana boleh mendapatkan emas yang di beli bila-bila masa apabila telah selesai membuat bayaran. Pembelian emas secara ansuran bulanan ini adalah satu teknik terbaik dalam pelaburan emas fizikal modal rendah untuk mendapat jongkong emas yang besar bagi keuntungan maksima.

SYARAT PEMBELIAN EMAS ANSURAN EPP PUBLIC GOLD :

  • Belian emas atau perak minima RM500 dan ke atas.
  • Dikenakan kos pengurusan EPP atau caj Admin sebanyak RM1/gm yang dikenakan sekali sahaja bagi setiap belian emas EPP.
  • Emas yang dibeli secara EPP boleh diambil di cawanganP ublic Gold setelah selesai membuat bayaran, dimana jika cepat menyelesaikan bayaran maka cepatlah dapat mengambil emas yang di beli.
  • Tempoh pembayaran ansuran belian emas setiap bulan sama ada 4 bulan (standard) atau 10 bulan.
  • Harga emas yang di beli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikkan atau penurunan harga emas selepas membuat belian.

Teknik pelaburan emas dengan membeli emas secara bayaran mudah atau secara ansuran ini telah saya lakukan semenjak tahun 2010 kerana mempunyai banyak faedah atau kelebihan terutama bagi pelabur emas modal rendah atau pekerja yang mendapat gaji secara bulanan. Dahulu, pembelian emas secara ansuran hanya untuk ansuran 4 bulan, tapi kini boleh membayar secara ansuran selama 10 kali atau 10 bulan.

Beli Emas Ansuran EPP Public Gold

Beli Emas Ansuran EPP Public Gold

Contoh belian emas secara ansuran, epp public gold dengan membeli gold bar 100g 24k lbma bebas gst secara ansuran 10 bulan. Kenapa beli emas secara ansuran ?. Di bawah di senaraikan kelebihan membeli emas secara ansuran, EPP Public Gold. Cara ini adalah untuk mengelakkan kebocoran wang gaji ketempat yang tidak sepatutnya. Daripada pendapatan gaji atau wang habis begitu sahaja tiap-tiap bulan atau membeli barangan yang menurun harganya, adalah lebih baik membeli emas yang diketahui umum semenjak turun temurun bahawa emas akan meningkat harganya.

10 KELEBIHAN BELI EMAS SECARA ANSURAN PUBLIC GOLD :

1.PAKSA DIRI

Pembelian emas secara ansuran adalah proses mendisiplinkan diri melalui teknik paksa diri menabung emas untuk mengelak kebocorang wang setiap bulan. Pembayaran bulanan yang tetap menyebabkan kita dapat merancang kewangan supaya membuat perbelanjaan yang berhemah setiap bulan. Pembelian emas secara ansuran ini memaksa kita membayar belian emas setiap bulan dan seterusnya membentuk amalan berjimat cermat.

2. PATUH SYARIAH.

Belian emas secara ansuran EPP Public Gold telah di sahkan Patuh Syariah. Pembelian emas secara ansuran bulanan epp Public Gold di akui patuh syariah kerana telus dengan harga kekal belian dan jaminan 100% dapat memiliki emas yang di beli.

pengesahan beli emas ansuran patuh syariah

pengesahan beli emas ansuran patuh syariah

Prinsip pembelian emas ansuran patuh syariah adalah seperti berikut :

  1. Harga Belian Emas atau Kunci HargaBeli Emas. Membeli emas dengan perjanjian (wa’ad) membeli item tertentu pada harga semasa.
  2. Bayaran Secara Ansuran. Apabila telah membeli emas, Public Gold akan mengeluarkan jadual pembayaran secara ansuran EPPselama 4 bulan atau 10 bulan. Pembayaran secara ansuran setiap bulan adalah deposit sekuriti (hamisy jiddiyah) tanda komitmen kita untuk meneruskan transaksi
  3. Pengambilan Emas.Setelah selesai membuat bayaran sama ada mengikut jaduan bayaran bulanan atau selesai lebih awal, maka dapat mengambil emas yang di beli di cawangan Public Gold berdekatan. Waktu mengambil emas fizikal di cawangan Public Gold, berlaku akad jual beli (ijab dan qabul) antara pembeli dengan penjual iaitu Public Gold.

3. Harga Emas Termurah

Pembelian emas secara ansuran EPP Public Gold adalah pembelian emas pada harga termurah dengan modal rendah. Contoh, perbandingan harga emas setiap segram pada 24 November 2017.

perbandingan harga emas public gold

perbandingan harga emas public gold

Jadi, dengan membeli emas gold bar 100g secara ansuran epp Public Gold akan mendapat harga emas termurah iaitu Rm185 segram.

4. Modal Rendah

Beli emas secara ansuran, epp Public Gold hanya perlukan modal yang rendah untuk membeli emas yang bernilai tinggi kerana di bayar secara ansuran bulanan. Harga emas yang di perolahi melalui pembelian secara bayaran mudah (ansuran) epp adalah harga emas terendah kerana membeli emas pada harga awal waktu yang berharga rendah. Pembelian emas secara ansuran amat sesuai untuk pekerja yang bergaji bulanan agar dapat membeli emas yang lebih besar walaupun bergaji rendah.

5. Lebih Menguntungkan

Pembelian emas secara ansuran bulanan EPP lebih menguntungkan apabila emas yang besar yang mempunyai peratus spread yang lebih rendah. Pembelian emas pada harga semasa terkini lebih menguntungkan kerana dapat harga emas yang lebih rendah. Pembelian emas pada waktu awal semasa secara ansuran pada harga emas rendah dan mendapat emas dalam tempoh jangkamasa tertentu lebih peluang keuntungan kerana setelah selesai membuat bayaran harga emas telah tinggi.

6. Caj Pengurusan Rendah.

Caj atau kos pengurusan pembelian emas secara ansuran adalah RM1 setiap segram emas, iaitu jika membeli gold bar 100g dikenakan kos pengurusan RM100. Jadi, harga emas pergram bagi pembelian gold bar 100g ialah RM186 segram. Paling utama dalam pelaburan emas fizikal adalah peratus spread, jadi dengan membeli emas yang lebih besar, lebih rendah peratus spread maka lebih menguntungkan.

7. Jaminan Dapat Emas Dengan Harga Kekal

Belian emas ansuran EPP public gold di jamin 100% dapat memiliki emas yang di beli setelah selesai membuat pembayaran dengan jaminan harga kekal seperti belian harga emas epp. Public Gold kini menyambut ulangtahun ke 10 penubuhannya semenjak 2008, jadi secara logik tak perlu sangsi tentang pembelian emas secara ansuran Public Gold yang patuh syariah.

8. Selamat

Belian emas secara ansuran epp Public Gold selamat kerana di simpan oleh Public Gold hingga habis pembayaran tanpa memikirkan tempat menyimpan emas. Emas yang dibeli adalah selamat berada peti simpanan Public Safe Public Gold. Jika harga emas naik dalam jangkamasa kurang 4 bulan atau 10 bulan setelah habis membuat bayaran, boleh terus menjual emas tersebut.

9. Dapat Beli Semua Produk

Pembelian secara ansuran Public Gold boleh membeli kesemua produk emas atau  perak public gold dengan pembelian minimum Rm500 ke atas. Jadi pembelian emas 1 dinar boleh dilakukan secara ansuran 4 kali atau 4 bulan.

10. Cara Mudah Menjadi Dealer Public Gold

Cara mudah menjadi dealer public gold dengan modal minimum ialah dengan membeli emas secara ansuran. Syarat biasa menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold ialah membeli emas RM30k sekaligus dalam satu resit.

Promosi EPP Public Gold

Promosi EPP Public Gold

Kini, dengan pembelian gold bar 100g emas 999.9 lbma bebas gst secara ansuran 10 bulan dapat menjadi dealer Public Gold. Makumat dan cara menjadi dealer dengan belian emas secara ansuran whatsapp 019-9185593 Mohd Zaidi Junus, Star Master Dealer Public Gold semenjak 2010.

CARA BELI EMAS SECARA ANSURAN PUBLIC GOLD

Membeli emas secara ansuran Public Gold boleh dilakukan dengan cara-cara berikut :

  1. Beli emas ansuran online di website Public Gold

Pembelian emas Public Gold boleh dilakukan secara online dengan mendaftar percuma dan lock harga beli emas. Semasa membeli emas online, pada payment option, pilih EASY PAYMENT PURCHASE EPP. Klik CARA BELI EMAS ONLINE PUBLIC GOLD untuk panduan daftar dan membeli emas.

  1. Beli emas ansuran di cawangan Public Gold

Pembelian emas secara ansuran boleh juga di lakukan di cawangan Public Gold dengan mengunjungi cawangan public gold berdekatan. Klik ALAMAT DAN TELEFON 19 CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA SINGAPURA DAN INDONESIA untuk melihat alamat 19 cawangan public gold berdekatan anda.

Semasa membeli emas, beritahu staff public gold bertugas :

Nak beli gold bar/emas dinar secara ansuran EPP melalui NAMA INTRODUCER ialah MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan KOD PG INTRODUCER ialah PG001425”

  1. Beli emas ansuran melalui dealer Public Gold

Pembelian emas secara ansuran juga boleh melalui dealer seperti saya dengan menghantar maklumat diri serta belian ke whatsapp 019-9185593 untuk saya proses pendaftaran dan pembelian emas ansuran epp terus menjadi ahli atau dealer Public Gold.

Rebut peluang mengumpul emas dengan pembelian emas secara ansuran untuk mendapat keuntungan maksima dalam pelaburan emas public gold patuh syariah dengan modal kecil. Pembelian emas secara ansuran adalah teknik terbaik membeli emas besar dengan modal kecil untuk mengumpul aset harta, pelindung kejatuhan wang, bekalan dana kecemasan dan pengelak kebocoran wang. Pembelian emas epp Public Gold adalah cara menjana kekayaan dengan disiplin menabung dan mengumpul emas secara tidak sedar seperti membeli kenderaan secara ansuran. Contoh, pembelian kereta ansuran terus dapat kereta kerana pihak bank telah menjelaskan bayaran harga kereta kepada syarikat kereta dan pembeli kereta perlu membayar secara ansuran kepada bank. Setelah 6 atau 7 tahun, tanpa disedari telah selesai menjelaskan bayaran kereta, berapakah nilai kereta pada masa ini ?. Pastinya nilai kereta akan turun nilai dengan banyak, berbeza dengan harga emas yang semakin lama semakin bernilai.

Pembelian emas secara ansuran epp Public Gold diperkenalkan semenjak 2010 dengan ansuran bulanan 4 bulan. Kini belian emas epp gold bar yang besar seperti gold bar 50g dan 100g boleh dibuat secara ansuran 10 bulan. Pada tahun 2014, program kumpul emas modal kecil, GAP Public Gold di lancarkan bagi pelabur emas modal rendah, takut simpan emas sendiri, sibuk atau jauh dari cawangan bagi mengumpul emas dalam akaun GAP, namun emas yang terkumpul dalam akaun gap boleh dikeluarkan bila-bila masa di cawangan Public Gold. Program GAP Public gold adalah satu kaedah mengumpul emas fizikal modal kecil bagi pelabur modal rendah,  pendapatan rendah atau pendapatan yang tidak tetap bagi membeli emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan seperti segram sebulan melalui program kumpul emas akaun GAP Public Gold. Klik CARA BELI EMAS 1 GRAM GAP PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH.