Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

TEKNIK SIMPAN EMAS UNTUK BINA KEKAYAAN

Teknik Simpan Emas Untuk Bina Kekayaan
Teknik Simpan Emas Untuk Bina Kekayaan

Teknik menyimpan emas pelaburan dengan hanya modal kecil untuk membina kekayaan, kehidupan lebih baik dengan menjana pendapatan aktif dan pasif.

Penyimpanan emas pelaburan adalah peluang cerah untuk kaya kerana dapat menjana pendapatan aktif dan pasif seterusnya membina kehidupan yang lebih baik dengan hanya menggunakan modal yang serendah RM100. Untuk membuka sesuatu perniagaan memerlukan modal yang tinggi sekaligus adakalanya perlu meminjam bank untuk mendapatkan modal perniagaan yang dikenakan interest bank serta ketidakpastian perniagaan berjaya atau sebaliknya. Melalui teknik penyimpanan emas yang betul dengan hanya memerlukan modal kecil akan dapat membina kehidupan masa depan yang lebih baik seterusnya membina kekayaan.

Kekayaan mempunyai banyak pengertian seperti kekayaan harta, budi Bahasa dan sebagainya, namun kekayaan sebenar dalam hidup adalah apabila dapat membina kehidupan selesa dan bahagia. Kekayaan tidak boleh di ukur dengan wang ringgit atau harta bertimbun kerana tiada manusia puas dengan harta. Kekayaan yang sebenarnya adalah apabila dapat menyimpan sebahagian pendapatan sebagai bekalan masa depan tanpa mempunyai hutang atau meminta-minta. Apabila mempunyai dana simpanan pastinya bebas hutang dan menjadikan kehidupan bahagia dan kaya. Penyimpanan harta terbaik tanpa di mamah usia dan sentiasa bernilai adalah penyimpanan emas.

Pelaburan Emas Dan Perak
Pelaburan Emas Dan Perak

Pelaburan emas fizikal Public Gold adalah pelaburan terbaik masa kini untuk melindungi harta kerana kejatuhan nilai wang, kos hidup yang meningkat akibat kenaikkan harga barang kerana kenaikan nilai emas sentiasa lebih tinggi di bandingkan dengan kadar inflasi. Simpanan emas adalah lebih baik di bandingkan dengan simpanan wang pada waktu kejatuhan nilai wang atau inflasi kerana semakin tinggi inflasi, maka semakin tinggi harga emas iaitu emas penyelamat kejatuhan nilai wang atau inflasi. Pemilikan emas akan menjadikan penyimpan emas kaya kerana pelaburan emas tiada risiko kerugian, emas sentiasa bernilai, mudah di jual beli atau dimanipulasi, hak pemilikan emas mutlak, selamat dari bencana atau kejatuhan nilai dan sebagainya. Cara dan teknik penyimpanan emas Public Gold juga memberi peluang untuk menjana pendapatan dan seterusnya menjadikan pemilik emas kaya pada masa depan.

Pelaburan emas Public Gold memberi peluang menjana pendapatan aktif dan pasif dengan modal rendah tanpa perlu meminjam untuk membina perniagaan emas bergantung kepada modal yang di miliki serendah RM100 atau mengumpul 1 gram emas Public Gold. Bagaimana cara menyimpan emas modal rendah untuk menjadi kaya masa depan ? Caranya adalah dengan menggunakan teknik penyimpanan emas yang betul seperti di bawah.

TEKNIK MENYIMPAN EMAS BAGI MEMBINA KEKAYAAN

  1. TEKNIK KUMPUL EMAS GAP

PEMBELIAN EMAS PROGRAM GAP (GOLD ACCUMULATION PROGRAM) PUBLIC GOLD adalah program pengumpulan emas fizikal pertama di Malaysia dan Asia. Program GAP membolehkan pembelian emas modal kecil iaitu minima RM100 atau 1g emas 999.9 atau 24K dengan mudah secara offline atau online di mana sahaja mengikut harga emas dunia dan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dari akaun gap bila-bila masa dengan pelbagai pilihan jenis jongkong emas, emas dinar 24K lbma, barang kemas dan sebagainya.

Accumulation Program Public Gold
Accumulation Program Public Gold

Teknik pengumpulan emas gap Public Gold bagi bina kekayaan perlukan disiplin dan tabiat penyimpanan emas yang tetap dan konsisten untuk mengumpul emas dan seterusnya menjadi dealer Public Gold untuk menjana kekayaan dengan berniaga emas. Wang ringgit amat cair dan sentiasa tidak cukup dan tidak pernah lebih, jadi tabiat menyimpan emas mesti di utamakan apabila memperolehi gaji atau pendapatan. Kekayaan bukannya berapa pendapatan yang diperolehi, tetapi berapa banyak pendapatan yang dapat di simpan. Jumlah simpanan bukan menjadi ukuran tetapi yang penting memupuk tabiat menyimpan.

Teknik penyimpanan emas untuk bina kekayaan modal rendah ialah dengan tabiat mengumpul emas gap segram sebulan. Pembelian emas satu gram sebulan secara konsisten akan menyebabkan penyimpan mempunyai emas terkumpul sebanyak 36 gram dalam tempoh 3 tahun. Setelah 3 tahun dan dapat mengumpul emas 36 gram emas, pastinya nilai 36 gram emas telah meningkat, maka langkah seterusnya adalah dengan mengeluarkan emas fizikal dan menjual kesemua emas untuk membeli balik emas bagi menjadi dealer Public Gold. Penjualan emas selepas 3 tahun pastinya akan dapat keuntungan kenaikkan harga emas dan menjadi dealer Public Gold apabila membeli balik emas.

  1. TEKNIK BELI EMAS GAP JUAL RUNCIT

Pembelian emas program gap (Gold Accumulation Program) Public Gold dengan harga yang lebih murah dari hari biasa atau harga runcit membolehkan penyimpan emas gap berniaga jongkong emas dengan menjual emas dinar atau gold bar kecil seperti gold bar 1g 24K lbma untuk menambahkan rezeki. Jongkong emas dan emas dinar yang kecil adalah emas pelaburan yang laris kerana berharga murah dan terus mendapat keuntungan jualan yang agak lumayan. Contoh, harga emas 1g gap kini RM177 + RM5 (gold premium) ialah RM182, harga jualan runcit gold bar 1g 24K lbma adalah RM215, Maka akan mendapat keuntungan RM215 – RM182 iaitu RM33 sekeping.

Teknik Beli Emas
Teknik Beli Emas

Gold bar atau emas dinar dalam akaun GAP boleh dikeluarkan bila-bila masa dan pelbagai jenis gold bar atau emas dinar membolehkan ahli Public Gold mencari pelanggan dahulu sebelum mengeluarkan jongkong emas atau emas dinar yang dikehendaki pelanggan. Cara ini akan menambah pendapatan dan menambah jumlah emas yang dimiliki.

  1. TEKNIK PEMURATAAN HARGA

Teknik pemurataan harga adalah bertujuan untuk memiliki purata harga emas yang rendah dengan membeli emas pada harga rendah. Harga emas memang akan meningkat dalam jangka panjang, namun harga emas mengalami turun naik dalam jangka masa pendek. Jadi pada masa harga emas turun merupakan waktu terbaik membeli emas untuk menghasilkan purata harga emas yang lebih rendah. Namun bila harga emas terus naik, waktu itu adalah waktu yang sesuai untuk menjual emas.

Tiada sesiapa yang dapat meramal harga emas, jadi pembelian emas gap untuk mengumpul emas sebaiknya dilakukan sedikit demi sedikit atau berperingkat. Pembelian secara berperingkat akan merendahkan harga purata emas terutama apabila harga emas turun berterusan. Contoh konsep pemurataan harga bagi pembelian 4 kali emas gap 1 gram, bagi harga emas menaik RM180 + RM184 + RM190 + RM194 maka purata harga emas RM187, bagi harga emas menurun dan menaik RM180 + RM184 + RM182 + RM176 maka purata harga emas ialah  ialah RM180.

Jadi, harga emas yang menurun bukannya suatu masalah atau kerugian, tetapi merupakan peluang untuk mendapat harga emas yang lebih rendah.

  1. TEKNIK BERFOKUS MENJADI DEALER

Penyimpan emas mestilah berfokus atau target untuk berniaga emas atau menjadi dealer Public Gold selain menyimpan emas untuk diri sendiri. Dengan menjadi dealer Public Gold tanpa yuran akan berpeluang mendapat komisen apabila membeli emas dan menjual emas atau dengan kata lain harga emas yang dibeli lebih murah dan lebih menjana keuntungan. Kebanyakan dealer Public Gold tidak berniat untuk berniaga emas pada permulaan menyimpan emas. Dalam perkongsian ilmu otai emas “Emas Untuk Semua” yang di adakan di cawangan Public Gold Kelantan termasuk saya, tiada niat untuk berniaga emas pada permulaannya tapi hanya untuk menyimpan emas untuk diri sendiri. Perkongsian ilmu secara spontan dari master dealer berpengalaman mengenai pelaburan emas Public Gold berdasarkan pelbagai ilmu, idea dan pengalaman berlainan dari otai emas pantai timur sangat memberi manfaat kepada hadirin dan otai emas itu sendiri. Perkongsian ilmu emas dari otai emas kali kedua akan di adakan di cawangan Public Gold Kuala Terengganu pada akhir januari 2017.

Otai Emas Public Gold
Otai Emas Public Gold

Kebiasaanya setelah menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold, secara tidak langsung membangkitkan semangat berniaga emas dengan mempromosikan emas sambil mendidik kepentingan menyimpan emas untuk menjana pendapatan aktif dan pasif untuk sepanjang hayat kerana urusan perniagaan emas Public Gold yang mudah yang boleh dilakukan secara online atau offline dan keyakinan perniagaan emas Public Gold untuk sepanjang hayat. Klik CARA UBAH KEHIDUPAN MENJADI LEBIH BAIK untuk maklumat mengubah kehidupan serta promosi menjadi dealer Public Gold bulan Disember 2016. Jika berminat menjadi dealer Public Gold boleh hubungi saya, whatsapp 019-9185593 untuk peluang menjadi dealer Public Gold walaupun promosi telah tamat.

  1. TEKNIK BELI EMAS SPREAD RENDAH

Teknik penyimpanan emas setelah menjadi dealer atau memiliki modal yang besar atau telah memiliki emas yang banyak adalah dengan membeli emas pelaburan yang mempunyai peratus spread yang rendah. Pembelian emas yang mempunyai peratus spread yang rendah supaya dapat memaksimakan keuntungan dan meminima jangka masa keuntungan dalam pelaburan. Memiliki jongkong emas pelaburan yang besar atau mempunyai spread rendah akan mempercepatkan keuntungan dalam pelaburan dan seterusnya berpeluang jual beli emas dengan cepat untuk mendapat keuntungan. Pengalaman saya mengunjungi kedai-kedai emas di Turki melalui pelancongan percuma program SIP Public Gold mendapati kedai emas di Turki adalah seperti bank di mana warga turki menjadikan emas sebagai alat penukaran kepada wang. Waktu pagi kedai emas sesak kerana orang ramai menjual emas untuk mendapatkan wang dan membeli emas sebagai simpanan.

Emas Turki
Emas Turki

Bagi pelabur jongkong emas pelaburan yang mempunyai modal tinggi boleh terus membeli gold bar yang besar yang mempunyai peratus spread yang rendah terus menjadi dealer Public Gold tanpa yuran. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk panduan membeli emas terus menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold.

  1. TEKNIK PINJAMAN BELI EMAS

Teknik meminjam wang untuk membeli emas adalah tindakan bijak terutama untuk membeli emas bagi tujuan menjadi dealer atau membeli emas sewaktu harga emas turun mendadak. Jika kita boleh membuat pinjaman peribadi untuk membeli barangan yang nilainya menyusut, kenapa takut membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas yang nilainya sentiasa meningkat?. Warren Buffet ada mengatakan “If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.”

gold bar public gold 1 kilogram
gold bar public gold 1 kilogram

Interest pinjaman wang peribadi dari bank hanya lebih kurang 5% sahaja sedangkan purata kenaikkan harga emas kebiasaanya 20% hingga 30% setahun, jadi tidak akan rugi membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas sambal melindungi wang dari kejatuhan nilai wang.

  1. TEKNIK GADAI EMAS

Teknik gadai emas untuk membeli emas sedikit berisiko kerana perlu membayar upah gadai emas, namun memberi pulangan atau keuntungan apabila harga emas meningkat. Kelebihan memiliki emas adalah kerana ianya mudah dipajak di arrahnu untuk mendapatkan wang bagi membuat pusingan modal perniagaan atau mendapatkan wang kecemasan tanpa menjual emas.

  1. TEKNIK CUT LOSS

Teknik cut loss adalah tindakan kawalan jika harga emas jatuh bagi mengurangkan kerugian dan berpeluang mendapat keuntungan dengan membeli balik pada harga rendah. Maklumat lanjut teknik cut loss, klik TEKNIK CUT LOSS PELABURAN EMAS FIZIKAL. Kini harga emas berada di paras terendah dimana teknik ini tidak sesuai digunakan.

Teknik asas penyimpanan emas tanpa risiko perlu diketahui untuk membina kekayaan dan berjaya dalam pelaburan emas fizikal. Kejayaan membina kekayaan dengan penyimpanan emas bermula dari tabiat menyimpan emas, fokus dan tetapkan matlamat untuk berjaya. Mulakan langkah membina kekayaan modal rendah dengan membeli gold bar 1g atau emas 1g GAP sekarang sebagai tapak tabung penyimpanan bagi memupuk tabiat menyimpan emas, klik LANGKAH PERTAMA MELABUR EMAS PUBLIC GOLD DENGAN DAFTAR PERCUMA ATAU TERUS MEMBELI EMAS FIZIKAL.