Posted in EMAS BERITA TERKINI

PERBEZAAN PUBLIC GOLD VS POWER GOLD VS GSR VS GCP

perbezaan public gold vs power gold gcp gcr
perbezaan public gold vs power gold gcp gcr

Perbezaan perniagaan emas public gold dengan perniagaan emas power gold, gsr dan gcp sebagai panduan perbandingan untuk memilih pelaburan emas terbaik.

Syarikat perniagaan emas mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Sebagai pengedar emas public gold, pastinya saya akan mengatakan syarikat perniagaan emas public gold paling baik. Namun begitu setiap orang mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Saya selalu di tanya oleh pelanggan yang ingin mula membeli emas, perbandingan antara emas public gold dengan power gold dan sebagainya. Oleh itu saya menjelajahi google untuk mendapatkan maklumat perbandingan public gold dengan syarikat emas lain sehingga terjumpa artikel dari pengedar emas power gold bertajuk “Perbezaan perniagaan Emas Power Gold VS Public Gold”. Klik link untuk melihat artikel tersebut di http://powergoldmall.blogspot.my/2015/08/perbezaan-perniagaan-emas-powergold-vs.html .

Saya berpengalaman lebih 5 tahun bersama public gold, jadi saya hanya pakar dalam pelaburan emas public gold sahaja. Artikel ini bagus dan tepat cuma beberapa maklumat tentang public gold diperjelaskan atau dibetulkan untuk pemahaman di akhir petikan artikel ini.

Petikan artikel Perbezaan perniagaan Emas PowerGold VS PublicGold seperti di bawah :

“ Saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) , PG (Public Gold) , GCP (GoldCrest Pavilion) dan PWG (Powergold). Tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak. Kerana memang menjadi sikap semulajadi saya dan sebab skop kerja menyebabkan saya sedikit analitikal, jadi saya membuat perbandingan dari pelbagai persepektif seperti Status Syarikat, Produk dan Pelan Perniagaan yg ditawarkan.

STATUS SYARIKAT:

GSR, GCP & PWG: Milik Bumiputera Islam 100%

PG: Milik Usahawan Kaum Tionghua – boleh google maklumat mereka.

Nota: Bukan saya mahu bersikap rasis tetapi bagi sesetengah orang ini juga perlu diambil kira.

BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER

GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan.

PG : anda perlu beli minimum RM30,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik Normal Dealer kepada PG. RM30,000 tersebut boleh daripada emas perhiasan, jongkong emas atau dinar. Utk jadi Priority Dealer kena buat belian minimum RM100,000.

GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan.

PWG : bayaran minimum adalah RM350 (Ahli) dan RM3800 (Stokis).  Ahli/Stokis diberikan goldbar 999.9 0.5g/8.5g serta laman web rujukan harga dan rekod jualan serta laman web katalog produk (e-catalogue) selain pemberian Cashback Reward perkongsian keuntungan syarikat sehingga RM500/RM1500 mengikut pakej.  Bisnes boleh juga diwarisi.

PERBEZAAN PRODUK

GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar  999.9 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak

PG : PG menawarkan gold bar 999.9 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g, Silver bar 250g, 500g dan 1kg, Dinar 999.9 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery

GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 999.9 1g, 10g, 20g, 50g, 100g

PWG: PWG menawarkan emas perhiasan 916, goldbar 999.9 1g, 5g, 10g, 20g, 50g,100g, 500g, Dinar 999.9 Suku Dinar, 1 Dinar dan 2Dinar & syiling emas 0.5g (terbaru)

PENGIKTIRAFAN GOLD BAR

Kesemuanya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga.

Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted)

KOMISEN AGEN ATAU DEALER

GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.

PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.

PWG : komisen jualan antara 6-12%. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar. Setiap gram yg dibeli, syarikat beri RM1/gram dalam bentuk reward ke dalam e-wallet.

OVERRIDING INTRODUCER DEALER GET DEALER

GSR dan GCP : adalah ‘one layer’. Dealer akan diperkenalkan oleh ‘introducer’. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.

PG : overriding juga ‘one layer’. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.

PWG: adalah “multi layer”. Introducer yg perkenalkan Dealer akan mendapat 10% dari Dealer di Level 1 dan 2% dari Dealer di Level 2. Disamping itu Introducer juga mendapat 20% di overriding dari sales setiap Dealer dibawahnya sehingga 5 level.

PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD

GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price.

PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer adalah 1-2% less than web price.

PWG: harga di laman web adalah harga dealer, namun harganya 6-12% lebih murah dari harga pasaran semasa. Terpulang pada kreativiti Dealer utk menentukan harga Jualan kpd customer terutama yg melibatkan volume yang besar.

Namun ada 1 lagi faktor yg perlu diambil kira semasa membuat pembelian emas adalah “spread” atau susut nilai. Spread adalah peratusan perbezaan harga jualan oleh syarikat (SELL) dgn harga belian balik oleh syarikat (BUY BACK). Ada syarikat menawarkan harga per gram yg rendah tetapi peratusan spread yg tinggi, ada syarikat menawarkan harga yg sedikit tinggi tetapi spread yg agak rendah. Dalam ilmu pelaburan emas peratusan spread yg agak munasabah bagi menjaminkan keuntungan pelaburan diperolehi dgn cepat adalah antara 2% hingga 8% utk goldbar dan dinar. Barang kemas 916 mempunyai spread yg tinggi disebabkan faktor upah membuat. Biasanya spread yg munasabah bagi barang kemas 916 adalah antara 10%-15%. Kerana spread yg tinggi, jarang kita dengar pakar2 pelaburan akan mengesyorkan membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas 916.

Dari info yg saya kaji saya boleh rumuskan julat spread goldbar dan dinar bagi setiap syarikat seperti berikut:

GSR dan GCP: 5.5% hingga 10%

PG: 2.5% hingga 6.0% utk Priority Dealer; 4.5% hingga 8.0% utk Normal Dealer

PWG: 3.5% hingga 7.0% utk Stokis; 5.0% hingga 8.0% utk Ahli (Dealer)

BUYING PROCEDURE

GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am – 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.

PG : mengemaskini harga mengikut harga ‘spot dunia’ setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.

PWG: Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 9am – 5pm setiap hari melalui web atau telefon. Untuk barang kemas 916 , Sabtu dan Ahad tiada urusniaga dijalankan

SERVICE PROVIDED

GSR, GCP dan PWG : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian balik @ ‘buyback’ dari customer.

PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up sendiri atau atas bantuan dealer ”

ceo public gold louis Ng
ceo public gold louis Ng

Petikan artikel di atas kebanyakan tepat cuma beberapa pembetulan dan penerangan mengenai perniagaan emas public gold iaitu :

PENJELASAN STATUS SYARIKAT PUBLIC GOLD :

Pengasas Public Gold sememangnya berbangsa cina warganegara Malaysia atau ceo public gold iaitu dato’ wira Louis Ng. Walaupun berbangsa cina atau bukan islam tetapi telah melakukan tanggungjawab sosial seperti membayar zakat melalui anak syarikat public gold iaitu Arrahnu Koperasi Dagang Emas dan telah menubuhkan Public Gold Faundation atau Yayasan Public Gold untuk membantu badan kebajikan seperti terbabit program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan bulanan tetap kepada badan kebajikan termasuk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH).

sumbangan sosial public gold
sumbangan sosial public gold

Saya memilih public gold sebagai flatform pelaburan, selain daripada faktor harga emas, peratus spread, kekukuhan syarikat, kemudahan jual beli emas, juga faktor pengasas public gold ialah cina. Ini adalah kerana kelayakkan, kebolehan, sikap kerja keras dan bersungguh-sungguh dalam perniagaan cina. Perkara ini sememangnya terbukti apabila public gold semakin maju, berkembang dan kukuh dengan adanya 18 cawangan public gold, website database Oracle yang boleh menampung kapasiti besar serta back up data online, mendapat pelbagai anugerah, arrahnu koperasi dagang emas dan baru dibuka PG Gold Museum iaitu muzium emas pertama di Malaysia.

PENJELASAN BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD :

Syarat untuk menjadi dealer Public gold adalah dengan membeli emas RM30k dan otomatik menjadi dealer tanpa yuran atau bayaran hangus. Katalog atau broucer serta seminar percuma untuk ahli atau dealer public gold. Syarat untuk menjadi dealer Power gold adalah bayaran minimum adalah RM350 untuk menjadi ahli dengan diberikan percuma gold bar 0.5 gram yang berharga lebih kurang RM100. Saya rasa wang selebihnya RM250 lagi adalah untuk membayar komisen kepada upline kerana perniagaan emas power gold bercirikan multilevel atau multilayer. Public Gold juga sentiasa memberi peluang mudah menjadi dealer melalui promosi tertentu seperti promosi pembelian emas RM500 untuk pelajar, pembelian 100 gram emas program gap dan sebagainya.

PENERANGAN PERBEZAAN PRODUK PUBLIC GOLD

pelbagai produk jongkong emas public gold
pelbagai produk jongkong emas public gold

Public Gold menjual pelbagai jenis jongkong emas dan emas dinar 24K LBMA bebas cukai gst serta jongkong perak seperti jongkong emas 0.5gram dengan pelbagai tema, gold bar 1 gram pelbagai tema, 5g, 10g hingga gold bar 250g. Public gold juga menjual emas dinar 24K lbma bebas gst terdiri daripada setengah dinar, 1 dinar emas, 5 dinar dan 10 dinar. Emas dinar Public Gold adalah satu-satunya dinar emas yang dapat pengecualian cukai gst di Malaysia. Public Gold juga menyediakan Program GAP (Gold Accumulation Program) yang pertama di Asia untuk kemudahan pelaburan emas. Program GAP akan memberi keuntungan kepada pelabur emas modal kecil iaitu dengan membeli emas 1 gram, menambah belian emas untuk mengumpul emas dan boleh mengeluarkan sekeping jongkong emas yang besar seperti gold bar 50g 24K lbma setelah cukup emas yang dikumpulkan 100 gram. Cara ini lebih menguntungkan daripada membeli dan menyimpan gold bar 1 gram yang banyak seperti 50 keping gold bar 1 gram kerana peratus spread atau susut nilai harga jongkong  emas 1g adalah tinggi. Klik CARA MEMBELI EMAS RM100 ATAU 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat mengenai program gap public gold.

PENJELASAN PENGIKTIRAFAN GOLD BAR PUBLIC GOLD

Gold bar public gold berketulinan 24K bercop LBMA diiktiraf dunia bebas gst. Syiling emas dinar public gold berketulenan 24K bercop LBMA tanpa cukai gst yang merupakan satu-satunya emas dinar dalam Malaysia yang mendapat pengecualian cukai gst.

KOMISEN AGEN ATAU DEALER PUBLIC GOLD

Komisen dealer atau pengedar emas public gold adalah rendah iaitu hanya 1% hingga 2% sahaja daripada belian emas dan 0.3% daripada jualan emas. Komisen yang sedikit kepada dealer adalah supaya dapat menawarkan harga emas termurah kepada pelanggan public gold. Walaupun komisen dealer sedikit, tetapi jika dapat jualan atau sales yang banyak pastinya komisen yang diperolehi juga lumayan.

PENJELASAN PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD

Harga emas public gold adalah harga customer dan dealer. Harga emas public gold tetap dan sama walau harga ahli atau harga dealer public gold yang telus berubah setiap 20 minit mengikut harga emas dunia. Ini akan memudahkan serta memaksimakan keuntungan kerana dapat lock harga beli emas atau menjual emas secara online. Rajah di atas sekali adalah perbandingan harga emas public gold, power gold, gsr dan gcp pada masa dan hari yang sama iaitu 16 Oktober 2015. Harga jongkong emas termurah adalah jongkong emas public gold.

BUYING PROCEDURE PUBLIC GOLD

Procedur atau tatacara pembelian atau penjualan emas public gold boleh dilakukan secara online iaitu kunci harga beli emas atau kunci harga jual emas secara online 24 jam sehari atau secara offline iaitu terus mengunjungi cawangan public gold terdekat. Pembelian atau penjualan emas public gold adalah tetap dan telus mengikut harga emas dunia yang berubah setiap 20 minit. Pelabur emas boleh membeli emas atau menjual emas bila-bila masa setiap hari 7 hari seminggu secara online dan selepas lock harga beli emas atau jual emas perlu ke cawangan public gold berdekatan untuk proses mengambil emas yang dibeli atau menghantar emas yang dijual secara online. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk membeli emas secara online.

PENERANGAN SERVICE PROVIDED

Public Gold mempunyai 18 cawangan untuk kemudahan pelaburan emas fizikal yang lebih kemas, selamat dan teratur. Jika membeli gold bar 1g mungkin berani untuk diposkan, bagaimana jika membeli gold bar 100g atau gold bar 250g ?. Adakah anda sanggup, berani dan yakin jongkong emas anda diposkan atau di hantar kerumah?. Penyediaan cawangan penting untuk kemudahan dan keselamatan pelaburan emas. Sebenarnya banyak perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh public gold untuk kemudahan pelabur emas seluruh dunia. Klik SENARAI PERKHIDMATAN DAN SERVIS PUBLIC GOLD.

Semua syarikat emas ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pilihan pelaburan adalah ditangan pelabur, jadi pilih syarikat pelaburan emas terbaik. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang jadi faktor kekukuhan syarikat penting untuk mendapatkan keuntungan dan mengelak dari potong harga jual apabila menjual kepada syarikat emas yang berlainan. Perkara utama pemilihan syarikat perniagaan emas adalah syarikat emas yang dapat menawarkan harga emas termurah, peratus spread terendah, kemudahan pembelian dan penjualan emas, kemudahan serta keselamatan pelaburan seperti cawangan yang banyak, kekukuhan syarikat emas dan servis serta perkhidmatan terbaik. Klik 111 KELEBIHAN PELABURAN JONGKONG EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk melihat senarai 111 kelebihan atau kebaikkan melabur dalam pelaburan emas dan perak public gold.