Tag Archives: harga dollar amerika

BILA MASA SESUAI MEMBELI MENJUAL EMAS DAN FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS

Harga emas di pasaran dunia ada naik dan turun. Jadi bilakah masa sesuai untuk membeli emas? Kalau ditanya pada sesiapa pun, bila nak beli emas? Kebarangkalian yang akan mereka jawab ialah bila dah ada duit atau ketika harga emas  rendah.

Sebenarnya masa sesuai untuk membeli emas ialah masa sekarang juga pada harga emas rendah, iaitu pada graf harga rendah daripada harga tinggi,jangan tunggu terus beli emas. Jika emas turun lagi beli emas sedikit demi sedikit iaitu guna teknik pemurataan kerana kita tidak tahu bilakah masa harga emas akan turun. Sila lihat sejarah graf kenaikan harga emas di www.kitco.com

Sekarang harga emas adalah rendah kerana krisis matawang euro, jadi masa yang amat sesuai membeli emas adalah sekarang juga. Adakalanya saya pelik, apabila harga emas naik,iklan di akhbar dan berita emas panas,pada masa itulah ramai yang ingin membeli emas,walaupun harga emas tinggi. Jadi beli emas sekarang masa harga rendah, emas adalah selamat dan akan sentiasa naik atau untung….gerenti beli emas tidak akan rugi…

Namun begitu kita boleh meramal harga akan turun atau naik berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Jadi kita kena rajin menganalisa, mendengar berita atau membaca internet berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas ini jika kita pantau akan membolehkan kita meramal harga emas akan turun atau naik dan seterusnya dapat tahu bila masa sesuai untuk membeli atau menjual emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas  adalah :

FAKTOR PERTAMA : PERMINTAAN DAN PENAWARAN EMAS DUNIA

Permintaan emas adalah berkaitan dengan pengeluaran emas dunia. Jika pengeluaran emas semasa di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Rujuk negara-negara pengeluar  emas dunia dan permintaan emas termasuk  import atau eksport emas. Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.

Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di pasaran dunia. 

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia

Jika sesuatu negara membeli emas, harga emas akan naik dan sebaliknya.

Namun begitu,dalam jangkamasa panjang harga emas akan sentiasa naik kerana pengeluarannya semakin berkurang, permintaannya semakin tinggi kerana populasi manusia semakin bertambah dan pertambahan penggunaannya  dalam dunia moden seperti alat elektronik, computer dan sebagainya.
FAKTOR KEDUA : KEADAAN EKONOMI DUNIA
Keadaan ekonomi dunia mempengaruhi harga emas terutama negara-negara yang sinonim dengan emas seperti cina, india, amerika, negara eropah dan sebagainya. Sebarang acara besar ataupun bencana yang berlaku pada negara tersebut akan mempengaruhi harga emas iaitu harga emas akan turun. Harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya.

FAKTOR KETIGA : HARGA DOLLAR U.S

Harga dolar u.s berkadar songsang dengan harga emas iaitu jika harga Dollar amerika semakin jatuh harga emas akan naik dan sebaliknya. Untuk  itu kita mesti mengetahui berita atau acara atau aktiviti negara u.s. Berita yang berkaitan dengan harga emas anda boleh rujuk di www.kitco.com ataupun mana-mana laman web yang berkaitan dengan emas .

FAKTOR KEEMPAT : HARGA EURO DAN MATAWANG DUNIA

Dollar U.S sentiasa berlawan dengan dollar euro. Jika harga euro rendah, harga dollar us akan tinggi dan sebaliknya. Jadi sebarang acara atau krisis yang berlaku di negara eropah yang menggunakan matawang euro akan mempengaruhi harga emas. Untuk mengetahui perkembangan matawang euro atau matawang anda boleh rujuk www.forex.com.

KESIMPULAN :

Emas adalah komoditi unik dimana harganya dipengaruhi oleh banyak faktor. Ini menyebabkan harga  emas adalah stabil dan selamat berbanding komoditi lain atau pelaburan lain. Contoh, jika berlaku  krisis ekonomi atau penurunan wang euro, akan menyebabkan harga emas akan turun. Bila harga emas rendah permintaan emas akan tinggi kerana harganya yang rendah. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menaikkan harga emas. Jadi pelaburan emas adalah pelaburan yang terselamat kerana emas adalah kalis inflasi.

Jadi berdasarkan fakjtor-faktor di atas kita akan dapat membuat ramalan harga emas akan naik atau turun seterusnya akan dapat masa yang sesuai untuk membeli atau menjual emas. Apa yang boleh saya bantu di sini ialah, saya akan SMS kan kepada para pelanggan guemas / dealer / sesiapa sahaja yang ingin membeli emas atau menjadi dealer public gold dengan saya ketika harganya rendah sikit. Untuk dapatkan harga terbaik atau terendah, hubungi segera atau SMS  Zaidi,  019-9185593. Insyaallah saya laksanakan amanah tersebut  sebaiknya.

Inline
Inline