Tag Archives: harga emas RM/g

CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS

cara mengira spread harga emas

cara mengira spread harga emas

Cara mengira spread emas dan menukar harga emas dunia us/oz kepada harga emas  Ringgit Malaysia RM/g untuk memilih syarikat dan produk emas terbaik

Perkara paling penting dalam pelaburan emas fizikal adalah spread atau susut nilai harga emas. Sebelum melabur dalam pelaburan emas fizikal perkara utama adalah mengira spread harga emas iaitu memilih syarikat emas yang menyediakan spread harga emas yang paling rendah agar pelaburan emas akan mendapat keuntungan yang cepat selain faktor kekukuhan syarikat, harga emas yang telus, kemudahan membeli atau menjual emas dan sebagainya. Di sini saya ingin kongsikan ilmu pelaburan emas fizikal iaitu bagaimana cara mengira spread harga emas dan cara menukar harga emas dunia dalam Usd/oz kepada RM/gram.

Spread bermaksud susut nilai harga emas atau perbezaan diantara harga jualan syarikat emas atau harga emas semasa yang pelabur emas beli (PG Sell) dan harga semasa syarikat membeli daripada pelabur (PG Buy). Semakin rendah spread maka semakin cepat pelabur atau penyimpan emas mendapat untung.

Formula pengiraan peratusan (%) spread harga emas iaitu :
Peratus spread harga emas %  = Harga jualan PG sell – Harga belian PG Buy / Harga jualan PG Sell x 100%

Contohnya, berdasarkan harga semasa emas public gold pada gambarajah di atas,

Peratus spread harga emas bagi emas 10 dinar = RM5712 – RM5426 / RM5712 X 100% = 5%

Harga jualan dan harga belian akan sentiasa berubah selari pada kadar 5% bagi syling emas 10 dinar. Produk emas yang berlainan mempunyai spread harga emas yang berlainan. Begitu juga syarikat emas yang berlainan menetapkan kadar peratus spread harga emas yang berlainan bagi setiap produk emas. Jadi, pelabur yang bijak akan mengira spread harga emas dan membuat perbandingan peratus spread emas bagi syarikat emas yang berbeza dengan memilih syarikat emas yang dapat memberikan spread harga emas terendah. Klik HARGA EMAS DAN PERAK TERKINI PUBLIC GOLD untuk melihat harga emas semasa yang berubah setiap 20 minit atau daftar menjadi customer public gold apabila mula membeli 1 dinar atau 10 dirham.

Kebiasaannya, kedai emas hanya memaparkan harga jualan semasa emas sahaja tetapi tidak memaparkan harga belian emas. Jadi harga belian emas di kedai emas adalah mengikut harga tauke emas di mana biasanya susut nilai atau spread harga emas di kedai emas adalah sekitar 20% hingga 25%.

Kini sudah banyak syarikat pelaburan jongkong emas dan perak di Malaysia yang memaparkan harga jualan semasa dan juga harga belian balik secara online. Jadi perkara pertama sebelum melabur emas adalah mengira dan membandingkan spread setiap produk emas selain faktor-faktor lain seperti harga emas, ketelusan harga emas mengikut harga emas dunia, perubahan harga emas semasa, kemudahan membeli emas serta menjual emas, kekukuhan serta kesahan syarikat emas dan sebagainya. Bagi membandingkan suatu syarikat pelaburan emas, pelabur boleh merujuk KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD sebagai platform rujukan untuk perbandingan.

Setelah mengira peratus spread harga semasa emas setiap jenis emas public gold, pelabur emas yang merupakan customer atau pelanggan public gold akan memperolehi spread harga emas seperti di bawah. Cara untuk merendahkan lagi spread harga emas adalah dengan menjadi dealer atau pengedar emas public gold. Pengedar emas public gold atau dealer akan di berikan komisen mengikut pangkat dealer iaitu dari 1% hingga 2% dari setiap belian emas dan juga mendapat komisen 0.5% apabila dealer menjual emas. Klik untuk melihat SYARAT PANGKAT DAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui syarat untuk menjadi dealer public gold, cara menaikkant pangkat dealer dan komisen yang di berikan oleh Public Gold bagi setiap pangkat dealer.

pelaburan emas terbaik

pelaburan emas terbaik

Spread Harga Emas dan Perak Public Gold bagi Customer dan Dealer Public Gold

Bullion / Coin Customer Normal Dealer Priority Dealer Master Dealer
Jenis ( komisen 0%) ( komisen 1%) (komisen 1.5%) (komisen 2%)
10 gram 8 7 6.5 6
20 gram 6 5 4.5 4
50 gram 5.5 4.5 4 3.5
100 gram 5 4 3.5 3
250 gram 4.5 3.5 3 2.5
500 gram 4.5 3.5 3 2.5
Emas Dinar
1 Dinar 6 5 4.5 4
2 Dinar 6 5 4.5 4
5 Dinar 5.5 4.5 4 3.5
10 Dinar 5 4 3.5 3
Silver
100 gram 15 14 13.5 13
250 gram 14 13 12.5 12
500 gram 13 12 11.5 11
1 kilogram 12 11 10.5 10
10 Dirham 16 15 14.5 14

UPDATE :

Bermula tahun 2015, Public Gold telah mengeluarkan emas dan perak baru supaya dikecualikan dari cukai gst, iaitu gold bar dan emas dinar 24k diiktiraf antaraabangsa bercop LBMA ( London Bullion Metal Association) maka berlaku sedikit perubahan pada peratus spread harga emas. Jongkong emas dan emas dinar baru public gold yang bebas gst bercop LBMA ini bersalut/bersel lebih kemas, cantik dan boleh dijual dengan harga tinggi seluruh dunia.

Harga emas dunia dipaparkan pada harga spot iaitu harga dagangan emas mentah antarabangsa adalah dalam unit us/oz yang sentiasa bergerak kecuali hari sabtu dan ahad dan boleh di lihat di website www.kitco.com. Cara penukaran harga emas daripada unit usd/oz kepada unit Ringgit Malaysia RM/g adalah dengan formula seperti berikut.Teknik cepat untung dalam pelaburan emas fizikal adalah dengan merendahkan spread emas iaitu dengan menjadi pengedar emas atau dealer public gold dan membeli jenis emas yang mempunyai spread emas terendah. Peluang terbaik menjadi dealer public gold ialah melalui Promosi Raya bulan jun 2014 iaitu dapat menjadi pengedar emas public gold termurah iaitu hanya membeli emas sekurang-kurangnya RM10,000 sahaja. Klik promosi hebat termudah menjadi pengedar emas pada bulan jun 2014 iaitu PROGRAM KEUSAHAWANAN EMAS DAPAT PERCUMA EMAS DINAR DIRHAM.

Cara menukar harga emas semasa spot dunia us/oz kepada harga emas dalam Rnggit Malaysia per gram RM/g iaitu :

1. Menukar unit harga emas iaitu 1 oz = 31.10 gram
2. Kadar pertukaran di antara USD kepada RM di www.xe.com
3. Penambahan harga Premium sebanyak 8% kerana harga emas mentah kepada harga emas fizikal.

Contoh pengiraan penukaran harga emas dari us/oz kepada RM/g iaitu dengan merujuk harga emas semasa seperti rajah di atas ;

1. Tukar harga dari unit oz kepada gram,

Harga emas semasa $1270 us/oz di bahagi 31.1 = $40.8 us/g

2. Kira kadar tukaran wang harga 1 gram emas dalam matawang dollar tadi kepada Ringgit Malaysia RM boleh di lihat di www.xe.com ;

kadar tukaran wang

kadar tukaran wang

$40.8 x RM 3.23 (1 Us = RM 3.23 ) = RM131.8 per gram iaitu harga 1 gram emas mentah dipasaran antarabangsa

3. Tambah kos premium 8% kerana kos pemprosesan pembuatan kepada emas fizikal ;

RM131.8 X 8% = RM10.4
Harga emas dalam Ringgit Malaysia RM bagi setiap gram emas ialah :
RM131.8 + RM10.4 = RM142.2 per gram.

Harga emas semasa bagi setiap syarikat emas atau kedai emas adalah berbeza kerana kos premium yang berbeza. Harga emas mentah atau akaun simpanan emas seperti akaun Public Bank GIA atau maybank lebih murah daripada harga emas fizikal. Jadi perkara paling penting untuk melabur dalam emas adalah spread harga emas paling rendah. Pilihan membeli emas dan perak dari institusi dengan spread terendah adalah yang terbaik untuk dapat keuntungannya lebih tinggi dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, produk emas yang semakin berat, peratus spread emas semakin kecil kerana kos pengeluarannya semakin mengecil.

Harapan saya semoga anda memahami cara mengira spread harga emas dan boleh menukar harga emas dalam RM/g daripada harga spot emas dunia usd/oz seterusnya menjadi pelabur emas yang bijak dalam memilih harga atau jenis emas yang terbaik untuk pelaburan emas fizikal.

Terima kasih kerana mengunjungi website ini dan selalulah datang ke sini untuk mendapat perkongsian ilmu pelaburan emas fizikal dan sama-sama belajar menganalisa harga emas melalui analisis pertukaran wang asing atau forex kerana saya juga tengah mendalami analisis teknikal forex.

“ ILMU ADALAH UNTUK DI KONGSI, BUKAN UNTUK DI JUAL BELI”

Inline
Inline