Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

PETUA JUAL EMAS DENGAN NILAI HARGA TERTINGGI

petua dan rahsia menjual emas
petua dan rahsia menjual emas

Petua atau rahsia menjual emas atau barangan kemas dengan nilai harga emas tertinggi atau mendapat keuntungan yang maksima dalam pelaburan emas fizikal

Orang melayu zaman dulu menyimpan emas untuk untuk perhiasan dan sebagai harta peninggalan untuk anak cucu. Pada zaman dahulu belum ada lagi emas pelaburan iaitu jongkong emas atau emas dinar, jadi orang zaman dahulu membeli emas perhiasan sebagai simpanan dan pelaburan masa depan.

Menjual emas tidak sama seperti menjual produk-produk yang lain, produk lain biasanya harga nya akan rendah selepas beli dan semakin lama semakin tidak bernilai, tetapi nilai emas setiap hari semakin naik dalam jangkamasa panjang. Emas sebenarnya adalah wang tunai kerana mudah di tunaikan kerana laku seluruh dunia. Jadi lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan duit di bank atau barangan lain yang susah ditunaikan. Walaupun emas amat mudah di jual dan laku seluruh dunia, pastinya kita mahukan harga jualan emas yang kita miliki dapat di jual dengan harga tertinggi. Setiap syarikat emas atau kedai emas meletakkan harga jual emas dan harga beli emas yang berbeza.
Bagaimana cara untuk mendapatkan nilai tertinggi untuk emas perhiasan atau jongkong emas yang mahu di jual?.

Petua, cara, panduan, tips dan rahsia supaya dapat harga emas tinggi apabila menjual emas adalah :

1. Perbandingan Harga Jual Emas.
Harga emas bukan harga kawalan jadi harga beli emas, harga jual emas dan peratus spread harga emas adalah berbeza bagi setiap syarikat emas atau kedai emas, jadi sebelum menjual emas hendaklah menyemak harga jual emas terlebih dahulu supaya nilai harga jual emas mendapat harga yang tertinggi. Harga jual (buyback) emas adalah lebih rendah daripada harga semasa emas. Biasanya harga jual emas di kedai emas kurang 20% hingga 30% daripada harga semasa emas. Harga jual emas yang berkurang ini dikenali peratus susut nilai emas atau peratus spread emas yang dikenakan oleh semua syarikat emas atau kedai emas. Untuk mendapatkan harga tertinggi bagi nilai emas, hendaklah membuat perbandingan harga jual emas untuk beberapa syarikat atau kedai emas. Dizaman internat dan online, anda boleh membuat perbandingan harga jual emas dengan mudah iaitu menyemak harga jual emas pada website syarikat pelaburan emas dan Tanya harga jual emas syarikat emas terbabit. Cari Kedai emas dengan Harga Buyback Terbaik. Sebelum bersetuju menjual emas, pastikan mendapatkan dua atau tiga penawaran harga dari kedai atau syarikat emas yang berbeza. Klik HARGA EMAS TERKINI DI MALAYSIA untuk rujukan harga emas pelaburan dan harga emas perhiasan Malaysia sebagai panduan menjual emas.
2. Tukar Emas Dan Jual Emas.

trade in emas
trade in emas

Rahsia menjual emas dan memperolehi nilai tertinggi adalah melalui program X-PLAN public gold. Program xplan public gold adalah program tukar emas, barangan kemas atau jongkong emas jenama lain kepada emas public gold dan seterusnya setelah mendapat emas public gold, anda boleh jualkan atau gadai emas di arrahnu untuk mendapat wang tunai. Harga jual emas yang di tawarkan oleh public gold adalah tinggi iaitu hanya 8% susut nilai iaitu berdasarkan harga jual PG BUY 10 gram. Kelebihan program XPLAN ialah anda akan otomatik jadi customer public gold, boleh jual beli emas online 24 jam apabila menukar emas lain kepada emas public gold. Cara tukar emas lama kepada emas public gold, kunjungi cawangan public gold terdekat dengan membawa emas anda untuk di periksa ketulinan dan di nilai, pilih produk emas yang dikehendaki seperti jongkong emas, emas dinar atau barangan kemas yang bersamaan nilai emas anda dan daftar jadi pelanggan public gold dengan menulis nama introducer MOHD ZAIDI JUNUS dan kod introducer PG001425, bawa balik emas public gold anda atau boleh di jual atau di pajakkan di arrahnu dimasa memerlukan wang tunai. Klik TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU PUBLIC GOLD X PLAN untuk penerangan lanjut mengenai X-PLAN public gold.

3. Menjual Emas Kepada Syarikat Atau Kedai Emas Asal.
Petua menjual emas dapat harga emas tinggi adalah menjual emas di kedai emas atau syarikat emas asal membeli dahulu. Dimana anda beli, di situlah lah anda jual semula. Ini adalah untuk mengelak daripada potongan harga jual atau susut nilai emas yang tinggi. Disinilah pentingnya membeli emas di syarikat emas yang besar, kukuh, mempunyai banyak cawangan agar mudah menjual emas dengan harga tinggi di saat kita memerlukan wang. Jika menjual emas di syarikat yang berlainan, harga emas akan di potong lebih rendah. Contohnya, spread atau susut nilai harga emas public gold bagi 1 dinar emas ialah 6% dan emas 1 dinar syarikat X di jual kepada public gold, Public gold akan membeli balik (buyback) emas jenama X dengan harga susut nilai lebih kurang 12%. Jadi di sini penyimpan emas akan rugi jika menjual emas di syarikat yang berlainan. Adalah penting membeli emas daripada syarikat emas yang kukuh dan mempunyai banyak cawangan untuk memudahkan urusan jual beli emas. Adalah tiada guna jika membeli emas yang murah daripada syarikat emas asing atau syarikat tertentu, sedangkan dapat nilai yang rendah apabila di jual kerana potongan susut nilai harga emas 20% hingga 30%. Kenapa harga emas di potong atau susut nilai tinggi dari syarikat emas berlainan ? Ini adalah kerana kos melebur semula emas dan kos memproses semula emas yang perlu di tanggung oleh syarikat emas terbabit. Bagi syarikat emas yang besar seperti Public Gold yang mempunyai kilang sendiri, kos yang perlu di tanggung adalah sedikit, sebab itulah public gold tidak memotong harga jual spread dalam program X-plan atau mengenakan potongan harga yang sedikit bagi produk emas lama atau jenama lain yang di jual di Public Gold.
4. Jual Emas Kepada Pelanggan Atau Pengguna Atau Dealer.
Bagi mendapat hasil jualan emas dengan harga tertinggi adalah melalui usaha promosi jualan kepada pelanggan/pengguna atau dealer emas. Teknik jualan ini memerlukan usaha promosikan emas anda secara terus kepada pelanggan atau penyimpan emas melalui media social, kumpulan facebook, iklan dan sebagainya. Melalui cara ini emas jualan anda akan bernilai tinggi dari harga susut nilai emas atau daripada di jual kepada kedai emas dan sebagainya. Pengedar emas atau dealer syarikat emas biasanya mempunyai ramai pelanggan atau kumpulannya sendiri. Menjual emas kepada Dealer emas mombolehkan harga emas anda bernilai lebih tinggi dari harga jual semasa (we buy), tapi rendah dari harga emas semasa (we sell). Ini adalah kerana dealer emas boleh menjual emas tersebut secara terus kepada pelanggannya.

5. Menjual Emas Dengan Berilmu.
Sebelum menjual emas, mestilah menpunyai sedikit ilmu jenis emas atau ketulenanya kerana setiap jenis emas mempunyai harga yang berlainan. Ketulenan emas adalah berdasarkan jenis emas atau nilai karat emas. Contohnya emas 916 mempunyai 22K karat bernilai lebih rendah daripada emas 999.9 yang mempunyai 24K karat. Ketulenan emas biasanya di cop pada emas tersebut atau pada resit belian emas. Kita mestilah mempunyai sedikit ilmu emas untuk mengelak daripada di tipu semasa menjual emas atau barangan kemas.

6. Jual Kepada Syarikat Emas Lain.
Syarikat emas yang berjenama biasanya akan menjaga nama syarikatnya dan membeli emas dengan harga yang lebih tinggi daripada kedai emas atau pembeli emas di kaki lima. Menjual emas kepada syarikat emas besar berjenama lain adalah cara terakhir untuk mendapat nilai harga emas tinggi bagi emas dan mengelak daripada di tipu.

7. Teliti Semasa Membeli Emas, Spread Dan Syarikat Emas.
Faktor penting untuk mendapat nilai harga jual yang tinggi bagi emas yang di jual adalah harga emas semasa membeli emas. Teliti dan semak harga emas sebelum membeli emas dan mengambil peluang membeli emas di saat harga emas rendah. Rebut peluang membeli emas di waktu harga emas murah atau harga emas jatuh kerana masa harga emas murah adalah sekejap sahaja dan guna teknik pemurataan harga bagi mendapat harga beli emas yang rendah. Semak sejarah harga emas dunia di www.kitco.com sebagai panduan membeli harga emas di waktu harga emas rendah. Teliti juga syarikat emas terbaik untuk membeli emas iaitu syarikat emas yang besar, kukuh, kemudahan jual beli emas dan sebagainya untuk mendapat harga jual emas yang tinggi dengan mengelak kerugian semasa menjual emas atau potongan harga jual emas kerana jualan emas kepada syarikat emas yang lain. Teliti juga susut nilai emas dengan membeli produk emas yang mempunyai peratus spread atau susut nilai emas yang rendah. Emas fizikal adalah pelaburan jangka sederhana atau panjang, penelitian membeli emas akan dapat memberikan nilai yang lebih tinggi ke atas harga jual emas atau mendapat keuntungan yang maksima.

Petua membeli atau menjual emas ini penting supaya dapat menjual emas pada harga yang tertinggi dan mendapat lebih nilai ke atas emas anda. Harga emas kini berada di tahap terendah dalam tempoh 2 tahun, merupakan waktu terbaik membeli emas supaya memperolehi nilai harga jual emas yang tinggi. Anda boleh mula membeli,menyimpan dan mengumpul emas dengan modal terendah kini iaitu dengan membeli jongkong emas 1 gram yang berharga lebih kurang RM134 melalui program GAP ( Gold Accumulation Programme ) atau program pengumpulan emas public gold yang patuh syariah. Klik CARA MEMBELI JONGKONG EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk mula membeli gold bar 1 gram, secara otomatik menjadi pelanggan public gold dan mengumpul jongkong emas 999.9 daripada syarikat pelaburan emas fizikal terbesar di Malaysia dengan kemudahan urusniaga jual beli emas online serta kemudahan menjual dan membeli produk emas di 18 CAWANGAN PUBLIC GOLD dengan menawarkan pelaburan emas fizikal dengan spread atau susut nilai emas terendah.