Tag Archives: kegunaan emas

PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DENGAN PELABURAN WANG

pelaburan emas vs pelaburan wang dana

Pelaburan emas fizikal adalah melibatkan beli emas ,simpan emas,jual emas dan beli emas semula. Pelaburan wang melibatkan simpanan wang dan wang dilaburkan dalam institusi perbankan dan diuruskan oleh agen tertentu dalam jangkamasa tertentu,mendapat dividen dalam jangkamasa tertentu.Pelaburan wang melibatkan institusi dan pengurus wang atau dana secara tidak langsung dibayar oleh pelabur.Dalam pelaburan emas fizikal melibatkan institusi tertentu dan pengurus pelaburan adalah kita sendiri. Jadi, dalam pelaburan emas kita sudah dapat mengurangkan kos pengurusan dan faedah atau keuntungan kita akan dapat seratus peratus.

Manakah lebih baik antara pelaburan emas dengan pelaburan wang ? perbandingan antara pelaburan emas dengan pelaburan wang,pelaburan emas lebih baik berdasarkan fakta berikut. Apakah sebabnya pelaburan emas lebih baik?.

PELABURAN EMAS ADALAH LEBIH BAIK DARI PELABURAN WANG KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT :

1.  Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Purata kenaikkan harga emas adalah 20% – 40% setahun. Harga emas akan sentiasa meningkat selari dengan permintaannya yang semakin meningkat kerana peningkatan populasi manusia dan kegunaannya dalam dunia moden. Sejarah harga emas boleh dilihat daripada laman web www.kitco.com.

2. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya . Nilai emas semakin tinggi sedangkan nilai wang semakin rendah.Penyimpan emas tidak perlu takut risiko kehilangan emas,jika disimpan baik-baik. Jika emas menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.Wang kertas bukan penyimpan kekayaan yang terbaik kerana nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang .

Zaman dulu saya ke sekolah bawa duit 20 sen, kini anak-anak perlu bawa RM2 hingga RM3 untuk makanan dan minumandi kantin sekolah.Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang. Nilai emas semakin meningkat. Nilai wang kertas semakin menurun.Jadi pilihlah untuk menyimpan emas bukan menyimpan duit.

3. Emas adalah aset yang terunggul. Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia.Semua manusia mengenali emas dan merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

4. Emas tidak boleh dicipta atau ditiru. Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta.Belum ada ahli sains yang dapat mncipta atau meniru emas atau atom Aurum.

Oleh itu tidak boleh dicipta. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa logam bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk seperti nilai kertas wang Iraq dan sebagainya.

5.  Emas mempunyai banyak kegunaannya dan akan menyebabkan permintaan terhadap emas akan meningkat dan seterusnya harga emas akan terus meningkat.

Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan.

Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

Kegunaan emas dalam dunia kini yang menyebabkan harganya akan terus meningkat:

  • Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa,   enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
  • Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  • Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
  • Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  • Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  • Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  • Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  • Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
  • Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)

6. Emas adalah Kalis inflasi dan selamat.

Emas adalah kalis inflasi walaupun sesebuah negara berada dalam inflasi, peperangan atau huru hara, harga emas tetap akan meningkat nengikut harga emas dunia. Jika negara luar huru hara atau berlaku peperangan, emas juga akan meningkat selari dengan permintaan emas yang sentiasa meningkat.

Tun Dr Mahathir berkata.

“Skop penggunaan Dinar Emas amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah.”

Pakar ekonomi, Datuk Mohd Salleh Abdul Majid berkata.

“Emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang yang paling selamat sekiranya ketidakstabilan politik dan pasaran tanpa memikirkan kehilangan nilainya dan kuasa beli seperti wang kertas”

Petikan, Kosmo 27/7/2010

HUBUNGI / SMS SEKARANG !!! BELI EMAS SEKARANG!!!JANGAN TUNGGU SERTAILAH PELABURAN EMAS FIZIKAL!!!JANGAN TUNGGU KERANA HARGA EMAS AKAN SENTIASA MENINGKAT!!!TUNGGU APABILA SUDAH BELI EMAS :

Zaidi 019-9185593 ( Master Dealer public gold Mohd Zaidi bin Junus  PG001425 )

Inline
Inline