Tag Archives: kelebihan pajak emas arrahnu pos

PANDUAN GADAI EMAS DI ARRAHNU POS MALAYSIA

panduan-pajak-emas-arrahnu-pos

panduan-pajak-emas-arrahnu-pos

Panduan, tips dan cara pajak gadai emas di Arrahnu Pos Malaysia yang patuh syariah untuk mendapat wang pinjaman tunai segera dengan cepat dan mudah

Arrahnu Pos Malaysia ditubuhkan pada Jun 2012 menawarkan pembiayaan pajak gadai emas patuh syariah di 65 cawangan Pos Arrahnu seluruh Malaysia yang biasanya bertempat di dalam Pejabat Pos daerah tertentu. Arrahnu Pos menawarkan perkhidmatan pajak emas seperti barang kemas, jongkong emas Public Gold, dinar emas Public Gold, jongkong emas PAMP Suisse dan perkhidmatan mencuci barang kemas. Pada November 2015, Pos ArRahnu telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu perkhidmatan menjual jongkong emas serta dinar emas Public Gold, membeli balik jongkong emas serta dinar emas Public Gold dan membeli emas lama serta emas terpakai dengan harga yang tertinggi di pasaran.

Pengalaman ke dua kali gadai emas pelaburan Public Gold iaitu Gold bar 20 g 24K lbma dan emas dinar bukan lbma lama Public Gold yang berketulenan 22K di Pejabat Pos Besar Kota Bharu. Kedua-dua kaunter arrahnu pos ada pelanggan jadi saya terpaksa menunggu di dalam Pejabat Pos. Saya di sambut dengan senyuman manis kakitangan arrahnu pos yang bertugas. Setelah meletakkan gold bar lbma dan emas dinar 916 untuk di gadaikan, terus kakitangan arrahnu pos bersuara dengan lemah lembut “Abe, gold bar dan dinar emas arrahnu pos terbaru beli doh ko”. Saya terus jawab “ho, beres beli awal-awal lagi, comel lote emas dinar arrahnu pos”. Kakitangan arrahnu hanya tersengih. Dalam hati aku berkata, “memang gold bar arrahnu pos lama sudah ada, tapi dinar emas arrahnu pos terbaru belum beli lagi, kira tipu sunat la, di kira menjawab pertanyaan gold bar, memang dah beli…ha ha”. Sebagai makluman, Arahnu Pos Malaysia juga mengeluarkan jongkong emas dan emas dinar LBMA bebas gst Pos Malaysia sendiri dengan usahasama Public Gold.

gadai-gold-bar-lbma-public-gold

gadai-gold-bar-lbma-public-gold

Salah satu keistimewaan menyimpan emas fizikal adalah mudah di cairkan samada di gadai atau di jual berbanding barangan lain seperti tanah, kereta dan sebagainya. Emas fizikal adalah simpanan terbaik sebagai bekalan waktu kecemasan atau kesempitan wang kerana ia mudah ditunaikan dengan pajakan di samping pelindung dari kejatuhan nilai wang, kemelesetan ekonomi dan pengelak kebocoran wang. Simpanan wang milik kita yang di simpan di ASB, Saham, Tabung Haji sebenarnya  rumit untuk di tunaikan serta berisiko tidak dapat di tunaikan jika berlaku bencana, peperangan, kemelesetan, penutupan bank dan sebagainya. Bank sebenarnya adalah pusat wang yang tidak mempunyai wang sendiri, ia hanya pengurus wang simpanan atau pinjaman pelabur yang mempunyai kemungkinan di tutup apabila ia mengalami defisit atau ditutup apabila berlaku bencana dan sebagainya.

Bagaimana cara gadai emas di Arrahnu Pos ?. Cara memajak emas di Arrahnu Pos Malaysia amat mudah, hanya perlu ada emas fizikal dan kad pengenalan sahaja. Resit belian emas tidak diperlukan.

CARA GADAI EMAS DI ARRAHNU POS MALAYSIA :

1) Kunjungi Arrahnu Pos Malaysia berdekatan dimana pejabatnya biasanya di dalam pejabat pos Malaysia.

2) Beri salam kepada kakitangan bertugas Arrahnu pos dan serahkan emas yang hendak di pajak berserta kad pengenalan.

3) Jika pertama kali pajak emas di Arahnu Pos kena isi borang maklumat diri berserta waris. Jika sudah pernah gadai emas di Arrahnu pos dah tak perlu isi borang, semua maklumat pengadai sudah tersedia.

4) Pegawai pos akan menguji ketulenan emas. Saya mengadai gold bar 20g 24K LBMA Public Gold yang bersampul yang dikecualikan dari pemeriksaan ketulenan kerana ketulenan emas yang sah diiktiraf dunia.

5) Pegawai arrahnu akan menyatakan jumlah pinjaman yang diperolehi dan memberi surat pajak untuk di tandatangani.

6) Setelah selesai, hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit, kakitangan Arrahnu pos akan memberikan wang pinjaman pajakan, surat pajakan dan kad pengenalan kita.

7) Pertanyaan maklumat lanjut mengenai pajakan di Arrahnu Pos Malaysia supaya lebih faham sambil beramah mesra dan berkenalan…

Kenapa pajak emas?.Pajak emas tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia dikenakan upah simpan. Jadi pajak emas di arrahnu pos mestilah mempunyai alasan seperti kecemasan, pusing modal perniagaan dan sebagainya. Saya pula memajak emas di Arrahnu Pos kerana mahu membeli emas lain bagi menambah stok emas pada masa terbaik iaitu waktu harga emas termurah semasa kejatuhan harga emas jatuh mendadak dengan ramalan harga emas akan menaik. Klik HARGA EMAS JATUH MENDADAK OKTOBER 2016 PELUANG TERBAIK BELI EMAS untuk maklumat kejatuhan harga emas teruk oktober 2016 dengan analisa ramalan emas serta promosi oktober Public Gold.

Pos ArRahnu menawarkan pembiayaan bercagarkan emas sehingga 75 peratus dari nilai marhun. Arrahnu pos menerima gadaian jongkong emas Public Gold LBMA bersarung dan PAMP Suisse tanpa perlu membuka sarungnya. Arrahnu pos Malaysia juga menjual dan membeli balik jongkong emas atau emas dinar Public Gold mengikut harga emas semasa.

surat-gadai-emas-arrahnu-pos

surat-gadai-emas-arrahnu-pos

KEISTIMEWAAN PAJAK EMAS DI ARRAHNU POS :

1.Pos ArRahnu menawarkan margin pinjaman tinggi sehingga 75% dari nilai marhun. Contoh, saya memajak jongkong emas 20g 24K atau emas 999.9 LBMA dan emas dinar 22K atau emas 916 non LBMA yang mempunyai nilai marhum (nilai emas semasa) berjumlah RM6560, maka mendapat pinjaman bernilai RM4920 iaitu 75% dari nilai marhum. Cara pengiraan pinjaman pajakan maksimun,

Marhum Emas x 75% = pinjaman pajakan, dimana RM6560 x 75% iaitu RM4920

Cuma harga emas di nilai lebih rendah dari nilai belian gold bar semasa. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan, Public Gold dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri.

2. Upah simpan yang dikenakan berpatutan iaitu 85% dari nilai marhum atau RM0.85 bagi setiap RM100 nilai marhum emas. Contoh pengiraan upah simpan,

Nilai Marhum Emas X 0.85 = Upah simpan bulanan, iaitu RM6560 X 85% iaitu RM55.71 sebulan

3. Selamat dari rekod CTOS. Ar-rahnu POS bukan bank jadi pinjaman pajakan emas di Ar-rahnu POS tiada dalam rekod CTOS. Jika pajak emas di Ar-rahnu bank, rekod pinjaman akan nampak dalam CTOS dan mungkin mengalami masalah membuat pinjaman bank.

4. Mudah memajak emas kerana perkhidmatan Arrahnu Pos terdapat di 65 lokasi pejabat pos terpilih seluruh negara

5. Tempoh pinjaman yang panjang dan fleksibel iaitu 6 bulan + 6 bulan. Tempoh pajakan emas standard ialah 6 bulan dan lanjutan tempoh 6 bulan apabila pelanggan menyelesaikan tunggakan upah simpan 6 bulan standard.

6. Menerima pajakan pelbagai jongkong emas Public Gold LBMA yang berseal tanpa dibuka seal atau di uji ketulenan dengan berat sehingga gold bar 250g LBMA dan jongkong emas Pamp Suisse sehingga 100gm.

7. Dapat nilai pembiayaan atau pinjaman yang tinggi iaitu nilai pembiayaan sehari adalah RM50k dan jumlah nilai maksimun pembiayaan atau pinjaman terkumpul adalah RM100k bagi setiap pelanggan.

8. Menyediakan kemudahan membeli dan menjual emas Public Gold mengikut harga semasa. Jualan jongkong emas Public Gold di Arrahnu Pos adalah mengikut harga belian biasa atau retail price.

9. Perkidmatan yang pelbagai di mana menerima semua jenis emas untuk pajakan dengan sistem keselamatan yang canggih dan selamat dimana kesemua barang gadaian diinsuranskan serta menyediakan kemudahan membeli emas lama atau rosak dan mencuci barang kemas.

10. Perkhidmatan atau servis di Arrahnu Pos adalah pantas dan mesra.

beli-emas-public-gold-online

beli-emas-public-gold-online

Pajak emas di Arrahnu sebenarnya mempunyai risiko kerana perlu membayar upah simpan atau sebenarnya caj pinjaman dari pajakan emas. Jadi memajak emas mesti mempunyai alasan dan sebab yang munasabah dan tidak banyak dimana kita mampu membayar balik upah simpan atau menebus balik emas yang di gadaikan. Pinjaman wang pajakan hendaklah digunakan untuk membeli atau membuat sesuatu yang berfaedah. Saya memajak emas di Arrahnu adalah kerana ingin membeli emas murah kerana kejatuhan harga emas mendadak, jadi selepas dapat wang pinjaman pajakan saya terus membeli emas dinar secara online pada harga rendah. Masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila harga emas jatuh mendadak untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah atau nak guna duit untuk modal bisnes yang menguntungkan. Pantang larang paling penting, jangan pajak emas dan gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya seperti membeli kereta baru, penyaman udara baru dan sebagainya.

arrahnu-pos-malaysia

arrahnu-pos-malaysia

Arrahnu pos adalah tempat pajak emas pelaburan Public Gold seperti gold bar atau emas dinar LBMA yang berseal paling mudah, cepat dan selamat kerana Arrahnu Pos juga menjual dan membeli balik jongkong emas Public Gold. Namun pembelian emas di Public Gold mengikut harga retail emas, atau harga belian biasa terus dapat emas tanpa menjadi ahli Public Gold. Public Gold menyediakan peluang membeli emas harga murah dengan modal kecil iaitu melalui Program GAP iaitu program kumpul emas dimana harga emas GAP adalah lebih murah. Contoh, harga emas gold bar 1g 24k LBMA semasa kini adalah RM215 jika dibeli di semua arrahnu pos atau cawangan Public Gold, namun harga emas GAP hanya RM183 sahaja dan mendapat gold bar 1g 24K LBMA yang sama atau pelbagai jenis jongkong emas 24K LBMA didiktiraf dunia bebas gst. Klik CARA MEMBELI EMAS 1G PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk mula beli emas modal rendah minima RM100 atau 1g dan mengumpul emas fizikal.

Kredibiliti Public Gold sebagai pengeluar emas fizikal terbesar Malaysia tidak dapat di sangkal lagi dengan kepercayaan Arrahnu Pos Malaysia yang menerima pajakan gold bar LBMA bersarung tanpa di buka sarung atau diuji ketulenan emas dan menjual serta membeli emas Public Gold. Kini harga emas jatuh mendadak merupakan masa paling sesuai membeli emas Public Gold atau memajak emas untuk menambah emas. Arrahnu Pos malaysia menyediakan perkhidmatan menjual serta membeli emas Public Gold namun tidak menjadi ahli Public Gold dan tidak dapat membeli atau menjual emas secara online. Jadi klik PENDAFTARAN PERCUMA JADI AHLI PUBLIC GOLD untuk mula daftar ahli secara percuma dan boleh mula membeli emas Public Gold secara online

Inline
Inline