Posted in ILMU EMAS

SUSUNAN JENIS PELABURAN TERBAIK DI MALAYSIA

jenis pelaburan terbaik malaysia
jenis pelaburan terbaik malaysia

Susunan atau ranking jenis pelaburan terbaik di Malaysia melalui perbandingan risiko, kekuatan atau kelemahan 10 jenis pelaburan popular dan sah.

Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan merangkumi aset dalam bentuk ketara seperti hartanah atau aset kewangan tak ketara seperti sekuriti kewangan.

Pulangan pelaburan yang lebih baik boleh dinikmati jika membuat pelaburan yang bijak. Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan yang akan menghasilkan pulangan bersih yang lebih tinggi setelah di tolak kadar inflasi. Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Inflasi akan menyebabkan kemerosotan dalam kuasa membeli barangan. Contoh mudah mengira kemerosotan kuasa beli iaitu harga tea tarik tahun lepas ialah RM1.00 dan kini harga tea tarik ialah RM1.50, maka kemerosotan kuasa beli ialah 50% atau kadar inflasi ialah 50%. Sebenarnya nilai wang ringgit akan sentiasa merosot kuasa belinya dalam keadaan ekonomi biasa antara 10% hingga 15% setahun. Misalnya anda mempunyai wang simpanan RM100, bagaimana hendak memastikan wang simpanan itu menghasilkan pulangan yang lebih tinggi? Contoh, dengan mengandaikan kadar inflasi 10% setahun.

# Nilai wang RM100 jika disimpan di rumah selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 – RM10 inflasi iaitu RM90.
# Nilai wang RM100 jika disimpan di bank selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM3 (3% dividen) – RM10 (inflasi) iaitu RM93
# Nilai wang RM100 jika disimpan di ASB selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM8 (8% dividen) – RM10 (inflasi) iaitu RM98
# Nilai wang RM100 jika disimpan di Tabung Haji selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM6 (6% dividen) – RM10 (inflasi) iaitu RM96
# Nilai wang RM100 jika di beli emas selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM10 (10 % kadar tukaran RM ke dolar) – RM10 (inflasi) iaitu RM100 + % kenaikkan harga emas – % spread emas.. Harga emas adalah kalis inflasi dimana harga emas bergantung kepada peratus tukaran wang ringgit malaysia kepada dolar amerika.

Apakah Jenis Pelaburan Terbaik Untuk Tahun 2015 ? Tahun 2015 adalah tahun mencabar kerana kemelesetan ekonomi, cukai gst, kejatuhan nilai matawang terburuk di Asia dan terendah dalam tempoh 16 tahun dan sebagainya. Dalam kegawatan ekonomi ini, pilihan alternatif pelaburan sesuai dan membuat perancangan pelaburan dengan bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan dan seterusnya mendapat pulangan yang terbaik perlu dilakukan segera. Berikut saya senaraikan ranking pelaburan paling baik tahun 2015 berdasarkan pendapat peribadi saya setelah mempertimbangkan risiko, kelebihan, kelemahan pelaburan, keadaan krisis ekonomi, kejatuhan nilai ringgit malaysia dan pengalaman saya sendiri dalam bidang pelaburan di Malaysia.

RANKING JENIS PELABURAN TERBAIK MALAYSIA TAHUN 2015

pelaburan emas public gold
pelaburan emas public gold

1. PELABURAN EMAS DAN PERAK
Pelaburan emas dan perak paling sesuai melabur tahun 2015 kerana harga emas kini terendah dalam tempoh 5 tahun dan emas adalah pelindung, kalis inflasi dalam keadaan krisis ekonomi serta kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia. Klik HARGA EMAS TERMURAH DAN RAMALAN HARGA EMAS 2015.

Pelaburan emas dan perak terbahagi kepada 2 pilihan :
i). Akaun simpanan emas bank dalam buku simpanan seperti gold investment account, GIA Public Bank, Passbook Account Maybank, Kuwait Finance House dan sebagainya. Akaun simpanan emas terbaru dan pertama di Asia, program GAP adalah akaun simpanan emas public gold yang patuh syariah dimana membeli emas fizikal dan dapat mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa di cawangan public gold terdekat. Klik PERBANDINGAN AKAUN EMAS BANK BERBANDING AKAUN GAP PUBLIC GOLD

ii). Emas dan perak pelaburan seperti jongkong emas dan perak, syiling emas dinar dan syiling perak dirham. Contoh syarikat emas pelaburan sah dimana beli emas dapat emas ialah seperti emas GSR, dinar kelantan, powergold dan public gold. Syarikat pelaburan emas terbaik ialah public gold kerana harga emas termurah, emas tanpa cukai gst, peratus spread terendah, kemudahan urusniaga jual beli emas online dan sebagainya. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula melabur emas fizikal public gold dengan membeli apa-apa produk emas public gold, terus dapat emas dan terus jadi ahli public gold.

Kelebihan pelaburan emas : keuntungan lebih kurang 20% setahun, hanya perlukan modal yang rendah iaitu modal serendah RM100 untuk memulakan pelaburan emas program GAP public gold, emas boleh digadai atau dijual bila-bila masa, emas boleh diguna untuk pusingan modal perniagaan, kecemasan atau pelaburan lain dengan gadaian dan tak perlu berkerja.
Kekurangan pelaburan emas dan perak : Perlu simpan sendiri ditangan kecuali program GAP public gold.
Risiko pelaburan emas : tiada risiko walau harga emas turun, tidak rugi selagi tidak menjualnya.
Pengalaman dalam pelaburan emas : Authorised Master Dealer Public Gold, berpengalaman lebih 5 tahun dalam pelaburan emas fizikal public gold.

2. PELABURAN DALAM PERNIAGAAN
Pelaburan dalam perniagaan adalah membina perniagaan dengan modal sendiri atau perkongsian. Pelaburan dalam perniagaan paling menguntungkan perniagaan diurus dan dijaga dengan baik 9 daripada 10 rezeki adalah dari perniagaan.

Kelebihan pelaburan perniagaan : Keuntungan melebihi 100% setahun dan boleh diwarisi
Kelemahan pelaburan perniagaan : Perlukan tapak perniagaan, modal besar di permulaan perniagaan, tenaga, masa, usaha dan kerja keras
Risiko pelaburan : Kerugian jika barangan atau perkhidmatan tidak laku.

pembekal garam gu awa 593
pembekal garam gu awa 593

Pengalaman dalam perniagaan : Pengalaman saya dalam perniagaan dengan membina perniagaan perkongsian dengan saudara GU AWA 593 semenjak tahun 2005 hingga kini iaitu syarikat pembekal garam kasar dan halus ke kedai runcit, kilang, ladang pertanian dan sebagainya. Klik GU AWA 593 PEMBEKAL GARAM. Nasihat perniagaan mesti diurus dengan baik akan mendapat keuntungan yang lumayan dengan menjauhi  pembelian atau penjualan secara berhutang.

3. PELABURAN HARTANAH
Pelaburan dalam bidang hartanah adalah pelaburan yang paling menguntungkan dan risiko rendah, cuma memerlukan modal yang tinggi. Pelaburan hartanah dan property ini melibatkan urusniaga jual beli atau sewa tanah, rumah kediaman, lot kedai, kilang, resort atau homestay.

Kekuatan pelaburan hartanah : Keuntungan melebihi 20% setahun
Kekurangan pelaburan hartanah : Perlukan modal besar, susah di cairkan, pengurusan remeh serta mengambil masa yang panjang dan perlu berkerja.
Risiko pelaburan hartanah : harga pasaran hartanah jatuh, kerugian bila gagal mendapatkan pembeli atau penyewa baru.
Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman saya membeli tanah, jual lot kepada saudara dan rakan dan pecah lot tanah. Modal besar diperlukan dan proses pecah lot tanah mengambil masa setahun untuk di selesaikan.

4. PELABURAN KOPERASI
Pelaburan di koperasi atau bank koperasi seperti Bank Rakyat paling menguntungkan berbanding pelaburan dana amanah kerana mendapat pulangan lebih kurang 15% setahun.

Kelebihan pelaburan koperasi : Keuntungan lebih kurang 15% setahun
Kelemahan pelaburan koperasi : Susah untuk melabur kerana perlu menjadi anggota dan limit pelaburan yang sedikit serta tunggu giliran untuk tambah pelaburan. Kini buat loan bank rakyat pun tak boleh beli saham koperasi bank rakyat dan limit hanya Rm500 sahaja seorang.
Risiko pelaburan : Tiada risiko dan selamat
Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman melabur dalam koperasi bank rakyat, tak dapat tambah modal pelaburan walaupun membuat pinjaman wang bank rakyat hanya dapat menambah modal pelaburan sebanyak RM500 sahaja.

5. PELABURAN UNIT AMANAH
Pelaburan dana amanah dari PNB permodalan nasional berhad seperti ASB, ASW, ASN, AS 1Malaysia adalah pelaburan yang selamat, konsisten dan stabil untuk bumiputera Malaysia.

Kelebihan pelaburan dana amanah : Pulangan dividen lebih kurang 8% setahun, boleh membuat penambahan atau pengeluaran bila-bila masa, ASB dan ASW boleh buat Overdraf (OB) atau kemudahan loan amanah saham dan mudah kerana tidak perlu berkerja.
Kekurangan pelaburan dana amanah : Dapat dividen setahun sekali
Risiko pelaburan : Tiada risiko dan selamat
Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman melabur dalam ASB, ASD dan pernah buat loan pinjaman ASN. Saya telah menjual pinjaman loan ASN saya dulu setelah cukup tempoh 10 tahun, pulangannya pinjaman ASN atau ASB tidak berbaloi kerana kita perlu cover faedah pinjaman, jadi jika mahu melabur dalam pelaburan ASB atau ASN lebih baik menyimpan terus sedikit demi sedikit dari membuat pinjaman loan ASB.

6. PELABURAN TABUNG HAJI
Pelaburan tabung haji adalah simpanan wang dalam Tabung Haji bertujuan untuk menunaikan haji di Mekah.

Kelebihan pelaburan tabung haji : Pulangan 6% setahun bebas zakat, kemudahan pergi haji.
Kekurangan pelaburan tabung haji : Pulangan terlalu rendah daripada kadar inflasi
Risiko pelaburan : Tiada risiko dan selamat
Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman menyimpan sedikit wang dalam tabung haji untuk beratur daftar haji.

7. PELABURAN SAHAM AMANAH
Pelaburan dana saham amanah atau unit trust fund dari bank seperti public mutual, CIMB atau Maybank. Mula melabur akan terus dikenakan kos pengurusan atau yuran 5.5% dari jumlah pelaburan iaitu jika melabur RM100, kita sebenarnya hanya melabur RM94.5 sahaja.

Kelebihan pelaburan saham amanah : Pulangan tinggi hingga 20% setahun JIKA bernasib baik membeli unit trust yang baik selepas 5 tahun.
Keburukkan pelaburan amanah saham : Harga saham jatuh, tak dapat dividen dan dan kerugian jika menjual pada harga rendah, pulangan dividen rendah dalam tempoh 5 tahun pertama dan kelambatan mendapat wang jualan saham amanah iaitu mengambil masa lebih kurang seminggu.
Risiko pelaburan saham amanah : Risiko sederhana atau kerugian bergantung kepada dana unit trust fund yang dipilih. Contoh dana amanah PCIF public mutual mengalami kerugian kerana harga saham jatuh.

agen public mutual
agen public mutual

Pengalaman dalam pelaburan saham amanah : Pengalaman melabur dalam dana amanah Public Mutual ittikal dan sebagainya. Pulangan tidak memberangsangkan bagi 5 tahun pertama. Pernah menjadi perunding amanah public Mutual.

9. PELABURAN INSURAN
Pelaburan serta perlindungan diri insuran bertujuan untuk melindungi diri, harta dan aset seandainya kita dilanda malapetaka atau musibah. Bayaran insuran terpaksa dibayar secara berkala setiap bulan. Bayaran yang dibayar setiap bulan sebahagian sahaja untuk pelaburan, bahagian utama adalah untuk perlindungan, kos pengurusan dan sebagainya.

Kelebihan pelaburan insuran : Perlindungan diri
Kekurangan pelaburan insurans : Pulangan dividen sedikit daripada sebahagian pelaburan yang dibayar, susah untuk claim atau tuntut kos rawatan dan sebagainya.
Risiko pelaburan : Risiko sederhana kerana hanya hanya sebahagian dari bayaran diguna untuk pelaburan dan kerugian jika berhenti awal atau tidak mendapat rawatan.
Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman memegang polisi insuran prudential, arab malaysia dan takaful kerana pujukkan agen insuran terdiri dari saudara dan kawan. Kini hanya tinggal insurans prudential bsn kerana ia mempunyai kad rawatan. Telah menghentikan insurans arab malaysia dan takaful dimana pulangan selepas membayar insuran amat mendukacitakan. Contoh terbaru, telah hentikan insuran anak setelah memegang polisi insuran selama hampir 5 tahun dengan bayaran RM130 sebulan. Jumlah bayaran RM130 X 60 iaitu lebih kurang RM7300, pulangan balik yang diperolehi setelah berhenti hanya dapat lebih kurang RM1000 sahaja. Mengikut kakitangan insuran, peratus pelaburan dari bayaran insurans bulanan akan lebih banyak selepas 5 tahun memegang polisi insurans. Langkah saya berhentikan insuran anak adalah untuk mengantikan dengan pelaburan emas program GAP public gold iaitu MEMBELI EMAS 1 GRAM EMAS PROGRAM GAP PUBLIC GOLD setiap bulan untuk pelaburan anak.

9. PELABURAN SAHAM
Pelaburan Saham juga merupakan antara pelaburan yang berisiko tinggi namun dapat menjana keuntungan yang lebih lumayan berbanding pelaburan yang berisiko rendah.

Kelebihan pelaburan saham : Pulangan tinggi
Kelemahan pelaburan saham : Perlukan ilmu
Risiko pelaburan : Risiko tinggi dan Kerugian jika tiada ilmu atau tersilap pilih saham.
Pengalaman dalam pelaburan : Tiada pengalaman.

10. PELABURAN MATA WANG ASING FOREX
Pelaburan Tukaran Matawang Asing (Forex) merupakan jenis pelaburan yang sangat berisiko tinggi tapi boleh memberikan keuntungan yang cepat dan lumayan sekiranya mempunyai ilmu analisa graf forex, namun boleh mendatangkan kerugian dalam kuantiti yang besar.

Kelebihan pelaburan matawang asing : Pulangan tinggi dan cepat
Keburukkan pelaburan forex : Kerugian yang besar dan cepat, urusniaga dalam dolar amerika dan pemindahan wang dolar kepada wang ringgit malaysia mengambil masa beberapa hari dan hanya bank tertentu sahaja seperti maybank yang boleh membuat pemindahan wang.
Risiko pelaburan : Risiko tinggi dimana hanya anggaran 15% sahaja yang berjaya dalam pelaburan forex.
Pengalaman dalam pelaburan forex : Berpengalaman menjalankan urusniaga forex melalui instaforex dan kerugian hanya beberapa hari sahaja kerana kurang ilmu forex.

Simpanan wang di bank bukanlah termasuk kategori jenis pelaburan terbaik kerana pulangan dividennya terlalu rendah iaitu tidak lebih 3% setahun, sesuai untuk simpanan sementara kerana gaji masuk dalam akaun bank dan kerugian dari caj keluarkan wang dari ATM bank berlainan.

Susunan pelaburan terbaik di atas adalah ranking peribadi saya sahaja. Semua pelaburan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dan setiap orang berbeza pendapat berdasarkan ilmu, modal, masa, kepakaran masing-masing. Jika anda mempunyai masa, modal dan usaha, pelaburan terbaik adalah dengan membuka perniagaan sendiri, jika anda mempunyai modal yang besar, lebih baik memilih pelaburan hartanah yang menguntungkan atau jika mempunyai ilmu analisis graf matawang asing, boleh memilih pelaburan matawang asing forex sebagai pelaburan terbaik.

Perkara paling penting dalam pelaburan ialah pelaburan ilmu dan pelaburan akhirat. Pelaburan ilmu adalah mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu pelaburan dan jangan lupa pelaburan akhirat dengan memilih pelaburan yang menepati kehendak syariah. Pelaburan yang mesti dijauhi adalah pelaburan haram, skim ponzi atau skim cepat kaya yang sememangnya akan menjadi cepat miskin dan tidak patuh syariah.

petikan warren buffett
petikan warren buffett

Mengikut Warren Buffet iaitu pelabur paling berjaya di dunia iaitu “don’t put all egg in one basket” bermaksub “Jangan letak semua telur dalam satu bakul” bermaksub kita sepatutnya pelbagaikan pelaburan mengimbangi risiko dalam pelaburan, namun kepelbagaian berlebihan juga tidak baik kerana menyebabkan kekurangan fokus dan pulangan. Klik melihat RAHSIA KEJAYAAN WARREN BUFFETT DALAM PELABURAN. Salah satu jenis pelaburan terbaik yang mesti dipilih adalah pelaburan emas fizikal sebagai perlindungan harta, insurans kecemasan atau untuk pusingan modal pelaburan lain.

Sekian, semua yang baik datang dari Allah dan segala kekurangan, kesilapan, kelemahan adalah dari diri saya. Maaf Zahir Batin dan selamat hari raya Aidiladha