Posted in EMAS BERITA TERKINI

MAKLUMAT DAN PERKEMBANGAN TERBARU PELABURAN EMAS

maklumat perkembangan terbaru public gold
maklumat perkembangan terbaru public gold

Maklumat dan perkembangan terbaru pelaburan emas Public Gold mengenai produk pelaburan emas terbaru, cawangan baru, info dan berita terbaru Public Gold 2016.

Public Gold telah berkembang dengan pesat semenjak ia di tubuhkan pada tahun 2008 menjadikan Public Gold adalah syarikat Pelaburan emas fizikal terbesar di Malaysia yang mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia. Keistimewaan Public Gold sebagai pusat jual beli emas utama Malaysia kerana mengeluarkan emas pelaburan termurah tanpa cukai gst dengan kemudahan pembelian dan penjualan emas secara online yang telus mengikut harga emas dunia. Berita dan perkembangan terbaru mengenai Public Gold menunjukkan kemajuan pesat dalam perniagaan emas Public Gold yang telah berkembang bukan sahaja dalam Malaysia tetapi hingga ke negara luar. Kejayaan Public Gold adalah kerana konsep perniagaan yang mengutamakan pelanggan, kecekapan dalam pengurusan dan kerjasama erat antara ahli, pengedar emas dan pengurusan Public Gold.

Antara perkembangan terkini mengenai Public Gold dalam pelaburan emas fizikal pada tahun 2016 yang saya ketahui sebagai makluman.

PERKEMBANGAN DAN BERITA TERBARU PUBLIC GOLD :

1.CAWANGAN BARU PUBLIC GOLD

Public Gold telah berkembang maju dengan pertambahan, pembinaan dan perpindahan cawangan baru Public Gold iaitu :

A) PERPINDAHAN CAWANGAN PUBLIC GOLD KELANTAN DI BANGUNAN SENDIRI

cawangan baru public gold kelantan
cawangan baru public gold kelantan

Public Gold branch Kelantan telah berpindah ke bangunan sendiri dan telah memulakan opeasi pada 1 ogos 2016. Cawangan Public Gold Kelantan yang baru merupakan cawangan Public Gold paling menarik, luar biasa dan tercantik pada bangunan tiga tingkat masterskills di Lot 342, Seksyen 21, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bahru, 15200 Kota Bahru, Kelantan. Cawangan Public Gold kelantan menempatkan operasi jual beli emas, arrahnu koperasi dagang emas, bilik seminar dan sebagainya. Arrahnu Public Gold iaitu Koperasi Dagang Emas merupakan arrahnu pertama di Malaysia yang dapat memajak jongkong perak selain daripada emas.

Saya masih ingat pada akhir tahun 2011, Dato Wira Louis Ng iaitu Pengasas Public Gold telah menjemput master dealer Public Gold Kelantan untuk perbincangan pembelian bangunan Masterskill di Hotel Renaissance. Semua Master dealer Kelantan bersetuju dan menyokong pembelian bangunan 3 tingkat tersebut kerana merupakan bangunan yang cantik, luas dan paling strategik berada di jalan utama kota Bharu.

B) CAWANGAN PUBLIC GOLD INDONESIA

public gold indonesia
public gold jakarta indonesia

Cawangan Public Gold Indonesia beroperasi dengan rasmi pada bulan Ogos 2016 setelah pengubahsuaian bangunan dan Public Gold telah menghantar staff ke Jakarta, Indonesia. Public Gold sememangnya berkembang dengan agresif dan berkembang maju iaitu daripada 18 cawangan public gold di Malaysia, Singapura dan kini telah berada di Indonesia. Public gold ingin setiap rakyat Indonesia memiliki mata wang yang tertulen di dunia iaitu emas dan menikmati manfaat daripada reka bentuk ekslusif emas pelaburan Public Gold sebagai koleksi atau simpanan yang abadi, jitu dan berkekalan iaitu emas Public Gold. Public Gold indonesia boleh di lawati di laman web korporat pblic gold indonesia iaitu di www.publicgold.co.id

C) PERPINDAHAN CAWANGAN PUBLIC GOLD AMPANG

public gold new ampang branch
public gold new ampang branch

Cawangan Public Gold Ampang telah berpindah bulan Julai 2016 ke tempat yang lebih strategik bagi keselesaan pelanggan. Cawangan baru Public Gold ampang juga menyediakan perkhidmatan arrahnu public gold iaitu Arrahnu KDE, Koperasi Dagang Emas untuk kemudahan memajak jongkong emas dan perak. Cawangan public gold ampang telah berpindah ke lokasi baru di alamat no 12, Jalan Dagang 1/1A, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor.

2. KURSUS BERNIAGA EMAS PUBLIC GOLD, JLT KALI KE 5

latihan usahawan emas
latihan usahawan emas

Kursus berniaga emas dan perak Public Gold iaitu JutawanEmas Leadership Training ke-5 telah diadakan pada 5-7 Aug 2016 di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik Pahang. Kursus JLT ini dihadiri seramai lebih kurang 60 pengedar emas Public Gold untuk latihan kemahiran, teknik berniaga, motivasi serta maklumat terkini pelaburan emas Public Gold bersama Pengasas Public Gold sendiri serta pakar-pakar emas dan Master Dealer Public Gold seluruh Malaysia. Saya dapati ramai pengedar emas yang hadir kursus JLT berkali-kali untuk mendapat kemahiran dan maklumat terkini kerana modul kursus JLT sentiasa berbeza. Klik LATIHAN BERNIAGA EMAS KURSUS JLT PUBLIC GOLD untuk maklumat tentang kursus.

pengedar emas public gold
pengedar emas public gold

Hubungi dealer Public Gold berdekatan untuk bertemu muka, bertanya maklumat atau membeli emas dan perak Public Gold daripada pengedar emas Public Gold yang telah berjaya menamatkan kursus JLT ke 5 seperti Authorised Public Gold dealer Jeli Kelantan En Hassan 0136462904, Dealer public gold Kuala Lumpur seperti azniza 0172447400 serta pasangan dealer public gold Kuala Lumpur yang bersemangat,

dealer public gold kuala lumpur
dealer public gold kuala lumpur

datin dr mardziah 013-3215240, nurul aini alias 016-2182602.

3. PRODUK EMAS DAN PERAK TERBARU PUBLIC GOLD

Public Gold new product
Public Gold new product

Public Gold bukan sahaja pengeluar emas tetapi pereka bentuk emas pelaburan untuk syarikat-syarikat perniagaan di malaysia atau luar negara. Kelebihan ini membolehkan Public Gold sentiasa mengeluarkan emas pelaburan terbaru dan terkini. Produk emas Public Gold terbaru adalah gold bar 1g Merdeka 24K lbma bebas gst mula dijual sebagai kenangan kemerdekaan Malaysia ke 60.

Berita terkini adalah pengeluaran gold bar dan emas dinar terbaru untuk Arrahnu Pos yang boleh dimiliki di semua cawangan Public Gold atau Arrahnu Pos seluruh Malaysia. Koleksi eklusif dari Pos Malaysia merupakan pengeluaran gold bar dan emas dinar 999.9 lbma bebas gst pertama di dunia daripada hab penghantaran pos.

Public Gold juga merupakan syarikat emas pertama Malaysia yang mengeluarkan jongkong perak dan syiling dirham perak diiktiraf dunia, lbma yang bebas cukai gst di Malaysia.

Gold bar 1g 24k lbma wedding bentuk terbaru tema perkahwinan juga telah di keluarkan khas sebagai hadiah perkahwinan kepada pengantin baru. Pastinya hadiah emas kepada saudara mara pengantin baru akan memberi kesan yang amat mendalam berbanding hadiah barangan kerana hadiah emas akan sentiasa di simpan dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Cara mendapatkan produk emas dengan harga murah dan terbaru adalah dengan mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP (Gold Accumulation Program). Semua produk emas LBMA public gold boleh dikeluarkan dari akaun gap. Lagi lama emas berada dalam akaun GAP, lagi murah gold bar atau emas dinar yang akan dimiliki kerana harga emas gap lebih murah daripada belian emas biasa. Contohnya, harga emas 1g hari ini iaalah RM188 saja, tapi jika belian normal terus dapat emas harganya ialah RM215. Jadi, saya syorkan mula membeli dan menyimpan emas GAP dengan HANYA MODAL RM100 atau beli emas 1g untuk memiliki jongkong emas pelaburan fizikal yang murah dan terbaru. Klik segera CARA MEMBELI EMAS PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk panduan membeli dan menabung emas melalui program GAP.

4. KEMUDAHAN JUAL BELI EMAS

master dealer dan pengasas public gold
master dealer dan pengasas public gold

Public Gold kini mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia akan memberi lebih kemudahan kepada pelanggan Public Gold melalui usahasama dengan Arrahnu Pos Malaysia. Kini arrahnu pos hanya agen korporat Public Gold yang menjual emas public gold, berita terkini yang di sampaikan oleh founder Public Gold, dato wira Louis Ng semasa program lawatan dan pertemuan dengan dealer di semua cawangan Public Gold termasuk cawangan public gold baru Kelantan. Menurut beliau, Arrahnu pos juga akan memberi kemudahan untuk menjual dan membeli emas Public Gold dalam masa terdekat untuk kemudahan ahli Public Gold jual beli emas dengan mudah. Secara tidak langsung menjadikan cawangan public gold bertambah iaitu menjadi hampir 100 dimana 65 dari cawangan arrahnu pos dan 19 cawangan Public Gold.

5. PROGRAM ORIENTASI SIP SALES INCENTIVE PROGRAM

program orientasi public gold
program orientasi public gold

Program orientasi Sales Incentive Program, SIP adalah program orientasi mengenali Public Gold dengan melawat Ibu pejabat Public Gold, PG gold muzium iaitu muzium emas pertama Malaysia, Public Safe iaitu peti simpanan emas pertama Malaysia, Arrahnu public gold iaitu Arrahnu KDE, Koperasi Dagang Emas, pengalaman menaiki kereta mewah dan bot cruise dan sebagainya terbuka kepada semua ahli dan dealer Public Gold. Program SIP bulan Ogos akan diadakan pada 20 hingga 21 Ogos 2016. Bagi ahli atau pengedar emas berminat boleh mendaftar di cawangan Public Gold berdekatan. Klik PROGRAM ORIENTASI PUBLIC GOLD SIP untuk maklumat dan pengalaman menyertai program orientasi sip Public Gold.

6. SEMINAR EMAS PERCUMA PUBLIC GOLD

seminar emas percuma
seminar emas percuma

Public Gold merupakan satu-satunya syarikat emas yang melahirkan ramai dealer emas iaitu ilmuan emas dengan memberikan ceramah atau seminar emas percuma di seluruh cawangan Public Gold. Disamping memberi maklumat dan pengetahuan tentang emas pelaburan, public gold menyediakan cabutan bertuah dan jualan murah “fire sales”. Semasa pendaftaran seminar percuma Public Gold jangan lupa menulis nama introducer, Mohd Zaidi Junus dan Kod Pg introducer PG001425.

Mega seminar percuma seluruh Malaysia pada bulan ogos seperti jadual di atas atau hubungi cawangan public gold berdekatan untuk maklumat lanjut.

7. PROMOSI MENJADI PENGEDAR EMAS PUBLIC GOLD

Peluang terbuka untuk menjadi pengedar emas tanpa yuran atau caj pada bulan ogos melalui Promosi Merdeka 2016 sehati sejiwa. Cepat jadi pengedar emas untuk menceburi perniagaan emas public gold untuk menjana pendapatan aktif dan pasif untuk sepanjang hayat. Klik PROMOSI JADI AGEN PUBLIC GOLD OGOS 2016 untuk maklumat membeli emas dan menjadi dealer Public gold tanpa yuran.

8. BILANGAN AHLI PUBLIC GOLD TERKINI

pengedar emas baru public gold
pengedar emas baru public gold

Jumlah ahli dan dealer Public Gold terkini sudah melebihi 76 ribu orang dan merupakan syarikat emas pelaburan yang mempunyai pelanggan yang paling ramai di Malaysia. Bilangan ahli public gold terbaru boleh didapati daripada nombor pada kod pg pendaftaran ahli atau dealer terkini.

Zaman sekarang adalah zaman yang penuh cabaran kerana kenaikkan harga barang, kenaikkan harga minyak, kenaikkan tol, parking dan sebagainya menyebabkan kos hidup meningkat. Kita sentiasa tidak cukup wang, jadi tindakan terbaik adalah mendisiplinkan diri membeli emas 1g sebulan untuk pelaburan, perlindungan, insurans, tabung kecemasan dan penyelamat kejatuhan wang serta inflasi. Kini harga emas dunia masih rendah, namun kerana kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia menyebabkan harga emas Malaysia tinggi. Mula menabung emas sekarang untuk masa depan, HANYA RM100 atau beli gold bar 1g 24k lbma untuk mula menyimpan emas dengan whatsapp 019-9185593, Master dealer Public Gold atau boleh DAFTAR PERCUMA MENJADI AHLI PUBLIC GOLD.