Posted in EMAS BERITA TERKINI

PANDUAN UMRAH TIPS MUDAH DAN RINGKAS

Panduan Umrah Tips Mudah Dan Ringkas
Panduan Umrah Tips Mudah Dan Ringkas

Panduan umrah tips mudah dan ringkas cara menunaikan umrah dengan syarat, larangan, rukun dan tips penting mengerjakan umrah dan ziarah di madinah dan mekah

Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah adalah fardhu seperti Haji dari pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Maka umat islam berkemampuan mestilah menunaikan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Umrah sebenarnya sangat mudah dilakukan dan sebenarnya hanya mengambil masa sehari. Panduan mudah dan ringkas menunaikan umrah dan tips umrah dan ziarah dari pengalaman sendiri menunaikan umrah bersama keluarga termasuk membawa ibu berkerusi roda boleh dijadikan panduan bagi yang ingin menunaikan umrah pertama kali.

PANDUAN SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH

Sebelum menunaikan umrah di Mekah, perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat umrah ialah

  • Mengerat kuku, merapikan janggut, misai dan rambut, menanggalkan bulu-bulu ketiak, gosok gigi dan sebagainya.
  • Mandi sunnat ihram
  • Mengambil Wuduk
  • Memakai Pakaian Ihram Selepas Mandi Sunat Ihram
  • Solat Sunat Ihram yang boleh dilakukan di hotel atau di Migat sebelum niat ihram.

Selepas itu Jemaah umrah akan menaiki bas untuk ke Mekah dan berhanti di Miqat Bir Ali untuk niat ihram dan solat sunat ihram. Niat ihram di Miqat (sempadan) untuk memasuki Mekah bergantung kepada ketibaan sampai di Mekah sama ada dengan bas dari madinah atau dengan kapalterbang dari Malaysia. Jemaah umrah dari Malaysia yang terus ke Makkah di lakukan di atas kapal terbang iaitu lafaz niat di Miqat Qarnul Manaazil iaitu lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah.

Miqat Bir Ali Mekah
Miqat Bir Ali Mekah

Bagi Jemaah umrah yang mendarat di Madinah seperti saya, akan menaiki bas lebih kurang 2 jam dan lafaz niat ihram dilakukan di miqat Bir Ali. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan. Klik PENGALAMAN MENGERJAKAN UMRAH DI MEKAH untuk maklumat pengalaman sebenar mengerjakan umrah dan ziarah.

PANDUAN MENUNAIKAN UMRAH

Panduan menunaikan umrah iaitu bermula dari melakukan DUA perkara wajib umrah (perkara wajib di lakukan, jika tidak di lakukan umrah sah tetapi dikenakan dam) dan menyelesaikan rukun umrah di Mekah. Setelah sampai di Miqat yang sudah lengkap berpakaian ihram, melakukan perkara wajib untuk menunaikan umrah ialah :

PERKARA WAJIB UMRAH :

  1. Niat ihram di Miqat

Niat نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى atau boleh niat dalam bahasa melayu “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala”

  1. Menjaga larangan ihram.

Setelah melafazkan niat ihram yang lengkap berpakaian ihram, maka mesti melakukan 5 rukun umrah di Mekah dan meninggalkan larangan ihram.

LARANGAN SEMASA IHRAM

Terdapat 13 larangan semasa ihram dan jika dilakukan dikenakan dam.

  1. Pakai sarung tangan
  2. Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
  3. Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
  4. Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
  5. Kerat (atau potong) kuku
  6. Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
  7. Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
  8. Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
  9. Jimak atau bersetubuh
  10. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
  11. Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum (Tambahan untuk lelaki sahaja)
  12. Tutup kepala atau sebahagian darinya seperti kopiah atau topi (Tambahan untuk lelaki sahaja)
  13. Tutup muka atau macam pakai purdah. (Tambahan untuk wanita sahaja)

Setelah tiba di hotel penginapan, sebaiknya terus ke masjidil haram untuk melakukan 5 rukun umrah seperti di bawah.

RUKUN UMRAH

Setelah melakukan niat ihram dengan pakaian lengkap ihram dan tiba di hotel penginapan di Mekah, sebaiknya terus ke Masjidil Haram untuk menunaikan 5 rukun umrah bagi menjaga 13 perkara larangan ihram untuk mengelak dikenakan dam. Rukun umrah ada 5 perkara, dengan berpakaian ihram terus ke Masjidil Haram mekah untuk melakukan tawaf, sai, tahalul dan tertib bagi melengkapkan umrah seperti rukun umrah di bawah.

Panduan Umrah
Panduan Umrah
  1. IHRAM

Memakai pakaian ihram dimana bagi lelaki terdiri dari 2 lembar kain yang tidak berjahit manakala bagi wanita pakaian ihram lebih bebas tetapi disunatkan yang berwarna putih, yang penting menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan mereka, yang penting tidak ada jahitan.

Dengan berpakaian ihram menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf, sai dan tahalul dengan tertib atau berturutan.

  1. TAWAF

Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.

Syarat sah tawaf:

  • Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
  • Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
  • Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
  • Badan suci dari najis.
  • Menutup aurat.
  • Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.

Setelah selesai tawaf, di sunatkan sembahyang tawaf di ruang sembahyang yang disediakan untuk melakukan rrukun umrah ke tiga iaitu sai.

  1. SAI

Berjalan berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali.

Syarat sah saie ialah Dilakukan selepas tawaf, Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie, Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah, Genap dan sempurna bilangan 7 kali, Dari kaki bukit ke kaki bukit dan Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

Setelah selesai melakukan sai iaitu berjalan berulang alik sebanyak 7 pusingan, boleh terus tahalul dengan mengunting sebahagian rambut (digunting oleh orang lain yang sudah bertahalul) atau sebaiknya ke kedai cukur rambut untuk bercukur atau tahalul.

  1. TAHALUL

Mencukur atau gunting sebahagian rambut di kepala setelah selesai Sai menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Tahallul bagi wanita atau perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai. Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.

  1. TERTIB

Melakukan rukun umrah ikut turutan. Kita perlu ikut tertib umrah dari niat sampailah bercukur.

Setelah menyelesaikan umrah, barulah dapat menanggalkan baju ihram iaitu tamat pantang larang dalam ihram.

Sudah selesai umrah pertama, seterusnya boleh melakukan tawaf sunat atau umrah yang berikutnya seperti turutan di atas.

TIPS UMRAH DAN ZIARAH

Umrah dan ziarah di Madinah dan Mekah mengambil masa seminggu lebih. Tips penting semasa menunaikan umrah dan ziarah

Tips Menunaikan Umrah
Tips Menunaikan Umrah
  1. Tips Keperluan Umrah

Barang keperluan pergi umrah jangan bawa banyak sekadar bawa saja pakaian yang ada, yang utama adalah kain ikhram kerana mudah mendapat barang keperluan atau pakaian semasa berada di madinah atau Mekah. Sebaiknya bawa lebih beg kosong kerana kebiasaannya Jemaah akan membeli banyak cenderamata untuk di bawa pulang.

Barang keperluan paling penting mesti dibawa adalah ubat ubatan kerana keadaan cuaca berlainan boleh menyebabkan kena sakit. Kunci utama untuk mengerjakan ibadah umrah dengan baik dan optima adalah kesihatan yang baik, jadi wajib menjaga kesihatan yang baik apabila berada di Mekah dan Madinah.

  1. Tips Persiapan Fizikal

Umrah dan ziarah memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi kerana perlu berjalan untuk melakukan pelbagai ibadah. Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan tawaf serta saie dimana jarak perjalanan melakukan Saie saja lebih kurang 3 km (Jarak Bukit Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter, berulang alik 7 kali bersamaan 2, 940 meter atau lebih kurang 3 km). Saya membeli vitamin tenaga iaitu vitamin E untuk tambah tenaga bagi persiapan fizikal melakukan umrah.

  1. Cara Solat Jenazah
Panduan Solat Jenazah
Panduan Solat Jenazah

Solat Jenazah dilakukan setiap selepas solat fardhu di Madinah atau Mekah, jadi perlu tahu cara menunaikan solat jenazah.

  1. Tips Umrah Berkerusi Roda
Tips Umrah Berkerusi Roda
Tips Umrah Berkerusi Roda

Saya membawa keluarga bersama ibu yang berkerusi roda menunaikan umrah, jadi sebaiknya bawa kerusi roda sendiri untuk kemudahan umrah dan ziarah. Sememangnya hotel tertentu atau air port menyediakan kerusi roda, tapi susah dan pengurusan remeh mendapatkan kerusi roda. Kawan yang tidak membawa kerusi roda untuk ibunya yang uzur membeli kerusi roda di madinah untuk kemudahan dan kelincinan perjalanan umrah dan ziarah.

  1. Panduan Tawaf Dan Sai

Tawaf dan saie memerlukan kekuatan fizikal, terdapat 3 kaedah melakukan tawaf dan Saie untuk menunaikan umrah, tawaf sunat atau umrah badal bagi Jemaah yang uzur atau tidak berdaya.

Tiga Kaedah Tawaf dan saie :

Panduan tawaf dan Saie
Panduan tawaf dan Saie

1.Tawaf Atau Sai Berjalan Kaki

Bagi yang sihat boleh berjalan kaki untuk tawaf dan saie.

  • Kebaikkan : free dan jarak dekat
  • Kekurangan : letih dan sakit kaki
  • Lokasi : level bawah kaabah
  1. Tawaf Atau Sai Berkerusi roda

Bagi yang uzur boleh guna kerusi roda, Cuma jarak tawaf lebih jauh. Boleh guna kerusi roda sendiri atau upah orang menolak kerusi roda untuk sae dengan bayaran 100 rial.

  • Kebaikkan : tidak sibuk
  • Kekurangan : Jarak perjalanan jauh
  • Lokasi : Level 2 masjidil haram
  1. Tawaf Atau Sai Menaiki Skuter

Bagi yang keuzuran atau letih dan sebagainya boleh guna skuter.

Saya dan isteri guna skuter untuk tawaf dan sae badal untuk arwah ibubapa…

  • Kebaikkan : tanpa guna tenaga dan dapat berdoa dengan tenang
  • Kekurangan : Kena bayar
  • Bayaran skuter : 50 rial seorang untuk tawaf dan 100 rial bagi tawaf dan sae. Terdapat 2 jenis skuter untuk seorang atau berdua.
  • Lokasi : level 3 masjidil haram
  1. Umrah Badal
Umrah Badal Guna Skuter
Umrah Badal Guna Skuter

Umrah Badal adalah umrah yang dilakukan untuk orang yang tidak berdaya melakukan umrah atau telah meninggal dunia. Saya dan isteri telah melakukan umrah badal untuk arwah bapa dan ibu masing-masing menggunakan skuter. Niat umrah badal iaitu “Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Untuk (Nama Arwah/Yg Uzur) Dan Berihra Dengannya Kerana Allah Taala”

  1. Kelebihan Ibadah Umrah

Umrah adalah untuk melakukan ibadah umrah dan ziarah bagi mendekatkan diri kepada Pencipta. Semasa menunaikan umrah, penuhi masa untuk beribadah, berdoa dan beriktikaf di masjid utama yang berganda-ganda kelebihan dan pahala. Kelebihan solat di Masjidil Haram adalah bersamaan 100,000 kali solat ditempat lain dan kelebihan solat di Masjid Nabawi di Madinah bersamaan 1,000 solat di tempat lain.

 “Kelebihan  Solat Didalam Masjdil Haram Bersamaan Dengan 100,000 Solat (Ditempat Lain) , Dan Solat Didalam Masjidku Ini (Masjid Madinah) Bersamaan 1,000 Solat. Dan Solat Di Masjid Al-Aqsa Bersamaan 500 Solat” – Riwayat Tabrani.

“Orang Yang Mengerjakan Haji Dan Umrah Adalah Tetamu Agong Kepada Allah SWT, Sekiranya Mereka Memohon Doa Kepada-Nya Nescaya Allah SWT Perkenankan Doa Mereka, Sekiranya Mereka Memohon Keampunan-Nya Nescaya Allah SWT Ampunkan Mereka” – Riwayat Bukhari dan Muslim

  1. Tips Keselamatan
Tempat Simpan Barang Di Masjid Nabawi
Tempat Simpan Barang Di Masjid Nabawi

Pelbagai kaum dan bangsa dari pelbagai negara yang menunaikan ibadah umrah. Keselamatan diri dan harta benda hendaklah di jaga. Keperluan diri seperli dompet, selipar atau kerusi roda hendaklah di bawa bersama semasa beribadah. Dalam Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil haram di Mekah telah disediakan tempat menyimpan selipar, jadi bawa bersama selipar atau kerusi roda dan diletakkan di tempat yang disediakan berdekatan kita solat. Contohnya, selipar ibu saya hilang dan kerusi roda juga lesap walaupun telah di letakkan di tempat polis pengawal di masjidil haram.

  1. Tips Bersedekah

Bersedekah di Madinah dan Mekah banyak ganjaran pahala, namun tips bersedekah untuk keselamatan dan keamanan bersedekah adalah menyalurkan sedekah untuk golongan atau tempat tertentu. Contohnya, isteri saya beri sedekah kepada peminta sedekah berpakaian jubah hitam di hadapan Masjid Nabawi, secara tiba-tiba ramai peminta sedekah lain yang berkerumun meminta dan memegang isteri untuk meminta wang sedekah. Jadi, tips memberi sedekah semasa umrah di beri kepada pekerja masjid, beli barangan dan diletakkan di masjid, beli al-quran khas Masjidil Haram Mekah dan diletakkan dalam masjid, memberi tips kepada pekerja hotel dan sebagainya.

  1. Tips Beli Belah dan Makanan

Tips membeli belah barangan atau cenderamata untuk keluarga atau sahabat di Mekah atau madinah adalah “Jangan percaya cakap peniaga”. Peniaga di Mekah atau Madinah adalah sama seperti peniaga tempat lain yang hanya ingin barangnya laku hingga sanggup berbohong atau bersumpah, jadi kena servey atau banding harga barangan untuk mendapat harga termurah.

Nasi Arab di Madinah
Nasi Arab di Madinah

Tips makan nasi Arab di restoran Arab untuk cuba rasa makanan arab atau rasa kelainan rasa makanan di hotel ialah memesan makanan arab sepinggan untuk 2 atau 3 orang. Nasi arab di restoran amat banyak, boleh di makan oleh 2 atau 3 orang. Kami 5 orang memesan nasi arab 3 pinggan pun tidak kehabisan.

  1. Dugaan Umrah

Pelbagai dugaan, ragam dan adab manusia dari seluruh pelusuk dunia yang melakukan ibadah semasa menunaikan umrah. Sikap utama yang mesti di terapkan dalam diri adalah sikap sabar dengan menjauhi perkara atau pertuturan yang tidak baik. Sifat sabar ini merangkumi semua aspek dari mula menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, layanan kaunter imigresen, pengangkutan, kebersihan, penginapan, makanan yang kita makan dan sebagainya. Jauhilah sikap suka merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.

Umrah dan ziarah bukan sahaja melakukan suatu  ibadah tetapi juga melalui satu perjalanan rohani menjadi tetamu Allah melalui lawatan atau ziarah tempat-tempat bersejarah bagi memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam. Pendapat jumhur ulamak mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Ada hadis yang menyebutkan yang umrah dalam bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji. Ada satu lagi hadis yang mana Rasulullah s’a.w. bersabda yang haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu. Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 196 menyebutkan bahawa “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.” Oleh itu setiap umat islam mesti berniat dan berusaha untuk mengerjakan umrah dan haji.

Program kumpul Emas GAP Patuh Syariah
Program kumpul Emas GAP Patuh Syariah

Satu cara mudah untuk menunaikan umrah adalah dengan menabung emas sedikit demi sedikit sebagai tabungan untuk mengerjakan umrah, pelaburan, perlindungan kejatuhan nilai wang, mengelak kebocoran wang dan penyimpanan emas adalah sunnah rasullullah. Simpanan atau tabungan terbaik, modal kecil untuk membentuk disiplin menabung ialah TABUNG EMAS kerana emas ialah aset kekal yang susah di cairkan, mengelak kebocoran wang, membentuk disiplin menabung dengan harganya yang sentiasa meningkat tanpa dipengaruhi ekonomi (kalis inflasi) dimana nilai penyimpanan emas 10 dinar (42.5g) akan membolehkan penyimpan emas mengerjakan umrah. Pengumpulan emas 1g sebulan secara tetap akan membolehkan penyimpan emas dapat menunaikan umrah dalam tempoh 3 tahun setengah sahaja iaitu 42.5g bahagi 12 iaitu 3.5 tahun. Bertindak segera membeli emas MINIMA RM100 atau SATU GRAM sebulan harga termurah, bebas gst dan PATUH SYARIAH melalui Program Kumpul Emas GAP Public Gold (Gold Accumulation Program) untuk kumpul emas fizikal sedikit demi sedikit sebagai niat mengerjakan umrah. Klik PANDUAN BELI EMAS 1 GRAM GAP PUBLIC GOLD untuk maklumat program GAP Public Gold atau whatsapp  019-9185593 Mohd Zaidi Junus (PG001425) Master Dealer Public Gold Berpengalaman Semenjak 2010