Posted in RAMALAN HARGA EMAS

MENGAPA HARGA EMAS NAIK BERMULA JUN SERTA RAMALAN EMAS

ramalan emas akhir tahun 2014
ramalan emas akhir tahun 2014

Mengapa harga emas naik bermula jun dan terus meningkat hingga hingga $1500 bulan disember dari analisis harga emas dan bukti faktor kenaikkan harga emas.
Harga emas melonjak tinggi sehingga$1320 us/oz dimana kenaikkan $ 50 auns pada hari Khamis 19 jun 2014 yang mengejutkan media dan pasaran emas. Kenapa harga emas naik pada bulan jun ?
Media memaparkan bahawa kenaikkan harga emas pada 19 jun 2014 adalah kerana krisis yang berlaku di Ukraine dan Iraq yang menyebabkan kelemahan matawang dolar amerika. Sebenarnya selain faktor krisis peperangan di Ukraine dan Iraq, faktor utama yang menyebabkan kejatuhan dollar amerika adalah kerana Inflasi di sebabkan percetakkan wang yang berlebihan. Melalui artikel bertajuk Why The Gold Price Rise $50 On Thursday June 19th atau Mengapa Harga Emas Naik $ 50 Pada hari Khamis 19 Jun pada artikel http://goldsilverworlds.com/economy/why-the-gold-price-rose-50-on-thursday-june-19th/ menerangkan dengan terperinci penyebab atau faktor yang menyebabkan harga emas naik pada khamis 19 jun 2014. Petikan dari artikel tersebut
“ mengapa emas telah meningkat begitu pantas pada 19 jun. Pemberita semua salah; hanya cuba untuk menerangkan sesuatu yang mereka tahu sangat sedikit tentangnya. Seperti yang saya mula menulis di dalam laman ini pada tahun 2014, inflasi menjadi masalah sebenar di Amerika. Tahun lalu, saya mula menulis tentang bagaimana semua wang dari Rizab Persekutuan mewujudkan inflasi. Itu betul-betul apa yang mula berlaku sekarang. Malah statistik kerajaan dimanipulasi kini menunjuk kepada inflasi. Biro Perangkaan Buruh laporan harga dalam ekonomi Amerika Syarikat meningkat sebanyak 0.4% pada bulan Mei selepas meningkat 0.3% pada bulan April. (Sumber:. Biro Statistik Buruh, June 17, 2014) Peningkatan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) adalah yang terbesar sejak Februari 2013”
Enam bulan yang lepas, emas berada pada paras terendah yang memberi isyarat bahawa emas berada pada wilayah yang sangat terlebih jual atau oversold dan menyebabkan pelabur takut untuk melabur atau memiliki emas sebagai fortfolio pelaburan dan penyimpan nilai kekayaan. Kini Peramal emas percaya emas akan mula bersinar kerana banyak bukti dan faktor yang akan melonjakkan harga emas bermula jun hingga disember selain daripada faktor krisis peperangan yang berlaku di Ukraine dan Iraq.
Mengapa harga emas akan terus naik bermula jun hingga disember ?

mengapa harga emas naik
mengapa harga emas naik

Sebenarnya sudah menjadi kelaziman setiap tahun bahawa harga emas akan naik bermula bulan jun hingga disember kerana pada pertengahan tahun urusniaga saham aktif dan permintaan yang tinggi terhadap emas fizikal. Permintaan yang tinggi terhadap emas bermula bulan julai adalah kitaran bermusim kerana dorongan pembelian emas pada musim perayaan seperti hari raya Aidilfitri, Deepavali dan sebagainya yang akan menyebabkan emas bergerak naik. Lihat sejarah bentuk kenaikkan harga emas di atas, menunjukkan harga emas meningkat naik bermula jun hingga November atau disember setiap tahun. Bukti harga emas naik apabila permintaan yang tinggi terhadap emas berserta kelemahan dolar amerika akan melonjakkan harga emas.
Sebenarnya, walaupun dengan kenaikan harga emas pada 19 jun, emas belum beralih kepada logam yang berstatus terlebih beli. Sebenarnya dengan kenaikkan spot emas hampir 3 peratus bagi minggu ini, sementara stok emas naik sekitar 7 peratus. emas tidak terlebih beli kerana berdasarkan analisis pasaran emas daripada pemerhatian sejarah dan matematik pasaran, harga emas hanya kembali kepada minnya. Untuk bergerak ke kawasan terlebih beli pasaran emas memerlukan pergerakkan menaik 20 peratus lagi. Ini menunjukkan harga emas akan terus menaik. Lihat rajah di bawah, harga emas baru memasuki peringkat min walaupun kenaikkan emas pada 19 jun. Jadi harga emas di ramal akan terus naik hingga 20% lagi untuk mencapai status terlebih beli.

analisis pasaran emas
analisis pasaran emas

Harga emas di ramalkan terus naik berdasarkan analisa harga emas. Harga emas di jangka bergerak positif berdasarkan analisis teknikal di mana harga emas di ramal mencecah $1500 us/oz. Analisa teknikal berdasarkan kitaran pelabur, di mana pengisytiharan Kitaran Pelabur baru iaitu berada dalam kitaran 22 hingga 26 minggu atau 6 bulan. Kitaran pelabur ini adalah kitaran harga berada pada harga terendah dalam jangkamasa di antara 22 minggu hingga 26 minggu. Melalui kitaran ini, kita dapat meramal harga emas dan menjangka masa yang sesuai untuk membeli emas. Kitaran Pelabur baru menunjukkan harga emas berpotensi bergerak kehadapan menambah sehingga 20% dalam keuntungan sebelum topping keluar atau harga emas menurun ( Lihat rajah paling atas ).
Dari sudut teknikal, paras harga $ 1,500 adalah bertepatan atau potensi terbaik harga emas bergerak pada masa akan datang. Untuk belajar mengenai analisis teknikal emas brdasarkan indicator Relative Strength Index (RSI) atau Moving Average Convengence Divergence (MACD) seperti rajah di atas, sila klik BELAJAR ANALISA TEKNIKAL EMAS.
Perlu di ingati kepada pelabur emas, analisa ini hanyalah ramalan emas berdasarkan analisa dan tidak menjamin harga $1500 yang di ramal. Harga emas mungkin mencecah $1,500 us/oz atau berkurang atau mungkin akan melebihi harga emas yang dijangkakan.
Ramalan harga emas akan terus naik bermula bulan jun memberikan isyarat bahawa pada masa sekarang iaitu bulan julai adalah waktu yang tepat untuk memulakan pelaburan emas fizikal ataupun membeli emas. Klik CARA MUDAH MEMBELI EMAS ONLINE untuk membeli emas secara dalam talian 24 jam sehari. Dengan spread atau susut nilai emas yang rendah di antara 4.5% hingga 6% akan membolehkan pembeli emas memperolehi keuntungan yang cepat. Klik Daftar Public Gold untuk melihat harga emas public gold semasa yang berubah stiap 20 minit atau daftar pelanggan public gold dengan register dan mula lock harga beli emas /placed order untuk memulakan pelaburan emas fizikal.

Ramalan harga emas 2014 dengan kenaikkan harga emas $1500 us/oz pada akhir tahun 2014 membolehkan pelabur emas baru mendapat keuntungan yang cepat. Bulan yang paling sesuai membeli emas adalah pada bulan julai atau ogos dan bulan November atau disember adalah bulan dimana emas boleh di jual jika harga emas naik seperti ramalan. November dan Disember adalah bulan kurang sesuai membeli emas jika harga emas berada pada paras tinggi kerana harga emas di jangkakan akan turun sebelum perayaan cina. Kebanyakkan peramal emas dunia telah mula menaikkan harga ramalan emas setelah kenaikkan harga emas pada 19 jun. Jadi rebut peluang masa paling sesuai untuk mula membeli bagi memulakan pelaburan emas dan perak atau menambah stok emas anda.