Tag Archives: panduan menerbitkan artikel

CARA POSTING TERBITKAN ARTIKEL WORDPRESS

cara terbitkan artikel wordpress

Cara posting atau terbitkan artikel di wordpress adalah panduan posting artikel dan belajar menerbitkan artikel yang seo friendly atau mudah terindeks pada enjin carian.

Posting artikel dilakukan selepas memasang website wordpress dan anda telah setting blog wordpress anda. Lihat CARA SETTING WORDPRESS. WordPress adalah platform terbaik untuk membina website kerana ianya adalah mudah, percuma dan SEO friendly.Wordpress adalah pilihan terbaik bagi blogger,webmaster atau webdeveloper untuk membina website pada masa kini agar cepat meningkatkan trafik atau page rank sesuatu web. Seperti yang kita ketahui, sekarang adalah zaman online dan maklumat dihujung jari dimana semua maklumat,berita,perniagaan adalah secara online jadi website atau blog adalah penting untuk memberi maklumat atau mempromosikan barangan seperti website ini yang mempromosikan pelaburan emas public gold untuk memberi ilmu,maklumat,berita terkini tentang pelaburan emas fizikal public gold.Klik untuk melihat fakta KENAPA PILIH PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD.

Panduan menerbitkan artikel supaya artikel seo friendly ialah :

  • 1. Tajuk artikel tidak melebihi 60 patah perkataan
  • 2. Artikel yang ingin diterbitkan tidak terlalu pendek atau terlalu panjang
  • 3. Tambahkan imej atau video pada artikel
  • 3. Kandungan artikel adalah asli atau original
  • 4. Selepas terbitkan artikel, submit artikel atau ping artikel pada ping aggregator.

Menerbitkan posting artikel adalah perkara utama dan sentiasa dilakukan dalam pembinaan sesuatu website. Posting artikel mesti selalu dilakukan untuk meningkatkan trafik website wordpress. Posting artikel pada WordPress amat mudah hanya beberapa minit seperti tata cara atau kaedah posting artikel yang saya berikan dibawah.

Cara posting artikel di wordpress :

1.  Sediakan Artikel yang lengkap pada mikrosoft word.
Siapkan artikel anda menggunakan mikrosoft word, notepad atau apa2 perisian sesuai beserta dengan imej atau video yang ingin diterbitkan.

2.  Login pada domain wordpress.
login ke admin area blog wordpress yang anda ingin posting.  Alamat untuk login adalah http://www.namadomain.com/wp-admin iaitu menambahkan /wp-admin setelah nama domain, atau directory dari wordpress tersebut, contoh , login domain wordpress saya adalah http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/wp-admin
Masukkan username dan passwood domain wordpress anda semasa memasang domain wordpress. Lihat CARA BINA WEBSITE SENDIRI DENGAN WORDPRESS

3. Klik Add New Posts untuk menambah artikel baru.
Setelah berhasil login, anda akan menuju halaman Dashboard, atau sering juga disebut orang sebagai halaman wp-admin. Lihat pada Tab sebelah kiri, ada Post, tatar dengan cusor mouse anda, akan muncul window sub tajuk iaitu All posts,Add New,Categorys dan Tags. Pilih Add New, dan klik. Rujuk gambarajah di atas.

4. Terbitkan artikel dengan menulis tajuk Artikel,isi Artikel,imej,kategori,tags dan publish artikel.
Setelah selesai Add New,anda boleh mula memasukkan artikel dengan menyalin atau copy artikel yang anda telah sediakan pada ruangan yang tersedia.Rujuk rajah diatas cara dan langkah posting artikel wordpress

Langkah 1.Masukkan tajuk artikel, tajuk artikel jangan melebihi 60 patah perkataan untuk seo friendly.

Langkah 2. Masukkan isi artikel dan imej atau video.Anda boleh memasukkan imej atau video dengan klik Add media. Jika mahu tool seperti ini anda perlu pasang plugin wp minify. Anda boleh ubah atau megedit mengikut kehendak anda seperti mengubah tulisan menjadi bold, italic atau underline dan sebagainya.

Langkah 3. Pilih kategori. Terlebih dahulu anda boleh tambah kategori dengan klik pada Categories.

Langkah 4. Masukkan tags yang bersesuaian. Tags sebaiknya tidak melebihi 5 patah perkataan.Isi maklumat plugin seo seperti plugin all in one seo atau seo wordpress.Anda perlu install dulu plugin seo pada plugin website wordpress anda.

Langkah 5. Publish atau terbitkan artikel anda.

Cara membuat artikel di WordPress atau Postingan artikel yang kita terbitkan atau publish akan muncul di Home atau halaman utama blog.Posting artikel adalah lebih seo friendly daripada halaman atau pages. Halaman hanya diguna sebagai maklumat, daftar isi atau sitemap sesuatu website. Posting artikel hendaklah kerap dilakukan untuk meningkatkan trafik website bagi blog wordpress dan submit atau ping artikel anda pada ping agregator.Ilmu adalah untuk dikongsi,jadi saya akan kongsikan ilmu membuat website dan  ilmu pelaburan emas fizikal secara percuma setakat ilmu yang saya ada dari pengalaman semoga memberi manfaat dan berguna untuk semua.

Inline
Inline