Posted in RAMALAN HARGA EMAS

HARGA EMAS DIJAMIN NAIK TREND BARU BERMULA 2014

harga emas di jamin naik 2014
harga emas di jamin naik 2014

Harga emas tahun 2014 di jamin akan menuju trend harga emas baru yang menaik tinggi berdasarkan analisa harga emas dan faktor kekurangan bekalan bijih emas. Kekurangan bekalan emas semakin meruncing kerana harga emas yang mengalami kejatuhan harga semenjak 2 tahun lepas. Harga emas mulai melonjak naik seminggu selepas tahun baru 2014 dimana harga emas 1205 us/oz melonjak kepada 1240 us/oz.

Bagi saya, awal tahun 2014 ada masa sesuai membeli dan menyimpan emas kerana harga emas yang termurah dan dasar percetakkan wang oleh negara-negara maju yang akan memberi kesan kepada kuasa beli wang kertas. Membeli dan menyimpan emas pada masa kini dimana harga emas rendah adalah tindakan yang bijak sebagai pelindung harta untuk masa depan. Harga emas kini 1200 us/oz adalah harga emas terendah yang bersamaan dengan harga kos pengeluaran emas dunia. Ini bermaksub, jika harga emas rendah dari 1200 us/oz akan menyebabkan syarikat pengeluar emas akan kerugian atau bangkrap. Dengan harga emas yang rendah semenjak 2012 telah menyebabkan pengeluaran emas dunia berkurang dan pastinya bekalan emas dunia telah banyak berkurang dan pastinya tahun 2014 adalah permulaan aliran pasaran trend baru harga emas mulai naik apabila permintaan terhadap emas yang tinggi dan menyebabkan harga emas akan mulai mengukuh.

Penganalisa logam telah mengatakan tentang kekurangan bekalan emas yang semakin berkurang yang akan memberi kesan yang jelas kepada pasaran harga emas. Empat faktor utama pengurangan bekalan emas yang akan mempengaruhi pasaran emas :

Faktor 1: Pengeluaran berkurang, penangguhan penggalian emas, penjelajahan emas dihentikan.

Pengeluar emas tidak akan beroperasi dengan lancar jika tiada keuntungan. Jika harga produk mereka jatuh sebanyak 30% dalam tempoh dua tahun, mereka perlu membuat beberapa penyesuaian dan pelarasan seperti  pengeluaran yang lebih rendah, pelan pembangunan lombong ditangguhkan, dan pemotongan belanjawan penerokaan. Pengeluaran dan penyelarasan ini akan menyebabkan bekalan emas dunia akan berkurang dan memberi kesan yang panjang walaupun harga emas meningkat kerana pencarian atau penggalian emas yang baru akan mengambil masa yang panjang.

Carta di atas menunjukkan penurunan pengeluaran emas dalam bilangan projek-projek penggerudian di seluruh dunia.

Faktor 2: Pemilihan perlombongan ditempat yang kaya dengan emas atau bergred tinggi.

Harga emas yang rendah kini akan menyebabkan projek-projek perlombongan dilakukan ditempat yang mempunyai banyak emas atau emas bergred tinggi untuk mngurangkan kos pengeluaran. Ini menyebabkan emas bergred rendah akan dibiarkan tanpa dilombong buat sementara waktu. Jika harga emas naik, emas bergred rendah ini akan dibiarkan sahaja kerana bijih emas bergred rendah hanya akan berhasil jika dicampur dengan emas bergred tinggi.

Faktor 3: Kesukaran melombong emas

Syarikat-syarikat perlombongan kini sukar mencari gali bijih kerana faktor politik atau isu alam sekitar yang mnyebabkan bijih emas atau perak tidak dapat dikeluarkan dan tertanam di perut bumi.

Projek Pebble di Alaska. Anglo Amerika (AAUKY) yang diperuntukkan $540.000.000 kerana penemuan tembaga / emas sebelum ini, tidak diteruskan untuk memberi tumpuan kepada projek-projek yang lebih berisiko rendah kerana peraturan dan alasan pemeliharaan alam sekitar. Banyak projek pengeluaran bijih atau perlombongan ditangguhkan kerana isu politik, peraturan dan alam sekitar seperti projek Fruta del Norte di Ecuador. Kinross Gold (KGC), New Prosperity Mine di British Columbia. Taseko Mines (TGB), Navidad di Argentina. Pan Amerika Perak (PaaS), Minas Conga di Peru. (MEB) dan sebagainya. Senarai ini adalah sebahagian projek besar, projek-projek yang lebih kecil di seluruh dunia menghadapi cabaran yang sama.

Faktor 4: Kesukaran perlombongan emas di Afrika Selatan,letupan Implosion

Industri perlombongan emas di Afrika Selatan kini adalah sukar kerana persengketaan buruh, peningkatan kos buruh, aset berkurangan iaitu banyak lombong di Afrika Selatan perlu menggali lebih dalam sehinggakan lubang terdalam 2.4 batu dari permukaan bumi dan campur tangan politik. Kesukaran perlombongan emas menyebabkan Afrika Selatan kini berada di tangga ke 5 negara pngeluar emas dunia sedangkan pada tahun 2006, Afrika Selatan adalah pengeluar pertama emas dunia.

Keempat-empat faktor di atas telah menjejaskan bekalan emas dan pastikan akan mengubah trend pasaran emas. Pengeluaran Emas di Amerika Syarikat sudah 8% lebih rendah pada separuh pertama tahun 2013 berbanding separuh pertama tahun 2012. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Jeff Clark dalam artikel bertajuk New Trend Guarantees Higher Gold Prices 2014 pada 2 januari 2014, kekurangan bekalan emas bermula awal tahun 2014 dan menjadi semakin jelas menjelang akhir tahun ini dan mencapai tahap lebih meruncing pada tahun 2015.

jenis emas dan perak public gold
jenis emas dan perak public gold

Pada pendapat saya, awal tahun 2014 adalah masa penting untuk membeli emas sebagai simpanan dan pelaburan masa depan sebelum harga emas dan perak meningkat. Rebut peluang dengan membeli emas fizikal dan perak pada harga terendah kini sebagai pelindung harta untuk masa depan. Klik CARA BELI EMAS untuk cara mudah membeli emas secara online dan selamat dengan pelbagai pilihan produk emas atau perak public gold yang diakui ketulinan dan terkenal dalam atau luar Negara Malaysia.

Bagi anda yang berminat menjadi peniaga emas atau pengedar emas public gold sila klik SYARAT PANGKAT KOMISEN PENGEDAR EMAS PUBLIC GOLD. Untuk maklumat lanjut mengenai emas public gold, atau temujanji perjumpaan hubungi sms atau whatapp 019-9185593 MOHD ZAIDI BIN JUNUS, PG001425 Master Dealer Public Gold.