Tag Archives: pelaburan emas fizikal

BERITA TERKINI PELABURAN EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD

berita-terkini-pelaburan-emas-fizikal

berita-terkini-pelaburan-emas-fizikal

Berita terkini, info serta maklumat terbaru Pelaburan Emas Fizikal Public Gold dalam mesyuarat Forum Master Dealer Public Gold November 2016

Public Gold sentiasa berkembang pesat dan maju melalui perancangan dan program terbaru melalui forum master dealer untuk memajukan perniagaan emas pelaburan bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga ke peringkat dunia. Forum master dealer adalah platform perbincangan dan mesyuarat antara pihak penguruan Public Gold dengan master dealer Public Gold seluruh Malaysia sebagai pusat perbincangan, maklumat terbaru, menambah baik, mendapat maklum balas (feedback) dan  mencetus idea baru dalam perniagaan emas fizikal Public Gold. Melalui forum master dealer Public Gold ini akan dapat memperbaiki kelemahan dan seterusnya akan dapat memajukan serta mengembangkan lagi perniagaan emas Public Gold ke peringkat antarabangsa.

AGENDA MESYUARAT DAN BERITA TERKINI PUBLIC GOLD MELALUI MESYUARAT FORUM MASTER DEALER 2016:

mesyuarat-master-dealer-public-gold

mesyuarat-master-dealer-public-gold

  1. PG MALL iaitu Pusat Jual Beli Pertama di Dunia menggunakan sistem bayaran emas, GPS.

PG MALL adalah Marketplace Online pertama di dunia dan paling sibuk menggunakan evolusi Sistem pembayaran emas atau Gold Payment System (GPS) yang menghubungkan pelanggan dengan peniaga (merchants) untuk pelbagai kualiti dan perkhidmatan pada harga yang kompetitif dalam persekitaran yang boleh dipercayai dan selamat untuk kedua-dua peniaga dan pembeli. Pembelian dan pembayaran menggunakan sistem pertukaran GoldCash ™ dengan pelbagai pilihan produk serta perkhidmatan seperti elektronik, fesyen, Buku, Home & Living, Makanan & Minuman, Permainan dan Santai, Kids & Beauty, Health & Beauty, automotif dan banyak lagi yang tidak terhad kepada E -Vouchers. GoldCash ™ atau GC adalah trademark Public Gold dimana 1gm emas bersamaan 100.00 GC.

Pasaran revolusi bertaraf dunia dikendalikan sepenuhnya oleh PG Mall Sdn. Bhd dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG MALL bertujuan untuk membentangkan platform perniagaan yang boleh dipercayai bagi peniaga untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dalam perspektif global. Bagi melihat dan membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan atau menyertai perniagaan di PG MALL sebagai merchant boleh hubungi saya 019-9185593 atau layari www.pgmall.com.my

master-dealer-public-gold

master-dealer-public-gold

Pg Mall merupakan pusat jual beli pelbagai barangan KECUALI EMAS tanpa sempadan seluruh dunia dengan menggunakan sistem GoldCash ™. Public Gold adalah pencipta sistem GoldCash ™ sebagai sistem pembayaran menggunakan emas pertama di dunia. Contoh, barangan Budu dari Malaysia boleh dibeli oleh rakyat Indonesia atau seluruh dunia di Pg Mall menggunakan GoldCash ™ dengan mudah dan selamat.

  1. PUBLIC GOLD INDONESIA telah beroperasi sepenuhnya.

Cawangan public gold indonesia pertama telah di daftar dan beroperasi sepenuhnya di bandar jakarta, Indonesia. Website Public Gold Indonesia juga telah beroperasi atau live dan berjalan lancar, Cuma perlu sedikit pengubahsuaian yang lebih mudah dan menarik. Klik www.publicgold.co.id untuk melihat harga jongkong emas dalam wang rupiah Indonesia. Pasaran emas Indonesia hanya jongkong emas LBMA sahaja kerana emas dinar tidak diluluskan oleh kerajaan Indonesia, mungkin disebabkan menjaga kepentingan emas tempatan. Kaya orang Indonesia ni, harga gold bar 10g 24K lbma pun berharga lebih 5 juta rupiah.

Public Gold menyasarkan akan membuka 7 cawangan lagi di bandar Jakarta pada tahun 2017 kerana pasaran serta penduduk Jakarta yang ramai iaitu 10 juta orang iaitu hampir separuh jumlah penduduk Malaysia. Peluang terbuka luas untuk dealer Public Gold yang mempunyai rakan di Indonesia untuk mempromosikan emas Public Gold bagi meluaskan empayer perniagaan emas.

  1. ARRAHNU POS MALAYSIA PUSAT PENGELUARAN EMAS GAP.

Pos Arrahnu Malaysia yang mempunyai 70 cawangan seluruh Malaysia juga menjadi pusat pengeluaran jongkong emas dari akaun GAP (Gold Accumulation Program) bermula awal 2017. Program kumpul emas fizikal, GAP Public Gold pertama di Asia telah melangkah lebih maju dan meluas dengan ikatan kerjasama dengan Arrahnu Pos Malaysia dimana emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan bila-bila masa di semua 19 cawangan Public Gold dan 72 cawangan arrahnu Pos Malaysia. Kerjasama ini pastinya memberi kemudahan kepada ahli atau dealer Public Gold yang berada jauh dari cawangan Public Gold terutama di pedalaman Sabah dan Serawak. Walau bagaimanapun pembelian emas gap dan pendaftaran ahli Public Gold tidak boleh dilakukan di cawangan Arrahnu Pos, hanya boleh dilakukan pengeluaran jongkong emas dari akaun GAP. Jadi klik panduan mula BELI EMAS MINIMA RM100 ATAU SEGRAM EMAS PROGRAM GAP walau dimana anda berada sekarang untuk mengumpul jongkong emas pelaburan dengan kemudahan mengeluarkan atau mengambil jongkong emas atau emas dinar di cawangan Arrahnu Pos Malaysia.

  1. ARRAHNU PUBLIC GOLD BARU iaitu Koperasi Dagang Emas, KDE

Lesen arrahnu bagi cawangan Public Gold Ampang, Relau dan Ipoh telah diluluskan dan telah beroperasi. Arrahnu KDE bagi cawangan Public Gold Kota Bharu dan Sungai Petani masih dalam proses kelulusan. Kini penyimpan gold bar lbma Public Gold boleh memajak jongkong emas dengan mudah tanpa pemeriksaan ketulenan atau dikoyak pembalut di Arrahnu KDE, Arrahnu Pos Malaysia dan Arrahnu Koperasi Johor.

  1. E REGISTRATION ATAU E PENDAFTARAN AHLI PUBLIC GOLD

Pendaftaran ahli Public Gold adalah percuma tanpa yuran dan sudah tidak lagi menggunakan borang kertas, tapi perlu mendaftar secara online di website Public Gold atau melalui dealer Public Gold. Klik PENDAFTARAN PERCUMA AHLI PUBLIC GOLD untuk daftar ahli secara percuma dan boleh terus membeli emas Public Gold secara online.

  1. PERKEMBANGAN URUSNIAGA EMAS PATUH SYARIAH DI IKTIRAF

Perjanjian urusan peniagaan emas patuh syariah Public Gold yang sah dan diiktiraf kerajaan Malaysia telah dilaksanakan dan menunggu kelulusan terakhir.

  1. PEMBELIAN GOLD BAR ATAU EMAS DINAR MENGGUNAKAN KAD KREDIT

Pembelian gold bar atau emas dinar boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit namun dikenakan caj 3% ke atas pembeli.

  1. PERPINDAHAN CAWANGAN PUBLIC GOLD

Cawangan Public Gold Kajang dan Sungai Petani Kedah akan berpindah ke bangunan sendiri dalam masa terdekat. Cawangan Public Gold Kajang akan berpindah ke bangunan Public Gold sendiri di Bandar Baru Bangi. Public Gold semakin berkembang maju dan kukuh dengan pembukaan cawangan public gold yang baru dan kini berpindah ke bangunan sendiri.

  1. PERKEMBANGAN PLATFORM ORACLE BAGI URUSNIAGA ONLINE YANG STABIL

Public Gold yang ingin menjadikan pelaburan emas dan perak fizikal Investment Precious Metal (IPM) bertaraf dunia melalui Database Oracle mengembang dan menambahkan lagi kepakaran melalui sistem ERP (Enterprise Resource Planning) untuk menangani permintaan yang besar dari seluruh dunia. Klik KELEBIHAN DATABASE ORACLE PUBLIC GOLD untuk panduan dan maklumat mengenai database Oracle yang digunakan oleh Public Gold.

Public Gold telah mengikat perjanjian untuk membeli tanah bersebelahan Ibu Pejabat Public Gold Public Gold di Bayan Lepas yang berharga 16 juta untuk menangani kepesatan permintaan dalam urusniaga online yang stabil.

  1. TAMBAH BAIK URUSAN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Mesyuarat di hangatkan dengan perbincangan dan mencetus idea baru untuk meningkatkan keselesaan atau kemudahan pelanggan, penambahbaikkan urusniaga serta perkhidmatan dan sebagainya. Perbincangan pelancongan percuma tajaan Public Gold bagi tahun 2017 melalui Program SIP Public Gold dirancang ke negara Kanada.

Mesyuarat master dealer ditangguhkan pada pukul 2 petang dengan jemputan makan di restoran Pan Mutiara Penang sambil beramah mesra.

restoran-pan-mutiara-penang

restoran-pan-mutiara-penang

Selepas solat semua master dealer dan staff Public Gold diberi peluang menaiki cruise mewah bagi melihat matahari terbenam atau sunset di perairan lautan Pulau Pinang. Pengalaman menaiki bot cruise mewah bernilai RM5 juta selama lebih 3 jam pastinya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Salah seorang Master Dealer mengatakan, sepanjang ia berkerja untuk satu syarikat selama melebihi 25 tahun tak pernah syarikat tempat ia berkerja memberi peluang percutian mewah secara percuma.

sunset-cruise-penang

sunset-cruise-penang

Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kejatuhan nilai wang, pelaburan dan perniagaan terbaik adalah pelaburan dan perniagaan emas fizikal. Dengan kenaikkan harga barang dan kejatuhan nilai wang, simpanan wang adalah merugikan kerana kuasa beli wang merosot. Jadi TUKARKAN sebahagian simpanan wang kepada simpanan emas fizikal untuk perlindungan kejatuhan wang, penjana harta, dana kecemasan dan pengelak kebocoran wang dengan mula BELI EMAS HANYA RM100 atau beli 1g emas dengan whatsapp 019-9185593 atau klik LANGKAH PERTAMA MELABUR EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD.

Inline
Inline