Posted in ILMU EMAS

CARA PEMBAYARAN ATAU PEMBELIAN ONLINE SISTEM FPX

cara pembayaran online fpx
cara pembayaran online fpx

Cara pembayaran atau pembelian emas secara online paling mudah, cepat dan selamat melalui sistem pembayaran FPX, Financial Process Exchange

Apakah sistem pembayaran FPX ?

FPX adalah singkatan bagi Financial Process Exchange merupakan satu kaedah pembayaran online terkini di Malaysia yang diuruskan oleh Malaysian Electronik Payment System Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MEPS. Pembayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) merupakan suatu sistem gerbang pembelian atau pembayaran mudah, cepat dan selamat yang membolehkan pengguna membuat pembayaran pada masa sebenar dalam talian atau online dengan menggunakan akaun bank simpanan semasa. FPX merupakan gerbang pembayaran internet (Internet Payment Gateway) yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembelian atau pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment) yang membolehkan pembayaran secara online bagi bank-bank yang berbeza. Pada masa ini, bank-bank yang mengambil bahagian ialah Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan Bank Islam.

Sistem pembayaran melalui FPX menyediakan perkhidmatan yang mudah, cepat dan selamat untuk membeli atau membayar melalui laman web. Contohnya syarikat atau institusi yang menggunakan sistem fpx adalah seperti pembelian tiket kapal terbang air asia, pembayaran zakat atau pembayaran yuran pengajian. Pembayaran melalui FPX amat mudah, cepat dan selamat kerana pembeli tidak perlu mendaftar dan transaksi pembayaran FPX diproses mengikut masa nyata dalam talian atau online dimana debit segera kepada akaun pembeli dan kredit segera kepada akaun penjual yang boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana sahaja.

Sistem Pembayaran FPX diuruskan oleh MyClear (Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd) iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. MyClear menyediakan kepakaran teknikal serta menyediakan switching antara bank dan infrastruktur routing untuk bank-bank.

Sistem pembayaran FPX kini menjadi elemen terpenting di dalam pembelian atau pembayaran secara online di Malaysia masa kini dimana semua urusan melalui internet atau online. Sistem pembayaran FPX juga merupakan transaksi kewangan secara online masa depan bagi kemudahan urusan jual beli online. Perkhidmatan pembayaran melalui fpx pastinya akan menjadi pilihan kerana ianya mudah, cepat, murah dan selamat yang boleh dilakukan secara online berbanding pembayaran secara manual yang perlukan tuntutan masa, kos pengangkutan, kesibukan jalan raya dan sebagainya.

Apa kelebihan menggunakan FPX ?

Banyak kelebihan menggunakan sistem pembayaran dibandingkan dengan kekurangannya. Antara kelebihan pembelian atau pembayaran menggunakan FPX ialah :

  1. Pembayaran secara online yang mudah, cepat yang boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana sahaja.
  2. Kaedah pembayaran yang dijamin selamat kerana dilakukan dalam masa real time online iaitu terus mendapat pengesahan pembayaran dan pemberitahuan status bayaran.
  3. Penjimatan masa, kos pengangkutan, pengurangan kos pembayaran cek dan sebagainya.
  4. Transaksi berlaku serta merta tanpa pendaftaran.
  5. Pembayaran FPX disokong oleh bank Negara serta institusi-institusi kewangan utama.

Apakah kekurangan FPX ?

Kekurangan sistem fpx :

  1. Dikenakan sedikit caj perkhidmatan pembayaran fpx iaitu RM0.50 bagi akaun individu setiap transaksi dan caj RM1.00 bagi akaun syarikat setiap transaksi.
  2. Masa tertentu yang tidak dapat dilakukan pembayaran fpx kerana masa maintenance bank tertentu. Masa rosak atau maintenance perbankan internet ini kerana bank tertentu yang membaik pulih sistem perbankan internet seperti berikut yang harus di elak menggunakan pembayaran fpx :

Maybank M2u & M2e (00:00 – 01:00), Public Bank (00:00 – 00:15), Affin Bank (23:55 – 01:00), Alliance Bank (23:00 – 06:00), AmBank (23:45 – 02:00), Bank Islam (00:00 – 01:00), Bank Rakyat (00:00 – 00:00), CIMB Clicks (23:55 – 00:10), Hong Leong Bank (23:55 – 00:10), RHB Bank (00:00 – 00:30), Hong Leong Online (04:00 – 04.30).

kelebihan program gap public gold
kelebihan program gap public gold

Public Gold merupakan syarikat pelaburan emas pertama Malaysia yang memberi kemudahan pembelian emas secara online paling mudah, cepat dan selamat dengan menggunakan sistem pembayaran FPX. Pelanggan atau ahli Public Gold kini boleh menambah pembelian emas Program GAP (Gold Accumulation Program) dengan mudah, cepat dan selamat melalui pembayaran FPX yang baru diperkenalkan.

Sebelum pembayaran fpx di lancarkan, penambahan pembelian emas GAP perlu dibuat secara manual yang remeh kerana perlu upload resit pembayaran kedalam website public gold. Kini dengan kemudahan Financial Process Exchange (FPX) pembelian emas lebih mudah, cepat dan selamat kerana transaksi dilakukan secara terus dari pelbagai bank.

Kini masa paling sesuai mula menyimpan emas terutama yang belum menjadi ahli Public Gold untuk mula membeli emas program GAP termurah di Malaysia dengan modal permulaan hanya RM100 atau beli emas gap 1g terus menjadi ahli Public Gold tanpa yuran. Klik segera CARA MEMBELI EMAS 1G GAP TERUS JADI AHLI PUBLIC GOLD untuk memulakan pelaburan emas fizikal dengan menyimpan emas modal kecil melalui program GAP dan seterusnya dapat menambah pembelian emas gap melalui pembayaran FPX yang mudah, cepat dan selamat.

CARA PENAMBAHAN PEMBELIAN EMAS GAP ONLINE MELALUI SISTEM FPX

Pembayaran FPX memberi kemudahan kepada 78 ribu ahli public gold menambah belian emas program GAP (Gold Accumulation Program) secara online dengan cepat dan selamat. Cara penambahan beli gram emas menggunakan  sistem FPX seperti di bawah :

cara tambah beli emas gap
cara tambah beli emas gap

Ahli Public Gold boleh masuk, iaitu LOGIN ke akaun ahli dengan kod pg ahli serta password dan pilih akaun MY GAP

akaun emas gap public gold
akaun gap public gold

Cara mudah menambah belian emas GAP adalah dengan pembayaran FPX. Pilih PURCHASE untuk membeli emas dan klik ADD NEW untuk tambah beli emas GAP. Pilih mode payment PAY ONLINE untuk pembayaran melalui sistem FPX. Tulis jumlah beli emas dan klik logo FPX.

pembelian emas online fpx
pembelian emas online fpx

Pembayaran FPX disertakan maklumat pembayaran atau pembelian emas dan klik CLICK TO PAY untuk mula membuat pembayaran secara online. Pilih internet banking nama bank pembayar, tulis alamat emel pembayar dan klik AGREE AND CONTINUE

pembayaran sistem fpx
pembayaran sistem fpx

Sambungan terus masuk ke akaun bank pembayar dan dengan memasukkan username, password dan TAC, pembayaran terus dilakukan secara online. Apabila pembayaran online telah berjaya, klik CONTINUE WITH TRANSACTION

cara beli emas gap online
cara beli emas gap online

National internet payment gateway memberi maklumat terperinci pembayaran dan diluluskan. Akhir sekali klik CLICK HERE TO COMPLETE TRANSACTION untuk melengkapkan transaksi pembayaran fpx. Apabila pembayaran FPX berjaya, transaksi pembelian terus di masukkan ke akaun GAP ahli Public Gold. Status pembayaran fpx juga di hantar ke emel pembayar.

Pembayaran melalui sistem FPX amat mudah, cepat dan selamat. Hanya perlukan masa lebih kurang 5 minit untuk transaksi pembelian emas gap online selesai yang boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bila-bila masa. Penambahan pembelian emas GAP melalui sistem FPX pastinya menjimatkan masa, kos dan tenaga.

Kemudahan pembayaran melalui sistem FPX pastinya memberi kemudahan kepada pelabur seluruh dunia terutama warga Indonesia atau Brunai untuk membeli emas GAP. Penyimpanan emas GAP adalah program penyimpanan emas fizikal pertama di Asia yang mempunyai banyak kelebihannya selain dapat memiliki jongkong emas atau emas dinar diiktiraf dunia LBMA tanpa cukai gst. Klik KELEBIHAN PROGRAM GAP PUBLIC GOLD sebagai maklumat faedah membeli dan menyimpan emas yang telah di akui sebagai penyelamat kejatuhan nilai wang, pengelak kebocoran wang, bekalan dana kecemasan, penjana keuntungan dan pelindung harta dan keluarga. Sayangi agama, keluarga, masyarakat dan negara dengan mula menyimpan emas kerana simpanan emas melindungi keluarga, masyarakat, agama dan negara.

“To save your family, buy gold”

“To help our nation, keep gold”

“To follow your region, use gold”