Posted in TEKNIK PELABURAN EMAS

BARANG KEMAS EMAS 916 TERMURAH

barangan kemas emas 916 termurah
barangan kemas emas 916 termurah

Harga barang kemas emas 916 termurah telus tanpa upah tukang dari pengalaman perbandingan membeli emas di kedai emas dengan barang kemas public jewellery

Pengalaman meninjau dan membanding sendiri harga barang kemas di kedai emas dengan harga barang kemas d series public gold dari public jewellery. Pengalaman ini adalah benar dan anda boleh mencuba sendiri bertanya dan membandingkan harga barang kemas di kedai-kedai emas dengan harga emas public jewellery public gold. Emas adalah barang paling akrab dengan golongan wanita kerana tanpa kilauan emas, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna. Wanita Kelantan antara golongan yang dikatakan pencinta barang kemas itu sehingga ada yang berjenaka tangan dan leher wanita Kelantan sentiasa disaluti perhiasan emas tidak kira wanita muda hingga kepada wanita yang sudah berusia. Sudah menjadi resam nenek moyang wanita melayu menjadikan barangan kemas sebagai perhiasan, pelaburan masa panjang dan pelindung di saat kecemasan. Tidak terkecuali isteriku minat mengumpul emas walaupun jarang memakainya kerana takut dengan kes ragut yang berleluasa di kala ini.

Pada 28 Mei 2014, isteriku mengajakku ke kedai emas untuk membeli gelang tangan atau bracelet. Aku mengesyorkannya membeli emas public gold tetapi ia membantah dengan alasan bentuk atau design yang kurang menarik. Jadi aku turuti ke hendak isteriku menjelajah kedai emas. Di kedai emas A, harga emas adalah RM365 untuk satu rial berat tetapi kerana design yang tidak menarik isteriku mengajakku keluar kerana tiada gelang tangan emas 916 yang berkenan di hatinya. Di kedai emas B, ada barang kemas atau gelang tangan yang isteriku minati setelah memilih hamper setengah jam. Seperti biasa, aku biarkan saya ia memilih gelang tangan, sambil aku minum air di kedai bersebelahan. Aku tahu, perempuan memang susah membeli barang-barang. Selesai minum, isteri menunjukkan gelang tangan yang ia minati dengan berat 7.8 rial berat. Untuk pengetahuan anda, formula berkaitan dengan emas yang perlu di ketahui :

1 Dinar = 4.25 gram Emas 916.6
1 Dirham = 3.00 gram Perak 999
1 Oz = 31.1 gram
1 Rial Berat = 2.72 gram

Tauke kedai emas B menyatakan harga emas adalah RM355 untuk 1 rial berat, tauke memicit kalkulator dan menyatakan jumlah harga gelang tangan adalah RM3240. Aku pun ambil kalkulator dan mengira, RM355 X 7.8 = RM2769. Jadi upah tukang adalah RM3240 – RM2769 iaitu RM471. Setelah tawar menawar tauke emas memberikan harga terakhir iaitu RM3200. Isteriku bertanya pendapatku dan aku memberi alasan untuk ke kedai emas lain.

Sebelum balik ke rumah, aku singgah di kedai emas C dan penjual emas menyatakan harga emas adalah RM370 untuk satu rial berat emas. Isteriku terus menunjukkan gelang tangan yang beratnya 7.3 rial berat dan penjual menyatakan harga gelang tangan tersebut adalah RM3000. Setelah di kira upah simpannya adalah lebih kurang RM300. Aku memberi pelbagai alasan dan mengajak isteriku balik.

Keesokkannya aku mengajak isteriku ke cawangan Public Gold untuk membuat bayaran terakhir epp pembelian emas 10 dinar dan mengambil emas dinar tersebut. Sambil itu isteriku melihat barang kemas yang berada dalam kotak pameran public gold dan terus berkenan kepada beberapa utas gelang tangan. Isteriku membeli seutas gelang tangan 22k Public Jewellery yang beratnya 11 g dengan harga emas semasa yang telus mengikut harga emas dunia iaitu RM135.9 se gram ataupun berharga RM135.9 X 2.72 = RM369. Jumlah harga gelang tangan bracelet 22k emas 11g adalah RM135.9 X 11 g = RM1495 dan kos transport RM20 tanpa upah tukang emas. Lihat barang kemas dan resit belian emas di atas.

Kesimpulan dari pengalaman sebenar untuk membeli barang kemas sendiri, barang kemas termurah adalah barang kemas public gold iaitu barangan kemas emas 22k public jewellery yang menetapkan harga mengikut harga emas dunia yang berubah setiap 20 minit tanpa upah tukang dan di jamin ketulinan serta belian balik mengikut harga emas dunia, sedangkan harga barang kemas di kedai emas adalah tidak tetap mengikut tauke emas, di kenakan harga upah tukang yang tinggi mengikut tauke emas dan ketulenan serta belian balik yang tidak terjamin. Jadi, sebelum membeli emas, klik lihat dulu HARGA EMAS DAN BARANG KEMAS PUBLIC JEWELLERY sebagai perbandingan.

barang kemas public jewellery
barang kemas public jewellery

Tips membeli barang kemas, pastikan membeli barangangan kemas emas tulen dengan harga emas termurah, pada harga emas murah kini dengan membuat perbandingan beberapa kedai emas dengan public jewellery agar barangan kemas yang di beli bukan sahaja barangan kemas untuk perhiasan tetapi juga untuk pelaburan masa hadapan.

Kenapa beli barang kemas public gold ? Antara kelebihan barang kemas Public Jewellery ialah:

1. Harga emas public jewellery mengikut pergerakan harga emas antarabangsa yang telus dan paling murah yang boleh di pantau setiap masa.

2. Barang kemas public jewellery tidak dikenakan upah tukang, hanya di kenakan kos transport RM20 yang di kenakan kepada setiap pembelian barang kemas di cawangan public gold. Jika membeli emas di pejabat public gold pulau pinang, kos transport tidak di kenakan.

3. Harga spread atau susut nilai emas yang rendah dan telus yang sentiasa di paparkan pada website yang menjamin harga jualan balik. Susut nilai barang kemas public jewellery adalah 15% sedangkan susut nilai barang kemas di kedai emas adalah lebih kurang 25%…dah la di kenakan upah tukang…fikirkan…

4. Reka bentuk barang kemas public jewellery adalah cantik, pelbagai dan terkini yang boleh di lihat dalam website atau di pamerkan di setiap cawangan public gold setiap negeri. Klik CAWANGAN PUBLIC GOLD untuk melihat alamat cawangan public gold berdekatan anda. Public gold juga menyediakan alat penguji ketulinan emas untuk memeriksa ketulinan emas yang di jual. Jika membeli barang kemas di cawangan public gold, jangan lupa beritahu introducer MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan kod introducer PG001425 untuk mendapat saguhati dari saya.

5. Kemudahan membeli atau menjual barang kemas. Barang kemas public jewellery boleh di booking harga beli atau harga jual secara online 24 jam. Paling menarik adalah kemudahan pembelian barang kemas secara ansuran iaitu selama 4 kali atau 4 bulan. Klik CARA PEMBELIAN EMAS SECARA ANSURAN EPP PUBLIC GOLD.

Harga emas dunia kini rendah, jadi amat sesuai untuk membeli barang kemas untuk di gunakan pada hari raya yang bakal menjelang. Beli barang kemas public jewellery dari public gold untuk mendapatkan barang kemas emas 22k paling murah untuk perhiasan dan untuk pelaburan. Cara untuk mendapatkan barang kemas yang lebih murah lagi ialah dengan menjadi dealer public gold. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD. Cara mudah membeli atau order barang kemas public jewellery ialah dengan menghantar SMS atau whatsapp kepada saya, mohd zaidi bin junus 019-9185593 dengan menyertakan :

1. Nama penuh
2. No Kad pengenalan, ic
3. Alamat email
4. No telefon
5. Kod Produk
6. Cawangan Public Gold terdekat anda.

Barang kemas public jewellery, bukan sekadar barang kemas perhiasan tetapi barang kemas untuk pelaburan masa depan.

Bertindak sekarang dengan membeli dan menyimpan emas atau perak semasa harga emas masih murah sebelum cukai terhadap barangan dan perkhidmatan GST (Goods and Services Tax) diperkenalkan pada 1 April 2015. GST ini akan mengenakan cukai kepada pengguna sebanyak enam peratus terhadap barangan dan perkhidmatan termasuk jongkong emas dan perak yang akan menyebabkan harga emas dan perak semakin tinggi.

Jadi, adakah anda ingin membeli emas dan perak sekarang  atau ingin menunggu GST dikenakan ke atas emas dan perak selepas 1 April 2015? Lakukan tindakan yang bijak! Belilah emas dan perak sekarang.