Tag Archives: perkara penting meninggikan google pagerank

CARA MENINGKATKAN GOOGLE PAGE RANK WEBSITE

cara meningkatkan pagerank google

Cara meningkatkan google pagerank adalah perkara utama yang mesti dilakukan supaya laman web atau blog mudah terindeks pada enjin carian terutama google iaitu teknik meningkatkan pengunjung atau pelawat ke website.

Perkara penting meninggikan google pagerank adalah menjadikan website mesra seo.Ini akan menyebabkan laman web mesra google seo yang membolehkan blog mudah terindeks pada enjin carian google,yahoo,bing dan sebagainya menyebabkan website mendapat ranking teratas pada google search engine. Google dan lain-lain laman page ranking menganalisis blog dan menetapkan page rank dari pagerank  1 hingga pagerank 10 untuk sesuatu laman web. Bagaimana Untuk Meningkatkan Page Rank?.

Saya bukan pakar seo tapi berdasarkan ilmu seo yang didapati dari carian bersama uncle google dan pengalaman membuat laman web sendiri menyebabkan saya mengetahui faktor-faktor penting dan kaedah meninggikan pagerank dengan cepat dan cara meningkatkan trafik pengunjung dan dapat menghasilkan trafik pengunjung yang tinggi pada website.Website ini pelaburan emas public gold Malaysia bermula pada bulan april 2012 dan pada bulan November 2012 telah memprolehi pagerank 1 walaupun membina website sendiri tanpa ilmu tanpa kos dan jarang-jarang update artikel.Lihat gambar di atas.

Faktor utama meningkatkan page rank adalah dengan membuat website yang mesra seo atau seo friendly.

Cara meningkatkan page rank google adalah :

1. Bina laman web yang mesra seo seperti membina website menggunakan wordpress. Lihat CARA BINA  WEBSITE DENGAN WORDPRESS. Pilih template yang mesra seo dan memasukkan plugin seo terbaik.Lihat PLUGIN WORDPRESS TERBAIK MESTI PASANG. Apabila website telah terbina, elakkan dari menukar template laman web anda.

2. Daftar Blog Di Google Webmaster, bing webmaster, alexa dan submit url website pada web yang membekalkan free submission seperti http://www.freesubmission.com dan sebagainya. Anda boleh lihat pada widget sisi website ini tempat untuk submit url website.Sila taip kata kunci free submit url pada enjin carian www.google.com untuk anda submit website percuma.

3. Tulis artikel atau posting yang relevan atau bersesuaian dengan tema dan judul website.Contohnya website ini adalah mengenai pelaburan emas dan cara bina website sendiri,jadi artikel posting adalah berkaitan tajuk pelaburan emas dan cara bina laman web sendiri.Artikel yang ditulis mestilah berkualiti dan unik dan sentiasa di kemaskini.

4. Sentiasa kemaskini posting atau Update artikel blog secara berkala, ini akan meningkatkan pagerank kerana penambahan kata kunci atau keyword pada laman web yang terpaut dengan enjin carian.Google suka laman website yang menyimpan kandungan mereka segar dan unik. Lebih banyak anda hantar, Google akan merangkak lebih kerap ke laman web anda dan peluang yang lebih untuk anda untuk meningkatkan page rank.

5. Ping Entri Selepas Entri siap di Publish. Selepas  publish entri posting hendaklah ping artikel ke website pingler dalam dan luar Negara. Ping artikel luar Negara adalah seperti www.auto-ping.com,www.ping-fast.com dan www.totalping.com. Ping url terbaik Malaysia adalahwww.busuk.org,www.blogr.my,www.tinjau.net,www.guablog.com,www.gilaping.com,www.pinje.com dan sebagainya. Perlu ambil perhatian,jangan Ping banyak kali mahupun di site ping berlainan untuk mengelakkan dikenakan di kenakan penalty atau dikategorikan spam yang boleh menyebabkan entri posting tersebut tidak diindeks oleh mesin carian seperti google atau yahoo.

6. Dapatkan backlink berkualiti tinggi.Untuk meningkatkan Page Rank anda mesti mempunyai Backlinks berkualiti tinggi dan cara terbaik untuk menjana backlink yang berkualiti adalah untuk mengemukakan laman web anda kepada direktori laman web yang berbeza dan direktori artikel. Contoh free backlink berkualiti anda boleh dapati pada web DMOZ dan sebagainya.

7. Social Bookmarking.Laman Social adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk meningkatkan Page Rank kerana dengan berkongsi tapak anda di laman Sosial yang berbeza, anda akan mendapat backlink percuma dan Trafik. Antara paling popular Laman Sosial Bookmarking adalah Facebook,Google Plus,Squidoo,Digg,Hub Pages,Stumble Upon dan sebagainya.Bagi menpercepat pagerank google anda mesti mendaftar pada google plus

8. Bertukar Link atau link exchange.Bertukar link adalah teknik lama tetapi masih berfungsi untuk mendapat trackback sambil mengiklankan laman web anda pada laman web lain.Cara terbaik mendapatkan PageRank yang baik ialah mendapatkan laman Page Rank yang tinggi untuk dihubungkan ke laman web anda, pertukaran link terbaik adalah dari www.malaysiaforum.net yang menyediakan link exchange dan mendapat backlink disamping mempromosikan laman web anda.Website pelaburan emas public gold ini juga menyediakan automatik link exchange untuk sama-sama meningkatkan pagerank.Bertukar link akan memberikan faedah kepada kedua-dua belah pihak.

9. Komen Pada Blog Lain atau tinggalkan link pada website yang dikunjungi.Mengulas atau komen adalah satu proses yang sangat penting dalam menjana Page Rank yang baik. Komen di blog ber PR tinggi yang mempunyai setting blog dofollow akan dapat backlink percuma dan meningkatkan page rank. Kini kebanyakan blog mempunyai Plugin CommentLuv dipasang di laman web mereka yang secara automatik meletakkan pautan ke blog post terakhir, jadi anda komen dan otomatik meninggalkan jejak link website anda untuk mendapat backlink percuma dan dapat mempromosikan laman web anda. Bagi mendapat free backlink sila komen pada website ini kerana laman web ini adalah dofollow.

10. Kelajuan loading website atau kebolehcapaian Laman web. Kelajuan loading website juga mempengaruhi ranking laman web oleh google dan sebagainya.Salah satu cara semak kelajuan loading adalah melalui website tertentu seperti yang saya gunakan iaitu www.statscrop.com. Laman web ini adalah untuk anda check kecepatan loading website dan cara mengatasi loading website yang lambat atau cara optimakan kelajuan loading website.

11. Sertai Forum.Forum juga adalah tempat terbaik mendapat link kembali untuk website anda dan dapat meninggikan pagerank web melalui pemasangan signature website atau melalui link yang diletakkan pada forum.Forum yang terbaik Malaysia yang saya sertai yang mudah membenarkan meletakkan signature dan link website kedalam forum adalah seperti www.malaysiaforum.net, www.carigold.com, www.mesra.com dan sebagainya.

12. Bina blog dummy untuk dapatkan backlink. Blog dummy adalah blog percuma anda seperti blogspot.com untuk mengarahkan link ke blog utama untuk mendapatkan backlink.Apa yang anda perlu lakukan adalah membina blog percuma seperti blogspot.com dan menulis artikel dengan memasukkan atau meletakkan link website utama anda.Disini anda akan mendapat backlink buatan daripada blog anda sendiri atau dari rakan blogger.

Kelebihan membuat website sendiri adalah apabila anda menjelajah mencari ilmu ke laman web yang mempunyai pagerank tinggi.Selain mendapat ilmu anda juga mendapat backlink dengan memberi komen pada website yang dikunjungi dan seterusnya akan meningkatkan pagerank google website anda.Kebaikkan peningkatan google pagerank adalah akan meningkatkan indeks pada enjin carian,membolehkan website berada pada page pertama enjin carian dan seterusnya meningkatkan pengunjung ke laman web.

Diharap perkongsian ilmu kaedah meningkatkan google pagerank akan dapat sama-sama meningkatkan pagerank website Malaysia dan diharap juga blogger Malaysia dapat memberikan komen dan ilmu membina tentang cara atau teknik meningkatkan pagerank google.Kelebihan bila pagerank meningkat iaitu dapat banyak keuntungan apabila pagerank website tinggi seperti peluang mendapat wang dari internet dengan meletakkan iklan atau link referral pada website.

Jika ingin menambah pendapatan sampingan tanpa bekerja dan ingin mengubah kehidupan kepada kehidupan lebih baik dan terjamin masa depan klik EMAS MENGUBAH HIDUP DAN MENAMBAH PENDAPATAN.

Inline
Inline