Tag Archives: permintaan perak

PELABURAN SILVER BELI SIMPAN JUAL JONGKONG PERAK DIRHAM

jongkong silver public gold

Pelaburan silver adalah melibatkan beli jongkong perak,silver bar,syiling dirham dan menyimpan untuk seberapa seketika dan menjual jongkong perak tersebut apabila harga silver dalam pasaran dunia tinggi. Flatform terbaik untuk pelaburan silver adalah Public Gold kerana satu-satu syarikat pelaburan yang menjual dan membeli jongkong perak atau silver bar mengikut harga antarabangsa 24 jam.

Pelaburan terbaik,pelaburan yang bijak atau pelaburan paling selamat dari pengaruh inflasi, peperangan, pergolakan politik adalah pelaburan emas atau pelaburan perak seperti hadis dibawah  :

Abu Bakar ibn Abi Maryam meriwayatkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpan lah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan.”

Secara asasnya apabila harga emas naik, harga silver juga turut naik, tapi sebenar harga silver lebih cepat kenaikan atau penurunan harganya. Disini kita akan dapati,pelaburan silver menyebabkan kita mendapat keuntungan yang cepat dan lebih banyak apabila harga perak naik dan sebaliknya apabila harga silver turun,harganya turun dengan cepat dan kita perlu menunggu untuk menjual balik jongkong perak tersebut.

Pelaburan silver adalah bagi pelabur yang berani dan mempunyai modal lebih kerana jika harga silver rendah, kita perlu tunggu untuk menjual perak tersebut atau dengan kata lain modal mati. Jika pelaburan emas kita dapat manipulasikan emas dengan gadai emas apabila harga emas rendah.Disini kita lihat ada kebaikkan dan kelebihan antara pelaburan perak dengan pelaburan emas.

KEHEBATAN DAN KELEBIHAN PELABURAN SILVER 

pelaburan silver melabur perak

Selepas perang dunia kedua dan tahun 1960an, penemuan saintifik telah menyebabkan industri semakin memerlukan perak, tidak seperti emas, emas hanya digunakan untuk dua perkara utama  iaitu wang dan barangan kemas 90% dan lebih kurang dari 10% keluaran emas digunakan untuk industri kerana harga emas yang mahal. Seperti kebanyakan komoditi, harga perak adalah didorong oleh spekulasi dan bekalan dan permintaan. Berbanding dengan emas, harga perak tidak menentu. Ini adalah kerana kecairan pasaran yang lebih rendah, dan turun naik permintaan antara industri dan sebagai penyimpan nilai. Perak sangat diperlukan di dalam industri, ia merupakan konduktif elektrik yang baik, di dalam kehidupan yang moden, semua tidak akan wujud jika tiada perak. Barangan fotografi, bateri dan elektronik, ia semakin banyak digunakan. Semakin banyak teknologi yang dijumpai, semakin banyak perak akan digunakan.

Sebelum ini harga perak pada tahun 2009-2010 adalah dalam lingkungan $20 seaun tetapi sekarang harga perak telah menjadi 2 kali ganda. Kalau dilihat dengan mata kasar, para pelabur boleh membuat keuntungan dari perbezaan harga tersebut. Untuk tahun ini, pengurangan kadar pengangguran di Amerika menunjukkan perkembangan ekonomi yang positif sekali gus bakal merancakkan industri pembuatan dan teknologi. Memandangkan perak adalah komponen penting dalam pembuatan teknologi, permintaan ke atas komoditi ini akan melonjak sedangkan penawarannya terus berkurang. Kepesatan pembangunan teknologi dijangka berkembang baik pada tahun 2012, sekali gus bakal memberi impak peningkatan ke atas permintaan perak.

Jika dikaji, kenaikan perak sepanjang 10 tahun ke belakang adalah sebanyak 797.66%. Ini bermaksud, kenaikan setahun perak adalah sebanyak 80%!.Jelas sekali peratusan kenaikan harga perak jauh meninggalkan harga emas. Kalau diletak RM1000 dalam pelaburan emas pada akhir 2001, pada akhir 2011, nilai pelaburan adalah bersamaan dengan RM4923.60. Kalau melabur dalam perak, nilainya melonjak kepada RM7976.60. Jauh lagi HEBAT! Harga perak hari ini jauh lebih murah berbanding emas sekitar 40 hingga 50 kali. Oleh sebab yang demikian perak dikatakan sebagai emas orang miskin kerana semua orang mampu membeli perak.

Asas-asas bekalan dan permintaan bagi perak adalah luar biasa. Terdapat defisit bekalan atau permintaan berterusan di perak selama 12 tahun. Ada yang mengatakan defisit ini mencapai 60 tahun, dan telah hampir semua perak yang diketahui pernah dilombong sejak awal dunia telah digunakan. Defisit tahunan baru-baru ini adalah daripada 100 juta kepada 200 juta auns setahun. Bekalan tahunan ialah kira-kira 650 juta auns, dan permintaan tahunan adalah kira-kira 800 juta auns. Walaupun bekalan perak dunia semakin berkurangan, ia boleh menjadi berita baik bagi kepada para pelabur. Permintaan yang terus menerus dengan mengatasi kadar pengeluaran menyebabkan nilai perak terus memanjat lebih cepat daripada mana-mana logam berharga yang lain, termasuk emas.

FAKTOR MEMPENGARUHI KENAIKKAN HARGA PERAK :

1. Kegunaan Perak dalam Perindustrian:

44% perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil lombong perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.

2. Kemunculan China dan India: 

Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak, terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

3. Kalis Inflasi:

Bullion perak melindungi kuasa pembelian ketika krisis kewangan. Kuasa membeli perak semakin meningkat kerana pengeluaran perak yang semakin berkurangan menyebabkan permintaan terhadap perak semakin tinggi dan seterusnya harga emas akan meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan ini bertindak sebagai Penyimpan Nilai terbaik.

TEMPAT MELABUR ATAU MEMBELI BULLION SILVER

syiling 10 dirham perak

Tempat atau syarikat untuk melabur perak atau membeli dan menjual bullion silver adalah Public Gold. Public Gold mengeluarkan sendiri jongkong silver serta menjual silver bar dengan harga murah.Lihat MENGENAI PUBLIC GOLD KELULUSAN BNM ANUGERAH JONGKONG EMAS DAN JONGKONG SILVER TERMURAH MALAYSIA. Public gold menjual jongkong silver atau membeli balik jongkong silver mengikut harga silver antarabangsa dunia.Public Gold mempunyai 4 jenis jongkong perak iaitu jongkong perak 250 g, 500 g, 1 kg dan syiling dinar perak 10 Dirham. Anda dapat melihat harga perak atau silver yang berubah setiap 20 minit pada side bar website ini atau di www.publicgold.com.my. Anda boleh melabur silver dengan mula membeli silver 10 dirham berharga RM142 (harga pada 28/9/2012) dan menjadi pelanggan public gold. Klik cara PERCUMA DAFTAR JADI PELANGGAN PUBLIC GOLD dan seterusnya dapat kunci harga beli atau jual perak atau emas 24 jam melalui website public gold.

Selamat melabur dalam pelaburan perak dan pelaburan emas di public gold.

Inline
Inline