Tag Archives: permulaan membuat website

MEMBINA WEBSITE SENDIRI PERMULAAN

bina website sendiri

bina website sendiri

Cara membina website sendiri permulaan iaitu asas sebelum membuat website sendiri website berbayar untuk promosikan perniagaan atau perkongsian maklumat

Membuat website adalah mudah dan kita boleh membuat sendiri tanpa kursus atau upah untuk membina website.Website pada zaman sekarang adalah penting sebagai penyalurkan maklumat atau urusan kepada orang ramai dengan mudah, tersusun,berkesan.dan menjimatkan kos.Sekarang adalah zaman maklumat  dihujung jari dan internet kini sudah meluas dan digunakan oleh semua orang yang berada dibandar atau luar Bandar di Malaysia.

Untuk membuat website sebenarnya adalah mudah. Saya membuat website sendiri tanpa guru, tanpa upah  atau ilmu komputer hanya dengan pertolongan pakcik google ( pertanyaan masalah kepada google) dan belajar membuat website sendiri. Bagi dealer public gold pelaburan emas public gold Malaysia bolehlah membuat website sekurang-kurangnya seperti saya untuk menyebarkan maklumat tentang pelaburan emas fizikal sambil mempromosikan perniagaan atau barangan anda.Cuma saya hanya boleh ajar setakat yang saya tahu kerana ilmu bina website amat luas. Contohnya,website ada berbagai jenis seperti yang menggunakan sistem CMS (Content Management System) seperti WordPress atau joomla, sistem blog perusahaan atau website blog,website forum,website iklan baris,website perusahaan online dan website lebih kompleks seperti website komuniti friendster.

Website terdiri dari 2 jenis :

Disini saya akan mengajar buat website sendiri percuma dari jenis website berbayar. Anda tidak perlu pergi kursus menghabiskan masa dan wang beratus-ratus atau mengupah orang membuat website. Kelebihan membuat website sendiri adalah kita dapat ilmu dan dapat mengubah atau membaiki website sendiri.Website berbayar  bermaksub anda kena beli  hosting dan sewa domain barulah dapat membina website sendiri.

Terdapat 3 bahagian utama yang perlu difahami sebelum membuat website sendiri iaitu :

  • 1.Hosting..beli server untuk simpan fail seperti rumah kita
  • 2.Domain…sewa domain seperti alamat rumah kita
  • 3.Software Website ..banyak software website telah tersediakan dengan domain secara percuma seperti wordpress, joomla dan sebagainya.

Huaraian secara ringkas bahagian utama untuk belajar membuat website iaitu:

1.Domain

Domain adalah nama atau alamat sesuatu website.Domain ini terdiri dari nama domain dan extension. Contoh www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com, pelaburanemaspublicgoldmalaysia adalah nama domain dan .com adalah extensionnya. Extension mewakili untuk kategori tertentu seperti .com untuk keperlukan komersial, .net untuk keperluan jaringan,  dan lain-lain. Langkah pertama untuk anda membuat website sendiri adalah fikirkan nama domain anda kerana nama domain tidak dapat diubah. Anda juga boleh mnggunakan software domain tools untuk membantu memilih nama domain bagi website Anda. Extension pula sebaiknya guna extension .com karena lebih umum dan popular.Sewa domain ini akan dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali dan menyambung  lagi jika anda mahu terus menggunakannya.

Tips memilih nama domain :

  • 1. Pilih nama domain yang ringkas dan mudah diingati
  • 2. Pilih nama domain yang sesuai dengan mewakili isi dan tujuan dari website Anda, untuk mempermudah orang mengingat nama domain atau alamat website.
  • 3. Boleh menggunakan tanda (-) .
  • 4. Pilih extension .com lebih popular.
  • 5. Sebaiknya nama domain berserta dengan keyword untuk membantu proses
  • SEO (search engine optimization), agar website Anda berada di search engine halaman atas

2. Hosting

Hosting adalah tempat untuk  meletakkan fail-fail website.Fail website anda disimpan di sebuah server yang terhubung dengan jaringan internet. Harga sebuah paket hosting berbagai-bagai harga, bergantung kepada keperluan website anda dari puluhan ringgit hingga ribuan ringgit setahun.

Tips memilih paket Hosting :

  • 1. Sistem Server yang digunakan apakah Linux atau Windows. Ini akan menentukan software dan bahasa pemprograman website. Kebanyakan orang menggunakan Linux. Saya juga mnggunakan Linux.
  • 2. Disk Space hosting.Disk Space adalah ruang kapasiti server hosting yang diberikan  untuk menyimpan file-file website.Sama juga seperti besaran space untuk menyimpan file  di komputer. Lagi besar disk space lagi baik,lagi laju dan lagi mahal tapi bergantung kepada kehendak website anda.
  • 3. Bandwidth yang diberikan. Bandwidth adalah kapasiti akses perbulan yang diberikan untuk mengakses website.
  • 4. Jumlah domains yang diberikan dalam pakej hosting. Jika anda mahu buat website lain selepas ini beli hosting yamg memberikan jumlah domain yang lebih.
  • 5. Database yang diberikan.lebih banyak database MySQL lagi baik.

3. Software Website

Software website adalah percuma dari domain yang anda sewa. Anda boleh pilih software yang mana berkenan di hati tapi perlulah tahu menggunakan software tersebut. Software yang mudah untuk membuat website berbentuk open source seperti blog wordpress, joomla, phpbb, dan sebagainya yang tidak memerlukan ilmu programan computer,hanya tulis dan publish. Saya menggunakan software wordpress kerana ianya lebih mudah dan friendly SEO,search engine optimizer.Membuat website dengan wordpress adalah paling mudah kerana plugin sudah tersedia,kita hanya perlu pilih plugin yang terbaik.

Sebelum saya menulis artikel cara untuk membuat website sendiri selanjutnya, anda fikir dulu nama domain untuk website anda dan semak hosting yang terbaik. Sebaiknya beli hosting dari Malaysia jika pasaran website kita melibatkan orang Malaysia. Anda boleh Tanya pakcik google hosting terbaik Malaysia.Saya menggunakan hosting dari exabytes Malaysia. Exabytes adalah syarikat server hosting antarabangsa dan di Malaysia berpusat di putra jaya. Saya juga menyewa domain dari exabytes supaya senang untuk berurusan dan setting website.Saya membina website dengan wordpress kerana paling mudah, plugin sudah tersedia hanya perlu pilih dan friendly SEO,search engine optimizer .Anda boleh melihat pakej hosting,domain dan promosi di laman web exabytes iaitu klik banner pada website ini. Ini bukan promosi kerana saya tak dapat apa-apa hanya ingin mengajar cara membuat website sendiri secara percuma dan mudah seperti saya. Tunggu artikel membina website bahagian dua iaitu cara mendaftar hosting dan menyewa domain.

Langkah selanjutnya adalah membeli hosting dan domain untuk membina website sendiri

KAEDAH BELI HOSTING DAN DOMAIN MULA BINA WEBSITE SENDIRI

Inline
Inline