Posted in DEALER PENGEDAR EMAS

KISAH SUKA DUKA PERJALANAN BERMOTOSIKAL KE MESYUARAT EMAS

Kisah suka duka perjalanan bermotorsikal
Kisah suka duka perjalanan bermotorsikal hadiri mesyuarat emas

Kisah suka duka perjalanan pengedar emas Kelantan bermotorsikal  menghadiri mesyuarat emas dalam pelaburan emas fizikal di ibu pejabat public gold pulau pinang.

Perjalanan bermotosikal kuasa tinggi superbike Kawasaki z1000sx seorang diri,bermula jam 5 petang pada hari jumaat 19 april 2013 selepas menghantar ibuku dilapangan terbang untuk mengerjakan umrah di tanah suci mekah.Menunggang motosikal adalah minatku dari kecil.Aku masih ingat pada usia 15 tahun aku sudah berdikari dengan menyewa tanah untuk ditanami pokok tembakau dan hasilnya aku dapat membeli sebuah motosikal Yamaha RXS.Mungkin sebab itulah,aku adalah perokok kerana ingin menolong penanam tembakau he he.Pada zaman 80an,Yamaha RXS adalah motor paling besar sebelum kemunculan Yamaha RXZ.

Motorsikal RXS inilah menjadi teman aku berulang alik dari Pahang ke Kelantan semasa menuntut di ITM Pahang dan berulang alik dari Kuala Lumpur semasa menuntut di UKM Bangi. Motorsikal ini juga menyebabkan aku terkenal kerana kelantangan bunyi ekzosnya hingga selalu ditegur oleh pengawal asrama.

Perjalananku ke Penang penuh berhati-hati kerana tayar depan motor sudah botak dan tujuan kedua ke Pulau Pinang adalah untuk menukar tayar depan motorku. Cuaca petang itu dalam kadaan baik, tiada hujan.Bagi bikers hujan adalah rahmat kerana dapat “air cond free”.Aku bergerak dengan kelajuan normal 140km/j, hinggalah saat mendaki puncak gunung titiwangsa kelajuan dikurangkan kepada 120km/j kerana jalan berlengkang lengkok. Sambil aku melayan corner tiba-tiba ternampak lori di tengah jalan,lalu aku membrek sekuat hati.Nasib baik motorku guna brek ABS,jika brek biasa dengan kelajuan 120km/j,aku rasa mungkin terlanggar lori tersebut atau terpelanting ke longkang.”syukur Alhamdulillah” dalam hatiku.Aku meneruskan perjalanan dengan berhati-hati sambil menikmati keindahan alam yang menghijau diselubungi kedinginan tempat tinggi sehinggalah sampai di tempat rehat dipuncak titiwangsa. Aku menekan brek belakang motorku “aiyoo…brek belakang tak makan (berfungsi) dah jem”

Aku meneruskan perjalanan dengan lebih berhati-hati kerana tayar motor depan yang botak dan brek belakang yang tidak berfungsi, sambil berhenti beberapa kali untuk menghirup udara segar dan menghirup asap rokok.Aku selamat sampai ke hotel di prai pada pukul 8.30 malam.Dalam hatiku berkata “untung tunggang motor ni..bebas tol, bebas jem,jimat,cepat dan aircond free jika hujan…he he”

Keesokkannya aku ke Public Gold di bayan lepas,pulau pinang. Semua master dealer public gold setiap negeri sudah sampai. Sambil minum dan makan pagi aku berborak dengan mahaguru emas,en syukor hashim dan sam eng,general manager public gold.Aku memulakan perbualan dengan “mengepom” orang kuat public gold dengan memuji kehebatan public gold yang sentiasa menjual emas bahkan mengiatkan promosi membeli emas pada harga emas paling murah dan stok emas yang sentiasa ada. Sebetulnya semasa berbual dengan sepupuku yang merupakan tukang emas,ia mengatakan beberapa kedai emas di Kelantan yang menghentikan operasi atau tutup kedai sementara waktu kerana harga emas yang terlalu murah. Lihat EMAS PALING MURAH.  Kami juga berbincang tentang penurunan harga emas dan ramalan harga emas sehinggalah pegawai public gold mempersilakan semua master dealer memasuki bilik mesyuarat public gold.

Seperti biasa forum master dealer di pengerusikan oleh pengerusi public gold iaitu Dato’ Louis Ng.

Intipati dari forum emas master dealer public gold :

Maklumat terkini operasi public gold :

1. Perkhidmatan Terbaru Allocated Gold Storage Service (AGSS) Pelanggan atau dealer public gold kini dapat membeli emas dan terus menyimpan emas di Public Gold. Sistem ini di kenali AGSS.Perkhidmatan terbaru ini dikenakan caj penyimpanan  1% setahun untuk produk emas dan 2% setahun untuk produk perak,tiada kos pengangkutan caj,Jewellery dan Royal Collection adalah tidak diterima untuk AGSS.Nilai produk minimum RM5,000 per transaksi penyimpanan AGSS. Pelanggan boleh membeli secara “online” dan menggunakan servis ini tanpa datang ke cawangan dan produk emas anda akan dihantar apabila anda mahu.

2. Enhanced SMS Ordering Service (ESOS). Pembelian emas atau penjualan emas online menggunakan SMS berpusat ini adalah pertama di Malaysia menggunakan kod operasi dan kod produk tertentu.Sila ke cawangan public gold untuk mendapat kod sms ini.

3.  Aplikasi android public gold PG Apps (Android OS).Pembeli emas,pelanggan atau dealer public gold kini dapat melihat harga semasa public gold,membeli emas,menjual emas dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi terbaru android public gold.Lihat CARA MUDAH BELI EMAS DENGAN APLIKASI ANDROID PUBLIC GOLD.

mesyuarat pengedar emas
mesyuarat pengedar emas

Produk emas terbaru dan berita terkini emas public gold :

1. Jongkong emas atau gold bar public gold terbaru bernama bungamas adalah jongkong emas bercirikan kebudayaan melayu seperti gold bar Tai Fook yang menunjukkan kesenian cina. Bentuk dan seni jongkong emas bungamas ini sangat cantik dan halus dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

2. Jongkong emas terbaru public gold,bernama flexibar adalah jongkong emas atau wafer gold yang boleh dipotong kecil-kecil untuk dijual sedikit demi sedikit. Contohnya anda beli 50g Flexibar mengandungi atau tercantum terdiri daripada 50 kepingan gold bar seberat 1 g setiap satu. Apabila anda perlukan wang,anda boleh patahkan wafer gold ini untuk dijual. Wafer gold public gold, flexibar ini adalah wafer gold bar pertama di asia.

jongkong emas bungamas dan flexibar
jongkong emas bungamas dan wafer gold flexibar

3. Berlian atau diamond public gold,Louis diamond adalah berlian yang akan dipasarkan tidak lama lagi. Berlian ini dijual mengkut harga berlian atau diamond antarabangsa.

Maklumat terkini dan polisi terbaru public gold :

Polisi public gold 2013,syarat dan peraturan dealer atau pengedar emasb public gold tiada perubahan. Cuma sedikit percubaan yang akan dilakukan untuk mengelak daripada dealer yang sangat tidak aktif.Seperti dahulu polisi pengedar emas public  agar akaun dealer sentiasa aktif hendaklah membeli emas sendiri atau dapatkan customer atau rekrut new dealer dalam tempoh 6 bulan mengikut jangkamasa januari hingga jun dan julai hingga disember. Belian minimum dalam tempoh 6 bulan itu bagi dealer RM500, bagi priority dealer RM1k dan bagi master dealer adalah RM5k.

Forum pengedar emas public gold ditangguhkan pada pukul 2 petang.

mohd zaidi junus dan dato Louis Ng
pengedar emas public gold mohd zaidi junus dan dato Louis Ng

Selepas makan aku terus ke kedai motor superbike mega fortune prai untuk menukar tayar dan memeriksa brek belakang. Mekanik bertungkus lumus  memeriksa brek dan akhirnya berkata dalam pelet cina “ Woii..ini brek rosak pam, tak boleh usik motor dalam warranty,pam brek bukan puluh,bukan ratus..ribu woii..” dan berpesan “ini tayar baru,licin…jangan laju dan korner kuat-kuat”. Disini aku jumpa ramai kawan bikers dan selepas ini, bila aku datang pula ke penang aku tidak lagi keseorangan.Inilah keistimewaan bikers malaysia yang mudah mengenali dan bersahabat sesama bikers. Selepas membuat bayaran tayar battlax s20 depan RM440 (dapat diskaun guna kad kawan..he he) dan upah RM25 (amat murah dengan kerja hampir 3 jam) aku bertolak balik juga dengan berhati-hati dalam hujan renyai-renyai,tayar baru dan licin dan dalam kegelapan malam seorang diri.Pukul 12 malam aku sampai di rumah setelah menunggang motorsikal 5 jam…Dulu aku pergi atau balik penang mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja,inilah kisah suka duka perjalanan seorang bikers.

Sebelum tidur aku terfikir,langkahku menceburi bidang pelaburan emas public gold semenjak 3 tahun lepas adalah langkah yang bijak dengan potensi kemajuan public gold yang berdaya maju.Mari sama-sama mulai pelaburan emas fizikal public gold kerana emas adalah penyimpan dan pelindung kekayaan untuk masa depan. Tak caya???..pegang duit tunai RM3000 dan lihat berapa lama wang RM3000 berada dalam gengaman anda? Cuba beli emas RM3000 dan lihat berapa lama emas akan berada dalam gengaman anda? Jika saya RM3000 sekejap saja berkurang…tapi emas,kita sayang nak jual kan..sebab tu emas adalah pelindung kekayaan.Klik PANDUAN LENGKAP PELABURAN EMAS DAN PERAK untuk mula melangkah bijak menceburi pelaburan emas fizikal public gold.