Tag Archives: program sip public gold

PENGALAMAN HEBAT AKSI BOLA SEPAK REAL MADRID TOUR BERNABEU

pengalaman hebat menonton perlawanan bola sepak real madrid

pengalaman hebat menonton perlawanan bola sepak real madrid

Pengalaman hebat aksi perlawanan bola sepak Real Madrid secara langsung dan lawatan tour muzium bola sepak Real Madrid di Stadium Bernabeu Madrid Sepanyol

Pengalaman hebat, luar biasa dan tak dapat dilupakan dalam hidup bagi peminat bola sepak kelab Real Madrid iaitu menyaksikan sendiri perlawanan bola sepak secara langsung di Stadium tertua dunia iaitu Stadium Bernabeu Madrid Sepanyol dan juga memasuki lawatan tour muzium bola sepak real madrid dalam Stadium Barnebeu.

Peserta SIP Public Gold di stadium Bernabeu Madrid

Peserta SIP Public Gold di stadium Bernabeu Madrid

Percutian hari kedua di Sepanyol ialah mengunjungi stadium Bernabeu untuk memasuki muzium bola sepak Real Madrid dan seterusnya menyaksikan perlawanan bola sepak liga sepanyol antara Real Madrid dengan Atletico Madrid. Klik KISAH DAN PENGALAMAN PERCUTIAN KE SEPANYOL untuk kisah benar pengalaman pertama kali mengunjungi Sepanyol. Tiket perlawanan bola sepak telah di beli oleh pihak Public Gold semenjak 3 bulan lepas yang berharga 240 euro setiap seorang.

master dealer Public Gold Malaysia

master dealer Public Gold Malaysia

Pada hari kedua berada di Madrid Sepanyol, kami peserta program Sales Incentive Program Leadership Seminar Public Gold yang terdiri daripada penyokong kelab bola sepak real madrid bergerak ke Stadium Bernabeu seawal jam 8.30 pagi selepas bersarapan pagi di hotel Marriott. Walaupun perlawanan bola sepak antara Real Madrid dan Atletico Madrid pada sebelah petang yang dijadualkan jam 4:45 petang, namun kami pergi sebelah pagi untuk memasuki santiago Bernabéu Tour atau lawatan muzium kelab bola sepak real madrid di stadium bernabeu pada sebelah pagi sambil melihat suasana persediaan perlawanan bola sepak sebelah petangnya.

Estadio Santiago Bernabeu

Estadio Santiago Bernabeu Madrid

Jarak perjalanan dari hotel penginapan kami ke Santiago Bernebeu lebih kurang 30 minit sahaja. Saya tergaman apa bila sampai di stadium Bannebeu kerana deretan kedai dan penyokong kelab bola sepak sudah ramai di luar stadium menantikan perlawanan bola sepak sebelah petangnya.

Dato Wira Louis Ng hadiahkan mafla Real Madrid

Dato Wira Louis Ng hadiahkan mafla Real Madrid

Apabila sampai di Stadium Barnebeu, saya terpegun dan ghairah apabila dapat berada di stadium tertua dan terkenal seluruh dunia. Stadion Santiago Bernabeu dirasmikan pada 14 Desember 1947 dengan nama stadium ini diambil dari pemain bola sepak legenda Real Madrid iaitu Santiago Bernabeu. Stadion Santiago Bernabeu merupakan salah satu stadium terkenal dan berprestij dalam kancah bola sepak dunia dengan luas keseluruhan 105 m x 68 m, stadion ini mampu menampung 81.044 penonton. Stadium Barnebeu kini dijadikan juga muzium kelab bola sepak Real Madrid dengan bayaran masuk 20 euro iaitu lebih kurang RM100. Pengasas Public Gold, Dato wira Louis Ng memberikan kami tiket untuk memasuki muzium Bola sepak Real Madrid di Stadium Bernabeu. Dato’ wira Louis Ng juga menghadiahkan kami mafla untuk perlawanan bola sepak sebelah petangnya sebagai kenangan yang amat berharga.

Santiago Bernabeu Tour

Santiago Bernabeu Tour

Di pintu masuk muzium bola sepak real madrid, beberapa orang peserta program SIP di periksa telefon dan di suruh hapuskan gambar di kawasan larangan iaitu pintu masuk pemeriksaan keselamatan, namun aku terlepas dari gambar dalam telefonku di delete.

Zaidi Emas Public Gold

Zaidi Emas Public Gold

Salah seorang sahabat bertanya “Macam mana kamu terlepas Cikgu Zaidi?”. Saya pantas menjawab selamba “Saya ada ilmu ghaib”. Dalam hatiku “Ini gambar larangan ni sebagai kenangan memasuki tour bernabeu”.

Muzium Bola Sepak Real Madrid

Muzium Bola Sepak Real Madrid

Kami menaiki tangga dan ketingkat empat stadium dan dapat melihat keseluruhan stadium dengan rumput menghijau di jirus air untuk persedian perlawanan pada waktu petang.

Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng dan Datin Wira Yvonne Lim

Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng dan Datin Wira Yvonne Lim

Saya berjumpa dato wira Louis Ng dan datin Wira Yvonne Lim dan bercerita tentang PG Gold Museum iaitu muzium emas pertama Malaysia kepunyaan Public Gold. Kataku “Dato, PG Gold Museum sepatutnya mempamerkan sejarah gold bar, emas dinar dan jongkong perak Public Gold semenjak 2010 dan pamerkan juga gambar dealer-dealer yang berjaya…gambar saya yang hensem pun kena pamer dato”. Dato Louis dan datin wira Yvonne Lim hanya tersenyum.

Stadium Bola Sepak Bernabeu Madrid

Stadium Bola Sepak Bernabeu Madrid

Setelah mengambil beberapa foto sebagai kenangan, kami teruskan perjalanan dan melihat pelbagai jersey real madrid, piala, pakaian, miniatur, gambar-gambar kenangan kejayaan Real Madrid, gambar pemain, bilik persalinan pemain, ruang Press Conference dan sebagainya.

Muzium Real Madrid di Stadium Bernabeu

Muzium Real Madrid di Stadium Bernabeu

Di suatu ruangan ada servis foto buatan bersama pemain, namun aku tak membeli foto tersebut kerana mahal iaitu 24 euro. Dalam hatiku “Harga foto lebih mahal dari tiket masuk, dah la gambar edit, buat sendiri pun boleh”

Stadium Santiago Bernabeu Tour

Stadium Santiago Bernabeu Tour

Tour bernebeu ini mengambil masa lebih kurang 3 jam berjalan, namun tidak terasa masa berlalu atau tidak merasa letih kerana tarikan keindahan muzium bola sepak Real Madrid. Kami keluar melalui ruangan ke padang bola sepak stadium dengan latar belakang padang menghijau stadium tertua dan terkenal dunia.

pengalaman hebat di Madrid

pengalaman hebat di Madrid

Kami mengambil peluang duduk dan bergambar di tempat duduk pemain dan pengurus bintang bola sepak dunia. Aku berkata kepada kawanku “Boleh duduk ditempat pemain adalah satu pengalaman hebat, apabila melihat siaran langsung bola sepak dunia, kita sudah ada pengalaman duduk ditempat duduk tersebut untuk diberitahu kepada anak cucu”. Bahagian terakhir yang harus kami masuki dari Tour Bernabeu sebelum kami keluar adalah Bernabeu Store. Tempat itu menjual segala pakaian rasmi kelab Real Madrid. Harga pakaian di sini mahal belaka, sehelai jersey berharga lebih kurang 100 euro iaitu lebih kurang RM500. Fikirku “Lebih baik beli jersey Real Madrid di Golok hanya lebih kurang RMM20 saja”.

Nasi Arab di Madrid Sepanyol

Nasi Arab di Madrid Sepanyol

Selepas selesai lawatan muzium Bernebeu, kami menaiki bas untuk makan di restoran Arab. Di sini baru dapat merasa nasi seperti Malaysia. Kebiasaannya di Restoran Muslim di Madrid, di sediakan tempat untuk sembahyang. Selepas makan dan solat kami terus ke Stadium Bernebeu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara Real Madrid dan Atletico Madrid. Perkarangan stadium telah di banjiri oleh peminat bola sepak hingga susah untuk berjalan. Tour guide kami telah menasihati supaya menjaga dompet dengan baik kerana ramai penyeluk saku. Kami peserta program sip leadership training Public Gold seramai 25 orang mendapat tiket tempat duduk yang berlainan. Aku keseorangan meredah orang ramai menuju pintu gate 46. Walaupun orang ramai dan sesak, namun pintu masuk stadium tidak sesak kerana stadium ini mempunyai banyak pintu masuk.

tiket bola sepak real madrid

tiket bola sepak real madrid

Di pintu masuk stadium aku scan gambar tiket di dalam telefon yang membolehkan masuk dengan mudah, namun aku di sekat oleh pengawal keselamatan kerana membawa minuman dalam botol. Pengawal keselamatan membuka dan membuang penutup air minuman dalam botol dan menyuruhku meminumnya dan aku terus berlalu membawa air minumanku, kata ku dalam hati “Mungkin satu langkah keselamatan dari membawa cecair yang merbahaya”

Pengalaman Menonton Perlawanan Bola Sepak Real Madrid

Pengalaman Menonton Perlawanan Bola Sepak Real Madrid

Di dalam stadium Bernebeu aku berjumpa dengan rakanku, ustaz Khairul Anuar Basri dan kebetulan kami berada di kerusi yang berdekatan. Perlawanan bola sepak yang di tunggu-tunggu dengan tiket perlawanan bola sepak termahal iaitu 240 euro tajaan Public Gold iaitu lebih kurang RM1200 antara Real Madrid lawan Atletico Madrid di Stadium tertua, ternama dan terkenal Stadium Bernabeu Madrid. Kelab Real Madrid dibarisi oleh pemain-pemain bertaraf dunia daripada posisi penjaga gol hingga ke bahagian serangan seperti Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos,Karim Benzema, Luka Modric, Gareth Bale, Toni Kroos, Pepe, Marcelo dan sebagainya dengan jurulatih Real Madrid iaitu Zinedine Zidane yang merupakan bekas pemain terbaik dunia yang berasal dari Perancis.

suasana perlawanan bola sepak real madrid di stadium Bernabeu

suasana perlawanan bola sepak real madrid di stadium Bernabeu

Aku terpegun dengan disiplin dan semangat kesukanan orang eropah yang berdisiplin dan menghormati antara satu sama lain yang membolehkan kita menonton perlawanan bola sepak dengan aman dan tenteram. Jika penonton bola sepak Malaysia, tidak beradab, maki hamun dan sebagainya, namun penonton eropah sentiasa duduk dan hanya bangun ketika bola memasuki gol dan beradap sopan dengan menyanyi, bersorak dan tepuk tangan. Klik melihat video youtube PENYOKONG BOLA SEPAK REAL MADRID KE STADIUM BERNABEU MADRID untuk menonton suasana perlawanan bola sepak di Stadium Bernabeu Madrid.

Penyokong Bola Sepak Real Madrid

Penyokong Bola Sepak Real Madrid

Bagi peminat bola sepak Real Madrid, mesti mengikuti Santiago Bernabéu Tour iaitu tour muzium Real Madrid di Stadium Bernebeu dan menyaksi perlawanan bola sepak di Stadium Bernebeu adalah menu wajib ketika berkunjung ke Madrid Sepanyol. Jutaan terima kasih kepada syarikat pelaburan jongkong emas terbesar Malaysia iaitu Public Gold yang mempunyai 19 cawangan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunai kerana memberi pengalaman hebat dalam hidup dengan percutian percuma 9 hari 7 malam ke Sepanyol di bawah program Sales Incentive Program Leadership Seminar Public Gold Spain. Salah seorang sahabat yang baru pertama kali menyertai program SIP Public Gold berkata ” Ingatkan program SIP leadership seminar ni kena dengar seminar atau ceramah, tapi tak ada langsung seminar atau ceramah, hanya percutian makan angin percuma semata-mata”. Rebut peluang mendapat percutian percuma, insentif rumah percuma, kenderaan percuma serta pendapatan pasif sepanjang hayat yang boleh diwarisi dengan menjadi dealer Public Gold dengan hanya membeli emas. Klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk maklumat keistimewaan menjadi dealer atau berniaga emas pelaburan Public Gold.

PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD