Tag Archives: program SIP

KENALI PUBLIC GOLD MELALUI PROGRAM SIP

Kenali Public Gold

Kenali Public Gold

Kenali public gold dan pulau pinang melalui program lawatan SIP ke ibu pejabat Public Gold, PG Gold Museum, Public Safe dan tempat menarik di Penang.

Program SIP (Sales Incentive Program) Public Gold adalah orientasi bagi mengenali syarikat emas fizikal terbesar, terkukuh dan sah iaitu public gold melalui program lawatan ke ibu pejabat public gold iaitu Public Gold Global Business Centre (PGGBC), PG gold Museum iaitu muzium emas pertama Malaysia, Public Safe iaitu peti simpanan keselamatan public gold, Arrahnu Public Gold Koperasi Dagang Emas serta mengunjungi tempat-tempat menarik dan makanan menarik di Pulau Penang. Program SIP melibatkan orientasi 2 hari satu malam dengan bas yang disediakan oleh Public Gold mengelilingi Pulau Pinang, bermalam di hotel 4 bintang iaitu hotel Eastin berdekatan Queensbay, disediakan makanan yang terkenal di Pulau Pinang dan berpeluang membawa balik jongkong emas percuma melalui cabutan bertuah.

Program SIP public Gold

Program SIP public Gold

Atur cara dan pengalaman mengikuti program SIP Public Gold :

👍PUBLIC GOLD Global Business Centre (HQ) berjumpa dengan pengasas Public Gold Dato’ Wira Louis Ng.

sales incentive programme sip public gold

sales incentive programme sip public gold

Saya telah mengikuti SIP orientatation pada 19 dan 20 disember 2015. Pada pukul 9.00 pagi semua peserta berkumpul di Ibu Pejabat Public Gold, PUBLIC GOLD Global Business Centre (HQ) yang beralamat di Global Business Center Public Gold Marketing Sdn Bhd, Plot 21, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas Phase IV, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia. Tel : +604-6439999 Fax: +604-6450916

Public Gold Global Business Centre

Public Gold Global Business Centre

Kedatangan peserta SIP di sambut oleh staff public gold yang ramah serta pengasas public gold sendiri iaitu Dato’ Wira Louis Ng. Dato’ Louis Ng mengucapkan kata-kata alaun dan beramah mesra dengan semua peserta program SIP.

👍Berpeluang merasai sendiri sebagai VIP dalam kereta Mewah ROLLS ROYCE dan PORSCHE

kereta mewah public gold

kereta mewah public gold

Peserta program SIP akan di sediakan makanan pagi dan diberi peluang menaiki kereta mewah Rolls Royce yang berharga 2.8 juta dan Porshe mengelilingi kawasan sekitar.

👍Melawat ke PUBLIC SAFE – melihat sendiri 5000 peti simpanan keselamatan di Public Safe yang boleh simpan emas dan barangan berharga anda dengan senang hati.

peti simpanan emas public safe

peti simpanan emas public safe

Peserta program SIP dibawa menaiki 2 bas ke cawangan Public Gold Relau yang terdapat Public Safe dan Arrahnu public gold iaitu Arrahnu Koperasi Dagang Emas (KDE). Setelah di beri sedikit taklimat peserta program SIP dari seluruh negeri termasuk Singapura di bawa memasuki Public Safe iaitu peti simpanan emas dan barang berharga yang terdiri daripada lebih 5000 peti simpanan emas kecil dan 7 peti simpanan besar untuk syarikat korporat. Keselamatan emas dan barang berharga di sini terjamin dengan keselamatan yang ketat seperti sistem pintu kedap udara dan pintu 3 lapis.
Kini peti simpanan Public Safe mengadakan promosi sewa murah iaitu dapat menyewa peti simpanan termurah iaitu RM99 setahun. Harga biasa menyewa peti simpanan public safe adalah RM240. Bagi dealer yang membeli emas melebihi RM10k, peti simpanan emas diberikan secara percuma selama setahun.

👍Menikmati makanan yang terkenal di Penang dan melihat street art Penang.

mee udang penang

mee udang penang

Seterusnya kami menaiki bas untuk makan makanan terkenal di Penang iaitu Mee Udang di pantai Kampung Gombak. Sambil makan peserta sip berkenalan dan beramah mesra dari seluruh ahli public gold yang datang dari setiap negeri termasuk singapura. Selepas makan peserta boleh bersiar-siar menikmati pemandangan indah pantai di jambatan cinta.

street arts penang

street arts penang

Perjalanan seterusnya adalah bersiar-siar di Street Art Penang. Dalam perjalanan kami singgah di Kedai Jeruk Madu Pak Ali untuk membeli pelbagai jenis jeruk dan singgah bersembahyang di Masjid.

gold bar 0.5g 24k cat skippy public gold

gold bar 0.5g 24k cat skippy public gold

Sampai di Street Art lebih kurang pukul 5 petang, kami di bawa berjalan menyusuri street art iaitu jalan tarikan pelancong terkenal di penang sebagai tempat warisan sejarah.

jongkong emas 0.5g kids on bicycle public gold

jongkong emas 0.5g kids on bicycle public gold

Bangunan di street arts adalah bangunan lama tinggalan sejarah yang dilukis dengan pelbagai lukisan termasuklah tema jongkong emas 0.5g 24K LBMA bebas gst public gold iaitu kids on bicycle and gold bar 0.5 gram skippy cat public gold.

nasi 7 benua penang

nasi 7 benua penang

Setelah berjalan-jalan menikmati tapak warisan sejarah penang, peserta sip public gold dibawa makan malam di restoran nasi 7 benua.

👍tinggal di hotel yang bertaraf 4 bintang, Eastin Hotel.

public gold Queensbay mall

public gold Queensbay mall

Apabila semua ahli program SIP kenyang, kami di bawa ke hotel Eastin yang berdekatan dengan Queensbay Mall. Setelah check in di hotel bertaraf 4 bintang ini, kami berjalan kaki ke Queensbay Mall berdekatan untuk membeli belah sambil mengunjungi pusat jualan emas public gold di Queensbay mall.
Pukul 6.30 pagi peserta sip orientation dikehendaki berkumpul di Lobby hotel Eastin untuk atur cara seterusnya iaitu sarapan pagi dan seminar ringkas di cawangan public gold relau. Aku dan Ezzat yang duduk sebilik di tinggalkan bas kerana lewat. Aku dan Ezzat di ambil oleh kakitangan public gold dibawa ke cawangan public gold relau bagi slot seminar emas.

perkongsian ilmu emas

perkongsian ilmu emas

Slot ilmu emas dapat menambah ilmu dan berita terbaru mengenai emas public gold dan meningkatkan motivasi serta teknik untuk menjadi pengedar emas yang berjaya.

👍Melawat ke PG GOLD MUSEUM – Muzium emas yang pertama di Asia, merasai pengalaman mendulang emas (anda boleh bawa balik “emas” yang anda mendulang, demonstrasi “live pouring” perak, melihat koleksi emas dan perak dari seluruh Malaysia).

PG Gold Museum Public Gold Malaysia

PG Gold Museum Public Gold Malaysia

Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kami bertolak untuk makan tengah hari untuk destinasi seterusnya iaitu melawat PG GOLD MUSEUM iaitu muzium emas pertama di malaysia. PG Muzium akan memberi pengalaman seperti berada di gua emas dan mendulang emas, berpeluang melihat sendiri bagaimana emas di buat atau dibentuk dan memegang jongkong emas terbesar iaitu 50kg emas dan jongkong perak terbesar 30kg perak. Pengasas Public Gold Dato’ Wira Louis Ng menyampaikan cenderahati kenangan dan cabutan bertuah jongkong emas.

👍 Balik ke PUBLIC GOLD Global Business Centre (HQ)
Lebih kurang pukul 5 petang peserta SIP bertolak balik ke pejabat Public Gold Global Business Centre untuk balik, setelah mendapat cenderahati dan cabutan bertuah jongkong emas dari pengasas Public Gold Dato’ Wira Louis Ng. Cabutan bertuah gold bar 24K lbma bebas gst bergantung kepada penyertaan program SIP iaitu penyertaan seramai 1 bas akan mendapat peluang cabutan bertuah 10gram emas PG 999.9, 2 Bas dapat cabutan bertuah 20 gram dan 3 Bas dapat cabutan bertuah 30gram emas 24K lbma tanpa cukai gst. Program SIP public gold berakhir dengan jalinan silaturrahim sesama ahli public gold serta kakitangan public gold, memberi seribu kenangan manis dalam hidup, membawa jongkong emas 0.5gm street art gold bar sebagai souvenir bagi yang bertuah dan menambah ilmu serta semangat dalam pelaburan emas fizikal public gold.

Public Gold SIP orientation

Public Gold SIP orientation

KENAPA MESTI SERTAI PROGRAM SIP PUBLIC GOLD ?
1. Mengenali Public Gold secara mendalam agar dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk melabur emas fizikal public gold.
2. Memberi keyakinan kepada ahli baru public gold serta keyakinan mempromosikan emas public gold bagi pengedar emas.
3. Sebagai bukti kepada prospek untuk membeli emas public gold melalui bukti kekukuhan syarikat public gold, syarikat emas fizikal yang sebenar dan sebagai pelaburaan emas jangka panjang.
4. Mengeratkan hubungan silaaturrahim antara ahli public gold serta kakitangan public gold.
5. Dapat pengalaman mengunjungi PG gold Museum iaitu muzium emas pertama di Malaysia serta rangkaian public gold lain.
6. Mendapat pengalaman yang menyeronokkan memgunjungi tempat dan makanan menarik di Pulau Pinang.
7. Menambah ilmu pengetahuan dan teknik pelaburan emas fizikal public gold untuk menjadi pengedar yang berjaya.

Program SIP public gold adalah program terbaik dan pertama yang dilakukan oleh syarikat emas di Malaysia. Public Gold SIP Orientation ke 8 akan di adakan pada 16-17 Januari 2016. Cepat daftar dengan HUBUNGI CAWANGAN PUBLIC GOLD BERDEKATAN bagi mengikuti program SIP public gold yang eklusif untuk ahli dan pengedar emas public gold.
Yuran : RM250 (Harga biasa: RM600, Public Gold Subsidized 60%) *Eksklusif untuk ahli atau pengedar Public Gold sahaja. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dikenakan yuran RM100 sahaja. Yuran termasuk semua kos pengangkutan, makan minum, hotel, tiket dan sebagainya. Jika penyertaan sesuatu cawangan public gold mencukupi sebuah bas, public gold akan menyediakan bas percuma pergi balik untuk sesuatu cawangan public gold.

Rebut peluang menjadi ahli public gold atau pengedar emas public gold dengan klik DAFTAR PERCUMA LANGKAH PERTAMA MELABUR EMAS JADI AHLI PUBLIC GOLD untuk mula menyimpan emas sebagai perlindungan, insuran dan langkah berjimat cermat di masa kejatuhan nilai ringgit Malaysia dan kos hidup yang semakin meningkat. Kini masa terbaik memulakan pelaburan emas fizikal kerana harga emas terendah dan sudah mulai meningkat naik.

BERTINDAK SEGERA MENYIMPAN EMAS FIZIKAL SEWAKTU HARGA MASIH RENDAH SEBELUM DI TINDAK OLEH KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA YANG AKAN MENYEBABKAN HARGA EMAS DALAM RINGGIT MALAYSIA TINGGI.

SALAM MAULIDUR RASUL 2016

Inline
Inline