Posted in ILMU EMAS

RAHSIA KEJAYAAN PELABUR EMAS DAN PERAK

rahsia kejayaan pelabur emas dan perak
rahsia kejayaan pelabur emas dan perak

Apakah rahsia kejayaan pelabur emas dan perak faktor dan  formula kejayaan pelabur emas perak dalam pelaburan emas dan perak fizikal Public Gold.

Rahsia kejayaan pakar pelabur-pelabur hebat dalam pelbagai bidang pelaburan seperti pelaburan saham,pelaburan emas,pelaburan perak,pelaburan hartanah atau perniagaan dapat diketahui daripada pengalaman,pembacaan atau menghadiri seminar. Faktor-faktor kejayaan pakar pelaburan atau perniagaan hebat didapati ada persamaan. Disini saya akan fokuskan kepada rahsia kejayaan pelabur emas dan perak berdasarkan pemikiran, pengalaman dan faktor kejayaan dari pakar pelaburan yang hebat. Faktor kejayaan pelabur emas dan perak fizikal dalam pelaburan emas dan perak dirumuskan seperti berikut :

1. Ilmu pelaburan emas dan perak.

Formula utama kejayaan pelabur emas dan perak adalah mempunyai pengetahuan dalam pelaburan emas dan perak. Semua pelabur berjaya memiliki satu ciri yang sama iaitu mereka mendalami selok-belok pelaburan. Mereka mungkin mempunyai cara yang berbeza untuk menganalisa maklumat pelaburan tapi, mereka hanya akan melabur selepas melakukan kaji selidik yang terperinci, melakukan analisis sesuatu pelaburan yang lengkap dan mempunyai ilmu pengetahuan asas tentang sesuatu pelaburan. Faktor-faktor ini adalah asas bukan sahaja dalam pelaburan tapi juga dalam perniagaan dan sebagainya.

Perkara asas yang perlu diketahui,pelaburan emas dan perak fizikal adalah pelaburan jangka panjang. Namun begitu kita juga boleh mendapat keuntungan jangka pendek dengan menggunakan teknik pelaburan, memanipulasikan emas atau apabila harga emas dan perak meningkat. Asas ilmu pelaburan emas dan perak fizikal boleh didapati dengan membaca panduan pelaburan emas dan perak. Klik PANDUAN LENGKAP PELABURAN EMAS DAN PERAK untuk mendapatkan ilmu asas tentang pelaburan jongkong emas dan perak.

2. Berani bertindak

Perkara kedua yang menjadi faktor kejayaan seseorang pelabur atau peniaga adalah keberanian. Pelabur hendaklah berani bertindak,bukannya bertindak menunggu. Sikap berani bertindak amat penting untuk kejayaan dan asas memulakan sesuatu pelaburan atau perniagaan. Kita hanya perlukan sedikit asas ilmu sesuatu bidang dan terus bertindak, ilmu pengetahuan akan diperolehi bersama pengalaman setelah kita bertindak menceburi sesuatu bidang. Contohnya, saya berani bertindak dengan menubuhkan perniagaan kecil-kecilan, sebagai pembekal garam dan barangan runcit GU AWA 593 sejak 2005 hingga kini. Selepas menceburi perniagaan barulah timbul masalah dan masalah akan diselesaikan. Yang penting “buat dulu,fikir kemudian” bukan “fikir dulu,buat kemudian” kerana terlalu banyak berfikir sesuatu perkara tidak akan terbuat. Semua bidang atau pelaburan mempunyai risiko, semua pelabur atau peniaga berjaya telah menghadapi masalah, yang penting adalah berani. 

Pakar pelaburan mempunyai ciri yang sama iaitu tidak takut untuk bertindak di luar kebiasaan. Menjadi lumrah manusia menyelamatkan diri apabila menghadapi bahaya dan apabila terdengar sahaja berita buruk, kebanyakan pelabur akan menjual emas dan perak kerana takut harga turun. Apabila pasaran kembali rancak, mereka akan masuk ke pasaran semula dalam usaha untuk mengaut keuntungan seperti orang lain, walaupun paras harga ketika itu mungkin agak tinggi. Mengikut Sir John Templeton iaitu Bekas Ketua Pengurusan Pelaburan Templeton.“Untuk membeli ketika orang lain menjual dan menjual ketika orang lain membeli memerlukan ketabahan dan keberanian dan memberikan pulangan yang tertinggi.”

Contohnya, sekarang adalah waktu harga emas rendah, ramai yang takut untuk membeli emas kerana takut harga emas akan turun lagi. Ini memerlukan keberanian untuk membeli emas pada waktu ini. Pengalaman saya mendapati, apabila harga emas mulai naik, ramailah pelabur atau pembeli untuk membeli emas, mungkin kerana faktor iklan yang menyiarkan kenaikkan harga emas ataupun faktor berada dalam zon selesa. Jadi beranikan diri bertindak sekarang dengan mula membeli emas atau perak dengan Klik CARA MEMBELI EMAS ATAU PERAK

3. Gigih berusaha

Faktor yang mempercepatkan sesuatu kejayaan adalah berusaha dengah gigih. Seperti kata pepatah “Usaha Tangga Kejayaan”. Usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh adalah faktor penting kejayaan bagi pelabur emas dan perak. Dalam pelaburan emas public gold, pelanggan public gold hendaklah berusaha untuk menjadi dealer public gold. Dealer atau pengedar emas public gold pula berusaha untuk menjadi peniaga emas dengan menjual atau membeli emas untuk mendapat pendapatan bulanan berbentuk komisen bulanan. Bagi pengedar emas akan dapat banyak keuntungan iaitu keuntungan dari perniagaan emas tanpa sewa kedai,keuntungan komisen dan yang terpenting adalah keuntungan dari pelaburan emas. 

Mengikut Paul Getty, iaitu seorang bilionaire Amerika yang mengatakan bahawa untuk mencapai kejayaan dalam pelaburan atau  perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara iaitu pertama “tetapkan satu matlamat besar” dan kedua “mencapainya dengan penuh keberanian”. Paul Getty adalah pencari telaga minyak. Berbekalkan matlamat dan wawasan, semangat keberanian, tidak mudah putus asa mencari telaga minyak,semangat tinggi,usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi akhirnya membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan dan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah. Jadi mulai langkah pertama dalam pelaburan emas dengan menjadi pengedar emas public gold. Lihat CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD.

4. Ramalan harga emas dan perak hanya panduan bukan ikutan

Sesungguhnya tiada siapa dapat meramal masa depan atau meramal harga emas atau perak. Hampir semua pakar pelaburan menyarankan bahawa anda tidak akan berjaya sekiranya mengatur strategi pembelian atau jualan dari ramalan pergerakan harga pasaran di masa depan.Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pasaran harga emas dan perak sehingga agak mustahil untuk sesiapa sahaja mengetahui dengan jelas arah jangka pendek atau waktu perubahan pergerakan pasaran. Banyak juga pakar-pakar yang menawarkan pelbagai model dan ramalan berkomputer yang dikatakan dapat meramal pasaran dengan tepat. Namun, ramalan tidak akan tepat.

Pakar-pakar pelaburan menasihatkan pelabur agar mengabaikan pergerakan harga emas harian dan menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting, iaitu potensi pelaburan jangka panjang. Warren Buffett pernah berkata, setelah membeli saham, beliau tidak peduli sekiranya pasaran ditutup sepenuhnya selama sepuluh tahun kerana yakin dengan nilai saham tersebut sehingga beliau tidak perlukan pasaran untuk mengesahkannya. Jadi dalam pelaburan emas, umum mengetahui dalam jangka masa panjang harga emas akan meningkat. Sejarah telah membuktikan bahawa ianya penyimpan nilai yang terbaik, Tun Dr Mahathir juga pernah menyentuh isu emas ini iaitu emas dinar untuk digantikan atau sebagai sandaran mata wang dan pada masa yang sama turut menyarankan rakyat untuk menyimpan emas. Yang paling penting Allah SWT pun ada menyebut tentang emas di dalam Al-Quran di mana ianya adalah benar dan berharga dunia dan akhirat.

5. Syukur

Ayat-ayat cinta yang akan sentiasa disebut dalam pelaburan emas public gold adalah bersyukur. Syukur juga adalah ubat kepada hati yang tamak. Pelaburan emas dan perak public gold akan mengajar kita bersyukur dan berani. Contohnya, jika anda lock jual emas 10 dinar pada pukul 9.00 malam dengan harga RM5000.00 dan pada pukul 9.20 malam harga emas 10 dinar  telah naik kepada RM5150.00, ini bermaksub rezeki anda adalah setakat itu sahaja dan anda hndaklah mensyukurinya. Sebab itulah semasa membeli emas, faktor beli harga rendah tidak menjamin keuntungan yang maksima, tetapi bergantung kepada ilmu dan rezeki masing-masing.

Faktor kejayaan pelabur emas dan perak diatas adalah sebahagian sahaja dari faktor-faktor kejayaan dalam pelaburan emas. Faktor rahsia kejayaan pelabur emas ini hanyalah perkongsian ilmu dari insan yang lemah. Jika bermunafaat ianya datang dari Allah dan jika kekurangan adalah dari kelemahan saya.

Semua pelaburan,perniagaan atau apa yang kita lakukan mempunyai risiko.Pelaburan emas dan perak fizikal adalah pelaburan yang berisiko rendah atau tiada risiko dalam jangka masa panjang.Risiko atau kerugian ditangan sendiri seperti pelaburan atau perniagaan adalah lebih baik atau tidak menyakitkan hati dari kerugian disebabkan orang lain seperti kerugian dalam pelaburan haram. Oleh itu, pilihlah syarikat pelaburan yang sah dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia. Public Gold adalah syarikat pelaburan emas dan perak yang sah dan mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia serta telah mendapat banyak anugerah serta pengiktirafan dari dalam negara atau luar Negara. Klik untuk mngtahui MENGENAI PUBLIC GOLD KELULUSAN BANK NEGARA MALAYSIA DAN PENGIKTIRAFAN