Posted in RAMALAN HARGA EMAS

BELAJAR MERAMAL HARGA EMAS

Pelaburan emas memerlukan pengetahuan dan pelajaran mengenai analisis harga emas dan belajar meramal harga emas. Secara ringkas bagi memahami tabiat harga emas dan analisis harga emas berdasarkan graf harga emas,beberapa ciri atau tabiat harga emas yang biasa berulang bagi harga emas.Untuk melihat graf harga emas sila KLIK DISINI.Ciri-ciri atau tabiat harga emas yang biasa perlu diketahui untuk kita meramal harga emas ialah :

HARGA EMAS AKAN NAIK DALAM JANGKA MASA PANJANG

Emas adalah komoditi yang semakin berkurang pengeluarannya tapi banyak kegunaannya menyebabkan permintaan terhadap emas akan sentiasa meningkat. Jadi pakar analisis emas meramalkan harga emas akan meningkat dalam jangkamasa 2 atau 3 tahun hingga USD5,000.Lihat ramalan pakar analisis emas KLIK DISINI.Harga emas tertinggi setakat hari ini ialah pada bulan September 2011 iaitu harganya mencecah USD1,900. Kini harga emas turun kerana krisis matawang euro atau krisis Negara-negara eropah seperti Greek,Perancis dan sebagainya. Kini krisis matawang euro negara eropah dah kembali terkawal dan harga emas dah mulai naik.

Masa terbaik membeli emas adalah masa kini pada masa harga rendah kerana satu ciri harga emas dalam jangka masa panjang ialah apabila harga emas naik ia akan melintasi harga puncak tertinggi sebelum ini USD1,900 iaitu pada bulan september 2011. Harga emas kini adalah USD1,597,jadi jika emas naik kepada harga tertinggi sebelum ini USD1,900,kenaikan harga emas adalah 16%

HARGA EMAS NAIK MENDADAK

Apabila harga emas naik mendadak atau memuncak seperti September 2011 atau bulan disember setiap tahun, harga emas akan turun seketika dan akan naik semula selepas itu. Jadi jika harga emas naik mendadak adalah lebih baik menjual sebahagian daripada emas kita. Bila harga emas turun adalah masa kita untuk membeli emas semula.Cuma kita tak dapat ramal harga emas akan turun berapa peratus dan berapa lama.

HARGA EMAS TURUN MENDADAK

Harga emas adakalanya turun mendadak. Biasanya jika harga emas turun mendadak ianya adalah disebabkan fackor diluar jangkaan kerana krisis dunia seperti yang berlaku sekarang iaitu krisis Negara eropah,kenaikan nlai US dolar,peperangan, bencana alam, penurunan harga minyak dan sebagainya.Jika harga emas turun mendadak biasanya ia akan mengambil masa yang lama sedikit untuk proses pemulihan,namun begitu emas akan naik.Walaubagaimana pun simpan emas tidak akan rugi. Contohnya saya mula melabur emas fizikal public gold bermula bulan julai 2010, harga emas pada masa itu untuk 20g berharga RM2700,kini dalam keadaan harga emas rendah, harga emas 20g berharga RM3500 dimana harga PG BUY untuk 20g adalah RM3300.Jadi pada masa rendah pun saya untung RM3300-RM2700=RM600. Namun begitu saya takkan jual emas saya pada harga rendah..Jadi,simpanlah emas untuk masa depan,simpan emas tidak akan rugi..

HARGA EMAS TURUN NAIK

Harga emas yang turun dan naik adalah perkara biasa. Sbab itulah jalan selamat dalam pelaburan emas adalah menggunakan teknik pemurataan harga,sebab kita tidak tahu bila atau sebanyak mana harga emas akan naik atau sebaliknya.Jangan risau jika anda membli harga emas yang tinggi sedikit kerana keuntungan bergantung kpada rezeki masing-masing. Contohnya siti membeli emas dgn harga rendah RM30 dan norhaliza membeli emas pada harga RM50,apabila harga emas naik siti jual pada harga RM130 dan norhaliza jual pada harga RM160, jadi siapa yang paling banyak untung?.

Sebenarnya kita tidak dapat meramal harga emas atau matawang kerana ia dipngaruhi banyak factor. Jika ada orang yang dapat meramal masa depan,orang itu mesti dah kaya raya.Namun begitu mengikut kawan saya yang telah berpengalaman bermain FOREX atau tukaran matawang asing, satu petunjuk untuk meramal adalah berdasarkan graf sejarah,kerana katanya biasanya sejarah akan berulang ataupun hampir sama.Namun begitu bagi saya pelabur emas fizikal,bila harga rendah atau ada wang saya akan beli emas kerana menyimpan emas takkan rugi…JIka anda juga berminat untuk menyimpan emas,belilah sekarang semasa harga emas rendah..hanya perlu SMS 019-9185593 kepada saya nama penuh,emel,nombor h/p,alamat kepada saya untuk saya daftarkan pelanggan public gold dengan hanya membeli 1 dinar dan mengambil stok emas anda dicawangan public gold berdekatan anda. Apabila saya telah daftarkan sebagai pelanggan public gold,pihak public gold akan memberikan nombor kod pg untuk anda membeli atau lock harga sendiri di website public gold.