Tag Archives: sebelum

TIPS SEBELUM MEMBELI EMAS

tips sebelum membeli emas

tips sebelum membeli emas

Tips dan panduan sebelum membeli emas supaya dapat emas terbaik dan mengelak kerugian atau ditipu.

Sebelum membeli emas untuk simpanan atau memulakan pelaburan emas yang dapat memberi keuntungan terbaik dan mengelak kerugian dan penyesalan di masa depan perkara asas sebelum membeli emas mestilah diteliti. Beberapa faktor penting sebelum membeli emas sebagai panduan dan tips mestilah di semak terlebih dahulu.

Tips serta panduan asas membuat pilihan terbaik sebelum membeli emas :

1. Tujuan membeli emas.

Kenapa membeli emas? Sebelum membeli emas, tetapkan dahulu tujuan membeli emas.

Tips dan panduan berdasarkan tujuan membeli emas :

A) Tujuan beli emas untuk pelaburan emas fizikal.

Tips dan panduan membeli emas untuk pelaburan emas fizikal, beli jongkong emas atau emas dinar kerana jongkong emas mempunyai spread atau susut nilai yang rendah. Kira spread harga emas dengan formula berikut :

peratus spread harga emas = Tolak harga jual dan harga beli emas kemudian dibahagikan dengan harga jual dan didarab 100.

Belilah emas yang mempunyai spread yang paling rendah. Klik contoh nilai spread dan memilih JENIS EMAS TERBAIK.

B) Tujuan beli emas untuk perhiasan.

Tips dan panduan membeli barangan kemas emas untuk perhiasan wanita, beli barangan kemas emas 916, emas tanpa permata, emas bercop 916, upah tukang termurah atau tanpa upah tukang emas dan harga emas mengikut harga emas dunia bukan mengikut harga tauke emas.

Emas dalam bentuk barang kemas kurang elok untuk pelaburan kerana susut nilainya adalah besar.

C) Tujuan beli emas untuk pelaburan akaun emas.

Tips dan panduan pelaburan emas dari akaun emas. Pilih institusi perbankan yang kukuh, sah, memberikan spread harga emas terendah. Contoh pelaburan akaun emas yang kukuh dan sah di Malaysia adalah GIA, Gold Investment Account public bank, Maybank dan sebagainya.

D) Tujuan beli emas untuk pelaburan emas.

Tips dan panduan pelaburan emas. pastikan membeli emas mendapat emas yang tulen dan mudah digadaikan, bukan mendapat kontrak atau perjanjian. Risiko tinggi walaupun dijanjikan habuan tinggi, tetap dan cepat. Lebih baik menjauhi pelaburan emas ini kerana berisiko tinggi mengalami kerugian atau kehilangan wang anda. Sila semak website Bank Negara Malaysia, senarai syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM, Klik http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm

2. Tempat membeli emas.

Tips memilih syarikat emas atau tempat membeli emas terbaik. Semak syarikat emas atau tempat beli emas yang kukuh, sah dan emas fizikal yang diakui ketulenannya.

Memilih syarikat emas terbaik amat penting supaya pelaburan emas berjalan lancar, kemudahan urusan jual beli emas seperti mempunyai banyak cawangan atau pengedar emas, kualiti emas, stok emas mencukupi, penerimaan emas untuk digadaikan, perkhidmatan yang ditawarkan dan yang paling penting kemudahan menjual balik emas. Emas adalah satu pelaburan jangka panjang jadi kesahan dan kekukuhan syarikat emas amat penting agar kita tidak mengalami kerugian atau kurang untung apabila terpaksa menjual emas kepada syarikat emas yang lain. KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

3. Harga emas semasa.

Panduan sebelum membeli emas adalah melihat harga emas semasa. Pastikan harga emas terkini sentiasa dipaparkan sama ada dalam website atau sebagainya. Harga emas yang dipapar setiap masa mengikut harga emas dunia adalah penting supaya pelabur emas mudah mengambil tindakan untuk membeli emas atau menjual emas pada harga emas yang sesuai untuk memaksimakan keuntungan. PERBANDINGAN SYARIKAT EMAS DI MALAYSIA.

4. Ketulenan emas.

Tips mengenalpasti ketulinan emas iaitu memeriksa keadaan fizikal dan ketulinan emas dengan menggunakan alat menguji ketulinan emas. Emas yang mempunyai sijil ketulinan adalah terbaik kerana ianya sah dan di akui antarabangsa. Contohnya, Public Gold menyediakan alat menguji ketulinan di semua 18 cawangan public gold untuk kemudahan pelanggan menguji ketulinan emas yang di beli. Emas Publc Gold juga disertakan sijil ketulinan emas yang di akui dunia.

Kadar ketulenan emas dinilai melalui karat atau ‘k’. Emas paling tulen ialah emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k. Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.

5. Jaminan emas.

Panduan memilih emas dan syarikat emas yang terjamin. Pastikan semak jaminan syarikat emas dan jaminan emas sebelum membeli emas seperti jaminan membeli balik emas, jaminan stok emas sentiasa ada, jaminan emas mudah digadaikan dan sebagainya. Jaminan ini penting untuk mengelak kerugian dan kemudahan anda mendapat wang di saat memerlukan wang dengan menjual balik emas atau mengadaikannya. Contohnya, pusat pajak islam Arrahn hanya menerima jongkong emas dan syiling dinar dari syarikat emas public gold dan gsr, bukan semua emas di terima oleh pusat pajak emas. Pastikan juga jaminan stok emas mencukupi dan sentiasa ada setiap masa untuk membeli emas. Ada juga kes syarikat emas yang tidak menjual emasnya apabila harga emas rendah kerana ketiadaan stok emas. Jadi pilih syarikat emas besar, kukuh, sah dan terjamin.

6. Tempat simpan emas.

Tips menyimpan emas fizikal iaitu menyimpan di tempat yang selamat seperti menyewa kotak deposit bank dan sebagainya. Contohnya, syarikat public gold menyediakan tempat simpan emas yang selamat dalam peti simpanan public safe dan juga perkhidmatan AGSS (Allocated Gold Storage Service) iaitu pelanggan atau dealer public gold boleh membeli emas secara online dan terus menyimpan emas di Public Gold dan boleh mendapatkan emas di cawangan public gold apabila diperlukan atau boleh terus menjual emas tersebut.

7. Pendapatan tambahan daripada emas.

Panduan mendapat pendapatan tambahan daripada emas ialah berniaga emas. Selain membeli emas dan menyimpan emas fizikal, cara mendapat pendapatan tambahan ialah dengan menjadi pengedar emas atau peniaga emas. Contohnya, public gold memberi peluang kepada pembeli emas public gold untuk menjadi pengedar emas dengan hanya membeli emas. Tidak semestinya anda perlu menjual emas atau berniaga emas, yang penting status pengedar emas akan dapat member pendapatan tambahan melalui komisen yang diperolehi apabila membeli emas dan menjual emas. Klik CARA MENJADI PENGEDAR EMAS PUBLIC GOLD untuk panduan menjadi pengedar atau dealer public gold.

Tips dan panduan membeli emas adalah penting supaya dapat beli emas yang terbaik dan syarikat emas yang paling baik sama ada untuk menyimpan emas atau memulakan pelaburan emas. Sekarang adalah masa terbaik mula membeli emas kerana harga emas yang rendah dan tanda positif harga emas semakin menaik. Cara mudah membeli emas ialah dengan menghantar mesej pesanan rngkas,SMS atau Whatsapp kepada saya 019-9185593 dengan menyertakan Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel, nombor telefon, jenis emas hendak dibeli dan CAWANGAN PUBLIC GOLD terdekat untuk saya daftarkan dan kunci harga beli emas untuk anda. Setelah di daftarkan anda boleh kunci harga beli emas atau menjual emas sendiri secara online atau maklumat lanjut klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD.

Sila hadir ke Seminar saya, Mohd Zaidi bin Junus (PG001425) Master Dealer Public Gold bertajuk “Bagaimana Memulakan Dan Menjana Keuntungan Dengan Emas Fizikal” pada isnin,17 mac 2014 pada pukul 8.30 malam bertempat di Public Gold Kota Bharu. Maklumat lanjut sms/whatsapp 019-9185593

Inline
Inline